SEBULAN
Abrar mengganggu dia dengan soalan yang membuatkan dia tidak senang duduk. Tak
pasal-pasal sekarang ini dia berteleku di tepi tong oksigen. Bukan hari ini
sahaja tetapi setiap hari. Putus nafas. Dada sesak. Jiwa pun tidak tenang.
Asyikin
termenung. Telefon bimbit diletakkan kembali ke sisi.
“Kau
ni dah kenapa?” Imah menepuk bahu Asyikin yang sedang memeluk lutut menghadap
tong-tong oksigen. Tak tahu kenapa temannya ini boleh jadi kalut macam ni.
“Mr.
G ajak aku kahwin.” Lemah lontaran suara Asyikin.
Mr.
G? Itulah gelaran yang diberi kepada Abrar oleh dia dan Imah bila bergosip.
Mudah untuk bercerita tanpa orang lain tahu siapa yang mereka perbualkan.
“Orang
ajak kahwin tu terima ajelah.” Imah menggeleng.
“Senangnya
kau cakap.” Asyikin merengus.
“Nasib
dia tak lamar aku. Kalau aku memang aku on
aje.” Imah ketawa-ketawa.
“Amboi!
Gatalnya anak Pak Rashid ni.” Satu cubitan singgah pada bahu Imah.
Asyikin
tahu maksud kata-kata Imah. Sejak Imah rajin menemani dia keluar berjumpa
dengan Abrar, temannya itu banyak memuji Abrar. Tiada yang negatif jika
berkaitan Abrar. Segala-galanya sempurna. Paras rupa, susuk tubuh, personaliti,
kerjaya. Pendek kata tiada sekelumit noda pun pada Abrar.
“Dah
kau tak nak. Doktor Naim yang super
kacak tu kau dah tolak. Takkanlah Abrar yang super duper handsome pun
kau tak mahu juga? Kau nak yang macam mana lagi?” Bebola mata Imah membuntang
memandang Asyikin.
Sebenarnya
dia jadi semakin tidak faham dengan perangai Asyikin. Orang ajak kahwin, terima
ajelah. Beruntung tu. Kalau gadis-gadis lain terpaksa berebut-rebut mencari
calon suami. Tidak macam Asyikin yang hanya perlu menjawab ya sahaja.
“Yang
kacak tu memang aku tak nak. Biarlah minah perasan hot tu kejar dia. Yang super
duper kacak ni lagi aku takut.” Asyikin mengeluh.
“Laaa...
nak takut apanya? Mr. G tu pun manusia macam kita juga.” Imah menggeleng.
“Bukan
takut sebab itulah. Kau ingat lagi tak perempuan yang tegur dia masa first time kita keluar makan dengan
dia?” Asyikin merenung Imah. Pipinya dikembungkan.
Dahi
Imah berkerut. Berlapis-lapis.
“Afiqah.”
Asyikin memberitahu bila dilihat Imah masih berfikir.
Imah
mengangguk tanda dia ingat pemilik nama itu.
“Ada
juga dua tiga kali aku terserempak dengan dia. Dia macam bagi warning dekat aku. Silent treatment.” Asyikin mengeluh.
“Silent treatment?” Berkerut kembali dahi
Imah.
“Jangan
berangan nak jadi isteri Abrar.” Asyikin pandang Imah. Pipinya dikembungkan
lagi.
“Kau
dah beritahu Abrar?” Risau pula Imah kalau-kalau Asyikin termakan kata-kata
Afiqah. Luqman teman baik Abrar ada bercerita pada dia segala-galanya berkenaan
Afiqah.
“Belum
tapi aku ada buat solat istikharah.” Asyikin menunduk. Jemarinya bermain-main
dengan kotak yang menjadi alas duduknya.
“Ada
apa-apa tak?” gesa Imah tak sabar-sabar nak tahu.
Asyikin
hanya tersengih.
“Jangan
buat muka kerang busuk eh. Cepatlah!” Tangan Asyikin digoncang kuat. Riak muka
Asyikin semakin membuatkan Imah tidak sabar nak tahu.
“Rahsia.”
Senyuman Asyikin melebar.
“Ceittt…
Kalau tak nak beritahu jangan cakap. Buang karan
betullah.” Tangan Asyikin dipukul. Tanda protes dipermainkan. Imah bangkit.
Berlalu dari situ dengan muka yang masam.
Asyikin
menggeleng dalam senyuman. Rajuk Imah bukan lama pun. Sejam dua nanti eloklah
tu. Sekarang berbalik semula kepada permasalahan dia dan Abrar. Dicapai semula
telefon bimbitnya. Mencari nombor telefon Abrar. Dilekapkan ke telinga kanan.
“Assalammualaikum.”
Suara Abrar kedengaran ceria di hujung sana.
“Waalaikumussalam.”
Tenang sahaja Asyikin menjawab salam.
“So?” Abrar bertanya sama seperti Imah.
Tak sabar-sbar.
“You
dekat mana sekarang?” Asyikin masih mahu bertarik tali. Nak tengok sejauh mana
keikhlasan Abrar mengotakan kata-katanya.
“Kota
Tinggi. Why?” Suara Abrar kedengaran
risau.
“Kota
Tinggi? Tak jauh sangat. Sempat kut.” Asyikin ketawa-ketawa.
“You,
kenapa ni?” Suara Abrar semakin berubah.
Asyikin
masih lagi ketawa. Dapat dibayangkan muka Abrar yang super duper kacak itu risau tak tentu pasal.
“Bila
nak balik kampung tu?”
“You are serious, Asyikin?” Abrar
menjerit.
“Kalau
you jerit-jerit lagi I tarik balik keputusan I.” Asyikin mengugut.
“Petang
ni I jemput you.”
“Eh,
cepatnya. Macam tak menyempat.”
“Emak
I pun dah tak sabar-sabar nak jumpa bakal menantu dia. So, I ambil you petang ni?”
“Pasrah.”
Asyikin ketawa.
“Bunyi
macam tak beria-ia aje.” Suara Abrar yang tadinya teruja sudah berubah
mendatar.
“Bergurau
pun tak boleh. I tunggu. I kena masuk kerja dah ni. Assalammualaikum.” Talian
terus dimatikan. Namun Asyikin sempat menangkap jeritan Abrar dihujung sana.
Marah sekejap aje tu. Petang nanti tahulah dia macam mana nak pujuk mr. G.
ASYIKIN
tersenyum bila melihat pacuan empat roda Abrar berhenti betul-betul di
depannya. Mata ralit memerhati Abrar yang tersengih-sengih keluar dari tempat
duduk pemandu.
"Errr..."
Asyikin tenung Abrar.
"Tergoda?"
Abrar lorekkan senyuman cari makannya.
"Please..." Asyikin julingkan mata
dan mendongak memandang langit.
"Kita
nak pergi jumpa emak I aje pun." Abrar tersenyum bagaikan faham maksud
renungan Asyikin.
Beg
baju yang dihulurkan Asyikin diambil. Pintu tempat duduk belakang dibuka.
Diletakkan beg baju Asyikin di atas tempat duduk. Pintu ditutup kembali. Dia ke
pintu sebelah depan pula. Dibuka pintu itu untuk Asyikin.
"You
kalau pakai macam ni pergi jumpa emak dengan ayah I memang langsung tak
tersenarai sebagai calon menantu tau." Asyikin menjeling.
"Don't worry. Dress code jumpa mentua lain." Abrar kenyit mata. Seronok
mengusik buah hati yang bakal menjadi surinya suatu hari nanti. Pintu ditutup
selepas Asyikin panjat masuk ke dalam pacuan empat roda ini. Dia berlari anak
ke pintu sebelah pemandu.
“Ada
dress code? Hebat. Apa dress codenya?” Asyikin bertanya sebaik
sahaja Abrar sudah masuk.
Abrar
memandang Asyikin seketika. Tersenyum sebelum matanya memusat ke atas jalan
raya.
“Rahsia.
Hari nak jumpa emak dan ayah you tu nanti baru you tahu.” Dia mula menggerakkan
Toyota Land Cruisernya.
“Tak
habis-habis dengan rahsia dia.” Asyikin menggeleng.
Itu
kisah 2 minggu lepas. Hari ini Asyikin berdebar-debar menunggu Abrar bertandang
ke rumahnya pula. Itu pun setelah dia mendesak Abrar menangguhkan segala kerja
lelaki itu. Padat sangat jadual kerja Abrar. Susah nak cari masa yang sesuai
kalau tidak sekarang. Takut perkara baik ini tidak menjadi kenyataan.
“Apasal?”
Puan Hafizah pandang Asyikin yang asyik mengintai ke luar rumah.
Terkejut
Asyikin disapa emaknya yang elok berdiri di sebelah dia.
“Cermin
tingkap ni. Berhabuk.” Dia tersengih. 2 jari dilayangkan pada cermin tingkap.
Ditunjukkan kepada emaknya.
“Emak
pun pernah muda, Ikin.” Puan Hafizah tersenyum dan berlalu ke ruang dapur.
“Kan
dah cakap mesti kantoi punya.” Asyikin menggumam sendiri. Kepala yang tidak
gatal digarunya.
“Apa
yang kantoi?” tegur Encik Azmi yang baru keluar dari bilik tidur.
“Errr…”
Kali ini semakin kuat Asyikin menggaru kepalanya.
“Puan
Hafizah! Teruk betul anak dara awak ni. Ingat kita ni nak parangkan bakal suami
dia ke.” Encik Azmi ketawa-ketawa. Segera melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sebenarnya
dia terdengar perbualan Puan Hafizah dan Asyikin tadi. Itu yang disakat lagi
anak daranya ini.
“Suka
sangat sorok-sorok dari kita, Encik Azmi. Macam inilah jadinya.” Suara Puan
Hafizah dari ruang dapur turut mengusik sama.
Asyikin
dah memuncung. Encik Azmi dan Puan Hafizah kalau dah bergabung memang meletup
punyalah usikan mereka.
“Assalammualaikum!”
Terdengar suara lelaki memberi salam dari luar.
Kelam-kabut
Asyikin menerjah ke pintu. Orang yang ditunggu-tunggu tiba juga.
“Wa…alaikumussalam.”
Tergagap-gagap Asyikin menyahut.
“You.”
Abrar tersengih. Sempat ditunjukkan isyarat peace.
Asyikin
pandang Abrar atas bawah. Kalau tadi dia garu kepala sebab tertangkap dengan
orang tuanya. Kali ini dia rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Dia memang
maksudkannya.
“I
tak sempat. Tadi lepas meeting terus vroom ke sini.” Abrar tersengih.
Renungan Asyikin itu dia boleh baca. Pandangan yang sama ketika dia menjemput
gadis ini untuk pulang bertemu keluarganya. Lagilah bila Asyikin hantuk
kepalanya pada jenang pintu.
“Laaa…
dah sampai ke? Kenapa tak dijemput masuk? Masuk! Masuk!” Encik Azmi yang berdiri
di belakang Asyikin bersuara. Mempelawa Abrar masuk ke dalam rumah.
Abrar
tersenyum. Kasut dibuka dan terus tangan dihulur kepada Encik Azmi.
“Assalammualaikum,
pak cik. Maaf lambat.”
“Pak
cik dengan mak cik kamu tak kisah. Faham kamu lambat sebab kerja tapi bakal
isteri kamu ni. Macam ayam hilang anak. Tak reti duduk diam. Sekejap-sekejap
mengintai keluar. Risau kamu tak jumpa rumah. Risau juga kalau tak jadi kahwin.”
Encik Azmi menepuk-nepuk bahu Abrar.
Abrar
tersenyum. Lega dengan penerimaan Encik Azmi akan dirinya. Tak sia-sialah dia
berkejar ke rumah Asyikin.
“Ayah
ni.” Asyikin hentak kaki. Balik-balik dia juga yang terkena.
Abrar
ketawa. Sempat dia bermain mata dengan Asyikin sebelum gadis itu berlalu ke
ruang dapur.
“Duduklah.”
Encik Azmi tunjuk sofa di sebelah dia.
Abrar
angguk. Punggung dilabuhkan pada sofa yang ditunjukkan. Senyuman masih lagi
terpamer di bibirnya. Cuba menutup debaran di hati. Maklumlah ini pertama kali
dia bertandang ke rumah orang tua Asyikin. Matanya melirik ke pintu dapur bila
terperasan ada orang yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu ini.
“Huh…
ini emak Ikin.” Encik Azmi kenalkan Puan Hafizah yang baru keluar dari ruang
dapur sambil menatang dulang.
“Mak
cik.” Abrar tunduk kepala sedikit tanda hormat.
Mata
Puan Hafizah mengecil. Pandangannya beralih pada Asyikin yang turut berlutut di
sebelah dia. Meletakkan mangkuk berisi bubur pulut hitam di atas meja kopi.
“Saya
baru balik mesyuarat tadi. Tak sempat tukar baju.” Sekali lagi Abrar
memberitahu mengapa dia berpakaian sebegitu. Aduh! Pandangan mata emak sama aje
dengan anak. Semakin buat hati dia berdebar-debar.
“Hmmm…”
Puan Hafizah senyum segaris. Dia angkat punggung dan berlalu ke ruang dapur
semula.
“I
tahulah you baru balik meeting tapi neck tie tu tak boleh ke buka.” Asyikin
sempat berbisik.
“Dress code I jumpa mentua.” Abrar
berbisik membalas. Mata dikenyitkan pada Asyikin.
Asyikin
julingkan mata. Bertabahlah dengan bakal suami yang macam ni.
No comments:
Post a Comment