Amanda
menghempaskan badan ke atas katil. Arghhh… penatnya. Hati dia masih panas bila teringatkan
pertemuan dengan Cik Wani. Masih terngiang-ngiang perbualan mereka tengahari
tadi. Dah lah pinky buat hal. Stress. Panggilan mama yang mengajak
minum petang bersama juga tidak dilayan.
“Cik
Wani betul-betul pasti kali ni?” soal Amanda lagi.
“You
rasa macam mana, Amanda? Agak-agak you tetamu I suka tak dengan perisa yang I
pilih? Theme colour? Candy buffet? I bukan apa, I takut imej I
jatuh bila orang kata I tak ada citarasa.”
“Jangan
risau, Cik Wani. Setakat hari ni pihak kami tak pernah terima aduan keracunan
makanan. Lainlah kalau kami letak julap ke racun ke. Huh! Kalau yang macam tu
memang Cik Wani kena risau,” jawab Amanda sinis.
Nasib
aje Cik Wani ni pelanggan kategori VIP.
Kalau tak, memang tak kuasa dia nak layan.
“Ada
ke orang yang buat macam tu? Cuba bagitahu I, biar I adu kat Jabatan Kesihatan.”
Wani mencebik dan membalas sindiran Amanda.
“Hesy… takkanlah Cik Wani tak pernah
dengar. Ada dulu kecoh-kecoh kat suratkhabar. Cuma saya je malas nak ambil
pusing. Tapi setahu sayalah, Lovely
Bakery belum terpikir lagi nak buat macam tu kecuali kalau ada orang cuba
jolok sarang tebuan.” Amanda berkias.
Eee…
bendulnya. Boleh pula cik cerewet ni percaya. Jangan cik cerewet ni tanya
dengan wartawan sudah. Mati dia. Maklumlah cik cerewet ni kan model. Cium mulut
dengan semua wartawan. Apa lah yang dia risau sangat, majlis harijadi aje pun.
“Okeylah,
okeylah. I pun tak nak buang masa lama-lama kat sini. Time is money. Tiba-tiba I rasa macam panas je.” Wani mengipas-ngipas muka. Pipi dia dah memerah. Kata-kata
Amanda kedengaran sinis pada dia.
“Okay, just want to double confirm with you. Cik Wani setujulah dengan
pakej C ni dan tak nak tukar apa-apa lagi?”
“I
rasa dah okeylah ni. You jangan lupa pula tulis dalam diari you tu. I harap
kawan I tak silap rekomen kedai you pada I,” balas Wani.
“Jangan
risau Cik Wani. It’s all here.”
Amanda menuding jari ke arah iPad di depan dia.
Ketukan
bertalu di pintu mengejutkan Amanda dari lamunan.
“Amanda!”
“Ya,
mama!”
“Jom
minum. Papa dah tunggu tu,” ajak Datin Afia lembut.
“Kejap
lagi, ma. Amanda solat dulu.” Amanda bingkas bangun. Tuala yang tersangkut di penyidai
dicapai. Kalau dilayan lagi serabut kat kepala ni mau mati beragan dia nanti.
“Sedapnya
bau.” Aroma kopi panas yang terhidang di atas meja pantas mencucuk masuk ke
hidung Amanda. Membangkitkan seleranya ditambah dengan shepherd pie saiz besar buatan Datin Afia.Tangkap leleh. Mama
memang superblah. Macam tahu-tahu aje hidangan kegemaran dia.
Sambil
tersenyum Amanda mengambil tempat di sebelah Dato’ Zayd yang sedang membelek
Majalah Malaysian Business. Hesy… papa ni. Minum petang pun sibuk
baca majalah bisnes.
Dato’
Zayd mengerling sekilas ke arah Amanda. Penampilan ringkas anak dara dia
menyegarkan mata sesiapa yang memandang.
Amanda
hanya mengenakan baju T hitam Adidas lengan panjang dipadankan dengan seluar track putih jenama sama menyerlahkan
susuk tubuh dia yang tinggi persis model. Rambut dia yang panjang dilepas bebas
tanpa diikat. Bagi rambut dia bernafas sikit selepas seharian ditutup. Breee…
“Baru
nak turun? Tadi bukan main lagi kelam kabut macam tak cukup kaki pijak tangga
tu,” bebel Datin Afia sambil tangan tangkas menuang air kopi untuk Dato’ Zayd.
“Mama
ni, potong stim betul. Orang baru nak
layan shepherd pie mama yang memang terbaik,”
rengek Amanda manja tapi sempat lagi memuji masakan Datin Afia.
Amanda
tahu mama dia memang suka dipuji tapi ikhlas ni dari hati dia bukan nak
mengampu. Tak ada sesiapa pun boleh lawan masakan mama dia.Air tangan mama memang
menjadi igauan mereka sekeluarga. Dia sendiri pun masih belajar memasak dengan
mama.
“Ya
lah tu. Kereta mana?” tanya Datin Afia. Dia perasan petang tadi Amanda balik
dengan menaiki teksi.
Dato’
Zayd merenung tajam ke arah Amanda dan mendengus perlahan.
“Rosak
lagi?” tanya Dato’ Zayd pula sebelum sempat Amanda menjawab.
“Errr…errr…”
Amanda menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. Apa dia nak jawab ni?
Alasan apa pula nak beritahu kat papa dia. Paling habis yang dia boleh buat tersengih
tayang gigi yang cantik tersusun pada papa dia.
“Dah.
Esok pakai kereta yang papa belikan tu.”
“Tapi
pa, Along cakap esok Amanda dah boleh ambik pinky
kat bengkel,” tutur Amanda lembut. Minta-minta papa cair bila cerita pasal
kereta dia yang kuat meragam tu. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi-sepoi
bahasa petang itu. Cewahhh… boleh pakai ke? Haru betul dia hari ni.
“Tak
ada tapi-tapi. Cuba jangan menyusahkan diri. Dah berapa kali pinky tu rosak. Dah boleh jadi tukun
tiruan tau tak? Amanda kena ingat, awak tu berniaga. Kenalah tunjukkan imej
yang bagus. Berdisiplin. Baru orang percaya,” balas Dato’ Zayd tegas. Dia
meletakkan majalah yang baru dibaca di atas riba kemudian dia menghirup kopi
yang terhidang di atas meja.
Amanda
diam. Dia menundukkan muka sambil tangan menguis-nguis shepherd pie yang baru separuh dimakan. Ngeee… bab ni yang dia malas nak dengar. Papa kalau dah cerita
pasal bisnes memang dia kalah.
Siapa
yang tak kenal dengan Dato’ Zayd Bin Zainal. Pengerusi Amazon Berhad. Berkarisma
dan berwibawa. Rangkaian hotel yang dimiliki serata Malaysia. Bukan itu sahaja
Amazon Berhad turut terlibat dalam bidang pembinaan. Rakan niaga pun akui
kehebatan papa dalam menguruskan perniagaan. Tapi papa tak sombong sebab tu sampai
sekarang papa boleh bertahan. Eee… apa yang dia melalut ni.
“Alah…bolehlah
pa,” Amanda cuba memujuk lagi.
“This time is a BIG NO. Full stop.” Sudah banyak kali Dato’ Zayd
suarakan kepada Amanda pasal pinky.
Kali ini dia perlu bertegas dengan Amanda.
Haa…
kan dah keluar kuasa veto papa. Hesy…
kenapalah pinky asyik rosak aje.
Amanda masih berkira-kira nak memujuk papa dia tetapi tak jadi bila mama dia
bersuara pula.
“Bagus
jugak cadangan papa tu. Tak ada lah mama ni asyik risau bila Amanda keluar
bawak pinky sampai malam. Kalau bernasib
baik, sampailah Amanda kat rumah. Kalau tak bermalam kat bengkel ajelah.” Lembut
suara Datin Afia mengiakan kata-kata suaminya dan pada masa yang sama cuba
memujuk Amanda.
“Hmmm…
baiklah.” Amanda mengalah. Termakan juga dia akan kata-kata mamanya. Tak sangka
pula sampai begitu sekali mama risaukan dia.
Dato’
Zayd dan Datin Afia memandang sesama sendiri dan tersenyum.
Mereka
menyambung semula acara minum petang yang tergendala dek hal pinky Amanda. Sesekali terdengar suara
Datin Afia dan Amanda terjerit-jerit kecil mengusik sesama mereka.
Dato’
Zayd hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah dua orang wanita
kesayangan dia itu. Ngauman enjin kereta yang membelah masuk ke halaman rumah
menarik perhatian mereka. Semuanya menoleh ke arah kereta tersebut.
“Assalammualaikum.”
Adwan memberi salam sambil menuju ke arah keluarga dia yang sedang enak
menikmati minuman petang. Audi R8 hitam selamat diparkir bersebelahan BMW 6
Series merah kepunyaan dia. Kereta rasmi yang selalu dia gunakan ke tempat
kerja.
“Waalaikummussalam.”
Salam yang dilemparkan Adwan dijawab serentak.
“Kereta
Amanda macam mana? Rosak apa pula kali ni?” tanya Dato’ Zayd sebaik si anak
melabuhkan punggung di kerusi.
“Biasalah,
papa. Anak dara papa ni tahu bawak aje. Bukan nak hantar pergi service. Nasiblah ada Along ni.”
“Lepas
ni pinky tu hantar kat kedai Adam.
Suruh dia tolong jualkan,” arah Dato’ Zayd tegas. Tersedak Adwan tiba-tiba bila
mendengar kata-kata papa dia. Mata dia mencerlung ke arah Amanda minta
penjelasan.
Amanda
hanya menjungkitkan bahu.
Erkkk…
biar betul? Bukan ke Amanda sayang sangat dengan pinky dia. Ni apa kes pula sampai papa suruh jual bagai.Bukan ke
kedai Adam tu jual kereta mewah je? Boleh laku ke pinky cikai Amanda ni? Ahhh… layan jelah.
“Esok
berasaplah X6 tu,” celah Datin Afia bagai mengerti pandangan Adwan.
“Well… Well… akhirnya. Bolehlah Along enjoy
dengan tenang.” Adwan mengangkat kedua-dua tangan ke udara macam menang loteri
gamaknya.
“Sudah-sudahlah
enjoy tu Along. You better seriously focus on your work. Dah lama sangat papa bagi
muka. Rina selalu mengadu kat papa cakap Along kerap sangat masuk ofis lewat.” Memang betul PA Adwan selalu
mengadu pada dia. Selagi dia boleh bersabar dia akan bersabar. Tapi sampai bila?
Kalau nak mengharapkan kudrat dia seorang yang dah senja ni memang tak larat
nak uruskan syarikat yang semakin berkembang itu.
“Errr…
errr…” Adwan kematian kata. Kepala yang tak gatal digaru-garu.
Giliran
Amanda pulak mentertawakan Adwan. Dia menunjukkan isyarat padan muka kepada
Adwan.
“Sekurang-kurangnya
Along tak pernah campurkan hal peribadi dengan kerja. Papa pun tahukan Along serius
bila bekerja,” jawab Adwan membela diri.
“Memanglah
Along tak buat macam tu. Tapi usung anak dara orang, ke hulu ke hilir tu ingat
elok sangat ke?” Datin Afia menyampuk.
“Aah…”
Amanda pun menyampuk sama. Bukan selalu Along kena. Dapat nasihat baik punya
dari papa. Amanda tersenyum sendiri.
“Along,
dalam perniagaan ni macam-macam boleh jadi. Sekali kita leka, musuh akan lebih
kedepan dari kita. Kadang-kadang kita tak sedarkita menunjukkan kelemahan sendiri.
Papa tak nak disebabkan kealpaan Along ni, bakal menjerat kita di kemudian
hari,” nasihat Dato’ Zayd panjang lebar. Memang Dato’ Zayd boleh harapkan Adwan
dalam mengendalikan perniagaan mereka tetapi sikap sambil lewa Adwan boleh
menjejaskan reputasi syarikat. Dato’ Zayd amat mementingkan disiplin.
“Huh!
Cik kak ni pun sama juga. Jangan ingat awak tak kerja dengan papa, papa tak
tahu apa yang Amanda buat,” sambung Dato’ Zayd lagi dalam nada bergurau.
Aikkk…
dia pun kena juga. Tak boleh jadi ni, bisik Amanda dalam hati.
“Mestilah
papa tahu, kan Amanda yang bekalkan pastri kat hotel papa,” Amanda cuba membela
diri dia.
“Itu
lain. Syarikat Amanda memang layak. Keputusan bukan di tangan papa sorang. Lembaga pengarah yang tentukan,”
balas Dato’ Zayd.
Amanda
tunduk memandang kaki. Betul juga tu. Lovely
Bakery pun membida tender yang dikeluarkan oleh Amazon Berhad.
Alhamdulillah, rezeki berpihak padanya.
“Papa
bukan apa. Papa tak nak anak-anak papa leka dengan apa yang ada sekarang. Papa
memang harapkan Along dan Amanda akan teruskan apa yang papa dah usahakan
selama ini.”
“Eye-Eye, Sir!” Adwan dan Amanda serentak
memberi tabik hormat kepada Dato’ Zayd.
Terhambur
ketawa mereka sekeluarga dengan gelagat dua beradik itu. Dato’ Zayd senang
dengan gurau senda anak-anak dan isteri dia. Namun terselit juga rasa hampa
dalam hati bila terkenangkan seorang lagi anaknya.
Angah,
Angah… kenapalah degil sangat. Dato’ Zayd menggeleng perlahan.
Datin
Afia yang perasan akan perubahan mood
suami dia hanya mengelus lembut jemari Dato’ Zayd dengan harapan dapat
menyalurkan kekuatan buat Dato’ Zayd. Dia faham suami dia itu mesti teringatkan
si bujang yang sorang lagi. Degil dan
keras kepala Zuhayr Affan diwarisi dari suami dia juga. Nak buat macam mana.
Bapa borek anak rintik. Namun Datin Afia tak pernah lupa memanjatkan doa setiap
kali selepas solat agar hati anak dia itu terbuka untuk pulang semula ke
pangkuan keluarga.
Salam kenal dear, menarik jalan cerita ni, saya jarang baca novel seronok plak blh baca kat sini. Thank you share. jemput dtg blog saya ye ANISVITASHOP
ReplyDeleteWassalam....terima kasih...isi-isi masa lapang...asah bakat yang tak berapa nak terpendam ni...huhuhu...in shaa Allah saya akan jenguk blog sis...Tq..
ReplyDeletePerghhh dasat la kak....wa caya sama lu la.....hahahahahaha
ReplyDeleteTakder dasatnya....biasa ajer...
ReplyDelete