ASYIKIN menahan
rasa yang membuak-buak di dalam dadanya. Ada macam-macam rasa. Sukar untuk dia
gambarkan rasa itu. Hanya mereka yang pernah ada di tempatnya sahaja yang tahu
rasa itu.
Kalaulah Malaysia ini tidak ada undang-undang, kalaulah
manusia itu tidak beragama, kalaulah dia dilahirkan tidak bertamadun,
rasa-rasanya perempuan yang berwajah selamba di depan dia ini sudah masuk ke dalam
tanah yang digali tujuh kaki dalam dan tiga kaki lebar.
“You fahamkan maksud I?” Afiqah bertanya lagi.
Asyikin bengang. Siapa yang patut fahami siapa?
Perempuan ini faham atau tidak apa yang diperkatakan.
“I memang tak boleh lupakan Abrar. Dia cinta pertama
I. I rasa Abrar pun sama macam I. Kami tidak boleh lupakan antara satu sama
lain.” Afiqah bersungguh-sungguh menyatakan apa yang dia rasa.
“You pasti?” sinis Asyikin menyoal kembali.
Kadangkala dia perlu berlaku kejam. Imah kata dia
terlalu tenang hinggakan orang lain suka mengambil kesempatan di atas
ketenangan dia.
“You tak percaya?” soalan Asyikin Afiqah balas
dengan soalan.
“I percayakan Abrar,” balas Asyikin.
Dia tidak boleh cepat melenting. Dia harus kuat
untuk menangani perempuan tidak tahu malu di depan dia ini.
“You pasti Abrar setia?” Afiqah tertawa. Sengaja
menjentik hati Asyikin.
Asyikin tegakkan badan. Sedikit sebanyak tergugat juga
dengan kata-kata perempuan yang sudah mula menaikkan darjah kemarahannya.
“Apa yang membuatkan you cakap macam tu?” Asyikin
mencerlung tajam wajah Afiqah. Rasa macam nak ditoreh-toreh wajah perempuan yang
meletakkan maruah diri sendiri serendah-rendahnya.
“Kami saling berbalas mesej.” Afiqah tersenyum.
“Mesej? Hmmm…” Asyikin mencemik.
Ingat aku hairan kalau kau setakat berbalas mesej,
desis Asyikin dalam hati.
“Kadang-kadang kami keluar makan bersama.” Afiqah
ketawa manja.
“Ya? Dia ada beritahu I.” Giliran Asyikin pula ketawa.
“Setiap hari.” Afiqah masih tidak mahu mengalah.
“Macam inilah, Afiqah.” Asyikin berjeda sebelum
menyambung kata-katanya.
“Kalau you rasa Abrar betul-betul nak balik semula
pada you. You cakap dengan dia suruh dia beritahu I sendiri. Mana tahu masa dia
cakap tu hati I tengah lembut.” Asyikin berdiri.
Afiqah ketap bibir.
“By the way,
malam ni kami ada candle light dinner.
Opppsss…it's not a candle light dinner but
more to an intimate dinner.” Asyikin berbisik lembut. Dekat dengan cuping
telinga Afiqah sebelum dia berlalu meninggalkan Afiqah.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Kasi kaw2 kat afiqah tu dik syeena
ReplyDeletehikhikhik...dun wori kak ayu...asyikin akan pertahankan milik dia...
DeleteBalas balik..bg kaw2 pnye... ~(*+﹏+*)~
ReplyDeletewill do, Nurha. hehehehehe...
DeleteGeram nye ngan afiqah ne.. Jgn mudah yer asyikin hehehe...
ReplyDeletemudah apa yunk?...
Delete*jangan mudah kalah asyikin hehe...
ReplyDeleteoooooo....hehehehehe...
DeleteBestttt......Nak lagiiii k.syeena .....sambung cepat2.... hihihi
ReplyDeletesabar ya mona...
Deletekasi afiqah tu trbakar skit , penyebokkk je dh org xnk terhegeh pulakkk aduhhh
ReplyDeletehikhikhik...
DeleteChaiyok2 asyikin. Buat biar smpi afiqah sedar diri yg dia tu cuma mengejar bayang2 je.hihihi
ReplyDeleteAsyikin tgh pasang kuda2 ni udaidza...
DeleteHaiz sebab lelaki perempuan sanggup rendahkan maruah n martabat kaum sendiri..haiz..xpaham2..dunia2,, thanx kak, nak ag eh...cepat tau..jd buku ag masyuk. chaiyok3x!!
ReplyDeleterealiti memang ada kan iyads...thanks sudi baca...sabar ya...
Deleteitu pompn jgk lah yg merosakkan pompn.. pompn mcm ni lah akk rasa nak kasi tembak aje syeena...jom kita cr pistol
ReplyDeleteJom kak tp akak yg tembak eh...sy sokong dari blkg...hikhikhik...tq sudi bc kak...
Deletepergh..afiqah ni pompuan x tau malu
ReplyDeletekannnnn....
Deleteafiqah ni...jangan nak porong lain asyikin firda tu boleh tak :P
ReplyDeleteAsyikin firda tu yang tak menahan sangat....hahaha...habislah mack marah...
Delete