Sunday, December 29, 2013

KAU? DIA - BAB 10


“Assalammualaikum…gegals semua.” Adni Farha tersenyum lebar memandang teman-temannya. Beg tangan dicampak di atas kerusi. Kaki melangkah menuju ke meja Nadia.

“Waalaikummussalam, Cik Adni…” jawab Nadia. Dia tersenyum memandang Adni Farha yang ceria bersandar di meja kerjanya.

“Dah sihat?” tanya Aqilah pula. Dia turut menghampiri Adni Farha dan Nadia.

“Alhamdulillah…” Adni Farha berpusing-pusing macam model di depan kawan-kawannya. Sempat dia buat lompat bintang. Pada masa yang sama Ayman Fareeq baru keluar dari lif dan terpandang gelagat sengal Adni Farha. Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus masuk ke bilik.

“Tak payahlah nak melompat bagai. Kau tak nampak ke bos kau baru masuk tadi?” templak Zara yang perasan kehadiran Ayman Fareeq. Adni Farha hanya tersengih.

“Bos aku?” tanya Adni Farha balik.

“Aaah lah…” Zara menjawab dengan yakin.

“Bos aku, bos kau jugalah. Pandai aje cakap bos aku sorang,” bidas Adni Farha. Bahu Zara dipukulnya.

“Itu yang aku cakap kat diaorang hari tu,” tambah Nadia.

“Ooo…tak mengaku bos eh…aku cakap kat dia tu nak?” ugut Adni Farha.

“Kau ni macam budak-budaklah…itu pun nak mengadu. Mentang-mentanglah bos sayang kau,” usik Aqilah.

“Aaa…ini yang aku tak suka. Bila masa pula bos sayang aku? Kau jangan buat fitnah,” suara Adni Farha mendatar. Matanya memandang Zara dan Aqilah bersilih ganti.

“Adni…janganlah marah…kitaorang main-main aje. Ya lah…bos asyik belanja kau aje. Tak pernah nak belanja kitaorang.” Zara cuba memujuk.

Korang nak bos belanja eh?” Adni Farha menari-narikan keningnya. Otak Adni Farha ligat berfikir. Dia kemudian tersenyum-senyum. Ada chance aku nak lari dari dia. Zara dan Aqilah dah main isyarat mata. Tak faham dengan senyuman Adni Farha.

“Kau jangan macam-macam Adni…” nasihat Nadia. Dia dapat rasakan sesuatu. Perang besar lagilah si Adni dengan bos ni. Kebetulan Ayman Fareeq keluar dari biliknya. Semakin lebar senyuman Adni Farha.
Speaking of him. Let’s try our luck.” Adni Farha berjalan menuju ke tempat Ayman Fareeq berdiri. Nadia, Aqilah dan Zara cuba menarik tangan Adni Farha tetapi ditepisnya.

Ayman Fareeq menelan liur. Macam tak percaya bila melihat Adni Farha berjalan dengan lemah gemalai menuju padanya. Lenggoknya…hmmm…jangan cakaplah. Erkkk… Astaghfirullahaladzim, Ayman Fareeq beristighfar dalam hati. Syaitan memang suka bila umat Muhammad tewas. Ayman Fareeq menggosok belakang tengkuknya bila menyedari kealpaan dirinya.

“Bos!” sapa Adni Farha seolah tiada apa yang berlaku antara dia dan Ayman Fareeq semalam.

Yes?” Ayman Fareeq angkat kening.

“Nak pergi breakfastkan?” soal Adni Farha.

“Tawaran masih dibuka,” jawab Ayman Fareeq tanpa syak wasangka.

Adni Farha pusing ke belakang memandang ketiga-tiga kawannya dan mengangkat ibu jari tangan kanan tanda bagus. Melompat riang gadis-gadis itu. Pantas mereka melangkah mendekati Adni Farha dan Ayman Fareeq. Sebelah kening Ayman Fareeq dah terjungkit. Hairan melihat kedatangan mereka bertiga.

“Macam tak percaya bos nak belanja kami makan,” tutur Nadia. Terbuntang mata Ayman Fareeq.

“Betullah…selama kami kerja kat sini, cuma sekali aje bos belanja. Itu pun roti bakar aje,” tambah Aqilah. Melopong mulut Ayman Fareeq.

“Terima kasihlah, bos. Memang tak sangka betullah,” tokok Zara. Okey, kali ini Ayman Fareeq memang rasa nak pengsan. Muka Adni Farha direnung tajam. Adni Farha hanya menjungkitkan bahunya. Dia bergerak meninggalkan Ayman Fareeq bila tangannya dah ditarik. Dia hanya menurut langkah teman-temannya.

“Kau saja nak kenakan aku kan? Takpe hari ni hari kau,” omel Ayman Fareeq. Nak tak nak dia terpaksa pergi juga. Kalau tak diikutkan permainan Adni Farha, ada karang dia dituduh kedekut pula. Mereka berempat itu boleh tahan laser jugalah mulut mereka.

“Bos!” panggil Aqilah. Ayman Fareeq yang duduk berdepan dengan Adni Farha memandang Aqilah. Dia menongkat kedua-dua sikunya di atas meja dengan kedua-dua belah tangan digabung bersama.

“Senyap aje? Bos takut kitaorang minta belanja kat hotel, eh?” soal Aqilah. Tersentak Ayman Fareeq dengan soalan yang tidak diduga itu. Adni Farha mengulum senyum. Ayman Fareeq mengerling sekilas sebelum menjawab pertanyaan Aqilah.

“Hesy…mana ada? Saya tak kisah. Kat mana-mana pun boleh.”

“Alaaa…kalau tahu bos tak kisah, kita request pergi Thistle tadi,” biacara Nadia. Ayman Fareeq tersenyum kelat. Terlepas juga tawa dari mulut Adni Farha.

“Kannn…” tambah Zara dengan mulut yang penuh dengan popiah basah.

“Apa lah korang ni. Patutnya kita berterima kasih dengan Encik Ayman sebab sudi belanja kita semua. Tak gitu, Encik Ayman?” Adni Farha merenung Ayman Fareeq di depannya. Ayman Fareeq hanya tersengih memandang mereka semua. Hati panas aje. Nadia, Aqilah dan Zara yang tidak tahu apa-apa turut sama tersengih.

Korang nak makan kuih tak?” Zara anggukkan kepala.

“Sekejap aku pergi ambilkan.” Lekas-lekas dia bangun. Nak mengelak dari menjadi bahan renungan tajam Ayman Fareeq. Dia tahu mesti Ayman Fareeq marah dengannya.

“Saya pun nak pergi ambil kuih. You all kalau nak apa-apa lagi, jangan segan-segan. Ambil aje, everything is on me,” pelawa Ayman Fareeq dengan senyuman sinisnya. Walhal atas meja tu dah penuh dengan pelbagai makanan. Buruk lantak betul. Ayman Fareeq terus bangun dan menghampiri Adni Farha yang leka memilih kuih muih untuk di makan.

“Awak memang saja kan?” bisik Ayman Fareeq dekat dengan cuping telinga Adni Farha. Adni Farha hanya mendiamkan diri. Bukan malas nak membalas tapi tengah menahan debaran di dada.

“Kenapa diam? Kat meja tadi bukan main becok lagi. Macam murai tercabut ekor,” bisik Ayman Fareeq lagi. Bengang bila si rambut karat langsung tak menjawab. Hembusan nafasnya…Ya Tuhan, kalau Adni Farha tak kuat semangat memang terlepas ke lantai pinggan di tangan.

“Dengar tak apa yang saya cakap ni?” ulang Ayman Fareeq lagi. Adni Farha membiarkan sahaja. Dia terus berjalan ke kaunter. Bertanya sesuatu dengan pekerja restoran kemudian menghulurkan sekeping not seratus.

“Apa yang awak buat ni?’ Ayman Fareeq meletakkan pinggan di tangan di atas kaunter. Adni Farha menarik nafas dalam-dalam sebelum menoleh pada Ayman Fareeq.

“Saya belanja hari ini sebagai balasan sudi mengajak kawan-kawan saya makan bersama.” Adni Farha terus berlalu. Ayman Fareeq terkesima.

“Adni kitaorang nak pergi tandas sekejap. Kau dengan Encik Ayman tunggu kat kereta jelah. Nanti kitaorang datang.” Nadia dah mulakan rancangannya. Dia perasan selepas kedua-duanya mengambil kuih, sebutir perkataan langsung tak keluar dari mulut mereka berdua.

“Nak ikut,” rayu Adni Farha. Tolonglah kawan-kawan. Jangan tinggalkan aku dengan mulut longkang ni.

“Eh…takpelah…kau temankan Encik Ayman. Takkanlah nak biarkan dia duduk sorang-sorang kat sini,” bantah Aqilah.

Girlsit’s okay. I’m fine here.” Ayman Fareeq yang santai bersandar tersenyum senget.

“Hmmm…takpelah. Korang pergilah. Jangan lama-lama tau.” Akhirnya Adni Farha mengalah. Macam tak sopan pula nak tinggalkan Ayman Fareeq keseorangan menunggu mereka. Namun terdetik dalam hati Adni Farha, diaorang ni macam saja aje nak kenakan dia.

“Encik Ayman, jangan nakal-nakal tau,” pesan Zara sebelum berlalu pergi. Sempat Adni Farha memukul lengan temannya. Mengekek-ngekek Zara, Nadia dan Aqilah ketawa. Adni Farha bangun.

“Eh! Nak pergi mana?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha yang sudah berdiri.

“Tunggu kat kereta.” Adni Farha terus berjalan. Tak tunggu lama Ayman Fareeq turut bangun dan menyaingi langkah Adni Farha.

“Adni…Awak marah saya?” lembut Ayman Fareeq bertanya. Adni Farha hanya gelengkan kepala. Hesy…kenapa tona suara tu lembut sangat. Bukan ke dia ni hati beku, takkanlah dah cair.

“Kalau tak marah, kenapa diam?” Ayman Fareeq minta kepastian. Hati dia risau bila Adni Farha langsung tak mahu bercakap dengannya.

“Nak tahu kenapa?” Adni Farha yang berhenti secara tiba-tiba memandang Ayman Fareeq di sisi. Ayman Fareeq turut mematikan langkah. Dia memberikan sepenuh perhatian pada si rambut karat.

“Jangan berdiri dekat sangat dengan saya.”

“Huh?!” Tangan Ayman Fareeq dah memicit dahi kemudian membawa ke hidung. Dia menjarakkan sedikit kedudukan tubuhnya dari Adni Farha. Baru perasan dia berdiri terlalu rapat dengan Adni Farha.

“Saya ingatkan lesung pipit Encik Ayman aje yang boleh membunuh.” Adni Farha menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Ayman Fareeq menanti penuh debar.

“Ni…dalam ni…” Adni Farha menumbuk dadanya berkali-kali sebelum menyambung kata-katanya. “Berdebar macam nak gila. Rasa macam nak tercabut jantung ni dari soket bila Encik Ayman berdiri dekat sangat dengan saya. Hembusan nafas Encik Ayman yang dekat dengan telinga saya buat lutut saya menggeletar, tahu tak?”

Alamak! Apa aku cakap tadi? Biar betik. Kenapalah mulut aku ni. Habislah aku…dah buat pengakuan berani mati ni. Papa…help me!

Mata mereka bertembung. Masing-masing kelu tak terkata sebelum Ayman Fareeq memberikan senyuman membunuhnya. Lesung pipit di pipi sebelah kanan terserlah. Si rambut karat dah mengaku. Agak-agak boleh buat lompat bintang tak macam yang si dia buat pagi tadi? Hmmm…

“Hesy…janganlah senyum lagi. Dah berdarah dah ni,” marah Adni Farha.

“Ada saya kisah,” balas Ayman Fareeq. Dia terus bergerak meninggalkan Adni Farha yang terpinga-pinga. Senyuman masih terukir di wajah Ayman Fareeq.

Ek eleh…balik-balik ada saya kisah, ada saya kisah. Tak ada ayat lain agaknya mamat hati beku ni,” bebel Adni Farha sambil berjalan menuruti Ayman Fareeq.

I can hear that.”

“Sukahatilah, Encik Ayman nak dengar ke tak.”

“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq menghentikan langkah dan berpaling. Geram bila si rambut karat bercakap ikut sedap mulut dia saja.

“Saya tarik balik apa yang saya cakap tadi, boleh tak? Yang pasal jantung dengan lutut tu?” Adni Farha kerdip-kerdipkan matanya.

In your dreams.” Ayman Fareeq terus membuka pintu keretanya dan masuk ke dalam perut Toyota Vios hitam. Adni Farha tak puas hati. Dia turut masuk ke dalam kereta.

“Tak boleh nego?” Adni Farha masih mahu mencuba nasib. Dia duduk mengiring mengadap Ayman Fareeq.

“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq gelengkan kepala. Jari jemarinya mengetuk stereng kereta. Apa? Ingat boleh tawar menawar ke?

“Sikit pun tak boleh?” Adni Farha masih tak berputus asa.

“Saya jual mahal.” Ayman Fareeq menarikan keningnya.

“Saya sanggup beli.” Adni Farha menjawab dengan yakin.

Dinner.” Ayman Fareeq senyum senget.

Option lain?” Adni Farha dah kembungkan pipi.

None.” Ayman Fareeq gelengkan kepala.

“Alaaa…kena beli jugalah ni?” Bibir Adni Farha dan muncung sedepa.

“Kata sanggup beli?” Ayman Fareeq jungkitkan sebelah keningnya.

“Bila?” Mulut Adni Farha dah herot ke kiri ke kanan. Comel.

Up to you.”

“Ada orang marah tak?”

“Ya Allah! I’m single and available, Adni…”

“Cik Qashrina?”

“Adni Farha!!!” suara Ayman Fareeq naik satu oktaf. Bengang bila di asak soalan tak masuk akal. Adusss…nasib aje hati dah mula suka.

“Nak confirmkan…manalah tahu esok-esok ada orang serang saya. Tak ke niaya saya nanti.” Adni Farha mempertahankan tindakannya. Dia tersengih.

“Eee… dah, biar saya yang tentukan. Hujung minggu ni, boleh?”

“Hujung minggu ni? Hmmm…” Jari telunjuk Adni Farha mengetuk-ngetuk lembut dagunya memikirkan cadangan Ayman Fareeq.

I’m waiting…” desak Ayman Fareeq.

“Bolehlah kot…” Adni Farha anggukkan kepala. Dia kemudian duduk tegak semula. Telefon bimbit di tangan di pandang. Jarinya digerak-gerakkan mencari nama Nadia. Lama sangat mereka bertiga pergi ke tandas.

Kot? Kenapa mesti ada kot?” Ayman Fareeq tak puas hati.

“Laaa…tak habis lagi?” Dahi Adni Farha berkerut memandang Ayman Fareeq semula.

Kot?” Dahi Ayman Fareeq turut berkerut. Tak puas hati.

“Encik Ayman…kot tu macam mengiyakan…macam mana ek saya nak terangkan. Alaaa…takkanlah itu pun jadi isu?”

“Bolehlah kot tu macam tak sudi aje bunyinya,’ rendah nada suara Ayman Fareeq.

“Okey, fine. Kalau macam tu balik kerja hari ni kita terus keluarlah,” cadang Adni Farha.

No. Hujung minggu ni aje,” bantah Ayman Fareeq.

“Dah tu kenapa cakap macam tu tadi?”

“Saja nak test.” Terbuntang mata Adni Farha mendengar kata-kata kurang cerdik Ayman Fareeq.

Eee…mamat hati beku ni. Aku tengok dia kecik besar kecik besar aje. Tanpa sedar tangannya dah menepuk kuat lengan Ayman Fareeq. Geram. Ayman Fareeq hanya tersengih.

“Hello! Nad. Lamanya…korang ni berak batu ke apa?” keras nada suara Adni Farha. Ayman Fareeq yang mendengar dah terkekeh-kekeh ketawa dengan sebelah tangan dah menekan perut. Adni Farha bagi jelingan maut membuatkan ketawa Ayman Fareeq mati.

Kitaorang dah sampai ofis,” ceria suara Nadia dihujung talian menjawab tanpa rasa bersalah.

You what?” jerit Adni Farha. Ayman Fareeq hanya memandang padanya.

Kitaorang naik teksi tadi...” Talian terus dimatikan tanpa menunggu jawapan selanjutnya dari Nadia.

Hidup-hidup aku ingat diaorang pergi tandas, rupa-rupanya nak kenakan aku. Patutlah makan tahun aku dengan si hati beku ni menunggu. Siap korang bila aku balik pejabat nanti.

“Jom balik,” ajak Adni Farha. Mukanya berubah serius.

“Errr…diaorang semua tu macam mana?” Ayman Fareeq garu kepala. Takkanlah nak tinggalkan budak bertiga tu macam tu aje.

Diaorang dah sampai ofis, Encik Ayman…”

“Huh?”

“Naik teksi.” Terkedu Ayman Fareeq mendengar jawapan Adni Farha. Licik betul tiga sekawan itu.

“Kira…kita terkenalah ni?” Ayman Fareeq mula memandu keluar dari kawasan restoran.

“Entah…takpe. Balik kat ofis nanti siaplah diaorang tu.”

“Hmmm…Bila difikir-fikirkan balik, bagus juga diaorang buat macam ni.” Tersungging senyuman senget di bibir Ayman Fareeq.

“Apa yang bagusnya? Menyusahkan orang, ada lah,” templak Adni Farha.

“Bagusnya sebab ada orang tu sudi nak keluar dinner dengan saya,” terang Ayman Fareeq.

“Alaaa…tu sipi-sipi aje. Kalau tak kerana mulut saya yang tak ada insuran ni rasanya dinner-dinner tu takkan ada punya.” Adni Farha menjawab dengan selambanya.

Ayman Fareeq mendengus. Terasa dengan kata-kata Adni Farha. Pedal minyak ditekan habis. Meluncur laju Toyota Vios hitam di atas jalanraya. Adni Farha urut dada. Nasib aku sempat pakai tali pinggang keselamatan ni. Kecut perutnya bila mata melirik pada meter yang menunjukkan seratus dua puluh.

Ayman Fareeq terus keluar dari keretanya dan masuk ke dalam bangunan pejabat Perundin Klasik. Adni Farha kelam kabut mengejar tetapi Ayman Fareeq lagi pantas. Pintu lif ditutup sebaik dia melangkah masuk. Suara Adni Farha yang menjerit memanggil namanya tidak dihiraukan langsung.

“Laaa…sentap ke bos aku ni? Sentaplah kot sebab tu dia diam aje. Suka hati dia lah. Malas aku nak fikir.” Adni Farha masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka. Dia malas hendak memikirkan apa perasaan Ayman Fareeq. Apa yang pasti sekarang dia tak sabar nak marah tiga dara pingitan kat atas.

Sampai sahaja kat atas, Adni Farha terus meluru ke arah Nadia. Bahu Nadia di tolak keras.

“Apasal ni, Adni?” Nadia memandang pelik temannya itu. Suaranya yang sampai satu oktaf mengundang perhatian pekerja-pekerja yang lain.

“Apa motif kau?” Adni Farha membalas dengan suara setinggi satu oktaf juga. Dia dah tak kisah kalau teman sepejabatnya semua mendengar apa yang mereka gaduhkan.

“Untuk kau juga,” Nadia merendahkan suaranya bila mula memahami sebab musabab tindakan Adni Farha tadi.

“Aku tak perlukan tu semualah. And thanks pada kau, Aqilah dan Zara sebab buat dia bertambah marah pada aku.” Adni Farha kembali ke tempat duduknya. Mukanya masam mencuka. Dia menghentak fail yang ada di atas mejanya menyebabkan bahu Nadia terhinggut. Sebenarnya Adni Farha kesal dengan tindakannya melepaskan geram pada Nadia. Entah apa yang merasuk fikirannya tadi dia pun tak tahu. Tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur.

Suasana di ruang kerja yang selalunya bising dengan gelak tawa dan usik mengusik bagai dilanggar garuda hari ini. Masing-masing lebih suka mengunci mulut dari meluahkan apa yang terbuku di hati. Yang paling terasa adalah Adni Farha. Bagaimana tidak terasa. Kala dia perasan kelibat Nadia yang baru keluar dari pantri dan bila Nadia ternampaknya terus temannya itu berpatah balik dan masuk ke pantri semula. Aqilah dan Zara juga sama. Mereka memang mengelak untuk tidak bertembung dengannya langsung. Lebih memburukkan keadaan lagi, Ayman Fareeq turut melakukan perkara yang sama. Walaupun Adni Farha tahu tak mungkin bosnya itu bersengkongkol dengan kawan-kawannya. Kalau betullah mereka berpakat, memang lunyai ke empat-empat mereka dia kerjakan.

Waktu makan tengahari pun dilanggar. Masing-masing sanggup makan biskut tawar cecah air milo panas. Tiba-tiba pula masing-masing dalam mood diet. Padahal perut masing-masing jangan ceritalah, dah buat lagu keroncong rock. Sanggup berlapar dari turun makan bersama. Tepat jam lima petang semua pakat balik sminit pun tak lewat kecuali Ayman Fareeq yang langsung tak keluar dari bilik sedari pagi melainkan untuk ke tandas. Masuk satu lif pun masih tidak bertegur sapa. Semua pura-pura belek telefon bimbit milik sendiri.

Adni Farha melangkah lemah menuju ke Mini Cooper Cabrio yang dah lama ditinggalkannya di perkarangan tempat meletak kenderaan Perunding Klasik. Kepala otaknya serabut memikirkan kejadian hari ini. Sebelum masuk ke dalam kereta dia berjalan mengelilingi keretanya. Adni Farha mengeluh bila terpandangkan tayar belakang sebelah pemandu yang pancit.

“Adusss…masa ni lah kau nak pancit bagai. Nak minta tolong siapa pula ni?” Adni Farha menggaru-garu kepalanya. Nak telefon kawan-kawan sepejabatnya, mereka semua dah balik. Lagipun hari ini semua melancarkan perang dingin dengannya. Pak Mail pula cuti seminggu sebab papa pergi luar negara. Bos, Ayman Fareeq. Hmmm…jangan haraplah kalau dari dalam kereta langsung tak nak bercakap dengan dia. Adni Farha pandang sekeliling. Sunyi. Jam ditangan dah menunjukkan pukul lima suku petang.

“Hesy…lima belas minit juga aku tercongok kat luar sini. Apa nak buat ni? Call mama? Mama pun tak tahu apa-apa. Arghhh…” Kedua-dua tangan Adni Farha menarik-narik rambutnya. Kusut. Serabut. Geram. Semuanya bersatu. Adni Farha tarik nafas dalam-dalam. Punat kunci di tekan. Beg tangan di campak. Kasut ditukar dengan sandal. Bonet belakang dibuka. Peralatan menukar tayar diambil.

“Bismillaahirrahmaanirrahiim,” Adni Farha mula meletakkan jack di bawah kereta.

Ayman Fareeq berjalan lemah keluar dari bangunan pejabat Perunding Klasik. Balik lewat sejak ahir-akhir ini seperti satu kemestian padanya. Kerja menimbun sampai skip makan tengahari. Bilalah nak susut fail-fail dekat atas mejanya pun dia tak pasti. Punat kunci di tekan. Pintu kereta dibuka. Beg sandang dicampak ke tempat duduk penumpang. Enjin kereta dihidupkan. Dia berdiri di luar sebentar memerhati sekeliling. Enam setengah petang, hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang masih ada. Pastinya bekerja lewat sama seperti dia.

Pandangan Ayman Fareeq terhenti bila menangkap Mini Cooper Cabrio hitam nun dihujung sana. Adni Farha, terungkap nama si rambut karat dalam fikirannya. Tak balik lagi ke? Tapi tadi kat bahagian aku dah kosong. Rasanya semua dah balik. Mana diaorang rajin nak stayback sampai pukul enam setengah kalau tiada arahan rasmi dikeluarkan. Ada orang datang ambil dia ke? Ayman Fareeq mula rasa tak sedap hati. Lekas-lekas dia masuk ke dalam keretanya dan memandu ke tempat kereta Adni Farha diletakkan.

Sebaik melintasi Mini Cooper Cabrio itu dia ternampak kelibat Adni Farha yang sedang duduk di tembok dengan muka dirapatkan ke lutut. Ayman Fareeq semakin risau. Apa yang terjadi? Toyota Vios hitam segera dipandu ke petak parkir betul-betul di sebelah Adni Farha. Ayman Fareeq keluar selepas enjin keretanya di matikan. Sempat dia mencapai telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Langkahnya laju diaturkan menghampiri Adni Farha. Ketika itu baru dia juga perasan ada sebiji tayar tersadai di depan Adni Farha.

“Adni,” tegur Ayman Fareeq lembut. Adni Farha dengan pipi berjuraian air mata mendongak. Ayman Fareeq yang memandang dah nak ketawa. Mana taknya, rupa Adni Farha sememeh betul. Korang mesti tahukan maksud Ayman Fareeq. Yalah diva seperti Adni Farha yang suka bermekap bila menangis apa jadi plus dengan tompokan hitam terpalit di pipi. Burukkan…

“Tayar pancit?” Ayman Fareeq melabuhkan punggung di sebelah Adni Farha. Adni Farha hanya anggukkan kepala.

“Ni awak dah buka semua, kenapa tak pasang balik tayar spare?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha yang masih mengalirkan air mata. Kagum dia bila gadis seperti Adni Farha yang kononnya diva mampu menukar tayar kereta sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Tak jumpa taya spare...” adu Adni Farha. Rasa terharu pula bila bos hati beku bertanya.

“Itulah siapa suruh pandai-pandai buat sendiri. Kenapa tak call mekanik?” soal Ayman Fareeq. Tersentak Adni Farha. Baru nak bunga-bunga dalam hati. Memang tak boleh dipuji bos hati beku ni. Mulut longkang betul. Adni Farha kesat air mata dengan ke dua-dua tangannya dan terus berdiri. Pintu kereta di buka, beg tangan di ambil. Telefon bimbit dicapai. Ayman Fareeq hanya memerhati.

“Bateri kong pula…” Adni Farha mendengus. Tanpa membuang masa dia menapak menuju ke tempat menunggu bas selepas punat kunci keretanya di tekan. Ayman Fareeq kaget. Dia bingkas bangun dan mengejar Adni Farha. Lengan Adni Farha dipaut keras.

“Nak pergi mana?” Mata Ayman Fareeq merenung tepat ke dalam anak mata Adni Farha. Adni Farha kalih pandangan sebelum matanya jatuh ke lengannya. Dadanya…jangan cakaplah memang berdebar gila.

Sorry.” Ayman Fareeq melepaskan pegangan tangannya. Tindakan refleks. Tak sengaja. Adni Farha ingin menyambung semula langkahnya yang disekat tadi. Sekali lagi lengan Adni Farha dipegang kejap. Kali ini Ayman Fareeq tak lepaskan pegangannya.

“Saya nak balik!” Keras suara yang dituturkan Adni Farha. Air mata bergenang semula. Dia cuba melepaskan tangannya. Semakin kejap pegangan Ayman Fareeq.

“Saya hantar. Dah lewat ni,” pujuk Ayman Fareeq. Baru dia teringat mama Adni Farha ada cakap yang Adni Farha ni manja terlebih. Mesti dia sentap apa yang aku cakap tadi. Aku ni pun, orang tengah susah hati boleh pula keluarkan ayat tak ada perasaan tu.

“Tak payah susah-susah. Bas ada, teksi pun banyak.” Keluar dah ayat merajuk dia. Air mata yang ditahan terlepas juga.

“Kereta awak?” Ayman Fareeq masih tak melepaskan pegangan tangannya. Lupa yang sekejap untuk menjaga auratnya.

“Balik rumah nanti saya call lah mekanik. Kenapalah saya lembap sangat tak terfikir tadi.” Tersedu-sedu Adni Farha menjawab. Ayman Fareeq tersenyum senget. Telefon bimbit dikocek seluar diambil. Dengan hanya sebelah tangan dia mencari nama seseorang kemudian terus mendail.

“Hello! Ah Chong, you ada free sekarang ke?” Adni Farha terkedu memandang Ayman Fareeq. Dia ni memang mood cepat swing agaknya. Sekejap macam ambil berat lepas tu beku balik ni dah cair pula. Ni apahal pula tangan tak nak lepaskan. Bukan ke dia ni stok-stok imam muda.

“Sekejap lagi mekanik saya datang bawa tayar dan pasangkan balik.” Adni Farha masih mendiamkan diri. Tangan Ayman Fareeq menyapu lembut air mata Adni Farha yang berlinangan di pipi. Semakin laju pula air mata yang keluar. Pegangan tangan dilepaskan.

“Dah jangan menangis lagi. Habis muka awak ni. Hilang divanya,” seloroh Ayman Fareeq. Adni Farha memukul badan Ayman Fareeq dengan beg tangannya. Malu. Tahu sangat muka dia mesti sememeh punyalah. Menangis tak ingat. Mereka sama-sama ketawa.

“Encik Aymanlah…siapa suruh keluar statement sentap. Makan dalam.” Adni Farha mengesat air matanya yang masih bersisa. Malu pula bila Ayman Fareeq yang buat begitu tadi. Boleh pula si hati beku ni beromantika de amour kat tengah-tengah laman. Nasib ajelah dah lengang kawasan tempat letak kereta ni.

“Lupa pula awak ni anak manja. Sorry.” Ayman Fareeq merenung lembut si rambut karat yang mula mendapat tempat di hatinya.

“Mana ada manjalah…mama saya tu aje yang pandai-pandai.” Adni Farha membela diri.

“Yalah tu…”

“Lambat lagi ke mekanik tu datang?”

“Kenapa?”

“Saya lapar.” Telinga Ayman Fareeq dapat mendengar bunyi keroncong perut Adni Farha. Adni Farha hanya tersengih.

“Tengahari tadi tak lunch?” tanya Ayman Fareeq. Adni Farha geleng kepala.

“Mogok.”

“Dengan siapa?”

Diaorang bertiga tulah.”

“Pasal apa?”

“Pagi tadi.”

“Hmmm…macam budak-budak. Dah maghrib ni. Kita singgah masjid dulu sebelum pergi makan then saya hantar awak balik.”

“Habis kereta saya? Macam mana saya nak pergi kerja esok?”

“Saya ambil awak esok pagi, boleh kan?” pujuk Ayman Fareeq. Adni Farha telan liur. Itu maknanya nak gantung diri. Nanti macam-macam pula Ayman Fareeq bertanya. Rumah aku bukan kat tempat biasa-biasa. Dia pernah datang tak rumah aku? Adehhh…macam mana nak cakap ni.

“Errr…Encik Ayman…” tergagap-gagap Adni Farha jadinya.

“Boleh tak kalau lepas waktu pejabat jangan nak berencik sangat dengan saya?”

“Dah tu nak panggil apa?”

“Selain dari encik. Awak ke, you ke, abang pun boleh…” Ayman Fareeq kenyitkan mata dan tergelak. Pembunuh senyap dah keluar. Oh! Papa…engineer papa ni memang silent killer betullah.

“Huh? Abang? Mestilah tak….” Adni Farha dah julingkan mata.

“Dah, jom. Tak elok lewatkan solat. Kita cerita waktu makan nanti.” Ayman Fareeq menarik tangan Adni Farha menuju ke keretanya. Adni Farha hanya menurut dengan jantung yang memang nak lompat keluar. Ayman Fareeq sedar dengan tindakannya itu tapi jangan ditanya kenapa namun dia selesa.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
      Request group dalam FB Assalam admin....tumpang letak teaser...

Abang yang overprotected...CUMA DIA...KEKASIHKU

“Pergilah…nampak tak orang kat dalam tu dah masam je... Eh, dia tahu tak pasal kita?”

Amanda menepuk dahi dia memang terlupa pasal Akid. Adwan menggelengkan kepala dengan perangai Amanda. Semuanya lupa dan kalut.

“Dia tak tahu lagi. Not right now. Petang nanti Amanda call. Takut ada hal lain.” Amanda mencapai tangan abangnya, di salam dan dicium. Adwan sengaja mencium dahi Amanda. Saja bagi hati Akid panas. Dia tahu Akid memerhatikan mereka.

“Along!” jerit Amanda. Matanya memandang ke dalam kedai, risau Akid nampak.

“Hahaha…kalau muka dia masam maknanya dia cemburu. Bila dia cemburu it means he likes you.” Adwan mengenyitkan mata.

“Tak ada maknanya.” Amanda julingkan mata dan bergegas turun dari kereta.

Request group
http://www.facebook.com/groups/460780710692490/

9 comments: