MASING-MASING
bungkam. Tiada suara. Tiada kata. Sepi. Kedua-duanya membuang pandang pada
Selat Tebrau. Memerhati air yang mengalir tenang dalam cuaca yang terik ini.
Cuba mencerna apa yang terjadi tadi. Cuba mencari kesilapan diri.
“Asyikinnn…”
Lembut suara Abrar memanggil. Direnung wajah gadis di sisinya.
Asyikin
menunduk seketika sebelum menoleh pada Abrar. Kening dijongketkan. Rasa dalam
hati yang sedikit berkecamuk cuba ditenangkan. Cuba dibuang jauh-jauh.
“I’m sorry.” Lirih suara Abrar. Kesal
dengan hal yang berlaku di restoran tadi.
“Okay.” Suara Asyikin ceria menyambut
kata maaf Abrar. Dia cuba untuk nampak tenang tetapi hati perempuan.
Faham-faham sajalah.
“Okay?” Kening Abrar ternaik. Pelik
dengan penerimaan Asyikin. Bagaikan insan yang tiada perasaan. Sungguh hati
Asyikin memang sukar ditebak.
“Okay.” Asyikin mengangguk. Riak muka
dimaniskan sebaik mungkin. Cuba meyakinkan Abrar.
“Okey
you macam tak okey aje telinga I dengar.” Abrar merenung Asyikin tajam. Sukar
mempercayai kata-kata Asyikin. Mana mungkin seorang perempuan menerima dengan
mudah kalau lelaki yang disayangi keluar dengan perempuan lain. Gadis ini
memang pelik.
“I’m okay. Trust me.” Asyikin mengangguk
lagi.
Cara
apa lagi nak buat Mr. G ni percaya yang dia okey, ek? Takkanlah nak kena lompat
bintang. Jangan mengarutlah Asyikin.
“Sikit
pun tak marah?” Abrar jongket kening minta kepastian. Risau hati Asyikin
terhiris dek perbuatannya.
“Naaa…”
Asyikin menggeleng. Tersenyum-senyum.
Abrar
urut dada. Lega jika itu yang Asyikin rasakan. Bibirnya turut mengukir senyuman
kacak.
“Tapi…”
Asyikin kulum senyum bila melihat badan Abrar terus tegak bila ungkapan
perkataan tapi keluar dari mulut dia.
Kening
Abrar terjongket tinggi. Seriau pula dia rasakan menanti kata-kata yang bakal
keluar dari mulut Asyikin. Gadis ini tidak marah tetapi ada tapinya. Apa yang
tapinya itu?
“Kalau
Doktor Naim mendekat I tak tolak.” Asyikin ketawa-ketawa.
“Asyikin!”
Besar bebola mata Abrar. Bibir diketap.
Gadis
ini bersungguh-sungguh atau hanya mempermainkannya? Asyikin, tolong jangan buat
I nanar. Hatinya bergolak sendiri.
“Okay, back to business. Serius, Asyikin.
Serius.” Asyikin angkat kedua-dua belah tangan seperti orang bersalah. Tanpa
sedar gelagatnya itu mengundang rasa lucu di hati lelaki di sebelahnya.
Abrar
menggeleng. Perlahan-lahan tergaris juga satu senyuman di bibirnya. Dia
menunduk.
“I
bukan sengaja jumpa Iqa.” Abrar menyambung bicara. Tanpa disuruh dia
memberitahu. Tidak mahu Asyikin tersalah anggap. Berterus-terang adalah lebih
baik. Takut ada prasangka di kemudian hari.
“Doktor
Naim is not in my list.” Asyikin
turut membalas. Memintas sebelum Abrar meneruskan bicaranya.
Abrar
mendongak. Cuba mencerna kata-kata Asyikin.
“I
nampak tenang Abrar tapi I tak suka orang ambil kesempatan.” Giliran Asyikin
menerangkan rahsia hatinya. Dari ekor matanya dia nampak Abrar masih
memandangnya.
“Bila
I bawa you berjumpa dengan emak I. I serius, Asyikin. I tak main-main.” Abrar
terus-terusan memakukan pandangannya pada wajah Asyikin. Wajah yang kerap
menjadi igauannya kini.
“Tapi
you tak boleh lupakan dia, kan?” tebak Asyikin. Menoleh pada Abrar. Mencari
segaris kejujuran pada wajah Abrar.
“I
akui 5 tahun bersama dia tidak semudah itu untuk I melupakan dia. I harap you
faham cumanya I tak nak you salah sangka sebab sekarang dia hanya seorang teman
biasa,” pohon Abrar mengharapkan pengertian dari Asyikin. Pertemuan dia dan
Afiqah tadi memang tidak bermaksud apa-apa. Sekadar memenuhi undangan seorang
teman.
“Teman
biasa pada you tapi dia?” Asyikin menyoal kembali.
“Dia
dah bertunang. I tak rasa dia masih simpan perasaan itu.” Tenang sahaja Abrar
menjawab walau tak yakin dengan kata-katanya sendiri.
Ya,
sikap Afiqah memang sukar diteka. Sekarang ini pun gadis itu masih mencari dia.
Bukan dia tidak menolak tetapi rasa kasihan bila kerapkali diajak berjumpa
tidak dilayan menyebabkan dia akur untuk pertemuan hari ini. Dan siapa sangka
pertemuan itu menjadi punca ketidakpuasan hati pada gadis di sisinya ini pula.
Asyikin
tersenyum mendengarnya. Cuba menyedapkan hati sendiri walau terselit sedikit
rasa bimbang akan perhubungan yang baru hendak dibina ini. Bicaranya disambung
semula.
“I tak pernah bercinta apalagi berkasih
sayang, Abrar. Pada pendapat I sebagai seorang perempuan, masa 5 tahun itu
terlalu lama. Tidak mungkin rasa yang pernah singgah di hati dia boleh lenyap
macam tu aje. Tidak semudah membasuh kotoran di baju, Abrar.” Asyikin buang
pandang semula ke arah Selat Tebrau. Ada riak keruh pada wajah putih mulus itu.
Terhenyak
Abrar mendengar bicara Asyikin. Tuhanku, apakah ini semua? Kenapa perhubungan
yang baru hendak berputik ini diuji? Abrar menggeleng. Beristighfar dalam hati.
Lupa dia dicipta oleh-Nya. Selagi bergelar manusia tidak akan pernah tidak
diuji.
“You
tak percayakan I?” Abrar menolak rasa bersalah itu kepada Asyikin pula.
“Kenapa?
Ke you yang tak percayakan I?” Asyikin bertanya geram. Satu jelingan tajam
diberikan. Sekarang ni siapa yang tak boleh dipercayai, dia atau Abrar? Bengang
betul.
“Sorry. I tak bermaksud macam tu. I takut
you ingat I main-main.” Abrar kendurkan sedikit tona suaranya. Tidak mahu
menambah suhu yang sememangnya sudah panas ini.
“I
tak pernah buka hati ini untuk mana-mana lelaki hatta Doktor Naim yang super kacak itu pun.” Asyikin
berseloroh. Ada tawa di hujung kata-katanya.
“Super kacak?” Cemberut muka Abrar
mendengar pujian Asyikin pada Doktor Naim.
“You are super duper handsome.” Asyikin
kenyit mata. Wujud atau tidak perkataan itu dia tidak mahu tahu. Apa yang
penting sekarang lelaki di sebelah dia ini faham.
Tersungging
senyuman di hujung bibir Abrar. Suka mendengar pujian itu.
“I
tahu.”
“Perasan.”
Tanpa sedar Asyikin menumbuk perlahan lengan Abrar sebelum cepat-cepat kalih
pandang. Segan. Macam mana dia boleh terlepas laku.
Abrar
ketawa. Senang hati. Sekurang-kurangnya dia tahu Asyikin percaya kepada dia.
“Rupa
paras tak penting pada I. Tidak selamanya kita kacak atau cantik. Rupa akan
berubah bila kita tua.” Asyikin berjeda.
“Hati?
Ya, hati. Hati bentuknya akan kekal. Firasat I mengatakan apa yang ada di dalam
hati juga akan kekal. Hati itu yang I pandang.” Asyikin menyambung kembali
bicaranya yang terhenti tadi.
“Firasat
you tu ada betul dan tidak betulnya.” Abrar menyangkal. Tidak setuju.
“Apa
maksud you?” Asyikin menoleh. Kening dijongket minta penjelasan.
“Bentuk
hati kekal I setuju tapi apa yang di dalamnya tidak akan kekal, Asyikin.” Abrar
tersenyum.
“Pencerahan,
please?” Asyikin masih tidak faham.
Tidak dapat mencerna apa yang ingin Abrar sampaikan.
“Hati
manusia berubah-ubah, Asyikin. Hari ini berjanji akan sehidup semati tetapi
esok lusa lain pula jadinya. Hari ini kata setia pada yang satu tetapi esoknya
sudah mencari yang lain. Manusia tidak pernah puas. Ya, selagi namanya
manusia.” Dalam dan tertekan suara Abrar saat menitipkan apa yang
dimaksudkannya. Dia merenung kosong pemandangan yang terbentang luas di depan
matanya.
Asyikin
menatap wajah Abrar. Sepertinya Abrar memberitahu apa yang lelaki ini rasa. Itu
yang dia nampak pada riak wajah kacak ini. Jadinya seboleh mungkin, bicaranya
nanti tidak menambah kesakitan dalam hati lelaki ini.
“Insya-Allah,
I bukan macam tu dan I juga harap you bukan macam tu.” Asyikin menjawab yakin.
Dia pasti apa yang ada dalam hatinya. Dia berharap Abrar juga seperti dia.
“Dulu
I pernah berjanji pada Iqa tetapi apakan daya. Kita hanya merancang tetapi
Tuhan yang menentukan. Hari ini I nak you pegang pada kata-kata I, Asyikin.”
Abrar berpusing. Menghadap Asyikin yang masih tidak lepas memandang dia.
Asyikin
besarkan mata. Menutup dadanya yang bagaikan dipalu kuat. Saat nama Afiqah
disebut dia sudah rasa lain. Adakah Abrar ingin kembali semula kepada Afiqah?
Atau adakah Abrar ingin menamatkan kisah
singkat mereka?
Abrar
tersenyum. Ketawa. Lucu pula melihat gelagat spontan Asyikin.
“You…”
Asyikin menampar lagi lengan Abrar. Bengang bila tahu dirinya dipermainkan. Mr.
G ni kadangkala serius, kadangkala puitis tetapi rasanya lebih banyak mengusik.
Semakin membuatkan hati dia terpaut. Lupa segala-galanya.
“Kita
kenal tak sampai sebulan tetapi you dah buat hati I tak keruan. Sikap selamba
you buat I tak senang duduk. Suka ke tidak you dengan I, I tak pasti. Cuma I
dah tak nak bercinta lama-lama bila pengakhirannya menyakitkan.” Lembut bicara
Abrar. Dia berhenti berkata-kata lagi.
Dada
Asyikin semakin berdebar-debar. Setiap bait kata-kata yang diungkapkan Abrar
semakin membuat semuanya serba tidak kena.
“I
nak kita tamatkan semua ni.” Suara Abrar berubah nada. Serius dan tegas.
“Huh?”
Terbeliak mata Asyikin. Biar betul? Pengakuan dia tak bermakna ke pada Abrar?
Sampainya hati lelaki ini. Wajahnya sudah berubah suram. Tidak sanggup lagi
ingin mendengar bicara lanjut yang bakal keluar dari mulut Abrar.
“Kita
kahwin.” Abrar kerdipkan matanya. Tersenyum.
Asyikin
menghela nafas lega. Riak wajahnya berubah ceria kembali.
“Suka?”
usik Abrar.
Asyikin
angguk tanpa silu. Kalau boleh nak buat lompat bintang tau.
Abrar
ketawa. Asyikin tidak pernah tidak menggembirakan hati dia.
Salam Kak Syeena.....tq kak.. hmm..buku dah keluar ke kak? ehehe..apa2 akk roger eh.. :)
ReplyDeleteBlm lagi n x pasti sama ada nk publish or x...
Deleteala, publish la kak..hehee.. :)
Deleteinsya Allah kalau ada rezeki...
DeleteI'm here sometimes jadi tambah2 lah ...
ReplyDeletesemoga BERJAYA
errrr.... kalau kerajinan ku ada ya dear... terima kasih atas sokongan...
Delete