DINI tak betah nak duduk. Satu bilik ditawafnya. Serabut
memikirkan perkara yang satu ini. Mainan takdir apakah yang perlu dia lalui?
“Aduh!
Apa aku nak buat ni?” Kepala digaru.
Dini meroyan tak habis mengenangkan si Ajad
a.k.a Abjad yang bakal dihadapinya sepanjang hidup. Maksudnya selagi dia
bekerja di sini. Takkanlah semata-mata nak elakkan diri dari si Ajad a.k.a Abjad
dia kena berhenti kerja. Dah lima tahun dekat sini dan dia pun dah serasi.
“Tensionnya!!!”
Dini menjerit kecil. Dia menyandarkan kepala di kerusi.
“Cik Dini, kenapa?” Tiba-tiba Grace
meluru masuk ke bilik Dini.
“Kenapa apa, Grace?” soal Dini semula.
Badan ditegakkan.
“Saya dengar macam Cik Dini menjerit,”
jawab Grace terpinga-pinga.
“Oh! Jari saya tersepit masa tutup laci.
Small matter. Dah pergi buat kerja
sana.”
Grace menjongketkan bahunya dan keluar
semula.
Dini menyelak daily plannernya. Manalah tahu kut-kut ada mesyuarat atau apa-apa
program yang bersangkut-paut dengan bahagian operasi.
“Crap!
Crap! Crap!” Tripple crap. Dini
mengetuk kepalanya untuk entah kali ke berapa.
Kenapalah dia tak terfikir bahagian
operasi dengan kewangan kan memang tak boleh dipisahkan. Bagaikan aur dengan
tebing. Si Ajad a.k.a Abjad memang akan terus menghantuinya sepanjang dia
berkerja di sini.
Dini mencapai telefon bimbit. Mencari
nama seseorang sebelum menekan ikon telefon berwarana hijau. Lega bila
panggilan yang dibuatnya bersambut.
"Hello! Kak long. Matilah
orang," adu Dini kepada Sara.
"Assalammualaikum, Dini,"
perli Sara.
"Waalaikummussalam. Kak long kena
tolong orang," rengek Dini.
"Tadi nak mati ni nak suruh tolong
pula. Apa kes?"
"Kak long ingat tak mamat buta
huruf hari tu?"
"Buta huruf? Yang mana satu
ni?"
"Alah yang abjad tu..." Dini
menguatkan sedikit suaranya. Geram. Cepat pelupa betul kakaknya ni.
"Yang handsome tahap gaban tu? Ajad kan nama dia bukan abjad?"
"Tak kisahlah mana-mana pun. Yang
pasti dia ada dekat sini. Satu opis dengan orang dan yang paling epik sekali dia
anak bos orang. Huarghhhh!!!" Suara Dini macam nak menangis.
"Itulah lain kali jangan nak cakap
lepas aje. Insurankan sikit mulut tu. Kesian si Ajad."
"Abjadlah, Kak long. Tak payah nak
Ajad sangat," bentak Dini.
"Ajad Safiy," bisik seseorang
di sebelah telinga kiri Dini.
"Mama!!!" Dini jatuh
terjelepuk ke bawah kerusi. Telefonnya pula tercampak ke sudut.
Ajad pantas mengambil telefon bimbit
Dini.
"Okey, kak long. Ajad nak berbual
sikit dengan budak dobi ni." Talian terus dimatikan. Telefon bimbit Dini disimpan
di dalam kocek seluar. Ajad tersenyum senget berdiri di sebelah meja Dini.
Dini terus bangun. Itulah kata orang tua
cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Dia memang
pandang-pandang tapi pandang ke tingkap bukannya ke pintu.
"Sorry, Cik Dini." Grace tersengih-sengih memandang bosnya.
“It’s
okay, Grace. You may go.” Dini
tanpa rasa malu terus duduk semula di kerusinya.
Grace keluar dan menutup pintu bilik Dini.
Sempat kenyit mata.
Dini membalas dengan membesarkan
matanya.
Ajad tanpa silu duduk di atas meja kerja
Dini. Dibucu. Betul-betul menghadap Dini. Matanya tak lepas dari memandang
Dini. Tajam menikam.
“What
should I do to make you clear?” Ajad tersenyum-senyum.
“Apa nak clear-clear? Kau boleh tak duduk dekat kerusi. Tak belajar sivik ke
dulu. Datang dahlah tak berjemput. Suka hati dia aje nak sergah orang.”
“Eh! Dah kau tu senang-senang panggil
aku abjad mestilah aku kena betulkan.”
“Tak salahkan sebab kau buta huruf.”
“Read
my lips, Cik Dini. Ajad Safiy. A-J-A-D-S-A-F-I-Y.” Ajad merapatkan mukanya
betul-betul di depan muka Dini. Mencari anak mata Dini. Direnung tajam.
Dini bergerak ke belakang sedikit. Hatinya
tiba-tiba rasa berdebar. Anak mata Ajad yang berwarna biru cair itu
memandangnya sehingga terasa seperti tembus ke belakang.
Lekas-lekas dia beristighfar. Menolak
rasa yang muncul tanpa disangka. Tetapkan hati Dini. He is your enemy not your hero.
“Encik Ajad, CEO call for a meeting.” Terbuntang mata Grace melihat aksi Ajad dan
Dini. Sepantas kilat dia menutup kembali pintu bilik Dini.
Dini dengan sekuat tenaga yang dia ada
menolak badan Ajad menjauhinya.
Ajad ketawa. Suka bila melihat wajah
Dini yang cuak dan pucat.
“First
day kerja dah buat hal,” omel Dini.
“Itu baru first day. Well, Cik
Dini. Can’t wait to work with you.”
Ajad bangun dan bergerak ke pintu.
“Telefon aku,” pinta Dini.
Ajad mengeluarkan telefon bimbit Dini.
Dia menaip sesuatu sebelum telefonnya pula berbunyi.
“Save
my number.” Ajad kenyit mata. Telefon bimbit Dini diletakkan di atas sofa
dan dia terus keluar.
“Cik Dini, tadi tu saya tak tahu…” Grace
masuk semula dengan muka takut-takut setelah Ajad pergi.
“Jangan fikir yang bukan-bukan, Grace.
Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Please
shut your mouth. Kalau saya dengar ada orang bercerita tahulah saya siapa
dalangnya. Lagi satu, cepat-cepat beritahu saya kalau awak nampak Encik Ajad tu
berlegar di bahagian kewangan,” ujar Dini tegas.
“Sorry
again, Cik Dini. Lunch on me?”
pujuk Grace.
“Saya demand,” usik Dini.
“Just
name it,” balas Grace.
“Tak perlulah, Grace. Tengah-tengah
bulan ni. Just go, do your work.” Dini tersenyum.
“Ini yang buat saya makin sayang pada
Cik Dini. Nak apa-apa panggil saya tau.”
Seharian Dini sibuk menyemak akaun
syarikat untuk setengah bulan yang pertama. Seharian jugalah dia lupa kewujudan
Ajad.
Sehinggalah waktu balik.
Dini bernyanyi kecil sebaik keluar dari
perut lif di tempat letak kereta tingkat bawah. Tangan kanannya menyelongkar
beg tangan untuk mengambil kunci kereta.
Punat kunci ditekan. Hatinya tiba-tiba
panas bila melihat ada kereta lain yang menghadang keretanya.
"Abang Rahim! Siapa punya kereta
yang block kereta saya ni?"
jerit Dini di depan sebuah kereta BMW putih. Tangannya dah mencekak pinggang.
"Rasanya Encik Ajad punya."
"Telefon dia. Suruh dia alihkan.
Mentang-mentang syarikat bapak dia. Suka hati dia aje nak parking kat mana-mana. Memang buta huruf betul. Tak tahu agaknya
tempat parking dia dekat mana."
Rahim menelefon seperti yang dipinta.
"Cik Dini! Encik Ajad kata lagi
satu jam. Dia tengah meeting."
"Huh! Banyak cantik muka dia. Saya
ni dahlah penat." Dini yang panas hati terus menendang tayar kereta Ajad
sampai alarmnya berbunyi.
Tak tunggu lama Rahim pantas mendail
nombor telefon Ajad semula.
Ajad yang baru menerima panggilan dari
sekuriti, kelam-kabut turun ke basement.
"Hoi, rosaklah kereta aku!"
marah Ajad bila dilihatnya Dini masih tak berhenti menendang keretanya.
"Kalau tak nak kereta kau rosak baik
alihkan cepat. Suka hati kau aje kan nak block
kereta orang." Dini berhenti menendang.
"Mana kereta kau?" tanya Ajad
geram.
"Yang kau block tu kereta akulah." Dini menjeling.
"Ini?" Ajad menuding pada
kereta hitam yang dihalang dengan keretanya.
“Well…”
Dini buat gaya berlagak.
Ajad rasa nak pitam. Rasa nak hantuk
kepalanya ke dinding. Gadis dobi a.k.a akauntan ini memandu Porsche Cayman S
hitam? Semakin merundum markah untuk diri dia. Gadis ini bukan gadis sembarangan.
"Kenapa?" Dini terus menuju ke
keretanya.
"Kau ada sugar daddy eh?" Ajad bersandar pada pintu BMWnya memandang
Dini yang baru nak masuk ke dalam kereta.
"Kau ni memang suka memandang
rendah pada keupayaan orang kan? Kalau nak tahu sangat mana aku dapat kereta
ni. Follow aku." Dini terus
masuk ke dalam keretanya. Dia tahu tak mungkin Ajad akan mengikutnya.
Ajad masih bersandar.
Dini menekan pedal minyak berkali-kali.
Bergema satu basement dengan ngauman
enjin Porsche Cayman S.
Ajad berjalan mendekati kereta Dini.
Badan dibongkokkan sedikit. Cermin tingkap sebelah pemandu diketuk.
Dini menurunkan sedikit cermin tingkap
keretanya.
“Betul kau nak aku ikut kau?” tanya Ajad
minta kepastian.
“Kalau kau tak malu,” ejek Dini.
“Aku memang tak malu. Jangan laju
sangat.” Ajad terus bersetuju. Rasa tercabar dengan kata-kata Dini.
Laju dia masuk ke dalam keretanya.
Sempat dia menelefon Amar supaya mesyuarat disambung tanpa dia.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req grup https://www.facebook.com/groups/460780710692490/
panjang akal Ajad nie yer... Dini terima jer la.. hehee...
ReplyDeleteDini blm cair lg...ajad kena usaha to the max klu betul2 nakkan dini
Deletememang siaplh Dini lepas nie.....bestttttttt....next n3 plzzzzzzzzz
ReplyDeleteTq comel....
Deletebest.
ReplyDeletetq...
Deletewoww bestnya..tak sabar nak tunggu bab seterusnya..hehheehe dah terkena diri sendiri dah si Dini tu...
ReplyDeleteTq nur aiman....sabar yerrr....
Deletem in cloud 9 ..kiranya akak ni mamat sengal ajad tu... kira jadilah ... minah tu..jadi tunangnya kan..lain boleh tolak tepi..sbb degup jantungnya berirama tiap kali berjumpa ngan minah yg tak pernah nak bermanis kata dengan nya kan... apatah lagi mmg ayahnya dah berkenan giler nak jadikan Dini menantu pilihannya... kan.. sama padan ..sama cantik... nak tahu apa pulak budi bicara si keluarga Dini pulak...tak sabaq nak tunggu ..e3 baru...
ReplyDeleteOuchhhh....kak ida.....n3 ni pun belum panas lagi....ekekekekeke....
Deletetq.. terubat skit rindu dgn abjad ni..
ReplyDeleteTq suhaila...moga da x rindu lg...ekeke...
DeleteX pueh lg nk bermesra laa k.syeena...urrmmm
ReplyDeletehikhikhik....
DeleteSm2 je perangai
ReplyDeleteKannn...
Delete