Saturday, February 8, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 2


Lagu Ringa Ling berkumandang kuat. Tangan Ardini Syaza teraba-raba mencari telefon bimbitnya.

"Hello!" Ardni Syaza menjawab lemah. Suara ala-ala serak basah.

"Ardini Syaza! Where are you?" jerit suara si pemanggil.

"Atas katillah. Kat mana lagi." Mata Ardini Syaza masih terpejam. Telefon bimbit hanya diletakkan atas telinganya.

"Ya Allah! Bangun sekarang. Kak Long macam nak putus tangan jaga kedai sorang-sorang ni."

"Penatlah."

"Dini... tolonglah. Semua orang cuti hari ni. Dini kan dah janji nak tolong Kak Long hujung minggu," rayu Amani Sara.

"Abang Long kan ada," Ardini Syaza masih liat nak bangun.

"Abang Long kena jaga budak-budak. Bibik kan balik Indonesia. Tolonglah, Dini... Please....." rayu Amani Sara lagi.

"Ya lah, ya lah. Suka tau buat suara sedih-sedih. Double pay," dalam bersetuju sempat Ardini Syaza mengugut Amani Sara.

"Hoi! Gaji bulanan awak kan dah lima angka tak cukup lagi ke?" jerit Amani Sara.

"Nak orang tolong ke tak ni?" soal Ardini Syaza malas.

"Dini pun sama. Suka main ugut-ugut."

"Nak hidup."

"Sembilan tepat dah ada kat kedai." Talian terus dimatikan.

"Ceh! Arahan tak menahan betul," bebel Ardini Syaza. Telefon bimbit dicampak ke tepi. Matanya terpejam semula. Tak lama bila telefon bimbitnya berbunyi semula tanda ada mesej masuk.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

4 comments: