Monday, August 26, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 10


Amanda mengelap hidungnya dengan tuala. Dah dua hari selsemanya tak hilang. Bersin saja dah beberapa kali. Tahap kesihatan dia pun semakin teruk. Klinik dah pergi. Dah berpapan pil ditelan. Tetap tak berubah.

“Sibuk lagi nak jadi orang tengah. Nak tolong orang konon. Tengok apa dah jadi kat awak tu,” bebel Datin Afia ketika menjenguk Amanda pagi itu.

“Mama, kalau mama asyik bebel macam mana orang nak baik,” rengek Amanda manja.

“Kalau dicakap orang tu ada je jawapannya. Tak ingat agaknya yang awak tu hampir lemas. Kalau jadi apa-apa kan susah. Dahlah papa tak ada,” leter Datin Afia lagi.

“Ma, namanya pun terjatuh. T.E.R. TER,’ jawab Amanda siap diejanya perkataan ter.

“Ter ke tak ter ke mama tetap risau, tahu tak? Anak perempuan mama ni jelah sorang. Tak ada lainnya.” Datin Afia duduk di sisi Amanda yang terbaring berselimut sampai ke pangkal leher. Rambut Amanda diusap-usap.

“Terima kasih mama sebab selalu risaukan orang. Itu tandanya mama sayangkan orangkan.” Amanda mengucup tangan mamanya.

“Risau tu risau juga tapi kalau selalu Amanda buat macam ni, mama boleh kena serangan jantung. Jadi pesakit tetap kat IJN nanti.”

“Alalalala.... orang janji lain kali orang tak buat lagi. Orang akan jaga mama sampai bila-bila. Tak payah kahwin. Duduk jaga mama sampai akhir hayat orang.” Amanda bangun dari perbaringan. Dia memeluk mamanya erat.

“Nak jaga mama tu bagus tapi bab tak nak kahwin tu mama tak boleh terima. Takkanlah Amanda tak jumpa calon lagi? Tak ada yang sesuai lagi ke?” risau pula Datin Afia bila anak daranya berkata begitu. Agaknya masih tak boleh melupakan kisah pahitnya.

Yup. Memang belum ada calon. Tak jumpa lagilah ma yang boleh buat Amanda sesak nafas.” Amanda mengerling manja.

“Kalau tak ada lagi bolehlah kenal dengan anak Aunty Min.”

“Mama, please… When the time’s come, it will come.”

“Bila?” tanya Datin Afia.

Amanda hanya menjungkitkan bahu. Dia tersengih menampakkan susunan giginya yang cantik.

Datin Afia menggosok kepala Amanda. “Dah. Rehat. Nanti mama masakkan sup ayam. Makan banyak sikit. Biar cepat baik. Dah bagitahu Qaireen belum?” tanya Datin Afia lagi sambil tangannya mengutip baju kotor Amanda. Anak dara sorang ni memang. Kalau dah sakit bilik macam dilanggar garuda.

“Sekejap lagi orang telefon. I love you, Mama.”

“Ya lah tu.” Datin Afia tersenyum sebelum menutup pintu bilik Amanda.

“Assalammualaikum, Reen!”

“Waalaikummussalam. Tak baik lagi ke?” soal Reen risau bila dengar suara sengau Amanda.

“Macam yang kau dengar.”

“Kau tak makan ubat, eh?” Reen serkap jarang.

“Makcik, dah berpapan pil aku telanlah. Depan mama aku lagi.”

“Tak berubah juga, ingat masa kat u je kau macam tu. Kena paksa makan ubat baru nak makankan.”

“Nak nak buat macam mana, Allah sayang aku. Tu sebablah Dia bagi aku rasa sakit ni sikit. Boleh manja lebih-lebih kat semua orang.”

“Euwww… siapa entah yang nak manjakan dia?”

“Kedai macam mana? Is everything okay?”

“Semuanya okey. Kau jangan risaulah.”

Terdengar suara-suara nakal di belakang Reen. Suruh sampaikan salam pada bos.

“Kau dekat mana ni?” tanya Amanda.

“Tengah baca suratkhabar kat depan. Bos tak ada, bolehlah aku mengular.”

“Ooooo… ini kerja kau, ya. Tak ape hujung bulan ni aku bagi diskaun kat gaji kau,” ugut Amanda.

“Alah… duduk sekejap aje pun. Tak luaknya.”

“Gurau sikit pun tak boleh. Mengada.” Mereka ketawa.

Apa dia buat di sini? Nak masuk ke tidak ni? Bukan dia pernah cakap ke tak nak datang sini lagi? Akid serba salah walau dia dah berdiri di depan pintu Lovely Bakery. Entah kenapa hati dia macam terpanggil untuk datang ke sini lagi. Dia menguak pintu dan melangkah masuk.

Reen menoleh. Eh, Encik ddg!

“Amanda, kalau aku cakap ni mesti kau tak percaya,” bisik Reen perlahan. Matanya tak lepas dari memandang Akid yang sedang memilih roti di ruang tengah cafĂ©.

Akid yang perasan seperti diperhatikan menoleh dan mengangkat tangan.

Reen membalas dengan senyuman.

“Kau dah kenapa? Berbisik bagai. Macam dalam kelambu pula,” marah Amanda.

“Encik ddg kau ada kat sini,” balas Reen.

“Encik ddg aku? Ddg apa pula pagi-pagi ni. Hesy… kusut betullah,” rungut Amanda.

“Eeeee… Akid Rizqlah. Apa sengal sangat kau ni,” marah Reen dengan nada perlahan. Takut Akid dengar.

“Huh? Reen, dia buat apa kat situ?” Amanda gelabah.

“Manalah aku tahu. Yang kau gelabah semacam ni, kenapa?”

“Eh! mana ada? Tak ada. Tak ada.” Amanda menggelengkan kepalanya.

“Amanda, aku jumpa dia sekejap. Manalah tahu kut-kut ada rezeki kita hari ni. Sambil tu bolehlah bereye-mo.”

“Reen, remember what I had said to you? Beritahu kat budak-budak tu. Lydia pun,” pesan Amanda.

“Aku, in shaa Allah. Budak-budak tu aku tak janji,” usik Reen.

“Reen!” jerit Amanda.

Reen menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga. Dia tertawa kecil.

Akid memandang Reen pelik.

Reen hanya tersengih. “Ya. Ya. Okay, bye. Assalammualaikum.”

Reen berjalan mendapatkan Akid yang masih memilih roti-roti yang dipamerkan.

“Assalammualaikum, Encik Akid.”

“Waalaikummussalam. Good morning.”

Good morning. Dine in or take away?” soal Reen berbasa basi.

Dine in. Selepas malam tu, teringat-ingat kek dan pastri Lovely Bakery. Tu yang I datang sini.” Alasan walhal ada sebab lain dia datang ke sini. Mata Akid melilau memandang sekeliling.

“Terima kasih. Ya ke teringat kat kek dan pastri Lovely Bakery? Ke teringat pada orangnya?” usik Reen.

“Hahaha… Nice interior,” puji Akid. Malu. Dia memegang belakang lehernya. Boleh pula minah ni serkap jarang.

“Ya lah tu.”

“Mana kawan you?”

“Kawan yang mana satu? Lydia? Amanda?” soal Reen walau tahu siapa yang Akid maksudkan.

“Erkkk… Lydia tu siapa?” rasa macam tak tertelan pula air liur ni. Takkanlah minah ni tak tahu siapa yang dia maksudkan.

“Amanda I guess?” teka Reen.

Akid angguk.

“Amanda dah dua hari tak datang kerja. Selsema dengan demam.”

“Takkanlah sebab malam tu?”

Reen mengangguk.

“Nampak okey je dia hari tu,” riak risau terbit di muka Akid. Kalau dah dua hari bunyi macam teruk sangat demamnya.

“Dia memang macam tu, Encik Akid. Tak boleh berendam lama waktu malam. Masa kat u dulu pun pernah bergurau campak dia kat dalam kolam renang. Seminggu dia demam.” Reen menutup mulutnya. Matilah dia kenapalah mulut ni ringan sangat nak bercerita.

“Sampai macam tu sekali?” Terperanjat Akid bila mendengar cerita Reen. Semakin dia kesal dengan kejadian malam itu. Orang lain punya hal orang lain yang jadi mangsa. Kesian Amanda.

“Reen!” laung Lydia.

Our boss, dia…”

Reen segera menutup mulut Lydia. Isyarat mata diberikan.

Lydia pula membulatkan matanya.

Akid mengangkat kening.

Reen tersengih.

Lydia cuba bercakap tapi tak jelas.

Reen melepaskan tangannya.

“Eh! Akid. Nice to see you again.”

Had we meet before?” Akid cuba mengingati jika dia pernah berjumpa dengan gadis cina di depannya ini.

“Michael. Mutiara Hotel.”

“Ooo… You yang makan dengan Michael malam tu. So, Amanda is you friend too?”

Lydia memandang Reen.

Reen hanya menganggukkan kepala. Dalam hati dia berdoa minta-mintalah Lydia faham dengan isyarat yang dia bagi tadi.

“You kenal Amanda?” soalan Akid dibalas dengan soalan.

“Kenal gitu-gitu aje. Ingat datang sini dapatlah berbual dengan dia. Can I have her number?” tanya Akid mencuba nasib.

Yup. Sekejap ya.” Reen pergi ke kaunter dan menulis nombor telefon bimbit Amanda.

Amanda, aku harap tindakan aku ni betul. You deserve the best, my dear friend. Reen berdoa dalam hati.

Sebaik membayar, Akid terus keluar. Dia tersenyum memandang nota yang tertulis nombor telefon Amanda. Sesampai di kereta dia terus menghantar mesej pada Amanda.

What was that?” soal Lydia.

What what?” tanya Reen pula.

The number?”

“I punya idea.”

Means?” Lydia masih kurang jelas.

“I tak tahulah apa agenda Amanda. Dia cakap jangan bagitahu Akid siapa dia tapi I nampak senyuman yang sama masa dia dengan Azri.”

Really? Thanks God but he’s a player, Reen,” ujar Lydia risau takut Amanda akan terluka lagi.

“Mana tahu Amanda boleh mengubah Akid. Sinar mata Amanda memang lain malam tu. Walaupun dia tak luahkan pada I.”

“I takut. You tengoklah berapa lama dia ambil untuk pulih. Hampir tiga tahun.”

“Kali ni I pasti Amanda akan bahagia. You pun tengokkan, Akid  yang cari dia. Kalau ikutkan Akid tak pandang perempuan yang berhijab macam kami. There’s must be something about Amanda that makes him find her. Let them go with the flow, shall we?” saran Reen.

Lydia hanya menganggukkan kepala. Menyetujui tindakan Reen.

Good morning – 012-7737373

Morning. Who’s this? – Amanda

Secret Admire – 012-7737373

I don’t talk to stranger – Amanda

Now you do – 012-7737373

Arghhh… please introduce yourself – Amanda

You’ll be surprised – 012-7737373

Try me - Amanda

Akid Rizq – 012-7737373

Huh? Mana Akid dapat nombor dia ni. Reen! Amanda menjerit dalam hati. Tak guna punya kawan. Ini kawan makan kawan namanya.

Amanda, are you okay? – 012-7737373

Amanda membaca mesej dari Akid. Tangannya menggeletar membalas.

Nope. Not okay. Errr…okay, I’m okay – Amanda

Alamak! Apa yang aku tulis ni? Kenapa aku gelabah semacam? Dia kan sms je bukannya telefon pun.

Hmmm… guess. You’re not okay. ;-) – 012-7737373

Qaireen beritahu I, you demam teruk. Sorry again L - 012-7737373

She’s just exaggerate. Selsema aje pun.:-[ - Amanda

I mean it. Tak sangka sampai teruk macam ni. Dah pergi klinik? – 012-7737373

Don’t mention it. Dah pergi pun. In shaa Allah, esok okeylah ni.  :-p – Amanda

Good. Ok, then. Take care. C u tomorrow. Got to go. Bye. B-) – 012-7737373

Bye.:-x – Amanda


Biar betul Akid ni. Nak jumpa dia esok? Apalah yang Reen dah gula-gulakan si Akid ni. Mama, tolong Ma. Amanda tak boleh bernafas.

2 comments:

  1. alamak..sweet nya.. pls akid jgn mainkn prsaan amanda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akid sweet talker.... tu yg kwn2 dia risau sbnrnya...

      Delete