Thursday, September 25, 2014

LANGIT BIRU YANG SAMA - BAB 6


PAGI itu Alzam datang lebih awal dari kebiasaannya. Penat dia bersoal-jawab dengan Tuan Haji Arshad. Seboleh mungkin dia tidak mahu Tuan Haji Arshad tahu apa yang terjadi di Hotel Mutiara.

Sampai sahaja di pejabat, Alzam terus menuju ke meja Ainun. Meja Ainun dibongkar. Habis semua digeledah. Puas menyelongkar akhirnya berjumpa juga. Dia tersenyum. Membelek seketika sebelum menulis sesuatu. Diletakkan elok-elok di tepi papan kekunci.

Belum sempat dia mengemas semula meja Ainun. Terdengar seperti pintu pejabat dibuka dari luar. Kelam-kabut dia berlari masuk ke biliknya. Berlari bagai tak cukup tanah nak dipijak. Hingga jatuh tersembam sebaik masuk ke dalam bilik. Sempat dia bangkit semula dan menutup pintu.

“Ya Allah!” Maimun terjerit sebaik kaki mencecah lantai pejabat.

Alzam yang mengunci diri di dalam bilik tersengih-sengih. Memasang telinga di balik pintu. Nasib dia sempat tadi. Kalau tidak sia-sia saja datang awal ke pejabat. Baru hendak berjalan ke kerusinya dia mengaduh.

“Hailaaa…lutut. Tak pasal-pasal kau sakit. Inilah balasannya bila buat sesuatu tak fikir dulu. Dah terhantuk baru terngadah ke apa.” Alzam menggeleng.

Ainun melangkah lemah masuk ke pejabat. Ikut kata hati memang dia nak cabut saja tapi bila mengenangkan hotel inilah tempat dia mencari rezeki. Dibatalkan saja niatnya itu.

"Kak Mun...apa jadi dengan meja saya?" Terjatuh beg tangan Ainun dari pegangan. Siapalah yang buat dajal.

“Cuba tengok ada yang hilang tak? Manalah tahu ada orang cuba nak mencuri sebab tu Kak Mun tak berani nak sentuh.” Maimun berdiri memandang meja Ainun.

Kaki diatur mendekati meja. Mata Ainun tertancap sesuatu. Segera dicapai kertas yang diletak elok di bawah papan kekunci.

"Kak Mun, siapa letak ni?" Ainun tunjuk kertas di tangannya.

"Entah. Encik Alzam kut." Maimun jongket bahu.

“Dia dah datang ke?” Berkerut dahi Ainun. Betul ke Alzam yang letak?

“Macam perasan kereta dia ada dekat bawah tadi.” Maimun mengangguk.

"Ini bukan prank kan?" Ainun minta kepastian. Manalah tahu ada yang nak perdajalkan dia.

"Siapa pula nak prank Ainun. Pergilah tanya dengan Encik Alzam. Manalah tahu memang dia yang letak." Maimun beri cadangan.

"Memang dia dah datang eh? Pecah rekod. Gila awal." Ainun mencebik.

"Memang awal pun. Sebelum Kak Mun datang dia dah ada rasanya." Maimun mengiakan.

"Really?" Ainun besarkan mata. Beg tangan diletakkan di dalam laci. Dia berjalan menuju ke bilik Alzam.

Pintu bilik diketuk. Ainun cuba untuk masuk bila Alzam izinkan tetapi pintu dikunci.

Sorry.” Alzam tersengih sebaik pintu dibuka dari dalam.

"Apa maksud kau?" Ainun lekap kertas tadi di dada Alzam.

Alzam tersenyum. Dia memegang kertas itu dan kembali duduk di mejanya. Pertanyaan Ainun tidak diendahkan. Dia meneruskan kerja-kerjanya.

"Semalam beria-ia kau tak bagi. Apasal hari ni kau luluskan?" Ainun membentak. Bengang bila soalannya tidak berjawab.

"Aikkk…bagi cuti pun salah? Aku tak bagi cuti kau marah-marah. Kau nak suruh aku buat apa sebenarnya?" Alzam letak pen di tangan. Badan disandarkan. Tangan bersilang di dada. Mata memandang tepat pada wajah Ainun.

"Buat bodoh, boleh?" Ainun turut bersilang tangan di dada. Suka sangat bagi soalan cerdik. Aku pun boleh bagi kau jawapan cerdik juga.

"Look, Ainun. Boleh tak untuk hari ini kita jangan terjerit-jerit? Kita cakap baik-baik. Kiranya macam gencatan senjatalah. Boleh kau balik kampung dengan aman. Aku pun tak adalah nak rasa bersalah sangat." Alzam jongket kening.

"Kalau kau nak tahu, aku mula jadi macam orang tak siuman ni. Terjerit terpekik sana sini sejak jadi PA kau. Sebelum kau datang elok aje aku berkerja. Hidup aku pun aman damai. Tak ada gangguan." Ainun mencebik.

"Ya lah, salah aku." Alzam mengalah. Dia pun sebenarnya dah penat nak berlawan cakap dengan Ainun. Gadis ini mana nak bagi peluang dia menang. Kalau seri pun nasib-nasib aje.

"Bagus kau dah mengaku. Memang salah kau pun." Ainun jelir lidah dan terus keluar.

Like seriously Ainun did that? Alzam terkebil-kebil. Comel. Tersungging senyuman di bibirnya.

"By the way, thanks for the approval." Hanya kepala Ainun yang terjengul dibalik pintu sebelum hilang semula.

"Macam dapat durian runtuh. Betul-betul happy perempuan ni." Alzam menggeleng.



AINUN tergamam. Dia hanya memandang kereta Nissan Fairlady putih yang dicium keretanya. Cermin tingkapnya diketuk. Dia tersentak. Tidak menoleh. Menggagau mencapai telefon bimbit. Pantas tangannya yang masih menggigil mendail nombor seseorang.

"Tolong aku. Aku tak tahu nak buat apa. Batu lima Jalan Skudai." Talian dimatikan. Ainun diam membatu. Ketukan pada cermin tingkapnya langsung tidak dihiraukan.

Sepuluh minit berlalu. Ainun pandang ke luar bila untuk sekian kalinya cermin tingkap keretanya diketuk lagi. Kunci pintu dibuka. Dia melangkah keluar bila pintu sebelah pemandu dibuka dari luar.

“Kau okey?” tanya Alzam yang datang secepatnya bila Ainun telefon minta tolong.

Ainun angguk kemudian menggeleng.

Bro, apa cerita ni?” Satu suara di belakang Alzam menegur.

Alzam menoleh dan memberi isyarat kepada si pemilik suara untuk tunggu sebentar.

“Kau relax dulu. Aku settlekan sekejap.” Alzam berpusing mendekati pemilik suara tadi.

Ainun bersandar pada keretanya. Sabar menanti Alzam berbicara dengan pemilik kereta Nissan Fairlady tadi. Dia perasan wajah Alzam sedikit tegang bila suara pemilik kereta Nissan Fairlady tadi meninggi. Agaknya kalau dia di tempat Alzam mesti sudah banjir. Pertama kali tu cium bontot kereta orang.

Setelah berbincang beberapa ketika, Alzam hulurkan beberapa keping not seratus kepada lelaki yang juga pemilik kereta Nissan Fairlady itu. Penat juga bertegang urat. Bukan main lagi memeras minta ganti rugi tak masuk akal. Kereta lelaki tu bukannya teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan kereta Ainun. Bila dia cakap nak buat panggilan ke balai polis barulah lelaki itu mengalah dan bersetuju dengan wang yang dia tawarkan.

"Teruk juga ni. Macam mana boleh terlanggar?" tanya Alzam setelah melihat kerosakan pada kereta Ainun.

Ainun hanya jongket bahu.

“Kau dah okey ke belum?” soal Alzam lagi.

Reaksi Ainun masih sama. Mengangguk kemudian menggeleng.

"Tak okey ni." Alzam pandang wajah Ainun yang tiba-tiba bertukar keruh.

Menitis airmata Ainun. Dia menangis.

"Hei..." Alzam jongket kening.

"Macam mana nak balik kampung?" Ainun tanpa silu mengongoi pada Alzam.

"Memang kau kena balik juga ke hari ni?" soal Alzam semula.

"Kena juga. Tak ada orang nak jaga mak aku dekat sana." Ainun seka airmata yang mengalir. Ada karang aku kena bahan juga nanti.

"Aku hantar," putus Alzam.

"Errr..." Ainun terkedu.

"Kereta kau ni nak kena hantar ke bengkel jugalah. Sekurang-kurangnya seminggu," beritahu Alzam.

"Seminggu? Memang patah kakilah." Ainun mengeluh.

“Pakai kereta aku?” Alzam beri cadangan.

“Errr…kereta kau?” Ainun terkebil-kebil memandang kereta Alzam di belakang keretanya. Gila ke apa mamat ni? Mitsubishi Lancer 2.0 GTE? Sangatlah tak masuk jiwa.

“Bukan kereta ni lah.” Alzam tunjal sedikit kepala Ainun.

“Hei.” Ainun pukul tangan Alzam. Ingat dia tak bayar fitrah ke.

“Ingat aku nak bagi kau bawak ‘bini’ aku ni? Sorry.” Alzam bersandar pada kereta Ainun.

“Fuhhh…lega.” Ainun mengurut dada.

Volkswagen Beetle.” Serius sahaja suara Alzam.

“Kereta katak? Alahhh…” Suara Ainun mendatar.

"Hoi! Nasib aku nak bagi pinjam tau.” Alzam jegilkan matanya.

“Yelah. Yelah.” Ainun mengeluh. Pasrah. Dah orang nak bagi pinjam. Terima sajalah.

“Daripada kau mengeluh sana mengeluh sini, Lebih baik kau ambil beg baju kau masukkan dalam kereta aku," arah Alzam.

Ainun menjeling. Baru nak layan perasaan tapi dah kena sedas dengan Alzam.

“Kereta aku?” Ainun tolak badan Alzam ke tepi. Pintu belakang dibuka.

“Sekejap lagi ada tow truck datang.”

“Errr…berapa aku nak kena bayar balik?” Ainun serahkan beg bajunya kepada Alzam.

“Nanti aku fikirkan.” Alzam tersenyum-senyum.

Ainun ketap bibir. Rasa macam tak sedap hati melihat senyum sumbing Alzam.

“Kau jangan macam-macam.” Ainun pandang Alzam senget sewaktu kedua-duanya sudah duduk di dalam kereta.

“Berbaloi apa kalau aku nak bermacam-macam.” Alzam mengusik.

Ainun menjeling. Hati dah panas dengan apa yang terjadi.

“Nanti berhentikan aku dekat perhentian bas depan sana tu.” Ainun tunjuk ke arah perhentian bas yang semakin dihampiri.

“Eh! Nak buat apa?” Alzam pandang Ainun.

“Naik bas. Aku tunggu bas yang pergi kampung aku dekat situ.”

“Jangan nak mengada. Aku hantar kau balik kampung. Tak boleh bergurau langsung.” Alzam meningkah apa yang Ainun ingin lakukan.

“Yelah.” Akihirnya Ainun duduk diam. Menyerah kalah atas asakan Alzam.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

8 comments:

  1. Hehe...mcm comel ja depa 2 ni....gado2 pun bila xcdent org tu jugak yg dia ingat.....��

    ReplyDelete
  2. mcm sweet jer mereka ni... gaduh2 manja... org ckp gaduh bawa bahagia nanti

    Tapi kan bila teringatkan nada sinis Dato' merundum ceria di hati timbul lara dijiwa...

    thanks syeena hamdan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ita...tak jemu2 bc cerita sy...terima kasih byk2...

      Delete
  3. Hihihi... gaduh gaduh manja la depa berdua ni.....

    ReplyDelete