ADWAN terasa dirinya bagaikan di awang-awangan. Berlegar
bebas diudara. Dia berpusing-pusing mencari kelibat suri hatinya. Mahu
dikongsikan kelebihan yang dia ada.
“Sayang!” Jeritnya. Meliar memerhati
andai bayangan si suri hati muncul.
Sunyi. Tiada jawapan.
“Sayangggg!” Dia menjerit lagi. Kali ini
sekuat-kuat hatinya. Biarlah orang nak marah. Dia mahu suri hatinya muncul. Dia
mahu mendakap suri hatinya.
Dari kejauhan. Di tempat yang sama. Di
udara. Melayang-layang. Dia nampak bayang insan yang dicari-carinya.
“Sayang!” Dia berusaha mendekat. Semakin
dia berusaha, semakin jauh bayangan itu melayang.
“Sayang, jangan tinggalkan saya!”
Bayangan itu hilang. Dia menangis,
menangis dan terus menangis lagi. Tak peduli dengan keadaan sekeliling. Biarlah
kalau orang kata dia lelaki yang kuat menangis pun, dia tidak peduli! Yang
dimahukan hanya suri hatinya itu kembali semula padanya.
“Awak…” Gemersik suara suri hati menyapa
gegendang telinganya. Wajah gadis itu langsung tidak kelihatan.
Adwan senyum, cuba menggapai huluran
tangan gadis itu. Namun, tubuh suri hatinya semakin jauh melayang. Meninggalkan
Adwan yang cuba mendekatkan jarak.
“Insya-Allah, kita pasti bertemu.” Kata-kata
terakhir gadis itu kedengaran pasrah. Lantas. dibiarkan sahaja tubuh tersebut
melayang dibawa angin.
Adwan tersentak. Mata terbuka luas. Dia
meraba pipi yang terasa basah. Mimpi atau benar.
wah, prolog... best! ini mimpi istikharah ker?
ReplyDeleteRasa-rasanya apakah itu?
DeleteWowww..tak sabar nak peluk nvl ni
DeleteRosnanie... tak lama je lagi...
Delete👍👍👍👍
ReplyDeletenak tulis apa ni...
DeleteKnpnk.tunjuk cap jempol dia keluar gitu? Apa2 pun T.A.H.N.I.A.H author negeri ku
ReplyDeleteTerima kasih kak fid...
DeleteHmm apa sebenarnya terjadi? Intriguing. Nak tau Apa kesimbungannya. Kita tunggu ye. Tq
ReplyDeleteTq sudi baca dear...
DeleteSuspend prolog.... ������
ReplyDeleteJeng... jeng... jeng...
DeleteKenapa??? Xsabar tggu buku ni sampai ke pangkuan hihi
ReplyDeletelagi beberapa hari je...
DeleteSis...dah keluarke novel ni...ada dijual di kedai buku tak?
ReplyDeleteBulan februari ni yang... cepat atau lambat aje...
Delete