Friday, January 2, 2015

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 10


   
LANGKAH kakinya di buka selebar yang boleh. Laju. Terus menerpa masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka.

“Sempat ke tak ni?” Dini menoleh jam ditangan. Lima minit lagi pukul lapan.

“Haish… lambat pula lif ni. Ini semua salah mamat sengal tu.” Tangan Dini menekan-nekan kasar butang lif.

Elok pintu lif terbuka kelam kabut dia berlari. Seumur hidup berkerja di syarikat multinasional ni dia memang tak pernah lewat.

“Nasib sempat.” Dini tersenyum memandang punch cardnya.

“Ardini,” tegur seseorang.

Dini menoleh. “Encik Amar.”

“Lambat?” tanya Amar yang juga baru sampai. Pelik sebab Dini tak pernah lewat.

“Tak dapat tidur malam tadi,” beritahu Dini.

“Ada kena mengena dengan Ajad ke?” tebak Amar. Dia tersenyum-senyum.

“Errr…saya masuk dulu.” Dini terus masuk ke dalam.

“Ardini, Ardini. Rindulah tu. Dah tak ada yang nak mengacau dia.” Amar turut masuk ke dalam pejabat.

Dini terus masuk ke dalam biliknya. Teguran Grace pun tak dilayannya. Dia bersandar di kerusi.

“Nyaris aje tadi. Kalau tak buat malu aje. Ni semua kau punya pasallah. Suka sangat kacau aku tapi rasa macam lain aje bila kau tak ada.” Dini memandang skrin telefon bimbitnya. Wajah Ajad yang sedang tersenyum dipandang.

Skrin telefon bimbit ditutup. Diletak dan dibiarkan di atas meja. Dini keluar ke pantri untuk membuat air. Sempat dia sediakan dua keping roti bakar sebelum kembali ke biliknya semula.

"Cik Dini! Cik Dini!" panggil Grace di depan pintu bilik Dini.

Dini mendongak. "Apa ni, Grace? Terjerit-jerit macam orang tak siuman."

"Ikut saya sekejap." Grace menarik tangan Dini.

"Ya Allah! Nak pergi mana ni, Grace? Saya kan tengah breakfast," omel Dini.

"Sekejap aje. Lepas ni mesti Cik Dini tak lalu makan sebab dah kenyang." Grace menarik tangan Dini masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Cik Dini duduk sini sekejap." Grace menyuruh Dini duduk di meja paling hujung menghadap layar putih. Sebuah komputer riba diletakkan di depan Dini. Semua tirai ditutup rapat. Gelap.

"Ada apa ni, Grace?" bebel Dini. Dahi berkerut dengan seribu tanda tanya.

"Sekejap." Grace menggerakkan sedikit tetikus komputer riba.

Dini hanya memerhati apa yang di buat oleh Grace.

"Assalammualaikum, bee..." Bergema suara orang memberi salam.

Dini mengurut dadanya. Terkejut.

"Situlah, Cik Dini." Grace menuding jari pada layar putih di depan mereka.

Dini mendongak. Terpampang muka Ajad sebesar layar putih sedang tersengih melambai padanya. Dini berpaling. Tak reti sejuk ke si abjad ni. Boleh pula dia berskyppe tanpa baju.

"Tak jawab dosa tau," usik Ajad tersenyum senget.

"Cik Dini! Saya keluar dulu."

Dini angguk.

"Kau tak reti sejuk ke?" tanya Dini bengang.

"Jawab salam aku dulu," ugut Ajad.

"Waalaikumussalam." Dini saja menjawab dengan kuat.

Ajad ketawa. Sehelai selimut dilingkarkan ke badannya.

"Miss me?" tanya Ajad dengan senyuman manis.

"Baru dua hari nak miss apanya," balas Dini. Menidakkan tekaan Ajad walau pada hakikatnya dia memang rindu usikan si abjad sengal ini.

"Kalau tiga hari baru kau rindu dekat aku kan kan?" Ajad menari-narikan keningnya.

"Entah," Dini menjongketkan bahunya. Masih tidak mahu mengakui apa yang dia rasa sejak hari pertama lagi Ajad tiada di depan matanya.

"Honey miss you, bee. Really, really miss you," Ajad memegang skrin umpama memegang wajah Dini.

Dini memegang dadanya. Ada rasa lain menjalar dalam hati.

Gotcha! Romantik tak aku?” Ajad ketawa terbahak-bahak.

“Kau ni memang kan,” marah Dini. Bengang dipermainkan. Nasiblah dia tak merapu juga tadi.

“Tak happening hidup aku kalau tak kacau kau sehari. Semalam banyak benda nak kena settlekan. Hari ni free. Dah tidur dulu tadi sebab nak berjaga nak tengok muka kau.” Ajad tersengih.

“Aku tak suruh pun.” Dini mencebik.

“Tak apa. Ikhlas dari hati ni,” Ajad menepuk dadanya.

“Dah tak ada apa-apa lagi kan?” tanya Dini.

“Alah… honey tak puas lagi berbual dengan bee,” rayu Ajad.

“Aku ni berkerja makan gaji. Bukan syarikat bapa aku.”

Don’t worry. Amar ada. Boleh tolong cover.”

“Kau tu pergi tidur. Dekat tempat orang jangan pula nak tunjuk attitude sengal kau tu.”

“Dini, walau kata-kata yang keluar dari mulut kau tu pedas tapi aku suka. You still care for me. Yang pasal rindu tu, honey really mean it. I miss you, bee. Assalammualaikum.”

Dini terdiam. Imej Ajad hilang. Layar putih ditenung. Dia pegang dadanya. Rasa itu masih ada. Kepalanya digelengkan.

“Tak mungkin,” omel Dini. Kepala digeleng laju. Dia bingkas bangun dan keluar.



SELAMA seminggu ini Dini menyibukkan dirinya dengan menyemak dokumen-dokumen kewangan yang menimbun. Biasalah bila dah nak hujung bulan banyak bayaran yang perlu dibuat.

"Cik Dini, tak skyppe hari ni?" tanya Grace sewaktu meletakkan laporan yang Dini minta dia betulkan.

"Awak ingat saya dah tak ada kerja ke, Grace?" Dini besarkan matanya.

"Tak adalah. Kan dah seminggu. Takkan Cik Dini tak rasa apa-apa?" tanya Grace lagi.

"Rasa apa, apa?" soal Dini semula. Dia bersandar sambil tangan bersilang di dada.

"Saya pun tak tahu rasa apa tapi saya rasa Cik Dini tahu apa rasanya." Grace kenyit mata dan terus keluar.

Dini termenung memikirkan kata-kata pembantu peribadinya. Tangan menggerakkan tetikus komputer. Terpampang gambar Ajad santai bergaya dengan baju pejabat lengkap dengan senyuman sengetnya.

"Sengal. Boleh pula email gambar dia. Konon cakap tak nak kacau aku sebulan," bebel Dini.

Dia mengerling jam di skrin komputer. Pukul empat petang. Dini bingkas bangun. Nak berehat sekejap di surau. Baru nak keluar, Amar dah terpacul di muka pintu biliknya sambil berbual di telefon.

"Sekejap. Nak pass dekat dialah ni," ujar Amar. Telefon di tangannya dihulurkan kepada Dini.

"Eh! Siapa?" Dahi Dini dah berkerut.

"Cakap ajelah. Nanti awak tahu." Amar masih menghulurkan telefonnya.

Dini teragak-agak. Sejak kena tipu seminggu lepas, dia lebih berhati-hati dengan setiap tindakan Amar.

"Penting ni, Ardini. Dia nak tanya pasal akaun. Saya tak berapa mahir," beritahu Amar bersungguh-sungguh.

Termakan dengan kata-kata Amar, Dini ambil juga telefon yang dihulurkan. "Hello!"

"Tengah tengok gambar aku kan?" tanya si pemanggil.

Bibir diketap. Geram. Satu jelingan tajam Dini lemparkan kepada Amar di depannya.

Amar tersengih. Simbol keamanan ditunjukkan. Selamba menarik kerusi di depan meja kerja Dini. Matanya tertancap sesuatu.

"Bro...besarnya gambar kau!" jerit Amar.

Dini menepuk dahi. Kelam kabut dia menutup gambar Ajad.

"You miss me, right? Bee...susah sangat ke nak mengaku?" Suara Ajad kedengaran sayu.

"Errr..." Dini tak tahu nak cakap apa.

Amar tersenyum-senyum.

"Bee, honey miss you. Kenapalah abah hantar aku ke sini? Puas aku merayu suruh Amar yang pergi tapi abah tak nak. Dia nak aku timba pengalaman. Mentang-mentanglah aku pernah menetap dekat sini dulu." Tanpa silu Ajad bercerita.

"Errr..." Lidah Dini kelu.

"Bee... takkanlah errr errr aje. Aku telefon dari jauh ni," tempelak Ajad.

"Siapa suruh kau telefon? Ada aku suruh? Tak ada kan," balas Dini geram setelah otaknya kembali mencerna apa yang berlaku sekarang.

"Rindunya nak dengar kau marah-marah. Thank you, bee. Gambar aku tu pastikan jadi background dekat pc kau. Kalau susah-susah sangat kau print aje." Ajad ketawa.

“Gila.” Dini mencebik.

“Gila dekat kau,” balas Ajad.

“Cakap dengan Encik Amar balik,” beritahu Dini.

“Sekejaplah. Belum habis qadak seminggu tak dengar suara kau,” rayu Ajad sayu.

“Eee… Lama-lama aku boleh mereng macam ni,” balas Dini geram.

“Sukanya aku bila kau marah-marah. Really miss you, bee.” Ajad tak hiraukan langsung kata-kata pedas Dini.

“Encik Amar, ambik balik handphone ni. Tolong jangan ganggu saya lagi dan tolong keluar.” Dini menghulurkan telefon bimbit kepada Amar.

Amar mengambil kembali telefon bimbitnya. Muka memang selamba seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia bercakap semula dengan Ajad dan berjalan keluar dari bilik Dini. Sebelum menutup kembali pintu bilik Dini, dia berpaling.

“Ajad cakap miss you like crazy dan jangan lupa gambar dia tu jadikan background dekat pc awak.” Amar terus menutup pintu bilik Dini.

“Mental.” Dini mengetap bibir menahan geram. Dua beradik ni memang sengal.


Teringat yang dia hendak solat asar segera dia berkemas.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua. Request Group untuk baca teaser bagi bab-bab seterusnya https://www.facebook.com/groups/460780710692490/

2 comments: