AFIQAH
campak
kunci keretanya di atas meja. Punggung dihempas kasar pada kerusi empuk yang
sudah menjadi miliknya sejak 6 bulan yang lalu. Rambut yang sedikit kusut
digosok kasar. Dia mendengus. Kisah di restoran tadi menerjah ingatannya.
“Sampai
hati kau, Abrar. Kau buang aku macam tu aje. 5 tahun tu kau buat macam 5 hari.
Tak guna. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu aje.” Dia merengus.
Ditarik
kasar beg tangan yang terjuntai talinya di dalam laci. Mencari sesuatu.
“Pergi
mana tadi sekarang baru balik?” Satu suara garau menegur. Keras nadanya.
Afiqah
mendongak. Memandang seketika wajah empunya suara yang menegurnya. Dia kembali
menunduk. Tiada hati mahu menjawab soalan yang diutarakan.
“Jumpa
Abrar?” tebak si empunya suara garau itu lagi. Kerusi di depan Afiqah ditarik.
“Kalau
ya, kenapa?” Afiqah membalas kasar. Tidak suka orang di depan dia ini mengawal
segala gerak-gerinya. Rimas. Dia sudah dewasa. Bukan budak-budak yang boleh
diarah mana yang boleh dibuat dan mana yang tidak.
“Iqa
tak ingat ke yang Iqa ni dah bertunang? Atau perlu daddy gantung tanda I’m taken?”
Nada suara garau itu bertukar lembut. Tidak lagi tinggi seperti tadi.
“Apa
ni, Dato’ Azman? Iqa bukan budak 5 tahunlah.” Dicampak beg tangannya ke atas
meja. Marah sebab benda yang dicari tidak berjumpa. Ditambah pula dengan asakan
soalan dari daddynya.
“Sebab
Iqa bukan budak 5 tahunlah daddy kena
tegur. Ya, daddy tahu. Daddy dah terlambat untuk melentur Iqa
tapi itu bukan alasan untuk Iqa tak dengar kata-kata daddy.”
“Daddy nak apa ni sebenarnya? Daddy suruh Iqa putuskan hubungan dengan
Abrar, Iqa dah buat. Daddy tunangkan
Iqa dengan Zahid, Iqa tak bantah. Daddy
suruh kerja dekat sini, Iqa turutkan. Apa lagi yang tak cukupnya?” Afiqah
merengus. Bersandar sambil tangan bersilang di dada. Mukanya merah padam
menahan amarah yang datang tiba-tiba. Wajah daddynya
direnung penuh benci.
“Iqa…”
Dato’ Azman memegang dadanya. Ada rasa perit di situ mendengarkan kata-kata
kasar Afiqah. Terasa seperti apa yang dia buat selama ini untuk Afiqah adalah
salah di mata anaknya ini. Tidakkah Afiqah tahu, itu semua adalah untuk
kebaikan Afiqah jua? Salahkah dia untuk menjaga keturunannya? Salahkah dia
untuk mengekalkan harta kekayaannya?
Afiqah
bungkam. Langsung tidak terkesan dengan suara daddynya yang terketar-ketar. Sudah terbiasa dengan aksi begitu
setiap kali mereka dua beranak bertengkar.
“Zahid
tu calon yang sesuai untuk menjadi suami Iqa. Daddy percaya dia boleh jaga Iqa, boleh bahagiakan Iqa, boleh beri
apa sahaja yang Iqa mahukan. Budak kampung tu tak akan mampu untuk beri semua
tu pada Iqa.”
Tinggi
melangit pujian Dato’ Azman pada Zahid, bakal menantu dia. Lagi pula Zahid merupakan
anak rakan niaganya, Tan Sri Zainal. Bagaimana baik pekerti rakannya itu
mestilah Zahid pun sama juga. Itulah andaian dia.
Afiqah
pejamkan mata. Sakit hatinya mendengar kata-kata pujian Dato’ Azman tentang
Zahid.
Tahu
tak daddy apa yang Zahid dah buat
pada Iqa? Zahid bukan Abrar. 5 tahun Iqa dengan Abrar, lelaki itu tak pernah
menyentuh Iqa. Lelaki itu sentiasa menjaga auratnya, walau mereka kerap
bertemu. Lelaki itu sentiasa ingatkan dia tentang solat, walau dia tidak
menutup aurat. Lelaki itu cukup menjaga maruah Iqa. Tak macam Zahid. Baru
seminggu bergelar tunangan dia, lelaki itu sudah buat onar.
Kalau
dia cakap pada daddynya tentang
kelakuan Zahid, adakah daddynya akan
percaya? Sudah semestinya tidak. Sebab Zahid pandai berlakon. Menjadi orang
paling baik bukan sahaja di depan daddynya
malah di depan semua orang. Bak kata pepatah pijak semut pun tak mati. Walhal
Zahid adalah seorang manusia yang bertopengkan syaitan.
“Iqaaa…”
“Arghhh!”
Afiqah menjerit kuat. Tangan menghentak meja. Dicapai beg tangannya. Lantas
bangkit dari kerusinya dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya.
“Iqa!”
panggil Dato’ Azman kuat.
Afiqah
langsung sahaja keluar dari situ. Tidak berpaling walau sesaat. Setiausaha
Dato’ Azman yang berselisih dengan dia pun tidak dipandang.
“Dato’
Azman, Mr. Lim dah tunggu di bilik mesyuarat.”
Anggukan
lemah diberikan kepada setiausahanya. Perlahan-lahan dia berdiri. Tanda nama
Puteri Afiqah Dato’ Azman yang ada di atas meja kerja Afiqah dipegang kemas.
Dia berdoa semoga suatu hari nanti anaknya ini faham akan apa yang telah dia
lakukan.
ABRAR
buat tidak tahu sahaja dengan Luqman yang masih lagi menanti jawapan dari dia.
Lebih baik dia siapkan laporan yang sudah tertangguh lebih seminggu lamanya.
Dengan projek yang sedang berjalan lagi. Takut kalau dibiarkan semakin banyak
kerja-kerja yang tertunggak.
“Bro, siapa dia?” Luqman masih merenung
sahabatnya dengan sabar. Menanti Abrar membuka mulut. Dia perlu tahu siapa
Asyikin. Gadis itu ada magis. Berupaya mengembalikan Abrar yang dulu.
“Aku
ada laporan nak kena buat ni, Luq.” Abrar masih tidak mahu membuka mulut.
Cukuplah Luqman sudah berjumpa dengan Asyikin. Selebihnya biarlah masa yang
menentukan. Dia sendiri tidak pasti lagi dengan gadis itu. Masih terlalu awal.
“Kata
aku kawan susah senang kau.” Suara Luqman berubah. Nadanya seakan-akan merajuk.
“Tolonglah,
Luq. Ini bukan pentas teater nak tunjuk bakat lakonan.” Abrar menggeleng.
Matanya masih lagi fokus menghadap komputer ribanya. Namun senyuman masih tidak
lekang di bibir. Geli hati dengan telatah Luqman.
“Hebat
budak tu. Abrar aku dah kembali semula.” Luqman masih tidak berputus asa.
Memuji Asyikin sebagai umpan untuk Abrar bercerita. Itu pun kalau umpannya
betul.
Abrar
menoleh. Berlapis-lapis dahinya berkerut. Meminta penjelasan maksud kata-kata
yang baru dituturkan Luqman.
“Betul,
kan?” pancing Luqman lagi. Menari-nari keningnya.
“Apa
yang betul?” Sengaja Abrar buat tidak faham.
”Oh!
Come on, bro. Kau jangan nak
berpura-pura pula.” Badan Luqman sudah tegak. Tidak berpuas hati bila Abrar
masih mahu bermain tarik-tarik tali dengannya.
“Chilllah.” Abrar ketawa. Ditolak sedikit
komputer riba jauh darinya. Bersandar malas pada kerusi kerjanya. Wajah tidak
puas hati Luqman dipandang.
“Nak
chill apanya kalau sikit pun kau tak
nak cerita.” Luqman bersandar semula. Menjeling Abrar sebagai tanda memprotes.
“She’s hard to get.” Abrar menggumam
hampir tidak kedengaran.
Menarik.
Luqman koyak senyuman kacak sebelum bertanya lanjut.
“Macam
mana kau boleh jumpa budak tu? Nak kata kau sakit tak ada. Lagilah kena tahan
dekat hospital, jauh panggang dari api.”
“Budak
tu nama dia Asyikin.” Keras suara Abrar. Tidak suka Luqman memanggil Asyikin
dengan budak. Kalau Asyikin budak, dia apa? Tua sangatkah diri dia ini?
“Terima
kasih, Asyikin. Abrar aku dah kembali.” Luqman ketawa. Mengusik. Kalau Abrar
tidak serius mana mungkin sahabat dia ini beria-ia mempertahankan Asyikin.
“Tak
payah nak terima kasih sangatlah, Luq. Belum ada apa-apa pun.” Abrar mengeluh.
“Naaa…
jangan putus asa, bro. Takkanlah
secepat itu kau nak mengalah?”
“Entahlah.
Hati ni macam nak tapi…”
“Iqa?”
pintas Luqman seolah-olah mengerti apa yang ada dalam hati Abrar. Berkawan
dengan Abrar sejak zaman persekolahan lagi, membuat dia semakin mengerti hati
sahabatnya ini.
Abrar
diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu
apa yang ada dalam hatinya. Asyikin? Afiqah? Afiqah sudah menjadi sejarah.
Adakah Asyikin masa hadapan dia?
Semuanya masih kabur. Keraguan masih menyelubungi hatinya.
“Minta
pada-Nya kalau kau tak pasti. Umur kita pun semakin pendek. Alang-alang sudah
ada di depan mata, jangan lepaskan peluang,” nasihat Luqman.
Abrar
mengeluh. Kedua-dua belah jemarinya bersulam dan dibawa ke mulut. Mata terpejam
memikirkan kata-kata Luqman. Ya, ada betulnya bicara sahabatnya ini.
“Afiqah
dah bertunang, Abrar. Kau pun sepatutnya teruskan kehidupan. Tak payah nak
menjeruk rasa tu lama-lama.”
Abrar
merenung Luqman. Cuba mencerna kata-kata sahabatnya ini.
“Kadang-kadang
aku susah nak percaya seorang geologist
suka pada teater. Tapi bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut kau, baru
aku boleh hadam.”
“Percayalah…”
Luqman membalas mengikut alunan lagu yang dinyanyikan Dato’ Siti Nurhaliza.
“Dah,
dah. Aku ada kerja nak kena buat. Karang kalau lambat kau marah aku. Maklumlah
aku ni kuli aje.” Abrar kembali mengetuk kekunci omputer ribanya. Menghalau
Luqman secara halus. Namun ada tawa dalam bicaranya.
“Yalah,
yalah. Nak suruh aku blah tak
payahlah nak merendah diri sangat. Gaji kita pun sama aje.” Luqman sudah
berdiri. Mengalah dengan Abrar. Tidak mahu lagi mengorek rahsia hati sahabatnya
ini. Lambat laun Abrar akan bercerita juga dengan dia. Masa itu akan tiba jua
nanti.
“Tapi
aku bukan anak bos.” Sempat lagi Abrar mengusik kala Luqman sudah melangkah
keluar dari bilik kerjanya.
Badannya
disandarkan semula ke kerusi. Merenung kosong omputer ribanya. Menyorot kembali
peristiwa yang berlaku kepada dirinya sejak kebelakangan ini. Kenapa bila
bahagia ingin menghampiri dia, ada ujian datang mencelah?
All the best Syeena
ReplyDeleteTerima kasih...
Delete