“Nadiaaa…”
meleret suara Adni Farha memanggil temannya itu.
“Hmmm…”
Nadia panggung kepala memandang Adni Farha dari meja kerjanya.
“Kau
balik naik bas kan?”
“Aaah…kenapa?”
“Aku
kan drive kereta hari-hari.” Adni
Farha mulakan sayembara ceritanya.
“So?” Nadia bulatkan mata.
“Hmmm…kau
ada lesen kan?"
“Lesen?
Lesen apa?”
“Alaaa…kenapalah
kau ni blur sangat? Tahulah dah nak
balik kejap lagi.”
“Ya
lah. Macam-macam lesen aku ada. Just name
it.”
“Lesen
memandu?”
“Hmmm…ada.
Kenapa?” Nadia dah mula curiga bila Adni Farha datang ke tempatnya.
“Kau
perasan tak aku jalan macam mana tadi?” Adni Farha meletakkan tangannya di bahu
Nadia. Nadia memandang kaki temannya.
“No! No!
No!” Laju Nadia geleng kepala.
“Alaaa…Nadia…nanti
makin bengkak kaki aku ni…” rayu Adni Farha. Matanya dikerdip-kerdipkan.
“Habis
aku nak balik nanti macam mana?”
“Driver papa hantar kau, boleh?” Sekali
lagi Adni Farha kerdipkan matanya laju-laju. Ayman Fareeq yang baru keluar dari
biliknya melangkah ke tempat Nadia. Dia berdehem.
“Ehem…ehem…”
Terus kaku Adni Farha. Minta-minta si hati beku tak dengar apa aku cakap tadi.
“Encik
Ayman…” Nadia menyapa bosnya. Adni Farha di sebelahnya tidak dipedulikan.
“Report ni saya nak esok before lunch.” Ayman Fareeq hulurkan
fail pada Nadia. Bulat mata Adni Farha bila memandang kertas yang elok ditampal
di depan fail.
“Prima
Perdana?” Adni Farha rampas fail tersebut. Nadia tercengang. Hesy…Adni ni suka berdrama tau. Tak
penat agaknya nak bertekak dengan bos.
“Yeah…why?”
Ayman Fareeq memandang Adni Farha.
“Projek
ni kan saya yang handle?” Mata Adni
Farha mencerlung tajam Ayman Fareeq.
“Then?” Ayman Fareeq jawab tanpa rasa
bersalah.
“Why Nadia?” Adni Farha bertanya balik.
“Suka
hati sayalah nak suruh siapa saja pun.” Ayman Fareeq terus berlalu pergi. Dia
tersenyum. Gembira dapat membalas balik perbuatan Adni Farha yang langsung tak
mempedulikannya tengahari tadi. Tambahan pula bila muka Adni Farha dah memerah
menahan marah.
“Bos
kau kan memang suka sakitkan hati akulah.” Adni Farha berjalan perlahan-lahan
ke mejanya. Telefon bimbit dicapai. Bercakap dalam dua minit kemudian talian
dimatikan. Dia berkemas untuk pulang. Kunci kereta dicapai dan dia terus
bangun.
“Errr…Adni!”
panggilan Nadia tidak disahut Adni Farha. Dia menonong berjalan
terdencut-dencut menuju ke lif. Nadia mengejar. Bahu temannya di pegang.
“Babe…janganlah macam ni. Bukan aku yang
nak.”
“It’s okay. Aku nak balik.”
“Kau
nak drive ke? Aku hantar.”
“No need.” Adni Farha terus masuk ke
dalam lif sebaik pintu lif terbuka. Nadia mengeluh. Lemah langkahnya menuju ke
meja kerja. Dia sendiri tak faham kenapa Ayman Fareeq suka mencari masalah
dengan Adni Farha atau lebih tepat lagi membuli. Kadang-kadang dia nampak
bosnya macam suka dengan temannya itu tetapi pada masa yang sama suka tayang
hati beku dia.
“Aikkk…tadi
elok ceria aje muka awak sekarang macam tak bernyawa, kenapa?” soal Ayman
Fareeq yang baru keluar dari biliknya dengan beg galas disandang di bahu. Nadia
mengurut dada.
“Adusss…Encik
Ayman, boleh putus jantung saya.” Memang dia terkejut. Bos dia ni ada membela
agaknya. Tadi macam kat bilik, tup tup dah ada di depannya.
“Takkanlah
saya cakap macam tu boleh putus jantung. Pandai-pandai awak aje. Errr…Adni
mana?” Mata Ayman Fareeq meliar mencari Adni Farha. Dia perasan si rambut karat
tak ada di tempatnya. Dekat tandaslah tu. Merajuk. Perempuan…biasalah, tak
boleh kena tegur sikit.
“Baru
aje balik.” Nadia terus berjalan ke tempatnya.
“Huh?
Balik? Awak biarkan dia drive
sendiri?”
“Aah
lah…” Nadia menjawab tanpa perasaan.
“Kaki
dia kan…arghhh…” Ayman terus berlari menuju ke lif. Ditekan-tekannya butang
lif. Macam nak tertanggal dibuatnya. Belum sempat pintu lif terbuka habis dia
terus menerpa masuk.
“Eh!
Bos aku ni. Tadi bukan main lagi buat statement
tak ingat kat Adni. Sekarang macam rasa bersalah pula. Hesy…semakin aku tak faham.” Nadia gelengkan kepalanya
berkali-kali.
Ayman
Fareeq memandang nombor yang bertukar mengikut tingkat. Rasa macam lambat pula.
Sebaik pintu lif terbuka luas terus dia berlari keluar. Matanya melilau mencari
Adni Farha di ruang lobi. Tak ada. Dia keluar. Toleh ke kiri, tak ada. Dia toleh
ke kanan pula, Ayman Fareeq tersenyum. Dia nampak Adni Farha sedang berdiri
mengadap jalan. Langkah diatur menuju ke tempat Adni Farha berdiri.
Lagi
beberapa langkah nak sampai di tempat Adni Farha berdiri, Ayman Fareeq kaku.
Rasa macam kakinya dipaku supaya berdiri sahaja di situ. Hatinya meronta-ronta
untuk memanggil tapi otak dan mulut tidak memberi kerjasama. Ayman Fareeq hanya
melihat sebuah kereta Mercedes berhenti betul-betul di depan Adni Farha.
Pemandu kereta itu turun dan membukakan pintu belakang untuk Adni Farha. Adni
Farha masuk dan kereta Mercedes itu meluncur laju meninggalkan Ayman Fareeq
yang dalam kebingungan.
“Siapa
dia ni?” Ayman Fareeq merenung jalan yang kosong. Otaknya ligat merancang
sesuatu. Dia kemudian tersenyum sendiri. Esok pasti dia akan mendapat
jawapannya. Langkahnya kemudian dipanjangkan menuju Toyota Vios hitam yang
diparkir berdekatan dengan tempat Adni Farha berdiri tadi.
“Ya
Allah! Adni. Kenapa ni sayang?” Datin Hasnah menerpa ke pintu bila dilihat Adni
Farha terdencut-dencut berjalan masuk ke dalam rumah mereka. Dia memaut lengan
anak dara kesayangannya. Datin Hasnah membantu Adni Farha duduk di sofa.
“Thanks, mama.” Adni Farha menyandarkan
badannya. Kepalanya direhatkan di kepala sofa. Letih tapi bukan sebab kerja. Letih
jatuh dan letih bertekak dengan Ayman Fareeq.
Datin
Hasnah mengangkat kaki kanan anaknya dan diletkkan di atas ribanya.
Perlahan-lahan balutan yang diikat kemas di kaki Adni Farha di buka.
“Teruk
bengkak ni.” Datin Hasnah mengurut perlahan di tempat yang bengkak.
“Ma…sakit…”
air mata mengalir keluar dari tubir mata Adni Farha.
“Tu
lah siapa suruh tak hati-hati. Ni kalau tak diurut makin bengkak.”
“Tadi
Ayman dah tuam.”
“Ayman?
Hati beku tu? Mulut longkang?” Datin Hasnah memandang pelik.
“Hesy…siapa
lagi. Dialah.” Eee…mama aku ni. Apa yang peliknya entah.
“Dah
berbaik?” perli Datin Hasnah.
“Please!!!” Adni Farha julingkan mata.
“Habis
tu siap tuamkan kaki anak mama ni. Itukan tandanya…”
“Ma…”
“Yalah,
yalah…macam mana boleh jadi macam ni?”
“Jatuh
tangga kat Thistle.”
“Adni
buat apa kat Thisle?”
“Lunch.”
“Jauhnya.”
“Dah
orang nak belanja. Adni ikutkan aje.”
“Siapa?”
“Ayman.”
“Si
hati beku? Mulut longkang?” tanya Datin Hasnah tapi kedengaran seperti menyindir Adni Farha.
“Ya
Allah! Mama!!!”
“Hesy, tak padan kaki bengkak asyik nak
menjerit aje.”
“Dah
mama asyik sakat Adni. Makan dalam tau.”
“Makan
dalam. Makan dalam. Tak habis-habis nak cari pasal dengan orang,” bebel Datin
Hasnah.
“Mana
ada cari pasal dengan orang. Dia jalan laju sangat. Adni kejarlah. Lupa pula
hari ni pakai high heel sampai salah step. Huh…terbaik dapatnya.”
“Adni,
Adni…bilalah nak matang sayang oiii.”
“Eee…siapa
kata Adni belum matang. I’m old enough to
make my own decision.”
“Decision apanya kalau berlari dengan high heel.” Datin Hasnah jegilkan mata.
“Oh!
Eh? Hehehe…” Adni Farha tersengih. Datin Hasnah menepuk perlahan kaki Adni
Farha.
“Ouchhh…Ma…”
rengek Adni Farha manja. Dia menarik kakinya.
“Degil tak habis-habis. Tini! Tini!” Datin
Hasnah memanggil pembantu rumahnya. Kelam kabut Hartini datang dengan tangan
basah.
“Ya,
bu.”
“Kamu
sedang buat apa saja dengan tangan basah ni?” Mata Datin Hasnah memandang
tangan pembantu rumahnya.
“Mahu
masak nasi. Udah jam enam. Takut tak sempat nanti,” jawab Hartini takut-takut.
“Tinggalkan
dulu. Kamu pandai urutkan? Pergi ambil minyak urut. Ini kakinya Adni dah
bengkak.” Jari Datin Hasnah menunjuk ke arah kaki Adni Farha.
“Ya,
bu. Sebentar, saya ambil minyaknya.” Hartini berlalu pergi. Adni Farha yang
sedari tadi diam mula bersuara.
“Ma…tak
payahlah suruh Kak Tini urut. Sakitlah, ma,” rayu Adni Farha. Hartini
dipanggilnya kakak sebab pembantu rumahnya itu tua sepuluh tahun darinya. Sudah
bekerja dengan keluarga mereka lebih kurang lima tahun. Sudah berkahwin dan ada
dua orang anak yang ditinggalkan di kampung.
“Kalau
tak diurut bila masa pula nak baik?” soal Datin Hasnah.
“Tuam
dengan ais,” jawab Adni Farha. Pendek akal.
“Itu
sementara, bolehlah.”
“Letak
minyak panas lepas tu balut semula macam tadi pun okey juga.”
“Kamu
ni nak mc sebulan ke?” suara Datin Hasnah dah tinggi satu oktaf. Anak dara dia
ni banyak sangat alasan yang diberi.
“Habis
tu kalau urut boleh terus baik ke?” muncung Adni Farha dah sedepa. Datin Hasnah
mengeluh. Alahai Adni. Kenapalah manja terlebih ni. Dia menggelengkan
kepalanya.
“At least susut sikit bengkak tu,” suara
Datin Hasnah dah kendur semula. Memujuk Adni Farha.
“Okey…tapi
dengan syarat.” Adni Farha dah kerdip-kerdipkan matanya. Datin Hasnah ketawa.
Memang anak manja betullah. Boleh pula bagi kita syarat bagai.
“Apa
dia?” Datin Hasnah melayan perangai sengal Adni Farha.
“Sup
ayam pedas. Air tangan mama.”
“Yalah,
sayang. Kaki tu naikkan atas sofa. Senang Tini nak urut,” arah Datin Hasnah
bila dilihat Hartini datang dengan memegang sebotol minyak urut. Hartini duduk
di hujung sofa. Datin Hasnah berlalu ke dapur. Dia perlu mula memasak sekarang.
Semua bahan-bahan telah siap disediakan pembantu rumahnya itu. Lagilah ada
pesanan penaja dari tuan puteri. Memang kena mulakan sekarang. Memasak memang
dia suka buat sendiri. Petua ibunya untuk menjaga keharmonian keluarga.
Pengikat kasih suami isteri dan anak.
Sesekali
terdengar suara Adni Farha menjerit kesakitan dan memarahi Hartini. Datin
Hasnah hanya mampu tersenyum.
“Ouchhh…perlahanlah
sikit, Kak Tini!” jerit Adni Farha.
“Kalau
perlahan lambat baiknya, Adni…” Hartini meneruskan urutan di kaki Adni Farha.
“Saya
cakap dekat papa potong gaji kamu,” ugut Adni Farha.
“Bisa
saja. Janji kaki Adni cepat sembuh,” balas Hartini. Makin kuat dia mengurut di
tempat yang bengkak.
“Adoi,
papa!!!” Adni Farha menjerit kuat. Geram. Memang tak makan saman betul pembantu
rumahnya ini. Hartini ketawa. Adni Farha memukul bahu pembantu rumahnya dengan
kusyen kecil yang menjadi teman setianya sedari tadi.
Ayman
Fareeq mencampakkan beg sandangnya di atas lantai. Dia sendiri merebahkan
badannya di atas sofa tiga tempat duduk. Menghilangkan rasa penat setelah
seharian berkerja. Stress, lumrah
baginya yang berkerja sebagai seorang jurutera. Bertambah stress bila ada pekerja yang lembap dan kalut. Dia sendiri tak
faham kenapa si rambut karat diletakkan di bawah seliaannya sedangkan Hisyam
lebih memerlukan seorang pekerja. Leka memikirkan perkara itu, dua kali telefon
bimbitnya berbunyi pun dia tak sedar. Kali ketiga baru dicapai BlackBerry 10
yang diletakkan di atas meja kopi.
“Hello,
assalammualaikum,” lemah Ayman Fareeq menjawab.
“Waalaikummussalam.
Lemah aje suara tu? Baru balik ke?” soal Mak Limah.
“Emak…Aah…Ayman
baru aje balik.”
“Itulah
kalau dah kahwinkan senang. Balik rumah ada orang urutkan, sediakan makan pakai
awak tu,” bebel Mak Limah. Dah mula dah emak aku ni. Ingatkan dah tutup cerita
bila aku janji lagi dua tahun baru aku nak fikir pasal kahwin.
“Emak…kan
Ayman cakap bagi Ayman masa. Kahwin ni bukan macam pakai baju. Hari ni kita
pakai kalau esok tak suka kita buang tukar yang lain. Ayman nak sekali aje akad
yang Ayman lafazkan,” jawab Ayman Fareeq panjang lebar tetapi dengan nada yang
lembut. Seboleh mungkin dia tak mahu emaknya terasa hati dengan kata-katanya.
Dia masih tahu syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki ibu. Sedikit hati
emaknya terguris sukar untuk dia mencium bau syurga. Terdengar suara Mak Limah
mengeluh.
“Mak
ingat. Cuma bila Mak Ngah kau jemput kenduri kahwin Zahar bulan depan, tu yang
teringatkan kau.”
“Mak…dah
sampai jodoh dia sebab tu si Zahar tu kahwin dulu. Ayman tahu mak mesti nak
cakapkan yang anak mak ni tak laku. In Shaa Allah mak, Allah tu maha pengasih.
Jodoh, ajal, maut, rezeki semua itu ditentukan olehNya.”
“Ada
aje jawapan dia.”
“Anak
emak kan…hahahaha…” Ayman Fareeq tertawa. Mak Limah pun sama. Lega hati Ayman
Fareeq bila mendengar suara ceria emaknya itu.
“Balik
eh, nak? Ayman pun dah lama tak balik kampung,” pujuk Mak Limah.
“Bila
majlisnya tu?” Ayman Fareeq dah memegang dahinya. Dia tahu sudah lebih dua
tahun dia tak menjenguk emaknya dikampung. Mereka hanya berbicara melalui
telefon. Puas juga emaknya memujuk. Cuma sejak peristiwa itu, dia tak berdaya
untuk pulang ke kampung. Bukan itu saja, kerja yang bertimbun-timbun pun memang
menghalangnya untuk bercuti lama. Nasib baik adik perempuannya belum berkahwin.
Ada lah juga peneman buat emaknya.
“Dua
puluh lima bulan depan.”
“Tengok
nanti macam mana. Kalau Ayman free
Ayman balik.”
“Baliklah,
Ayman. Yang sudah tu sudahlah. Dah tak ada jodoh Ayman dengan dia. Lagi pun dia
dah anak. Dia sekarang dah ikut suaminya ke KL.” Faham sangat Mak Limah akan
perasaan anak bujangnya yang terluka.
“Mak…Ayman
tak janji. Nanti kalau Ayman jadi balik, Ayman bagitahu emak, ya.”
“Mak
rindu dengan Ayman. Rindu sangat-sangat.” Terdengar sendu dari suara Mak Limah.
Ayman Fareeq lemah. Setiap kali emaknya telefon memang itulah modal yang
digunakan. Rindu. Dia? Rindu juga pada emak dan adiknya tapi hati yang terluka
masih belum sembuh. Tiada kekuatan.
“Mak…in
shaa Allah, Ayman balik nanti. Mak jangan risau. Mak tu jaga diri baik-baik.
Jangan buat kerja berat-berat. Jangan manjakan sangat adik tu.”
“Yalah.
Kita cakap rindu, dia nasihat kita pula. Mandi sana, solat lepas tu makan.
Jangan leka sangat berbaring tu. Kalau dah kahwinkan senang. Ada orang berkenan
suruh masuk meminang tak nak,” bebel Mak Limah.
“Hesy,
mak ni. Kesitu pula dia. Okey, mak. Ayman nak mandi dah ni. Badan pun dah
melekit. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Ayman Fareeq bangun dan duduk menyandar. Telefon bimbitnya diletakkan di
sebelah tempat duduknya.
Dia
merenung siling rumah. Rumah berkembar dua tingkat yang dibeli dua tahun lalu
hasil titik peluh berkerja sebagai seorang jurutera terasa sunyi. Sepatutnya
rumah ini dah ada penyerinya sejak awal di beli lagi. Dia gigih mencari rezeki
menyediakan apa yang patut supaya senang bakal isterinya nanti. Tapi apa yang
dia dapat. Pengorbanan dia hanya sia-sia. Si dia curang. Curang dengan teman
baiknya sendiri. Sebab itulah dia memang anti dengan perempuan. Bukan dia tak
tahu apa yang orang sekelilingnya memanggilnya. Hati beku. Kaku. Kejung. Iceberg. Macam-macam gelaran lagilah.
Dia tak pernah pedulikannya. Hatinya masih terluka. Entah dia sendiri tak pasti
boleh dirawat atau tidak.
Apa
yang pasti, sejak akhir-akhir ini dia selesa dengan si rambut karat. Gadis yang
baru sahaja sebulan bekerja di Perunding Klasik, tempat dia cari makan sejak
lima tahun yang lalu. Ada sesuatu pada gadis itu yang mencuit hatinya. Sebab
itu dia suka cari pasal untuk berbual dengan gadis tersebut. Erkkk…ya ke berbual?
Hehehe…lebih kepada bertekak sebenarnya. Dia seronok. Mulut si rambut karat tak
pernah diam. Ada saja jawapannya. Tak mahu mengalah.
“Arghhh!!!…dah
kenapa dengan aku ni,” Ayman Fareeq menjerit. Dia berdiri. Melonggarkan sedikit
urat-urat di badan. Kakinya menapak ke ruang dapur. Dia memandang seketika.
Ruang dapur yang diubah suai mengikut citarasanya. Moden. Terima kasih pada
Akid kerana bagi perkhidmatan percuma mereka bentuk dan mengubah suai seluruh
isi dalam rumahnya. Kononnya sebagai hadiah perkahwinan yang tak jadinya dulu.
Ayman
Fareeq mendekati peti sejuk. Pintu di buka. Matanya memerhati barang-barang
yang ada. Stok yang ada cukup untuk dua tiga hari saja lagi. Nampaknya hujung
minggu ni dia kena keluar berbelanja. Sayur kalian dan udang di keluarkan dan
diletakkan di sinki. Senang nanti selepas solat maghrib dia boleh terus mula
memaasak. Begitulah kebiasaannya. Dia memasak sendiri untuk makan malam. Dah
sarapan dan makan tengahari kat luar takkanlah malam pun nak makan kat luar.
Ada belum umur empat puluh kepalanya dah botak. Banyak sangat makan serbuk
perasa dan garam. Mana taknya itulah yang tauke kedai selalu letak
banyak-banyak dalam masakan mereka untuk melariskan makanan yang dijual.
Ayman
Fareeq kemudian segera melangkah ke tangga untuk naik ke bilik. Badan perlu
dibersihkan. Maghrib pun dah nak masuk bila terdengar suara bilal sudah mula
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas maghrib nak masak lagi. Ayman Fareeq
memang sengaja memilih untuk membeli rumah berdekatan dengan masjid. Senang
untuk dia ketahui sama ada sudah masuk waktu solat atau belum. Ada kalanya bila
dia tidak letih dia rajin ke masjid untuk berjemaah bersama-sama dengan
penduduk taman ini. Hidup sorang-sorang
di bandar Johor Bahru dia perlu bercampur dengan mereka. Setidak-tidaknya bila
dia ada kesusahan boleh juga mereka membantu.
Tok!
Tok! Tok! Kedengaran ketukan di pintu bilik. Adni Farha yang sedang mengelap
rambutnya menoleh.
“Masuk…”
Pintu dibuka. Dato’ Hussain jengukkan kepala.
“Love…” panggil Dato’ Hussain manja.
“Papa…baru
balik ke?” tegur Adni Farha bila dilihat papanya masih berpakaian pejabat.
“As usual. Meeting dengan Tan Sri Razlan tak pernah nak habis awal.” Dato’
Hussain melabuhkan punggung di birai katil Adni Farha.
“Papa
ni kena kurangkan meetinglah. Kesian
kat mama. Kurang kasih sayang.” Adni Farha membalas. Datang dah sengalnya.
“Kalau
setahun dulu anak papa ni dah masuk pejabat. Takdelah papa meeting-meeting lagi. Silap-silap papa dengan mama asyik honeymoon aje.”
“Salahkan
Adnilah ni?” Adni Farha menghampiri papanya dengann mengheret kaki yang
bengkak.
“It’s not your fault. Anak manja papa ni
nak relakskan…dah solat?”
“Baru
aje…”
“Kaki
tu macam mana, dah okey?”
“Kurang
sikit. Kak Tini dah urutkan tadi. Ambik kesempatan dia tu tau. Kuat dia tekan
tempat bengkak tu,” adu Adni Farha.
“Love pun satu. Siapa suruh tak
berhati-hati. Kalut sangat.” Dato’ Husaain geleng kepala. Dia dah masak dengan perangai
Adni Farha.
“Pa…”
meleret suara Adni Farha memanggil papanya.
“Hmmm…”
Dato’ Hussain menyahut acuh tak acuh. Mesti ada sesuatu ni.
“Pasal
projek kat Melaka tu kan. Papa bagi kat orang lain boleh tak?”
“Kenapa?”
“Papa
tengoklah ni. Sejak kerja bawah Encik Ayman, dah berkali-kali Adni jatuh.” Adni
Farha memulakan rancangannya. Kena pujuk papa kaw-kaw. Lakonan mesti mantop.
“Adni
tu yang tak berhati-hati. Salahkan orang lain pula.”
“Tak
bolehlah ni?” Adni Farha memandang papanya. Dato’ Hussain geleng kepala.
“Untuk
projek tu je?” Adni Farha masih mahu mencuba nasib. Dato’ Hussain tetap
menggelengkan kepalanya.
“Ala…apa
yang bagus sangat kerja dengan dia tu? Hati beku. Mulut longkang.” Adni Farha
mengutuk Ayman Fareeq.
“Love…macam yang papa cakap dalam meeting hari tu. Dia salah seorang engineer terbaik yang papa ada. Papa
menaruh harapan yang tinggi pada dia untuk memajukan syarikat. He’ll guide you. Dahlah. Papa nak mandi.
Pergi turun. Mama dah masakkan sup ayam yang Adni request tu. Nanti merajuk pula mama kalau Adni tak nak makan.”
Dato’ Hussain mengusap kepala anak daranya. Dia singgah di bilik anak daranya
bila diberitahu oleh isterinya Adni Farha tidak mahu makan malam. Dato’ Hussain
bingkas bangun. Solat perlu ditunaikan segera. Waktu maghrib sudah nak hampir
ke penghujung.
“Nak
dukung,” rengek Adni Farha. Saja nak bermanja dengan papanya.
“Kahwin
nanti suruh suami aje yang dukung. Papa ni dah tua, tak larat,” usik Dato’
Hussain.
“Boleh
kahwin eh? Dengan siapa ya?” Adni Farha tersengih tayang gigi.
“Ayman
Fareeq tu pun okey juga. Papa on
aje,” terus Dato’ Hussain berlalu pergi.
“Papa!!!”
Adni Farha ketap bibir. Tak habis-habis nak menangkan si hati beku. Adni Farha
capai Sony Xperia Z. Nama seseorang di cari. Dia menaip sesuatu. Selesai. Dicampakkan
telefon bimbitnya di atas katil. Dia bersiap ala kadar dan turun ke bawah.
Ayman
Fareeq membasuh sayur kalian sebelum di potong. Udang telah siap disiang.
Beberapa biji bawang merah dan putih diambil. Tidak ketinggalan sedikit halia.
Leka menyediakan semua bahan masakan, tak semena-mena dia tersedak.
“Hesy…siapa
pula yang mengumpat ni.” Pantas tangannya mencapai gelas. Air kosong dituang.
Dia minum dengan rakusnya. Rasa perit di tekak masih tak mahu hilang. Sebiji
gula-gula Hacks hitam dibuka dan
dimasukkan ke dalam mulut.
“Aahhh…lega
sikit.” Ayman Fareeq melihat sekilas pada telefon bimbitnya yang diletakkan di
atas meja makan bila perasan ada mesej masuk. Tangannya dibasuh. Telefon bimbit
dicapai. Pesanan ringkas yang diterima dibuka.
I hate you! I hate you!
I hate you! – Si rambut karat
What the…
apa masalah minah ni. Patutlah aku rasa macam ada orang mengumpat aku. Sendiri
yang salah. Careless. Ada hati nak
benci-benci orang. Sah skru kat kepala dia longgar. Tanpa membuang masa Ayman
Fareeq membalasnya.
Ada saya kisah.
– Si hati beku
pergh,,, ayat tak boleh blah kan..antara mereka yg terlupa... kejadian kejadian spt ini lah yg akan mendekatkan hati mereka..kan
ReplyDeletemasing2 nak nafikan apa yg di rasa.... hehehe....
DeleteBEST.
ReplyDeletetq....
Deletebest....asyik tergelak je sy baca citer ni.....mmg kenalah mrk berdua.
ReplyDeleteTerima kasih cik baba...
Delete