“Mana Cik Wani? Tak nampak pun?” Reen menjengketkan
kakinya.
“Aku tipulah.”
“Kau ni, saja je tau. Beriya bagai tarik tangan aku.
Aku baru nak bereye-mo.”
“Eyemo apa
ke bendanya Reen oiii…”
“Mamat hensem
tadi tu. Akid Rizq.”
“Kau kenal?”
“Laaa… dialah orangnya yang bayar baki pakej yang
Cik Wani ambil ni.”
“Tak beritahu aku pun?”
“Aku tak beritahu ke? Eh, adalah. Aku ada cerita. Ddg. Kau tu yang buat dek je. Tak ada perasaan langsung. Kau… kau
luruskan?” Reen menggaru kepala dan memandang Amanda pelik.
“OMG! Dia ke
ddg?!” Amanda menjerit. Suaranya
sedikit kuat melawan bunyi bising muzik yang sedang berkumandang.
“Eh, aku luruslah!” sambung Amanda lagi.
“Kut ya pun. Tak payahlah jerit-jerit. Aku kat
sebelah kau aje pun.” Marah Reen. Mulut Amanda ditekup.
Amanda menepis tangan Reen. “Serius. Memang ddg pun. Pertama kali jumpa dulu dah cair.
Sekarang, lagilah.” Amanda angguk kepala. Renungan mata Akid memukau.
“Bila masa pula kau jumpa dia?”
“Laa… masa pinky
aku rosak dulu. Dialah orangnya yang konon-konon nak tolong.” Amanda tersenyum.
Manis. Tak perasan dirinya diperhatikan sepasang mata dari jauh.
Reen turut tersenyum. Dia suka melihat senyuman
Amanda yang satu ini. Kemunculan Akid nampaknya berjaya mengeluarkan pesona Amanda
yang sudah lama hilang.
“Tapi satu aku nak mintak tolong dekat kau.”
“Apa dia?”
“Jangan beritahu dia siapa aku.”
“Pulak… kenapa?” Pelik. Orang lain berebut-rebut mengaku
mereka bos. Ini terbalik. Semua nak dirahsiakan. Reen hanya menggelengkan
kepala.
Soalan Reen Amanda biarkan tanpa jawapan. “Ni Along
aku suruh balik sebelum pukul sebelas.”
“Habis tu siapa yang nak kemas nanti? Kesian
budak-budak tu.”
“Nanti Along aku tolong. Dia ada kat sini. Huh, tu
pun dia! Jom.”
Reen membiarkan saja tangannya ditarik Amanda ke
tempat Adwan. Sebenarnya dia segan walaupun dia suka tapi dia sedar Adwan tak pernah
perasan akan kewujudan dirinya. Maklumlah dia bukan hot chick.
Akid hanya memerhatikan Amanda dari jauh. Senyuman Amanda
memang memikat. Spontan dia meletakkan tangan di dada. Kenapa dengan dia ni? Ditepis
jauh-jauh perasaan asing yang mula bertandang dalam hati.
“Amacam? Dapat tak?” bahu Akid ditepuk dari
belakang.
“Dapat apanya?”
“Minah bertudung tu…” Danial menjuihkan bibir ke
arah Amanda.
“Macam main sembunyi ibu. Aku pergi belakang, dia masuk
dalam rumah. Aku masuk dalam rumah, dia keluar pula.”
Danial tergelak sambil menekan perut. “Aik… muka
macam ni kacak pun dia bo layan? Kesian kawan aku.”
Akid mengetap bibir menahan geram bila Danial
mentertawakannya.
“Aku dah cakap kat kau, bro. Stok tutup-tutup ni tak sesuai untuk kau. Nak pegang pun tak
boleh. Apa lagi nak bawa pergi kelab. Ni, berlambak yang seksi meksi. Pilih ajelah.”
“Danial, kau ni kalau bercakap guna otak, boleh tak?
Kalau semuanya boleh pegang-pegang, nanti kalau dah jadi bini, apa aje yang
tinggal untuk kita? Nothing. Zero.”
“Whoaaa… betul ke kawan aku yang cakap ni? Akid Rizq
Tan Sri Razlan kan? The player? Bukan
imam muda?” Danial menekapkan telapak tangannya di dahi Akid.
Akid menepis tangan Danial.
“Tapikan bro,
betul ke tak boleh pegang-pegang? Cuba kau tengok sana.”
Mata Akid terarah kembali di tempat Amanda berdiri. Dia
nampak tangan Adwan di bahu Amanda. Perlakuan mereka sangat mesra. Lisa di
sebelah Adwan pun macam tak kisah.
“Mesra semacam aje aku tengok diaorang tu. Kalau betul alim, kenapa dia tak kisah si Adwan buat
macam tu. Aku rasa minah ni bertudung ikut fesyenlah. Macam si Nina. Dia pun
kadang-kadang bertudung juga. Ikut kesesuaian majlis katanya.”
“Masuk akal juga cakap kau. But I feel something is not right. Huh! Never mind.” Termakan juga Akid akan kata-kata Danial.
Danial hanya tersenyum senget. Akid umpama bank
bergerak dia. Seksa dia kalau Akid berubah. Tak akan ada lagi malam minggu yang
indah.
Muzik yang dimainkan semakin rancak. Tiada
tanda-tanda majlis akan berkakhir walaupun jarum jam sudah hampir pukul sebelas
malam. Rata-rata tetamu yang hadir masih seronok berbual.
“Along, kalau ada apa-apa masalah nanti telefon orang.
Jangan leka sangat dengan Lisa tu. Balik dulu,” pesan Amanda. Dia menggamit
Reen di belakangnya.
“Okey, bos. Jangan risau. This is not my first time. Just
go home, young lady.” Adwan memegang kedua-dua belah bahu Amanda dari
belakang dan menolaknya.
“Hesy…
Sekejaplah. Orang nak jumpa Cik Wani dulu. Tak baik pula nak balik macam tu aje.
Hati pelanggan nak kena jaga.”
Kala itu terdengar suara orang menjerit-jerit dari
arah kolam renang di sebelah kanan rumah. Riuh rendah. Mereka berlari ke arah
suara itu. Rupanya ramai yang sudah berkerumun di situ. Cahaya lensa kamera tak
berhenti-henti berkelip.
Amanda nampak Cik Wani dan gadis yang datang bersama
Akid sedang bertarik rambut. Mulut masing-masing tak berhenti memaki hamun
antara satu sama lain.
Akid yang berada di luar pagar bersama Danial turut
berkejar ke tempat kejadian. Dia cuba meleraikan pergelutan antara kedua wanita
tersebut.
“Juwita! Wani! Apa you all ni? Tak tahu malu ke?” Oktaf suara Akid meninggi. Dia
berdiri di tengah-tengah.
“Abang, perempuan ni lah. Apa masalah dia entah.”
Juwita mengadu sambil memaut lengan Akid.
Wani mencebik. Mulut dia mengajuk kata-kata Juwita. “Akid
darling, kalau perempuan you ni
pandai jaga mulut. I tak kacau dialah,” balas Wani. Dia turut melembutkan suaranya.
Tangannya turut sama memaut lengan Akid.
Aaah… sudah, jerit Akid dalam hati.
“Hei, perempuan! Mulut aku. Aku punya sukalah nak
cakap apa.”
“Sedapnya mulut engkau. Kalau kau tak sindir-sindir
aku, aku tak kacau kaulah.”
“Mana ada aku sindir-sindir. Lainlah kalau kau
terasa.”
“Tak guna punya perempuan. Datang tak berjemput. Nak
cari pasal pula kat majlis aku.” Wani terus meluru ke arah Juwita. Sempat dia
mencapai segelas air di tangan salah seorang tetamu dan menyimbah Juwita.
Juwita cepat-cepat bediri di belakang Akid.
Akid menghadang. Air tersebut terkena tepat pada wajahnya.
Dia meraup mukanya yang basah. Tangannya ringan sahaja nak menampar Wani. Mujur
dia teringat di sekeliling mereka ada ramai wartawan.
Amanda dan Lisa yang berdiri berdekatan dengan Wani
cuba menarik tangan Wani.
“Cik Wani, sudahlah tu. Malu sikit dekat semua orang
ni.” Amanda cuba memujuk. Tangannya kejap memegang tangan Wani.
Ya Allah, perempuan-perempuan ni! Lupa ke ada
wartawan dekat sini. Memang macam pisang goreng panaslah suratkhabar diaorang ni esok.
“Amanda, perempuan ni kena kasi ajar sikit. Sengaja
nak rosakkan majlis I.” Wani cuba melepaskan tangannya. Hati dia panas melihat
perlakuan Juwita.
Entah di mana silapnya, Amanda hilang pertimbangan.
Dia terjatuh ke dalam kolam renang. “Allah!” Serentak dengan jeritan Amanda
terdengar kocakan kuat dari kolam renang.
Wani terkedu.
“Amanda!” jerit Reen.
Tangan Amanda terkapai-kapai. Dia cuba mengapungkan
dirinya tetapi gagal.
Akid terperanjat. Tanpa membuka kasut dia terus
terjun ke dalam kolam. Alang-alang basah biar basah terus.
Adwan yang terkejut turut sama terjun.
Akid berjaya menggapai tangan Amanda. Tubuh Amanda
di tarik ke tepi kolam.
Adwan pula menolak Amanda naik ke atas dengan
dibantu Reen dan Lisa.
Tetamu yang ada mula mengerumuni Amanda. Mereka lupa
seketika perihal Wani dan Juwita.
Akid segera naik ke atas. Dia menolak mereka yang
berada di situ. Amanda masih tak sedarkan diri. Belum sempat dia cuba memberi
bantuan pernafasan, Adwan menolaknya.
“Let me.”
Akid berganjak ke tepi.
Setelah beberapa kali Adwan mencuba, Amanda mula
batuk-batuk. Memancut keluar air dari dalam mulutnya. Banyak jugak air kolam
yang ditelan. Amanda terus memeluk abangnya. Airmatanya mengalir.
Mereka yang berada di situ bersorak.
Apa hubungan mereka sebenarnya? Akid tertanya-tanya
sendiri. Dia beredar dan bergerak menuju ke keretanya. Baju-T hitam lengan
panjang dan seluar denim hitam yang memang diletak dalam bonet belakang di
ambil.
“Bro, sorry.” Danial menghampiri Akid.
“This is
trouble, Danial. Kau bawa dia balik dan jangan bagi aku tengok muka dia
lagi.” Muka Akid tegang. Panas hatinya dengan kejadian tadi. Tak pasal-pasal
orang lain yang jadi mangsa. Esok, dia kena bersedia. Pasti kejadian tadi akan
menjadi tajuk utama semua akhbar.
Danial segera berlalu. Dia tahu dalam keadaan
sekarang Akid tak akan mendengar sebarang kata-kata darinya. Dia menggamit Nina
dan Juwita agar segera beredar.
Wani menghulurkan tuala kepada Amanda yang sedang
duduk di kerusi di tepi kolam renang. “I minta maaf. Tak sangka pula sampai you
terjatuh, Amanda.”
“It’s okay.
My fault. Siapa suruh masuk campur? Dah
saya pula yang jadi tumpuan. Rosakkan majlis Cik Wani saja” Amanda cuba
berseloroh.
“Ini semua perempuan tu punya pasal. Bukan salah you.
Dia tak tahu ke I serius dengan Akid,” bebel Wani. Lain yang dia harap lain
pula jadinya.
“Saya rasa bukan salah perempuan tu. Mungkin Encik
Akid tapi entahlah. Itu yang saya rasa”.
“Entahlah, Amanda. I betul-betul serius dengan Akid.
I nak dia jadi suami I. Tapi hati orang mana kita tahukan. Mungkin dia bukan
jodoh I.” Wani pasrah.
“Tolong jangan bergaduh lagi, Cik Wani. Tolong jaga maruah
kita sebagai seorang perempuan. Malu bergaduh rebutkan kasih seorang lelaki.
Entah lelaki tu nakkan kita atau tidak. Kita beriya-iya bagai tarik-tarik
rambut, memaki hamun, menyumpah seranah. Entah-entah mereka seronok ketawakan
kita.”
“Sorry again,
Amanda.” Wani tertunduk malu.
“Benda dah nak jadi, Cik Wani.”
“Tapi you beruntung. Sampai dua orang lelaki yang
selamatkan you. Siapa lelaki yang bagi CPR
kat you tadi? If not mistaken, he’s
Lisa’s boyfriend.”
“Cik Wani!” panggilan Reen mengganggu perbualan rancak
Amanda dan Wani.
Reen melambai di depan pintu rumah Wani.
“You rehat dulu Amanda. I pergi sana sekejap.”
Amanda menganggukkan kepala. Dia memerhati
sekeliling. Seorang demi seorang tetamu Wani mula beransur pulang.
“Ehem… Ehem…” suara orang berdehem dibelakangnya
memeranjatkan Amanda.
Amanda menoleh.
Akid tersenyum.
Amanda perasan Akid sudah berganti baju. Si dia nampak
kacak dengan baju t lengan panjang warna hitam. He’s still ddg. Amanda senyum kembali.
“Boleh I duduk?” pinta Akid.
“Duduklah. Bukan kerusi saya pun.”
“You dah okey?”
“Macam yang Encik Akid tengok. By the way, thanks.” Sebenarnya Amanda terperanjat yang Akid
sanggup terjun untuk menyelamatkan dia. Itu pun Reen yang cerita. Dia ingat
abangnya yang berbuat demikian.
“Tak payahlah berencik-encik dengan I. Panggil Akid
saja.”
“Hmmm…”
“You memang tak tahu berenang ke, Amanda?”
“Tahu. Cuma tadi tu kes terpencil. Tak bersedia.
Tahu-tahu dah ada dalam kolam.”
“Tak sangka pula I mereka nak bergaduh.” Akid
menggelengkan kepala bila teringatkan kejadian tadi. Dia tunduk. Menopang dagu
dan memandang ke hadapan.
“Kalau awak tak mempermainkan mereka. Benda ni
mungkin tak terjadi.”
“Mungkin juga.”
“Kesian diaorang.
Sah esok jadi tajuk besar semua akhbar. Dua orang perempuan bergaduh rebutkan
seorang playboy.” Amanda gelak besar
sambil menoleh ke sebelah. Gulp! Tawanya terus terhenti.
Akid merenung Amanda tajam.
Eee… tak payahlah tenung dia sampai macam tu sekali.
Seram.
“Kenapa berhenti?” Akid membuat muka serius.
Sebenarnya dia suka melihat Amanda ketawa tadi. Macam tak ada apa-apa yang
berlaku. Ditambah pula dengan sinaran bulan mengambang. Berseri.
“Maaf.”
“Playboy,
ek? I bukan yang macam you sangka. Diaorang
nak berkawan dengan I. Takkanlah I nak tolak.” Akid tersengih.
“Yalah tu…”
“You dengan Adwan ada apa-apa ke? Mesra je I
tengok.”
Nak jawab ke? Mana pula Reen dengan Along ni.
Akid masih memandang Amanda. Menanti jawapan Amanda dengan
sabar.
“Awak, saya ingat saya nak masuk dalam dululah. Tak
elok pula kita berdua-duan kat sini. Boleh menimbulkan fitnah.” Amanda memberi
alasan. Dia sudah berdiri. Walhal di hadapan mereka pekerja Amanda sedang
berkemas dan membersihkan laman rumah Wani.
“Amanda, jom balik.” Reen menunjukkan kunci kereta
kepada Amanda sebelum sempat Amanda melangkah masuk.
“Saya balik dulu.”
“Bila kita boleh berjumpa lagi?” tanya Akid. Dia
berdiri memandang Amanda sambil kedua-dua tangan menyeluk poket.
“Inshaa Allah. Kalau ditentukan oleh Allah, pasti
kita akan berjumpa. Assalammualaikum.” Amanda tersenyum dan berlalu pergi.
Waalaikummussalam, Akid menjawab dalam hati. Amanda
memang misteri. Dia akan siasat apa hubungan sebenar Amanda dan Adwan. Itu
tekadnya. Lovely Bakery. Dia
tersenyum lalu bangun dan pergi menemui Wani.
next entry pasal citer ni xde ke????
ReplyDeleteNext n3 ada tapi esok saya akan unlock.....tq sudi baca...
Deleteowh mcm tu...ingat xda sambungan sbb tarikh last entry thn lpas....segan pulak....citer menarik....boleh hilangkan bosan...
DeleteBab2 tu semua d hide dulu... Akan di unhide day per day...
Deleteowh mcm tu...jadi bab yg terakhir 15 lah yer????
DeleteBab 15 dalam blog...in shaa Allah akan diterbitkan dalam versi cetak...
Deleteowh mcm tu....kena tunggu jugak lah ni...xpe2...akan sabar menanti....
Deletetq....
Delete