Friday, January 2, 2015

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 13


KEESOKAN harinya, Dini bangun dengan ceria. Solat sunat tahajjud yang dibuat malam tadi sedikit sebanyak mempengaruhi moodnya pagi ini. Dia berasa sedikit tenang. Hari ini dia hanya mengenakan sepasang kurung hijau emerald yang dipadankan dengan tudung warna perak. Menghormati penghulu segala hari.

Walk like a diva, Dini.” Dini tersenyum melihat biasan dirinya di cermin. Berpaling. Beg tangan dan kunci kereta dicapai. Kaki melangkah penuh yakin keluar dari rumah.

Lima belas minit perjAlannan, Dini selamat sampai di pejabat. Dia berjalan dengan tenang menuju ke biliknya.

Morning, Cik Dini,” tegur Grace.

Morning, Grace,” balas Dini. Tangannya memulas kemas tombol pintu bilik.

Saat pintu terbuka, Dini memandang pelik beg kertas di atas mejanya.

“Grace, what’s that?” tanya Dini dengan mata di kecilkan sedikit.

What, what?” soal Grace semula.

“Itu,” Dini menudingkan jarinya ke dalam.

“Ooo… Souvenir from London.” Grace tersenyum.

“Huh?” Tak tunggu lama, Dini terus masuk ke dalam.

Tas tangannya dicampak ke atas meja. Beg kertas tersebut di ambil dan dia berjalan laju menuju ke bilik Ajad. Tanpa mengetuk dulu, Dini terus menguak pintu bilik Ajad. Terperanjat dia melihat apa yang terbentang di depan matanya.

"Sorry. Aku hanya nak pulangkan ini." Dini meletakkan beg kertas di tangannya di atas lantai betul-betul di depan pintu bilik Ajad. Dia terus berlalu pergi.

Aimy yang sedang berbaring di atas riba Ajad serta-merta bangun dan duduk.

Ajad bersandar di sofa. Termenung memandang siling bilik.

“Ajaddd…,” panggil Aimy.

Please get out,” pinta Ajad.

Aimy bangun dan keluar dengan muka monyok.

Dini berjalan laju balik ke biliknya semula. Beristighfar panjang dalam hati.

"Cik Dini, you're okay?" Grace masuk ke dalam bilik mengekori Dini.

"Ada apa, Grace?" Dini duduk.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba menghilangkan rasa terkejut. Sekali lagi otaknya berkerja keras mencerna apa yang dilihat sebentar tadi.

"Semalam Dato' cakap kita dah close deal dengan syarikat dekat London tu." Grace hanya berdiri dengan daily planner di tangan.

"Hmmm..." Dini bersandar sambil pejamkan mata. Membiarkan Grace bercerita.

"So, Dato' nak cepatkan annual dinner tahun ni," sambung Grace.

"Hmmm..."

"Hujung minggu ni."

"Hmmm..."

"You have to handle it together with Encik Ajad and Cik Aimy."

"Hmmm..."

Grace tersenyum-senyum memandang Dini.

Mesti Cik Dini tak dengar ni, gumam Grace sendiri.

Dini buka sebelah matanya bila tiada lagi kedengaran suara Grace mencacau.

Grace ketawa.

"What's so funny, Grace?" soal Dini dengan mata terbeliak.

"Cik Dini dengar tak apa yang saya cakap tadi?" soal Grace semula.

"Close deal, annual dinner," balas Dini malas.

"Cik Dini kena uruskan benda ni dengan Encik Ajad dan Cik Aimy. Ada juga dua tiga orang yang akan bantu."

"What?!" Tinggi satu oktaf suara Dini menjerit.

Ajad yang kebetulan lalu di situ turut menjengukkan kepala melihat ke dalam bilik Dini yang tidak bertutup.

"Shut the door," arah Dini bila terperasankan kelibat Ajad.

Kelam kabut Grace menutup pintu. Kembali semula ke meja Dini. "Pukul sepuluh Encik Ajad dah panggil meeting. Ad hoc. Jadinya semua kena cepat."

"Replace me with someone else," pinta Dini.

"Tak boleh. Nama-nama ni Encik Ajad yang usulkan." Grace geleng kepala.

"Damn, damn, damn." Dini menghantukkan kepalanya ke meja.

"Errr..." Grace dah garu kepala. Sepanjang berkerja dengan Dini tak pernah sekalipun Dini mengeluarkan perkataan yang kurang enak.

“Awak masuk sekali nanti. Malas betul saya nak menghadap orang tak bertamadun tu.”

“Boleh ke? Nanti Encik Ajad…”

“Awak PA saya kan, beranilah dia nak buat apa-apa.” Dini ketap bibir.

“Baiklah.” Grace mengalah. Memang berperang ni nanti masa mesyuarat.

“Pukul sepuluh nanti baru kita masuk. Awak boleh keluar,” arah Dini.

Grace angguk dan keluar.

Tepat pukul sepuluh barulah Dini dan Grace masuk ke dalam bilik mesyuarat. Itupun setelah berkali-kali Grace mengingatkan dia tentang mesyuarat tak berapa penting ini.

Dini perhatikan ada lebih kurang sepuluh orang semuanya termasuk dia dan Grace. Semasa berjalan menuju ke meja mesyuarat, dia hanya menjeling tajam pada Ajad yang ralit memandangnya. Dia memilih untuk duduk di bahagian paling hujung.

Ajad memulakan sesi mesyuarat setelah pasti semua yang dipanggil telah hadir. Dia memberitahu agenda yang telah dia susun untuk majlis makan malam itu nanti.

Berlaku juga pertikaman lidah antara Ajad dan Dini bila Dini tak setuju dan cuba memberitahu ideanya.

Sesekali Aimy menyampuk dan Ajad bersetuju dengan idea Aimy. Ajad juga berkeras dan mempertahankan pendapatnya.

Penyudahnya Dini ambil endah tak endah dengan penerangan Ajad.

"Ardini! Please pay attention," sergah Ajad bila dilihat Dini dan Grace berbisik-bisik.

Ardini buat muka.

"Dengar tak apa yang aku cakap tadi?" soal Ajad. Dia merenung Dini tajam.

"Lucky draw," balas Dini pendek.

"Air liur aku ni dah kering bercakap. Itu aje yang kau dengar?" bentak Ajad.

"Ajad...," Aimy memegang tangan Ajad. Cuba menyabarkan lelaki itu.

Ajad menarik tangannya dan diletakkan di bawah meja.

Dini yang melihat hanya menjulingkan mata ke atas. Meluat.

"Jangan macam budak-budaklah, Dini," sindir Ajad geram.

"Habis tu kau ingat kau tu dewasa sangat. Look, aku bagi pendapat macam nak rak tadi. Ada kau take note? Tak ada kan. Balik-balik kau dengar cakap perempuan gedik ni. Annual dinner aje pun bukannya kita nak beat tender berjuta-juta yang kau berkeras sangat dengan aku. Damn you. I hate this." Dini menghempas kuat buku ditangannya ke atas meja. Dia bersandar. Tangannya bersilang di dada.

Ajad terpana. Dia dapat melihat dengan jelas dada Dini yang berombak kencang. Dengusan nafas Dini yang kuat menandakan gadis dobi itu sangat marah. Sikap yang tidak pernah dia lihat sepanjang mengenali Dini.

Semua yang ada dalam bilik mesyuarat terdiam.

"Errr... saya cadangkan kita hubungi hotel yang sama masa kita buat annual dinner tahun lepas," cadang Ramesh, staf Ajad cuba meredakan keadaan yang sedikit panas.

“I setuju. Cik Dini pun kenal dengan Puan Zarlina, Manager Hotel Thistle tu.” Grace mengangguk.

Ajad meraup mukanya. Kali ini dia perlu bertolak ansur bila dilihat muka Dini masih tegang.

“Dini, kau call hotel tu. Tengahari nanti kita pergi sama-sama jumpa dengan manager tu,” arah Ajad.

Crap. Dini mendengus. Si abjad ni tahu ke tak dia marah, siap nak pergi sama-sama bagai.

“Aimy ikut,” rengek Aimy.

Double crap. Dini menjeling.

“Okey. Kita pergi satu kereta aje. Senang sikit,” beritahu Ajad.

Tripple crap. Perlu ke? Dini geleng kepala.

“Kau ada apa-apa masalah ke, Dini?” soal Ajad. Kedua-dua kening terangkat.

Semua mata tertumpu pada Dini.

“Tak ada. I will call the hotel’s manager and set an appointment. Nanti kita jumpa dekat sana ajelah,” jawab Dini.

“Satu kereta. I’ll drive.” Ajad terus keluar.

“Ikut cakap dia aje,” bebel Dini.

Grace hanya tersenyum.



GRACE berdiri di depan pintu bilik Dini. Tersenyum memandang bosnya. Sesekali menggeleng.

“Cik Dini, the clock is ticking.”

“Malasnya. Awak gantikan saya boleh tak?” Dini kembungkan pipi.

“Encik Ajad dengan Cik Aimy dah tunggu Cik Dini dekat foyer.”

“Tak menyabar.” Dini dah cemberut.

Tas tangan diambil. Dini berjalan lemah keluar dari biliknya.

“Cik Dini!” panggil Grace.

Dini mendongak.

Be yourself. Believe in yourself.” Grace senyum.

I will,” balas Dini lemah.

Badannya terasa lemah sebaik nampak Ajad dan Aimy yang sedang menunggunya di dalam kereta tetapi digagahkan juga demi tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dini hanya membuang pandang ke luar tingkap sepanjang perjAlannan menuju ke Hotel Thistle. Langsung tidak berbual dengan Ajad dan Aimy. Lebih selesa membisu seribu bahasa.

Sesekali ada juga pandangan mata Dini bertembung dengan Ajad bila jejaka itu mencuri pandang kepadanya melalui cermin pandang belakang tetapi tak dipedulikan langsung.



MEREKA bertiga beriringan melangkah masuk ke lobi Hotel Thistle. Dini terus berjalan menuju ke kaunter pertanyaan.

“Dik, boleh jumpa dengan pengurus? Dah buat appointment tadi. Ardini.”

Dini sempat mengerling Ajad dan Aimy yang berdiri jauh sedikit darinya. Panas juga hatinya bila dilihat Aimy memaut manja lengan Ajad.

“Sekejap ya, Cik Ardini.” Pekerja hotel itu menghubungi seseorang. Dia kemudian memaklumkan kepada Dini pengurusnya akan datang sekejap lagi.

“Cik Ardini,” tegur seorang lelaki dari belakang.

“Ya, saya,” sahut Dini seraya berpaling ke belakang.

“Ardini Syaza?” soal lelaki itu pula.

“Tariq? Tariq Aali?” soal Dini terkejut.

“Akulah. Siapa lagi,” jawab Tariq tersenyum. Nampak menggoda.

You’re the manager?”

Yup.”

What a small world.” Dini geleng kepala dan tertawa.


Ajad yang melihat Dini tertawa riang dah tak kena gaya. Tali leher yang dipakai dilonggarkan sedikit. Terasa seperti tali leher itu menjerutnya. 

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments: