Haish….
Kena lagi ke? Minggu ni je dah dua kali pinky
buat hal, Amanda merengus sambil mengetuk kepala. Tangan cepat saja mencapai
telefon dan menghubungi Alongnya.
Sementara
menunggu, Amanda keluar dan membuka bonet depan pinkynya. Sekadar tengok sebab dia tak tahu nak buat apa. Dua hari
lepas pinky dah berasap gara-gara dia
tertuang air biasa ke dalam bateri kereta. Sehari semalamlah telinga dia panas mendengar
bebelan Along.
Amanda
bersandar dipintu sebelah pemandu sambil mengipas muka. Manik-manik kecil
kelihatan di dahi. Dahlah panas, dia dah janji nak jumpa Cik Wani pukul tiga
nanti. Kalau lambat mahu wanita itu mengamuk.
Lambat
lagi ke Along ni? Tadi kata ada dekat area
sini. Ni mesti sibuk melayan awek gedik tu. Dia pun tak faham apalah yang Along
nampak pada si Lisa tu. Dah kena mandrem
agaknya. Dah lah gedik, seksi maut pulak tu.
Eeeuwww…
Amanda menggeleng kepala laju bila terbayangkan baju sendat dan skirt pendek
terbelah Lisa yang menjolok mata. Dah tak cukup duit agaknya nak beli kain. Mungkin
sebab itulah perempuan tu ikat Along. Semuanya kerana duit.
Dari
kejauhan matanya menangkap sebuah Audi R8 hitam memberi signal ke kiri. Yeay! Along dah sampai! Amanda melompat keriangan, lupa
diri sekejap. Pantas tangan diletakkan di kening menahan silau pantulan cahaya
matahari.
Baru
dia berkira-kira nak mendapatkan Alongnya tapi erkkk... Amanda terkedu. Bukan Along,
tapi jejaka kacak yang dia tak kenal.
Sambil
membetulkan letak duduk kaca mata hitam, si jejaka kacak tersebut melangkah penuh
bergaya ke arahnya dengan senyuman di bibir.
Oksigen!
Oksigen! Minta nyawa. Terasa sesak dada Amanda. Tak berkelip mata dia
memandang. Mulut terus melopong.
Oh!
Indahnya ciptaan Tuhan. Ini kalau Reen dan Lydia ada mesti sama je macam dia, melted. Tapi dia masih boleh kawal diri lagi.
Tak macam minah dua ekor tu. Pantang nampak yang hot sikit mulalah menggedik.
Sekali
tengok lelaki ni ada iras-iras pelakon telenovela. Tinggi dan sasa persis
seorang model. Mahkluk Allah yang serba
sempurna ini wujud rupanya di muka bumi ini.
“Cik!
Cik! Cik!” si jejaka kacak menggoyang-goyangkan tangan di depan mata Amanda.
“Opsss…
Maaf.” Amanda tersipu-sipu menahan malu. Tangan mengipas-ngipas muka. Pipi sudah
berona merah. Bahang. Macam manalah dia tak boleh kawal diri tadi.
“Ni
kenapa? Rosak ke?” tanya si jejaka.
“Eh,
taklah nak buat Auto Road Show,”
jawab Amanda selamba sambil tersengih. Mestilah rosak, lagi mau tanya ke. Kalau
tak rosak tak ada maknanya dia nak berjemur kat tengah panas ni.
Si
jejaka kacak meninjau-ninjau ke dalam bonet kereta. Sentuh sana. Sentuh sini.
Goyang-goyang wayar bateri. Buka penutup bateri. Pasang balik. Sesekali dia
menggeleng-gelengkan kepala.
“Macam
mana? Apa yang rosak?” soal Amanda. Tengok gaya si jejaka ni macam pandai.
“Hmmm...”
si jejaka menggaru-garu kepalanya.
“I
rasa baik you panggil pomen ajelah,” kata si jejaka kacak sambil tersengih.
Menampakkan gigi yang tersusun cantik.
Ek
eleh. Gaya macam pro. Rupanya sama je
macam dia. Nasib baik hensem.
“Laa…
tak tahu jugak rupanya,” balas
Amanda.
Tiba-tiba…
“Oh,
Mak kau!” Amanda terlompat sambil melatah. Bunyi hon kereta yang kuat
mengejutkan dia. Dada diurut sambil memandang si jejaki yang juga nampak
terkejut.
“Guys…” Sapa satu suara garau sebelum
sempat Amanda menoleh. Serentak dia dan si jejaka berpaling mencari empunya
suara.
Ceh,
Along rupanya! Nanti kau, Along. Muka Amanda merah padam menahan marah. Geram.
Dah la lambat. Boleh pula tayang muka tak bersalah. Satu lagi, Alonglah
penyebab si jejaka kacak ni tahu kelemahan dia.
“Akid
Rizq Tan Sri Razlan. What a surprise!”
tegur Along sambil menghulurkan tangan pada si jejaka.
Ooo…
Akid Rizq nama dia. Sedapnya nama, padan dengan orangnya. Tapi, dia tak mahu
jejaka ni tahu dia adik Along. Macam mana nak cakap dengan Along ni?
Huluran
tangan Along disambut lambat-lambat. Berkerut dahi si jejaka yang bernama Akid
itu. Mungkin sedang cuba mengingati siapa gerangan pemuda yang menegurnya.
“Kau? Zulfan Adwan Dato’ Zayd? Yeah… what a coincidence.” Akid bersuara akhirnya. Baru dia ingat. Mana
boleh dia lupa ‘musuhnya’. Ke mana saja dia pergi, ada saja muka tembok ni.
Disebabkan Adwanlah, Lisa terlepas dari genggamannya.
Tapi,
takkanlah dengan minah ni pun Adwan nak try?
Bukankah citarasa Adwan yang hanya yang seksi dan manja? Minah ni bertudung,
pakaian pun tak menarik. Biar betul? Akid bertanya hati sendiri.
“Kau
lupa ke kat mana ada perempuan cantik, kat situlah ada aku,” jawab Adwan sambil
mengenyitkan mata pada Amanda.
Akid
mencebik.
Amanda
menggelabah. Ah... sudah. Ni apa kes pula ni. Perempuan cantik bagai.
“Tapi
yang ni istimewa sikit,” sambung Adwan. Saja menambah minyak. Bukan Adwan tak
tahu Akid masih lagi marah pada dia gara-gara berebutkan Lisa. Tapi bukan salah
dia. Lisa yang datang pada dia. Dia tahu Akid pun bukan calang-calang orang
cuma dia lebih sikit aje. Lebih tinggi… Adwan ketawa dalam hati.
Tak
boleh jadi ni. Lekas-lekas Amanda membuat isyarat tangan di leher sebelum
sempat Alongnya memperkenalkan dirinya.
“Apa
yang istimewanya?” soal Akid. Dia pelik bila Adwan mengangkat kening dan membuntangkan
mata ke arah Amanda.
Amanda
hanya tersengih bila Akid menoleh ke arahnya.
“It’s
okay, bro. I’ll take it from here,” balas Adwan.
Pantas
Amanda menganggukkan kepala.
“Betul
tu. Saya yang telefon Encik Adwan tadi,” kata Amanda tergagap-gagap.
“Kalau
you dah cakap macam tu, nak buat macam mana kan,” balas Akid lemah sambil
menjungkitkan bahu. Nampak jelas riak kecewa dimukanya.
“By the way, what’s your name?” Sempat lagi Akid bertanya sambil menghulurkan
tangan.
“Amanda,”
jawab Amanda dengan hanya menundukkan kepala dan tersenyum manis. Gila apa nak bersalam.
Along dah jeling semacam je..
Akid
menarik tangannya kembali dan hanya tersenyum kelat.
“Well, bro. You did it again.” Akid
menepuk-nepuk bahu Adwan.
Adwan
tertawa kecil.
“Best man win,” giat Adwan lagi.
“Oh!
Ya… ini kad I. Call me anytime.” Kad
nama dihulurkan kepada Amanda.
“InsyaaAllah,”
balas Amanda sambil menyambut kad tersebut.
Amanda
dan Adwan melambaikan tangan pada Akid sebaik kereta lelaki itu bergerak
meninggalkan mereka.
“What was that?” soal Amanda sambil
bercekak pinggang.
“What? What?” soalan dibalas dengan soalan.
“You owe
me an explaination, Along,” balas Amanda.
“Errr…”
Adwan menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.
“Perempuan
cantik bagai…” bentak Amanda.
“Cerita
orang lelakilah Amanda. Tak payah sibuk-sibuk, okey.” Adwan menggosok-gosok
kepala si adik.
“Oit,
sengetlah tudung orang. Dah tak cun tau,” rengek Amanda.
“Dahlah
orang ada temu janji pukul tiga nanti. Huh, lagi satu apasal lambat?” marah
Amanda semula.
“Hesy… Amanda ni. Macam tak biasa pula.
Tahu jelah bakal kakak ipar Amanda tu macam mana,” jawab Adwan.
Uwekkk…
Amanda membuat aksi macam nak muntah. Tak suka bila Adwan menyebut bakal kakak
ipar.
“Minta
maaf, eh. Orang tak sudi nak jadi adik ipar dia. Simpang malaikat empat puluh
empat,” balas Amanda.
“Jangan
benci sangat. Nanti jadi betul-betul tak tahu. Don’t worry. Dia tu stok geli-geli jelah.”
“Dah
tahu geli-geli apasal lambat juga? Habislah orang. Kesian budak-budak kat kedai
tu. Nak kena layan pelanggan cerewet tahap petala tujuh,” sambung Amanda risau.
“Cik
Amanda sayang oiii… kalau awak tak pakai kereta cabuk ni tak jadi macam ni tau
tak? Ada kereta yang elok tak nak bawa. Penat tau Along pilih kereta tu kat
kedai,” bebel Adwan.
“Hello,
cabuk-cabuk pun Amanda beli pakai duit sendiri, okey!” balas Amanda. Pantang
betul dia kalau orang pertikaikan pinky.
Walaupun kereta MyVi tapi dia bangga mampu beli dengan hasil titik peluh dia
sendiri.
“Along
tu tukang pilih je eh, tapi papa yang bayar,” Amanda menjulingkan mata. Comel.
“Whatever…” balas Adwan pendek. Malas nak
bertekak dengan adik manja dia.
Amanda bukan tak nak bawak kereta hadiah dari
papa tapi dia merasakan kereta BMW X6 tu terlalu mewah. Nanti apa kata
kawan-kawan merangkap pekerja dia. Belum setahun buka kedai dah pakai kereta
besar. Berlagak. Nak menunjuk-nunjuk. Tak naklah. Dia suka bersederhana
keluarga dia orang berada.
“Hmmm…
macam mana Along boleh kenal Akid tu?” tanya Amanda dengan manja. Saja tukar
topik. Malas nak dengar Along membebel pasal pinky.
“Kawan
satu u dulu,” jawab Adwan acuh tak
acuh. Kemudian, dia pandang Amanda dengan pandangan pelik, seperti dapat
mengesan sesuatu.
“No! No! No! Don’t tell me you want to know him?”
Adwan menggoyang-goyangkan jari telunjuk di muka si adi.
“Bolehlah…
bolehlah…,” pujuk Amanda sambil mengerdipkan mata. Kedua-dua tangan digenggam dan
digoyang-goyang bawa ke dada.
Ini
yang Adwan lemah. Amanda memang pandai dalam bab memujuk kalau nakkan sesuatu. Tapi Adwan kena berkeras sebab
dia tahu siapa Akid. Dia tak mahu Amanda kecewa lagi. Akid dan dia tidak ada
bezanya. Sama-sama suka berfoya dan bersaing tidak kira perempuan atau dalam
perniagaan. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan.
“Tadi
Along nak kenalkan, kenapa Amanda tak nak?” soal Adwan semula.
“Alah…
tak naklah dia tahu yang Amanda ni adik Along. Along tengok ajelah Amanda ni macam
mana. Sempoi sangat. Nanti Along malu. Kerat jarilah kalau dia percaya,” panjang
lebar Amanda menjawab.
Adwan
hanya tersenyum.
Sapa nama lelaki model yg selalu jadi model akid rizq ni kak?
ReplyDelete
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ