TUAN
HAJI
ARSHAD
memandang Alzam yang jelas tiada riak bosan pada wajahnya. Perubahan yang
ketara. Berbeza sewaktu disuruh menguruskan Hotel Mutiara seminggu yang lalu.
“Macam
mana?” Tuan Haji Arshad meletakkan sudu di tepi pinggan makannya. Mata merenung
tepat pada wajah Alzam.
“Okey.”
Alzam tersenyum. Menanti orang gaji menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya.
“Okey
macam tak okey aje?” Berkerut dahi Tuan Haji Arshad memandang Alzam.
“Ingat
bosan tapi seronok.” Alzam tertawa kecil.
“Macam
ada yang tak kena aje.” Tuan Haji Arshad bersandar.
Mata
tuanya seperti dapat menangkap sesuatu tapi dia tidak pasti apa. Alzam pandai
menyembunyikan rasa hatinya. Itu yang dia sukar menebak hati cucunya ini.
“Tak
ada apa-apa yang tak kenalah, atuk.” Alzam angkat kening sambil menyuap
makanannya. Tidak mahu Tuan Haji Arshad fikir yang bukan-bukan.
“Atuk
kenal cucu atuk ni.” Tuan Haji Arshad kembali menyambung suapannya.
Alzam
tersengih.
“Apa
yang menarik dekat sana?” Tuan Haji Arshad masih tidak berpuashati.
Hampir
enam bulan goyang kaki di rumah, bila disuruh berkerja Alzam menentang
habis-habisan. Kerja atau tidak sama saja pada cucunya ini. Duit tetap masuk
setiap bulan.
“Morning,” sapa Dato’ Arif.
Alzam
tarik muka masam.
“Waalaikumussalam,”
balas Tuan Haji Arshad. Menggeleng pada Dato’ Arif. Ingat mereka ini dekat
London ke? Tak reti nak beri salam.
Suasana
di meja makan berubah bila Dato’ Arif menyertai Tuan Haji Arshad dan Alzam.
“Macam
mana sales Mutiara? Turun ke naik?”
soal Dato’ Arif.
“Baru
seminggu, Arif. Takkanlah sales tu
naik mencanak.” Tuan Haji Arshad menggelengkan kepala. Membela Alzam yang sudah
tarik muka masam.
“Takkanlah
tak boleh,” perli Dato’ Arif. Isyarat tangan ditunjukkan kepada orang gaji yang
sedang menyendukkan nasi goreng untuknya.
Alzam
mendengus. Bosan. Itu sahaja yang Dato’ Arif fikirkan. Tak pernah bertanyakan
perasaan dia sebagai anak. Betapa dia rindukan kemesraan mereka dulu ketika
arwah mama masih hidup.
“Alzam
pergi dulu, atuk.” Alzam bingkas bangun dan terus keluar.
Dato’
Arif menjeling.
Tuan
Haji Arshad hanya mampu melihat. Entah bilalah agaknya dua beranak ini akan
berdamai.
ALZAM
merenung bangunan Hotel Mutiara dari jauh. Kalau ikutkan panas hatinya pada
Dato’ Arif mahu sahaja dia lingkupkan Hotel Mutiara ini tapi mengenangkan
periuk nasi pekerja-pekerja yang bertungkus-lumus menaikkan nama Hotel Mutiara,
dia rasa dia bertanggungjawab untuk mengekalkan reputasi Hotel Mutiara.
Alzam
tersenyum. Dari jauh dia sudah nampak Ainun yang kalut berlari anak masuk ke
dalam bangunan. Suka melihat penampilan gadis itu. Hari ini Ainun mengenakan
blaus warna merah dan skirt hitam paras lutut. Dipadankan dengan kasut bertutup
dan bertumit tinggi. Tajam.
“Encik
Alzam nak saya ambil pukul berapa?” pemandu peribadi Alzam menoleh ke belakang.
“Nanti
saya telefon.” Alzam terus keluar.
Alzam
berlari bila dilihat pintu lif hampir tertutup.
“Wait!” Suara Alzam bergema. Tidak
dihiraukan langsung pandangan pelik orang-orang yang ada di lobi.
“Thanks.” Alzam tersengih memandang
Ainun.
Ainun
buat muka. Nampak ada riak kesal pada wajahnya. Dia menapak ke belakang.
Berdiri sebaris dengan Alzam.
“Aku
tak tengoklah.” Alzam santai menyeluk kocek seluar dan bersandar pada dinding
lif.
“Precaution.” Ainun menjeling.
Alzam
tertawa. Ainunlah penyebab dia seronok untuk datang berkerja di Hotel Mutiara.
Gadis ini sangat selamba. Tak peduli dia berjawatan apa. Sukahati gadis ini nak
bercakap apa. Boleh tahan laser juga mulut gadis ini.
Pintu
lif terbuka. Masing-masing statik. Tidak seorang pun melangkah keluar.
Ainun
berdeham.
Alzam
menggeleng. Kaki dihayun keluar dari lif. Segaris senyuman ditarik. Lucu. Ainun
betul-betul ambil langkah berjaga-jaga.
Ainun
berjalan di belakang Alzam. Dia dapat melihat Alzam mengintai dia melalui
cermin di dinding. Gatal, gumamnya sendiri.
“Opsss!”
Ainun gosok hidungnya. Dia memang tak perasan Alzam berhenti. Tak pasal-pasal
dia terlanggar belakang Alzam. Habislah dia kena bahan selepas ini.
“Lepas
ni aku pulalah yang kena ambil langkah berjaga-jaga.” Alzam berpusing memandang
Ainun.
“Ada
aku kisah?” Ainun mencebik.
“Kau
memang tak kisah tapi aku kisah.” Alzam rasa seronok berlawan cakap dengan
Ainun. Setiap patah katanya pasti akan dibalas Ainun. Ada saja jawapan Ainun
untuk setiap soalannya.
“Pergilah
dengan kisah kau tu. Tepi sikitlah. Aku nak buat kerja. Aku makan gaji kat
sini.” Ainun menolak badan Alzam yang menghalang laluannya. Melulu laju
beerjalan di depan Alzam.
“Cantik.”
Alzam sengaja mengusik. Sengaja menjolok sarang tebuan.
“Encik
Alzam bin Dato’ Arif. Kalau nak aku, Ainun binti Rashid jadi PA kau. Tolong
jaga mata dengan bahasa sekali. Kalau tidak aku jumpa Tuan Haji suruh Kak
Maimun gantikan tempat aku.” Ainun menjeling.
“Dah
kau hidang. Aku tengok ajelah.” Alzam tertawa.
“Eh!
Kau ingat aku ni ayam ke apa?” Ainun bulatkan mata. Yang aku umpamakan diri aku
ayam dah kenapa. Bibir digigit.
“Lain
kali kalau tak nak bagi lelaki-lelaki macam aku tengok. Pakaian tu biarlah
sopan sikit. Punggung tu tutup. Melentik sangat aku tengok.” Alzam sengaja buat
muka gatal. Mata melirik ke bahagian punggung Ainun.
Ainun
pukul badan Alzam dengan beg tangannya. Jari menuding ke depan menyuruh Alzam
berjalan dahulu.
“You make my day.” Alzam ketawa. Kakinya
melangkah menuruti arahan bisu Ainun.
“Eee…”
Ainun buat gaya nak cekik leher Alzam.
HAMPIR
setengah hari Alzam duduk di dalam biliknya sahaja. Menelaah rekod jualan Hotel
Mutiara. Rasa tercabar dengan pertanyaan Dato’ Arif pagi tadi. Dia menggeliat.
Terasa bahunya sedikit sengal. Perlahan-lahan dia menapak ke pintu.
“Kak
Mun, Ainun mana?” Alzam memandang Maimun bila dilihat meja Ainun kosong.
“Ke
tandas rasanya.” Maimun pandang wajah Alzam.
“Suruh
dia buatkan kopi untuk saya.” Alzam tutup pintu kembali.
Selepas
sepuluh minit, pintu bilik Alzam diketuk.
“Masuk.”
Alzam memberi izin.
Pintu
bilik dikuak. Ainun masuk dengan secawan kopi dan sepiring roti bakar.
Alzam
memandang Ainun atas bawah.
“Apa
tengok-tengok?” Ainun jegilkan mata selepas meletakkan cawan di tepi meja
Alzam.
“Barulah
sedap mata memandang.” Alzam tersenyum.
“Sibuklah.”
Ainun terus keluar.
“Senyum-senyum.
Ada apa-apa ke, Ainun?” tegur Maimun bila dilihat meleret panjang senyuman
Ainun.
Ainun
jongket hidung. Dia duduk dan membelek dirinya sendiri.
Terpukul
dengan kata-kata Alzam pagi tadi tentang penampilan dirinya, Ainun keluar
sebentar ke butik berdekatan dengan hotel. Beberapa pasang baju kurung dan
kebaya dibelinya. Terus ditukar sut pejabat tak cukup kain tadi.
“Sebab
kau dah berubah imej, teman aku lunch.”
Alzam muncul tiba-tiba di depan meja Ainun. Tanpa menunggu jawapan Ainun, dia terus
menapak keluar.
“Eh!
Sedap mulut dia aje. Tak boleh ke ajak baik-baik.” Ainun yang masih terperanjat
membebel. Bengang dia dengan arahan Alzam. Namun dicapai juga beg duit dan
keluar. Nak protes lebih-lebih siapalah dia.
“Kenapa?”
soal Alzam yang setia menunggu Ainun di depan lif.
“Kenapa
apa?” polos Ainun bertanya.
“Ini
semua?” Alzam tuding jari pada Ainun dari atas kepala hingga ke kaki.
“Ohhh…”
Ainun hanya tersengih.
“Aku
tak terima jawapan oh.” Alzam jegilkan mata.
“Aku
nampak manis kan?” Kening Ainun menari-nari. Sengaja sakitkan hati Alzam.
“Manis?
Please…” Alzam melangkah masuk sebaik
pintu lif terbuka.
Terkocoh
kacah Ainun menurut langkah Alzam bila pintu lif sudah hampir tertutup. Lelaki
ni kan memanglah. Tak reti nak tolong tekankan butang menahan pintu lif dari
tutup semula agaknya.
“Kau
tergoda eh?” Sekali lagi Ainun mainkan keningnya.
“Tergoda
pada kau? Memang tak akan.” Alzam menjawab sinis.
“Eleh…kalau
tak tergoda tak tengoknya aku.” Ainun mencebik.
Alzam
pura-pura tidak mendengar omongan Ainun.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
comel jer dorg nie
ReplyDeletecomel eh eija....hehehehehe...
DeleteAlzam n ainun... sama2 keras kepala... sama2 ego tak nak mengalah... makin menarik..
ReplyDeleteTq aida sherry
Delete