PEMBENTANGAN laporan kewangan yang sedang berjalan terhenti
sebentar bila PA Dato' Salleh membisikkan sesuatu pada Dato’ Salleh.
Dini hanya berdiri di depan layar putih.
Menanti dengan sabar sebelum menyambung kembali apa yang ingin dilaporkannya.
Dato' Salleh menggelengkan kepalanya dan
tertawa kecil.
"Ardini!" panggil Dato'
Salleh.
"Ya, Dato'," sahut Dini.
"Ada orang nak jumpa dekat luar.
Pergilah. Minta orang lain ganti," beritahu Dato' Salleh.
"Tapi..." Dini cuba membantah.
"Tak apa. I get back to you later."
"Okey."
Dini menggamit Zaidi, penolongnya untuk
meneruskan pembentangan. Dia terus keluar. Matanya liar memerhati sekeliling
mencari orang yang dimaksudkan. Tiada. Dia berpaling untuk masuk semula ke
bilik mesyuarat.
"Hai, bee!" Ajad menghalang laluannya.
"Mama!" Dini terjerit kecil.
Dia mendengus. Satu jelingan tajam diberikan.
"Ini honey punya claim."
Ajad menghulurkan kertas di tangan kepada Dini.
"Apasal tak bagi pada Amy aje? Kau
tahu tak aku ada presentation?"
Dini masih tak mengambil kertas yang dihulurkan.
"Bagi sendiri lagi personal," Ajad tersengih.
"Mengada lebihlah kau ni."
Dini merampas kertas di tangan Ajad. Dia baru nak memulas tombol pintu tetapi
Ajad menghalangnya sekali lagi.
"Honey nak outstation,"
beritahu Ajad tanpa dipinta.
"Ada aku kisah?" sinis Dini
membalas. Kedua-dua keningnya diangkat.
"Sebulan," kata Ajad lagi
tanpa mempedulikan balasan kata Dini.
"Setahun atau selama-lamanya pun
tak kisahlah," jawab Dini lagi. Keras.
"Bee...untuk sekali aje, teman honey
makan then kita jalan-jalan. Honey janji lepas ni honey tak kacau bee lagi, boleh?" rayu Ajad dengan riak muka sedih.
Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat dibuka
dari dalam. Kedua-duanya menoleh ke belakang.
“Eh! Kenapa masih dekat sini?” soal
Dato’ Salleh yang keluar dari bilik mesyuarat. Dia ingin ke tandas sebentar.
“Errr… nak pergilah ni, abah. Bee?” Ajad mengangkat kedua-dua
keningnya.
“Dato’, saya…” Dini serba salah. Dia
mengharapkan Dato’ Salleh menghalangnya.
“Tak apa. Esok-esok kita boleh discuss lagi.” Dato’ Salleh
menganggukkan kepala.
Dini mengeluh. Dia memang tak boleh lari
ke mana-mana.
DINI meneliti kembali laporan kewangan yang dibentangkan
penolongnya semalam. Nasib Zaidi tulis komen-komen yang diutarakan Dato’
Salleh. Mudah untuk dia membuat pembetulan. Ini semuanya gara-gara melayan si
abjad sengal. Tak pasal-pasal orang lain yang kena buat kerjanya.
Dini mengangkat wajah bila pintu
biliknya dibuka seseorang.
"Ardini!" Amar menguak pintu
bilik Dini.
"Ada apa, Encik Amar? Cemas semacam
aje," Dini mengerutkan dahinya.
"Ikut saya sekejap. Ada client baru touch down. Driver semua
keluar. Dato' suruh kita sendiri yang pergi ambil," beritahu Amar gusar.
"Orang lain tak ada ke, Encik
Amar?" Dini dah mengeluh. Laporan yang dibentangkan semalam perlu
disiapkan untuk dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah hujung bulan ini.
"Dato' suruh kita berdua.
Jomlah," desak Amar lagi.
Melihat muka Amar yang cemas dan
bersungguh-sungguh mengajaknya membuatkan Dini tidak sampai hati.
Lima minit kemudian Dini sudah berada
dalam kereta menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail. Mukanya
masam mencuka.
"Bee...Janganlah marah," pujuk Ajad.
Dini merengus. Kalau diberi peluang
memang dihantuknya kepala dua beradik ini. Suka sangat buat hati dia sakit.
"Kalau honey sendiri yang ajak mesti bee
tak nak hantarkan, kan?" Ajad menoleh Dini sekilas.
"Kau faham tak aku ada banyak kerja
dekat pejabat tu," tempelak Dini.
"Bee jangan risau. Lepas ni sebulan honey tak kacau bee. Bagilah
peluang honey tengok muka bee puas-puas," rayu Ajad.
"Aku nak LV," balas Dini.
"LV aje?" usik Ajad. Sesekali
dia mengerling Dini di sebelahnya.
"Aku nak Burberry, Dior, Dolce
& Gabbana, Fendi, Versace, Hermes dan semua brand yang mahal-mahal."
"Laaa... baik bee cakap nak beli Harrods lagi senang." Ajad masih mahu
mengusik.
"Aku buka pintu ni karang,"
ugut Dini.
"Okey, okey. Garang sangatlah bee ni. Takut honey." Ajad tersenyum senget. Senang hati. Sekurang-kurangnya
Dini tidaklah menolaknya bulat-bulat.
Amar ditempat duduk belakang dah ketawa
berdekah-dekah. Dia yakin selepas ini pastinya Dini sudah tidak mempercayai
kata-katanya lagi. Biarlah asalkan pasangan sengal dan selamba ini bahagia.
Dini menjeling tajam. Panas hati
dipermainkan oleh dua beradik ini.
Ajad masuk ke tempat meletak kenderaan.
“Eh! Kenapa nak kena parking pula?” soal Dini tak puashati.
Ajad membiarkan sahaja soalan Dini. Dia
terus masuk ke petak kosong. Enjin dimatikan. Dia terus keluar. Bonet belakang
dibuka dan sebuah beg besar dikeluarkan.
Amar sudah keluar.
Cuma Dini yang masih mengeraskan diri di
dalam kereta.
Pintu di sebelah Dini dibuka dari luar.
“Bee…Jomlah,”
pujuk Ajad.
Dini membisu.
Ajad mencangkung.
“Yalah, yalah.” Dini menolak kasar
sampai Ajad terduduk. Tiba-tiba dia rasa segan pula bila Ajad memujuk rayu
sampai begitu sekali.
Amar ketawa. Sempat menaikkan ibu jari kanan
mengejek Ajad.
Ajad hanya tersenyum senget. Kepalanya
digelengkan.
Mereka berjalan beriringan masuk ke
dalam bangunan lapangan terbang itu.
"Kau jangan bawak balik minah saleh
pulak," usik Amar.
"Kau gila? Mana aku nak letak bee aku ni," balas Ajad sambil
menarikan keningnya.
"Biarlah dia, Encik Amar. Boleh
meramaikan umat Islam," perli Dini.
"Bee... honey pergi
sebulan aje. Tak sempatlah nak ayat minah-minah saleh tu," balas Ajad.
"Eee...aku tak kisahlah dengan
siapa pun kau nak kawan ke nak kahwin ke," balas Dini pula.
"Ya ke bee tak kisah? Jangan menyesal nanti," usik Ajad. Dia bermain
mata dengan Amar. Memberi isyarat.
Dini menjeling.
"Eh! Aku nak pergi toilet sekejap," beritahu Amar seolah-olah
faham dengan bahasa mata adiknya.
"Saya ikut," sahut Dini.
"No! Awak temankan Ajad sekejap. Lagi pun kau dah nak masuk ke dalam
kan?" Amar angkat kening.
Ajad mengangguk.
Amar terus berlalu.
Dini mengeluh.
"Jangan rindukan aku,"
beritahu Ajad.
"Tak kuasa akulah," balas
Dini.
"Mesti kau rindukan aku. Dah tak
ada orang nak kacau kau lagi. Aman hidup kau tapi sebulan aje. Jangan risau aku
akan balik dengan selamat untuk kau," usik Ajad.
"Suka hati," jawab Dini
pendek. Mata dijuling ke atas.
Ajad melihat jam di tangannya. Dia
bergerak ke pintu balai berlepas.
Nak tak nak Dini terpaksa mengikut.
Takkanlah dia nak tercongok macam orang bodoh dekat tengah-tengah laman kan.
Sesekali matanya mencari Amar yang tak muncul-muncul.
"Aku nak masuk dalam dah."
"Pergilah."
"Mesti aku bosan dekat sana. Tak
dapat nak tengok muka kau hari-hari," nada suara Ajad dah bertukar sayu.
"Kau ni sebenarnya nak pergi
berkerja ke nak makan angin?" Dini merengus. Dia membuang pandang ke arah
lain.
"Dini..." panggil Ajad lembut.
Dini menoleh.
Ajad terus menekan punat telefon
bimbitnya. Selamat muka Dini dirakamkan dalam telefon bimbitnya. Dia tersengih.
Dini rasa macam nak cekik-cekik aje si
abjad sengal ni.
"Terima kasih." Ajad terus
menaiki eskalator.
Dini terkedu. Dia hanya memerhatikan
Ajad pergi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aplikasi WhatsApp. Ikon hijau ditekan.
+
Kalau rindukan aku. Tengok muka aku puas-puas. Selfie ni. Gonna miss you.
Terbit juga senyuman di bibir Dini.
Ajad, Ajad. Ada sahaja akalnya. Boleh
pula ambil gambar masa naik eskalator tadi.
“Dah?” tegur Amar.
Dini mengurut dada. Terperanjat. Dia
angguk.
Mereka berjalan keluar. Tiba-tiba Dini
rasakan sesuatu. Dia memegang dadanya. Terasa seperti ada rasa yang hilang.
Rasa yang terbang tinggi meninggalkannya.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Request group untuk baca teaser bagi bab-bab seterusnya.... https://www.facebook.com/groups/460780710692490/
Sukaaaaaa.......
ReplyDeleteTqqqqqqq.....
DeleteYa Allah Syeenaaaaaa.....
ReplyDeleteCepat2 la siapkan MS... tak larat nak tungguuuuuu
kak itasukri
Sedang cuba nk siapkan ni kak ita
Deletebest best best tak sabar nak tahu kesudahannya..so sweet
ReplyDeleteSabar ye....
DeleteAlamk.. Dini, macm dah kene setepek kt muka... Cies ko Abjad ciskek betul.... Ber Sandiwara rupanyer.
ReplyDeleteAjad akal dia mmg panjang...
DeleteTerima kasih
ReplyDeleteAla.. dh x thrill aarr.. dini nk jeles ngan sapa lg
ReplyDeleteBg r dorang lovey dovey dulu...
DeleteBest.....
ReplyDeletetp citer MENDUNG BIARKAN IA BERLALU... bila akn bersambung lg
Citer mbib dah ada yg berkenan.... Tunggu versi cetak kak...
Deletebaru habis marathon. homai! suka sangat ... giler suspen tul Abjad tu! ... kalau kita ni dini kan, memang hijau biru pak cik tu kita kerjakan, sengal bagidol punya honey! eee geraaaam ... kalau kita dini mau mogok 3 hari 3 malam ni (jgn lama2 sangat ... rugi wooo)
ReplyDeletehikhikhik... sian ajad sengal tu....tq sudi bc hdmthyname...
DeleteSyeena Hamdan, yang ni bakal dinovel juga? Kalau ada rezeki, kita doa sama2 iyer ... comel sangat couple ni.
ReplyDeleteinsyaAllah kalau ada rezeki akan dicetak...
DeleteWahhh sgt2 menarik n best sys..thumbs up!
ReplyDeletetq dear sudi baca....
DeleteMarathon arini
ReplyDeletecite yg best n ohsam
sweet sengal senget
BEST.....
tq dear Nana Nn....thanks sudi baca...
DeleteWaaa kak syeena..knape sume citer akak best sngt ni..time keje xleh fokus sbb cter2 akak yg romantik sngt ni..nak buku cepat2 plisss!! :)
ReplyDeleteYang ini bakal menyusul selepas CDK tapi tak tahu bila yunk....sabar ya...thanks sudi baca...
DeleteThanks too kak syeena sbb tulis citer best2!!smoga idea makin melimpah ruah utk novel seterusnya :D
Deletethanks again...
DeleteOh dear! Suka suka suka suka suka giler citer ni...thumbs up cik writer! ;D
ReplyDeleteThnanks Nayna. Terima kasih sudi baca...
Delete