"Tak nak lah....!" bentak Adni Farha keras.
"Tak jatuhlah, Love," Ayman Fareeq masih menghulurkan tangannya.
"Jatuh..." rengek Adni Farha.
"Ya Allah!... Nadia, siapa yang pandai-pandai masukkan aktiviti ni?" tanya Ayman Fareeq geram bila Adni Farha langsung tak mahu melompat.
"Errr... Encik Aymanlah. Saya dah cakap Adni gayat," beritahu Nadia takut-takut.
"Saya eh? Alah love... lompat jelah. Saya ada kat sini. Kalau awak tak lompat macam mana kumpulan lain nak gerak," rayu Ayman Fareeq bila melihat ada kumpulan sudah mula menghampiri mereka.
"Tarik diri, boleh tak?" Adni Farha kerdip-kerdipkan mata.
"Jangan nak mengada. Tunggu situ." Ayman Fareeq melompat semula ke batu tempat Adni Farha berdiri. Dia terus mencekak pinggang Adni Farha dan mengangkatnya ke batu bertentangan.
"Cinta!!!" Adni Farha memukul dada Ayman Fareeq berkali-kali. Malu.
"Dah awak susah sangat nak lompat." Ayman Fareeq tersengih gatal.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
bila nk dpt full entry ni
ReplyDeleteKau? Dia akan keluar teaser aje sampai settle full mss...
Deletex sabar la akak nk tggu entry nih keluar..mohon percpatkan kalau akak x busy..:)
ReplyDeletedah tak ada full n3 lagi yunkkk... tengah siapkan full mss untuk dihantar kepada penerbit..
Deleteyessss...tak sabar nak peluk kau dia dalam versi cetak.
ReplyDeleteTak tahu bilanya akan keluar cik baba...saya olah semula cerita ni...
Deletedear syeena....dan keluar ke citer ni....kalau dah mana blh dpt...
ReplyDeleteBelum lagi Zuraidah.... nnt kalau dah nak kuar kita up kat sini ya
Delete