Friday, March 24, 2017

BERARAK AWAN CINTA - PART 11


PERJALANAN yang hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit dirasakan terlalu lambat bagi Ariq. Matanya menjeling cermin pandang belakang. Tersungging senyuman sinis di bibirnya. Termenung? Gadis ni dah tak ada kerja lain agaknya. Cubalah fikirkan sesuatu. Carilah jalan penyelesaian. Bukan untuk masa depan mereka berdua tapi sekurang-kurangnya macam mana mereka nak hadap hari esok.

Apa Azza ingat dengan termenung macam tu boleh selesaikan masalah? Azza bolehlah berdiam diri. Gadis itu anak yatim piatu. Tak perlu fikirkan pasal mak dan ayahnya. Dia kena fikir macam-macam. Maruah keluarga, reputasi syarikat. Reputasi syarikat? Oh, kenapa dia boleh terlepas pandang akan hal ini!

“Haidar.” Dia menggumam.

“Hmmm…”

“Tolong aku?”

“Apa…” Acuh tak acuh sahaja suara Haidar.

“Hal pernikahan ni…” Jeda. Sekali lagi matanya melirik cermin pandang belakang. Pandangannya dan Azza bertaut. Memang itulah tujuan dia menimbulkan hal ini. Mahu gadis itu terlibat sama.

 “Rahsiakan dari pengetahuan mama dan papa. Jangan kecoh-kecoh. Kalau aku tahu mereka tahu, tahulah aku siapa yang tak reti tutup mulut.” Amaran diberi walau nadanya bersahaja.

Kegelapan malam di luar tingkap yang menjadi santapan mata Haidar tidak lagi indah di pandangan. Dia menoleh ke sisi. Wajah Ariq tunak dipandang.

You heard me!” Kali ini bicara Ariq sedikit tegas. Dia tahu Haidar sedang melihat dia. Dan dia faham maksud pandangan Haidar.

“Aku tak boleh janji.”

You have to, Haidar!”

Haidar mengeluh. Berat helaan nafasnya. Dia melirik pada Azza. Mahu melihat reaksi si adik ipar. Risau andai gadis itu berkecil hati dengan kata-kata Ariq. Namun dia tak dapat membaca riak pada wajah gadis itu. Gadis itu bagai tenggelam dalam dunianya sendiri. Ariq direnung semula.

“Sampai bila?”

Sungguh, dia tidak suka dengan cara Ariq menangani perkara ini. Bukannya Ariq dan Azza menconteng arang di muka kedua orang tua mereka. Ini perkara baik. Perlulah dihebahkan. Takut kalau main sorok-sorok, lain pula jadinya di kemudian hari. Berahsia bakal membebankan Ariq. Bahkan dirinya juga. Tak bolehkah untuk kali ini Ariq berfikir secara matang?

“Tak tahu.” Ariq jongket bahu sambil menyebak rambutnya. Berkali-kali.

Buat masa ini, biarlah perkara ini dirahsiakan. Hati dan perasaan kedua orang tuanya perlu dijaga. Khilaf dia. Ikut sangat perancangan yang tidak terancang ini sampai lupa natijahnya pada diri dia dan keluarga.

“Aku tak rasa papa dan mama akan marah. Kau pun tahu sikap mereka, kan?” Haidar cuba memujuk. Harap sangat Ariq menarik balik kata-katanya tadi.

“Tahu tapi aku tak bersedia dengan semua ni. Aku harap kau faham, Haidar.” Ariq menggeleng laju.

Untuk sekian kalinya, Haidar mengeluh lagi. Ariq tetap Ariq. Kalau putih katanya, tiada apa yang boleh merubah menjadikan ianya hitam. Dia memandang Azza di belakang. Sayu hatinya mengenangkan nasib si adik ipar.

“Azza tak kisah ke?”

“Huh?”

“Rahsiakan perkahwinan ini?”

“Sa… saya ta… tak kisah, Encik Haidar.” Tergagap-gagap Azza menjawab. Dia cuba untuk senyum walau dia tahu senyumannya jelas kelat dan terpaksa. Sebenarnya dia tak sangka dirinya menjadi sasaran juga. Nasiblah butir bicara dua beradik ini didengarnya jelas.

“Apa pulak berencik dengan saya. Abang pun dah okey,” seloroh Haidar diiringi tawa kecil. Cuba untuk menceriakan keadaan. Ariq dikerling dengan ekor mata. Jelas matanya menangkap kerutan pada dahi Ariq. Aik,  cemburu ke?

“Mangkuklah kau, Haidar.” Ariq mencelah.

“Hoi, suka hati kau aje mangkukkan aku!”

“Dah kalau kau suruh dia panggil kau abang, dia nak panggil aku apa?”  

Haidar terkedu. Seketika matanya terkebil-kebil memandang Ariq sebelum terburai tawa dari mulutnya. Gaya macam tak suka dipaksa menikah tapi boleh pula si adik bergurau macam tu. Ketara sangat Ariq cemburu.

“Kau tanyalah Azza,” giatnya.

Dengan wajah yang serius, cermin pandang belakang direnung. Ariq beredeham. Cuba menarik perhatian Azza.

So?” Keningnya dijongketkan bila matanya dan Azza bertaut.

Azza yang tidak bersedia menjadi semakin kalut. Spontan reaksi luar alam ditonjolkan. Sekejap-sekejap dia membetulkan tudungnya. Dalam pada itu, sempat dikutuknya perangai dua beradik ini. Kenapa mesti diri dia dikaitkan dalam gurauan mereka?

Senyuman herot tersungging. Tingkah Azza yang satu inilah yang Ariq suka. Reaksi isteri ‘segera’ dia nampak comel. Terasa hilang seketika serabut yang bersarang di kepala.

“Ariq, kau turunkan aku dekat rumah Chan,” beritahu Haidar. Tak mahu lagi menyakat. Tengok gaya si adik ipar, ada karang yang mati sakit jantung.

“Kenapa?”

“Bagi peluang kau orang berdua berkenal-kenalan. Lagi pun takkanlah kita nak duduk serumah. Kalau aku ada nanti, kacau daun pula.”

“Kacau daun?” Berkerut dahi Ariq.

“Yalah. Takut kalau kau nak ehem-ehem, tak jadi sebab aku ada.” Haidar ketawa besar usai menghabiskan kata-katanya.

“Sengal!” Ariq menggeleng. Dia tak terfikir pun sampai ke situ. Sempat dia mencuri pandang wajah Azza pada cermin pandang belakang. Dia boleh nampak gadis itu seperti malu-malu.

Pipi Azza dah memerah. Sejuk pendingin hawa kereta tak dapat nak melawan bahang di mukanya. Kan dia dah cakap. Memang dia akan terus-terusan menjadi bahan usikan dua beradik ini.

“Turun sekarang.” Ariq memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah sewa Chan dan Rama. Berselang satu taman sahaja dengan rumah yang disewanya dengan Haidar.

“Amboi, macam tak sabar! Jangan nakal-nakal. Esok kerja. Kalau nak cuti panjang lepas projek dekat sini settle.” Haidar berpesan sebelum melangkah keluar.

“Kau pergi masuk sana. Ada yang bersepai gigi nanti.” Ariq ketap bibir. Geram. Haidar ni tak habis-habis mengusik. Gurau tak kena tempat. Kalau dia dengan Azza tu bercinta, bolehlah nak cakap macam tu. Ini kahwin ekspress. Malang betul.

“Ingat. Esok pagi ada meeting dengan sub-con pukul 9:00.” Haidar menggiat lagi. Tak hirau dengan amaran Ariq.

Ariq jegilkan mata. Haidar ni memang nak kena. Ada karang lebam mata Haidar dia kerjakan.

“Assalammualaikum!” Haidar angkat tangan bersama sengihan mengusik.
Ariq tunjukkan penumbuknya sebelum memandu keretanya berlalu dari situ.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

31 comments:

  1. Hope family Ariq terima Azza....

    ReplyDelete
  2. Huihhhh....kena bunuh...sunggh konflik skali hidup Azza ni...hope Ariq bertabah hati ye..chiyok Azza..

    ReplyDelete
  3. Mcm biasa komen saya....nak lagiiii...hikhikhik

    ReplyDelete
  4. Suka dgn ariq yg penyayang dan tegas....

    ReplyDelete
  5. Aduhhh.... Kenapalah pendek sangat. Boleh up lagi ke?

    ReplyDelete
  6. apa sebenarnya yg berlaku yg menyebabkan ibu bapanya dibunuh dan adakah ibu ariq akan menerima kehadiran seorg wanita dalam hidup anaknya Ariq.

    ReplyDelete
  7. Hoo...hoo..... Ariiiqqq.... Appetizers kah?? Saje le tewww....... Harap parent Ariq terima Azza n tak de kaitan ngan hal yg menimpa parent Azza plak. Dah la Azza tu ank yatim piatu. Jgn dera truk truk sgt. Seksikit bleh kot, dugaannn..... Hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat appertizers.... Penerimaan keluarga ariq....? Tak tahulah mcm mn...

      Delete
  8. lps tu apa jd? sambung cpt! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu pn writer nak rehat sugar honey march....hehehehehe...

      Delete
  9. jgan ckap mak ariq dh thu psal azza huahuahua nanti dtg bala lh pulak.....

    ReplyDelete
  10. mest bole terima punyer..jgn la complicated sgt

    ReplyDelete
  11. syeenaaaa

    akak dah lama tak tinggal msj kat sini... hari ni baru berkesempatan baca dari chap 6 - 11... nice story.... teruskan berkarya untuk kak ita ekkk... hehehe nampak sgt penting diri... udah org lain tak minta so akak minta laaaa

    jgn plak lpas ni yg syeena ckp family aniq yg terlibat ngan pembunuhan ma pa azzaaaa.... mau akak meroyannnnnn...

    harap2 mak ariq dpt terima azza... kesiannnnn ngan azzaaaaa yg sentiasa menderita....

    lots of love
    kak itasukri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki.... tq kak ita sudi baca citer yag ala-ala ni.... jgn lupa bc part seterusnya.... jawapan akan ditemui tidak lama lagi...

      Delete
    2. mana pnah lupa baca.... hasil karya syeena tak pernah hampakan akak... ni pun tgh tunggu CDK sampai ke tangan... harap2 syeena ada tt yg akak punya tau... ehhehehehe

      Delete
    3. in shaa Allah sy dah tt untuk yg beli on9.... selamat membaca kak ita...

      Delete
  12. aduhaiii ariq.... appetizers dah dpt main kos desert bila la agak nyer hehehe

    ReplyDelete