DINI bernyanyi riang di laman rumahnya. Selamba dia
berkain batik dan berbaju t warna hijau lengan panjang. Kepalanya hanya diikat
dengan key berwarna merah.
"Hello! Assalammualaikum."
Dini menjawab panggilan sambil tangannya ligat menyapu halaman rumah.
"Waalaikummussalam. Dini dekat
mana?" tanya Sara.
"Rumahlah. Orang dah cakapkan tak
dapat nak tolong kak long hari ni."
"Itu kak long tahu. Ni mama dah
bising. Aunty Rose dah
bercerita."
"Cerita apanya? Tak habis-habis
lagi ke nak jodohkan orang dengan anaknya?" Dini mendengus.
"Aunty Rose cakap dia tak kisah kalau Dini dengan boy tak berjodoh tapi dia kecil hati
bila mama tak jemput majlis pertunangan Dini nanti," beritahu Sara.
"Bila masa pula orang nak
bertunang? Pandai-pandai ajelah Aunty Rose
tu," omel Dini.
"Mama kata Aunty Rose cakap Dini dengan Ajad yang mengaku nak bertunang lagi
sebulan masa Ajad datang rumah mama hari tu. Means another two weeks."
"Astaghfirullahaladzim. Bila masa
pula? Wait! Matilah orang kak long."
Dini dah gelabah terus dicampaknya penyapu ke atas tanah. Baru dia teringat
gurauan dia pada Aunty Rose.
"Dini ni tak habis-habis dengan
mati dia," bebel Sara.
"Sekejap lagi orang sampai. Kak long
kena tolong orang." Talian terus dimatikan. Dini mencicit lari masuk ke
dalam rumah.
Lebih kurang sepuluh minit Dini sudah
sampai di depan Kedai Dobi Mesra.
"Kak long!" jerit Dini.
"Hei! Gadis dobi. My accountant," tegur seseorang
dari belakang.
Dini berpaling. Jelingan maut diberikan.
Dia ni macam diseru-seru pula. Dah lah
pakai. Hesy... mata tolong jangan pandang. Apasal si Ajad a.k.a. Abjad ni. Tak
tahu malu ke? Saja nak tayang ketul-ketul dekat badan dan lengan dia tulah.
"Tak payah nak my accountant sangat. Bila masa aku jadi akauntan kau?" balas
Dini dengan mata terjegil. Matanya cuba untuk tidak memandang six pack si Ajad a.k.a. Abjad yang
menikam kalbu itu.
"Pagi-pagi dah marah. Lari rezeki
tau." Ajad berbisik. Senyuman senget tersungging di bibir.
"Huh!" Dini anjakkan sedikit
badannya. Aturan nafasnya tiba-tiba tidak sekata.
"Eh! Abjad... errr... Ajad,"
tegur Sara.
"Hai! Kak long," sapa Ajad.
"Itu kak long aku lah bukan kak long
kau," marah Dini. Sekali lagi satu jelingan tajam diberikan.
"Dini..." tegur Sara.
Ajad tersenyum senget. Kening ditarikan
tanda kemenangan.
Dini julingkan mata ke atas.
"Alang-alang Ajad dah ada ni,
bolehlah ajak dia datang rumah mama malam ni." Sara memberi cadangan.
"Ada apa, kak long?" tanya
Ajad.
"Kebetulan malam ni mama nak buat bacaan
yasin. Lelaki. Lagi satu kamu berdua kena jelaskan pada mama pasal hal
bertunang. Aunty Rose dah canang pada
jiran-jiran terdekat. Macam mana kak long boleh tak tahu Dini dengan Ajad
bercinta?" Sara tersengih-sengih.
"Bee..." usik Ajad sambil tersenyum senget.
"Jangan nak bee sangatlah. Geli aku. Dahlah serabut. Kau punya pasallah
ni," bebel Dini.
"Honey tak buat apa-apa. Bee
yang tarik honey dalam permainan ni
kan," tambah Ajad lagi. Semakin galak mengusik. Senyuman pula semakin senget.
"Honey? Bee? So sweet..." Sara tersenyum sama.
"Arghhh!" Dini menjerit dan
terus masuk ke dalam.
“Kak long, saya nak ambil baju yang saya
hantar dua minggu lepas. Asyik terlupa aje nak singgah,” beritahu Ajad akan
tujuan asalnya ke situ.
Senyuman masih berbaki di bibirnya. Sekeping
resit yang baru dikeluarkan dari dompet dihulurkan kepada Sara.
“Laaa… Kenapa tak kirim dekat Dini aje?
Dia setiap hujung minggu mesti datang sini.” Sara membelek baju-baju yang
tergantung di dalam rak kaca di belakangnya.
“Tak apa. Saya ni jenis tak suka
menyusahkan orang lain.”
Dini yang mendengar kata-kata si Ajad
a.k.a. Abjad di sebalik rak kaca itu membuat aksi nak termuntah. Dia tahu Ajad
nampak aksinya. Memang dia sengaja pun berbuat begitu.
“Jangan lupa datang tau malam ni kalau
tak nak tengok Dini kena marah sorang-sorang.”
Sara sempat mengingatkan Ajad tentang perkara yang sudah menjadi isu pada
mamanya ketika menghulurkan bungkusan baju kepada Ajad.
“Insya-Allah. Saya bawa abah dan abang
saya sekali boleh tak?” tanya Ajad sambil menghulurkan not lima puluh ringgit.
Dia perlu ada back-up plan. Manalah tahu backfire
pada dia pula. Sekurang-kurangnya dia dah bawa orang kuat untuk membantunya.
“Tak ada hal. The more the merrier. Lagi pun bukan Dini tak kenal dia orang tu
kan. Kalau boleh datang sebelum isyak. Boleh berjemaah sama-sama.” Sara
tersenyum dan memulangkan baki bayaran pada Ajad.
“Okey, kak long. Bee! Honey balik dulu.
Jumpa malam ni,” jerit Ajad sebelum berlalu pergi.
Cemberut muka Dini mendengar pekikan si Ajad
a.k.a. Abjad. Dia meluru pada Sara yang masih berdiri di kaunter.
“Kak long! Kenapa ajak ramai-ramai? Tak
cukup ke orang surau yang mama dah jemput?” bentak Dini.
“Kan nak baca Yasin. Apa salahnya? Dapat
pahala lagi.” Sara terus ke belakang.
“Serabutnya!” Dini menjerit kuat.
Sara hanya gelengkan kepala. Malas nak
layan kepala batu Dini.
DINI menyorok di sudut dapur ketika dia perasan Ajad,
Amar dan Dato’ Salleh sudah sampai. Dia langsung tidak menyambut kedatangan
mereka. Dia ingatkan si Ajad a.k.a. Abjad ni main-main nak bawak abang dan abah
dia. Sengal. Agaknya kalau diberi peluang satu taman nak diangkutnya.
“Apasal duduk dekat sini?” tanya Puan
Sri Alia yang baru meletakkan cawan-cawan yang sudah digunakan ke dalam sinki.
“Tak ada apa-apa,” balas Dini perlahan.
“Boleh solat tak ni?” tanya Puan Sri Alia.
“Boleh,” perlahan Dini menjawab.
“Apa tunggu lagi? Dah nak masuk waktu
ni. Lepas tu boleh baca yasin sama-sama. Jangan bagi alasan ini yasin lelaki,
Dini tak mahu join,” bebel Puan Sri
Alia.
“Ya.” Dini bangun dan berjalan lemah ke
bilik air.
Puan Sri Alia hanya menggeleng. Dini
memang tak habis-habis nak tunjuk kepala anginnya. Lupa agaknya anak gadisnya ini
yang dia tu ada buat salah.
Dini
mengintai-intai barisan saf lelaki dua baris di depannya. Matanya liar mencari
mana si abjad sengal berdiri.
“Cari siapa?” tanya
Sara. Dia perasan Dini seperti mencari seseorang.
“Saja
nak tengok siapa yang jadi imam.” Dini tersengih.
“Ajad.
Dia yang sukarela nak mengimamkan solat kita hari ini. Tanpa paksaan tau.” Sara
kenyit mata.
Terlopong
mulut Dini. Susah kepala otak dia nak terima kata-kata Sara. Namun bila
terdengar suara orang mengangkat takbir, hatinya sejuk. Sejuk seperti disimbahi
air sungai. Ajad Safiy a.k.a. abjad sengal jadi imam.
Ketika para tetamu mula beransur pulang,
Puan Sri Alia memanggil Ajad untuk pergi ke ruang tamu kedua yang terletak di
tingkat atas.
Ajad menurut seperti yang diarahkan.
Bila dia menjejakkan kakinya di ruang itu kelihatan Dini sedang duduk di salah
satu sofa dengan muka menunduk menekur lantai. Dia mengambil tempat di sebelah
Dini.
“Ajad?” tanya Tan Sri Ashraff. Tadi dia
hanya sempat bersalam sahaja dengan anak muda di depannya ini.
“Ya, saya.” Ajad angguk.
“Dah lama kenal Dini?’ soal Tan Sri
Ashraff lagi.
“Baru dua minggu,” jawab Ajad pendek.
Tan Sri Ashraff angguk dan tersenyum.
“Hari yang kamu datang rumah aunty tu kamu baru kenallah?” tanya Puan
Sri Alia pula.
“Errr…ya. Eh, tak. Sehari sebelum tu dah
kenal gitu-gitu aje. Dekat kedai dobi,” jawab Ajad teragak-agak.
"Ma, Pa...Dini minta maaf," sampuk
Dini memintas percakapan Ajad.
Dia faham apa yang dimaksudkan mamanya. Dia
menunduk. Takut nak memandang wajah kedua orang tuanya.
"Uncle, aunty. Saya pun nak minta maaf juga." Ajad tersenyum
kelat memandang Tan Sri Ashraff dan Puan Sri Alia silih berganti.
"Kalau ya pun kamu tak suka dengan
anak Aunty Rose, kamu tak sepatutnya berbohong Dini. Kamu pun sama Ajad. Kenapa
di layan sangat perangai Dini ni," marah Puan Sri Alia.
Tan Sri Ashraff hanya mendiamkan diri. Arif
benar dengan kenakalan Dini. Cumanya kali ini Dini tersilap langkah. Bermain dengan
burung murai.
"Habis tu dia tu macam..."
Dini tidak jadi menghabiskan kata-katanya bila melihat Puan Sri Alia dah
besarkan mata.
"Mana mama nak letak muka, Dini?"
bebel Puan Sri Alia geram.
"Macam inilah. Ajad, kamu suka tak
pada anak uncle?" soal Tan Sri
Ashraff.
Dini pandang muka Ajad mengharapkan si
abjad menggelengkan kepala.
Ajad pandang muka Dini. Lama sebelum dia
tersenyum senget.
Oh! Dini tak suka dengan senyuman senget
si abjad. Pastinya hidup dia akan huru hara.
Ajad angguk.
Dini geleng.
Semua yang ada di situ dah
tersenyum-senyum.
"Papa tanya Ajad bukan kamu."
Wajah Tan Sri Ashraff serius.
Dini dah memuncung. Geram.
Semakin senget senyuman Ajad.
"Ajad, kamu tahukan kita ni orang
melayu. Ada adat yang kena dijaga." Tan Sri Ashraff berkias. Cuba
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan Dini.
"Abah saya ada dekat sini, uncle." Ajad menggamit Dato' Salleh
dan Amar yang duduk tidak jauh dari mereka.
"Pa..." rengek Dini. Dia terus
bangun.
"Bee..." panggil Ajad.
"Kau ni asyik nak bee aje, dah tak ada benda lain ke nak
sebut," marah Dini.
"Habis bee nak honey panggil
apa?" Ajad memandang Dini. Lupa pada orang disekeliling yang memerhatikan
drama sebabak mereka.
"Eee... dah tak ada bee ke honeylah. Faham tak?" bentak Dini.
"Tak nak faham." Selamba Ajad
menjawab.
“Dini, duduk!” Keras suara Tan Sri
Ashraff memberi arahan.
Dini memuncung tapi dia duduk juga. Si
abjad dijelingnya.
Ajad tersenyum senget lagi. Hidup dia
selepas ini mesti penuh warna-warni. Gadis dobi yang mula mencuit hatinya akan
diajar cukup-cukup.
Req group untuk teaser bab2 akan datang https://www.facebook.com/groups/460780710692490/
yg di ajak aimy tu skali watper.... hishhh ajad nie....
ReplyDeletekak syania kunun2nya nak jeleskan Dini....
DeletePadan muka abjad....dini just go with tariq....jgn dilayan lg si abjad sengal tu.....suka tp x pandai......menyampah dgn abjad ni.... - jumay jue
ReplyDeletego Dini go Dini.... benci betul ye awak degn abjad....ekekekekeke
DeleteKonon nk jeleskn dini....akhirnya sendiri yg panas hati. Hahahahah
ReplyDeletemau tak panas....main senyum2 kannnn....kikikikikiki...
Deletehehehe,,ajad punye jeles mmg perghhhh...
ReplyDeletekannnn... tak sayang kete....
Deletepergh...hati ajad mesti dah rentung bila melihat si Dini ngan si Tariq... keluar berjimba bersama sama kan..tulah niat jahat nak mengenakan si Dini..kan dah backfire kena kat diri sendiri kan... pasti malam karang tak boleh tiduq ..si ajad..pasal memikirkan pasal si Dini ...kemesraan mereka..kan.. lagi lagi siTariq tu..lagaknya macam dari keluarga yg setaraf ngan nya... kan.. just wonder ..what will happen..bila si Dini tak heran ngan hubungan dia ngan si Aimy..kan..
ReplyDeletesetaraf n sekufu kan kak ida.....
DeleteJgn kau satukan si abjad n dini biarlah tariq n dini
ReplyDeletewe will see dear...
DeleteWell..ambo dh jnji xnk komen kn...so ambo simpan rasa suka thp langit ke-7 sbb hero no.2 dh masuk...ngeh3...itu je nk ckp...lbih2 tkut kna fire blik dgn tauke kt fb nnt...daa
ReplyDeleteP/s : i still luv k.syeena :)
eleh fariza....lebiu tooooo....
DeleteLagi yunk...huhuhu rasa nk pulas je tengkuk minah gediks tu..eeeee.
ReplyDeletejgn.... kesian... anak orang tu.....kikikikiki
DeleteHahahaa.. mcm lawak plak memikiorkan cemburu si ajad tue. Tu la ajad, kau bermain dgn api. Hahaha. Go tariq go.. buat sampai ajad jeles lg.. hahahaa. Aimy tu tolak dlm laut bg jaws makan. Hahahaa
ReplyDeleteadusss...kejamnya lisa...
DeleteHahaha padan muka Abjad.....go Dini bagi Abjad ni jelezzzz kaw2 punya...konon nak jelez kan Dini......hambik kau......Dari mana sebenarnya Aimy ni....masuk2 kerja gedik semacam aje....
ReplyDeleteai pun heran mana datang si aimy nih....
DeleteHahaaa padan muka Ajad!!!.I salute u Dini. I suka gadis2 macam Dini tp nyampah gadis cam Aimy.
ReplyDeletegirl power asna....
DeleteApa motif si ajad ni kdg ambil berat sgt kt dini...kdg annoying..suka part dia jeles kt. Dini ngan tariq..hehe..
ReplyDeleteme too tertanya-tanya apa motif ajad....ekekekekeke...
DeletePdan muka si Abjad tu..nak kenakan Dini last2 dia yg terkena balik...Yesss Dini kita kasi panas sama Abjad tu....Best..
ReplyDeleteyup....memang bikin panas ati ajad jer.....kikikiki
Deletepadam dgn muka ajad....biar dia terus meletop lg bagus...gatal sgt nk mainkan hati dini...
ReplyDeletehikhikhik.... Ajad test skill tu... tq Orchid...
DeleteKah kah kah... Abjad.... agak agak ar nk bg dini jeles.... Kan dah terkene kt diri sendiri, errr nk terajang kete ker Aimy gediks tue.... Biar sampai ke angkasa lepas....Ooopss sowwi. Dini n Tariq, bg Abjad jeles tahap beku tau. Ha ha ha (gelak jahat)
ReplyDeletekikiki... amboi kesian kat aimy gediks tu...
DeleteNk lagi...bg Ajad stres giler ngan Dini pulak....tp last bg diaorang kawin....muahahaha
ReplyDeleteKikikiki.... Sabar ya kak...
DeleteBila nk naik bab baru ni yunk..
ReplyDeleteHehehe...peace yoo
Kita bg akid n amanda lepas dulu ya kak....
DeleteLama ke lg yunk nk tunggu ni....huhuhuhhuuuu
ReplyDeletetak tahu berapa lama lagi kak..... sabar yer.... belum dapat greenlight lagi ni....
DeleteXdak smbongan lg ka...xsabq ny tggu kak oii...heheh
DeleteSabarrr yer....
DeletePdan muka ajad...nk jlezz kan dini..last2 dya yg kna...kne...mqah sgoh dya..hehe...
ReplyDeletekan.... baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah...
Deletebuaya sengal + perempuan gedik = bengong...hahahaha
ReplyDeleteHahahahaha.....
Deletebest cerita ini sweetnya tak sabar nak tunggu sambungannya..kalau dibukukan lagi best..
ReplyDeleteTq saidatul harishah....in shaa allah cerita ini akan dibukukan
Deleteplease sambung lagi.. semua cre akk best2.. :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca sufiah....
Deletesama2.. :) xd sambungannya ke?? hihi
DeleteKat blog da stop tp kat grup byk teaser...
Delete