SUASANA
Kedai Gedung Ilmu masih lengang walau sudah sejam lebih dibuka. Kelihatan
seorang pemuda berbaju kotak-kotak duduk bersila di lorong antara rak-rak buku.
“This is the time,” gumam Azim. Di susun
buku-buku yang sudah beberapa hari dibiarkan berlonggok di tepi lorong sempit
itu.
“Mili! Mili!” Satu suara garau memanggil
dari rak sebelah.
“Apa?” sahut seorang gadis yang berdiri
betul-betul di sebelah Azim acuh tak acuh.
Azim hanya memerhati. Dia memang tidak
perasan akan kehadiran gadis bertudung kuning itu.
Si gadis leka menyelak helaian demi
helaian majalah di tangan. Pandangan Azim padanya dibiarkan sahaja.
“Kau tak payahlah nak sentap sangat,
nyah. Ada rezeki kau, cerita kau mesti keluar punya.” Suara garau yang
memanggil tadi menjawab.
“Dah lama gila aku hantar, Wan. Entah
cerita yang macam mana mereka nak agaknya,” keluh si gadis.
“Amili Rana! Berapa kali aku nak
ingatkan kau? Call me Wani not Wan,”
tekan si suara garau.
Azim yang mendengar dah ketawa mengekek.
“Wani! Kau memang saja kan. Tak payahlah
nak sebut nama penuh aku. Kenapa tak sebut sekali nama papa aku?” bentak si
gadis geram.
Si gadis menjeling Azim yang masih
ketawa. Dahinya berkerut memandang Azim.
Azim menunjukkan buku di tangan seolah-olah
mentertawakan isi kandungan yang di baca. Tahu yang dia bersalah kerana mencuri
dengar perbualan si gadis dan teman ‘wanita’nya.
“Logik sikitlah, bro. Buku memasak tu,” tegur si gadis.
“Laaa… Mesti awak tak tahu. Buku memasak
sekarang dah advance. Banyak selitkan
unsur humor,” jawab Azim selamba.
“Sewel,” balas si gadis dan beralih ke
rak lain.
Azim hanya gelengkan kepala. Betul kata
gadis tu, dia memang sewel. Memang tak masuk akal buku resepi ada cerita lawak.
Dia menunduk dan kembali menyambung kerjanya.
Si gadis bertudung kuning berjalan
melenggang menuju ke kaunter. Tangannya penuh dengan beberapa buah buku dan
majalah.
Teman si gadis bertudung kuning turut
sama berjalan menuju ke kaunter.
"Abang Hadi, bilalah cerita Mili
nak keluar majalah ni," keluh si gadis bertudung kuning sambil menopang dagu
di kaunter.
"Bila Mili hantar?" tanya
lelaki yang dipanggil Abang Hadi sambil tangannya pantas mengunci masuk majalah
dan buku yang di beli si gadis dengan menggunakan pengimbas tangan.
"Dah lama, Abang Hadi," sampuk
teman si gadis bertudung kuning.
"Aku tanya Mili lah bukan kau,
Wan," balas Hadi.
"Wan, Wan. Wanilah." Lelaki
bersuara garau menjeling geram.
Si gadis bertudung kuning tertawa kecil.
Azim memandang seketika insan-insan yang
sedang berbual di kaunter pembayaran tika dia meletakkan beberapa kotak kosong
tidak jauh dari situ.
Si gadis bertudung kuning melirik dengan
ekor mata. Riak mukanya menunjukkan rasa menyampah pada Azim.
"Abang Hadi rasa masalah Mili tu
boleh selesai." Hadi tersenyum bila melihat Azim yang tercegat berdiri
memandang mereka.
"Betul ke? Bestnya. Macam mana?" Si gadis bertudung kuning bersorak
keriangan.
Wan yang masam mencuka turut bersorak.
Teruja.
"Bos Abang Hadi dulu pun rajin juga
hantar karya dia kat majalah dengan suratkhabar," beritahu Hadi
tersenyum-senyum.
Azim mendekati kaunter. Dia pura-pura
tunduk mengambil barang di bawah kaunter. Sebenarnya dia nak tahu juga apa yang
seronok sangat si Hadi ni melayan dua orang pelanggan mereka.
"Hebatnya bos Abang Hadi. Mesti dia
bangga gilakan. Lelaki ke perempuan?” soal si gadis bertudung kuning teruja.
“Lelaki.”
“Lelaki? Kreatifnya dia. Kalau hensem
bonus tu, Abang Hadi," puji si gadis bertudung kuning.
Elok sahaja si gadis bertudung kuning
habis berkata-kata terdengar satu bunyi kuat dari bawah kaunter. Masing-masing
mengerutkan dahi. Hairan.
"Aduh!" jerit Azim. Kepalanya
terhantuk. Pujian melangit dari si gadis bertudung kuning sedikit mengganggu
hatinya. Kembang setaman.
"Sibuk ajelah dia ni," rungut si
gadis bertudung kuning. Dia menjeling Azim yang sudah berdiri tegak sambil
menggosok kepalanya yang sakit.
"Mili, inilah...Aduh!" Hadi
pula menjerit. Mukanya menyeringai menahan sakit kaki yang dipijak Azim.
Si gadis bertudung kuning dan temannya
dah besarkan mata.
Azim tersengih.
“Hari ni memang hari aduh sedunia, eh?”
si gadis bertudung kuning mencemikkan bibirnya.
“Lebih kuranglah,” seloroh Azim dengan
senyuman lebar.
“Wah! Kawan Abang Hadi ni boleh
tahanlah.” Tangan Wan mula merayap di lengan Azim yang kekar.
“Wan!!!” Suara si gadis bertudung kuning
tinggi satu oktaf siap dengan pakej memukul. Boleh lebam tangan temannya dipukul
dengan majalah yang digulung.
“Auwww…Mili!” Wan menggosok-gosok
tangannya. Bibirnya dimuncungkan.
Si gadis bertudung kuning menjeling.
Mulutnya terkumat-kamit. Geram dengan perlakuan Wan.
Azim menggosok perlahan tengkuknya. Dia
memandang Hadi.
Hadi tersengih. Bahunya dijongketkan
sedikit.
“Azim, ini Amili Rana. Yang itu Wan.
Mili ni suka menulis. Katanya ada hantar cerita kat syarikat majalah dengan
suratkhabar,” terang Hadi panjang lebar.
“Penulislah ni?” Azim jongketkan kening.
“Bolehlah,” jawab Amili dengan
berlagaknya.
“Apa tajuk cerita yang dah publish? Penerbitan mana?” tanya Azim
bertalu-talu.
“Kau nak tahu kenapa?” soalan Azim
dibalas dengan soalan.
“Kalau dah tanya aku balik ni, Hadi.
Satu habuk pun tak ada lah ni,” ejek Azim. Senyuman sinis tersungging di
bibirnya.
Tanpa amaran Amili memukul badan Azim
dengan majalah yang sama dia memukul Wan tadi. Berkali-kali.
“Eh? Eh? Dah kenapa ni?” Azim
menepis-nepis pukulan Amili.
Hadi segera mengelak bila dilihatnya
Amili meroyan semacam.
Wan hanya terkebil-kebil. Berdiri tegak
macam miss universe.
“Itu untuk orang yang mulutnya tak ada
insuran.” Amili terus capai bungkusan plastik yang berisi majalah dan buku
serta novel yang dibelinya tadi. Dia berpaling dan terus berjalan menuju ke
pintu keluar.
Amili berpaling semula menghadap tiga
orang jejaka yang masih memandang kepadanya.
“Wan! Kau nak tidur sini ke?” jerit
Amili.
Kelam kabut si Wan berlari anak
mendapatkan Amili.
“Kami memang suka menderma. Nanti kalau
dah habis baca benda-benda dalam beg plastik tu, jangan segan-segan pulangkan
balik ke sini,” jerit Azim dengan sindiran pedas.
Hadi dah terkekeh-kekeh ketawa sambil
memegang perutnya.
Amili mendengus. Dia mengeluarkan dua
keping not lima puluh dari dalam beg duitnya. Kakinya dihayun laju ke kaunter.
“Nah. Ingat aku tak mampu ke?” Amili
menghentak kuat tangannya di atas kaunter. Mukanya menyeringai.
“Ouchhh! Sakitnya,” usik Azim sambil
tersengih.
“Keep
the change.” Amili terus berlalu pergi. Tak kuasa nak melayan loyar buruk
Azim. Tapi telinganya dapat menangkap
kata-kata sinis Azim.
“Esok datang lagi. Banyak lebihnya ni. Manalah
tahu esok cerita penulis perasan keluar dalam suratkhabar,” jerit Azim.
Amili menjelirkan lidah sebelum menguak
pintu dan keluar.
Azim membalas dengan menjelir lidah
juga. Persis budak-budak kecil yang bergaduh.
“Kau ni, Azim. Kesian budak tu.” Hadi
gelengkan kepala. Tawanya masih bersisa.
“Dah dia perasan bagus. Aku memang tak
boleh blah dengan orang yang
berlagak,” beritahu Azim.
“Kau pun satu. Yang pergi tuang minyak
buat apa?” Hadi geleng kepala lagi. Masak benar dengan perangai sengal
kawannya.
“Nasib aku satu. Kalau aku ni ada dua,
lagi teruk budak tu kena.” Azim tersengih dan berlalu dari kaunter.
“Itu nak pergi mana? Buku tak habis
kemas lagi?” soal Hadi.
“Wah! Ini siapa bos siapa kuli ni?” Azim
berdiri di pintu dengan kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar.
“Aku tahulah aku kuli. Sengallah kau.
Suka nak kecikkan hati aku.” Hadi berganjak dan menuju ke rak-rak buku.
“Bro,
badan berketak-ketak macam kau ni, sangatlah tak machonya nak merajuk-rajuk. Aku nak pergi pulang balik duit si penulis
perasan tu.” Muncung Azim menghala ke luar.
“Kau kenal dia ke, Azim?”
“Alah… penulis perasan tu kan kerja
dekat kedai bunga seberang sana. Aku ciow
dulu.” Azim terus keluar.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
aduhhh... kak syeena next n3 pelisssss hehe harini hari terjah blog
ReplyDeleteP terjah blog lain ya Puan Abby Sha....miahahahahahaha....
Delete:p
Delete:-*
DeleteAuwwww 2-2 pun Mcm kanak2 ribena...Senggal. Tp Wan aka Wani tu mesti lawak...
ReplyDeletekan....hehehehehe...
Deletewaaaa kli ni BFF heroin cik yg tidak cik ya syeena
ReplyDeletehehehehehehe....
DeleteYang pastinya, kalau tulisan Syeena, mesti kita ikuti sampai jumpa berkataan TAMAT.
ReplyDeleteTq mask d
DeleteHehe dah ingat, cepat smbung ye pn writer, kita tunggu..
ReplyDeleteNgeeee...
DeleteIntro menarik..harus follow cite ni
ReplyDeleteBest :-D
Tq onnie...
DeleteMcmn pernah baca...
ReplyDeleteInn...mmg dulu pernah letak kat blog ni..
DeleteOh huhu hurm..hahaha kelakarla yg bahagian wan err wani tu..emm i like :D
ReplyDeleteHehehe....
DeleteNexttt n3 kak syenaaa...pelisssss....hihihi...bestttt la...
ReplyDeletetq mona....sabar ya...hehehehehehe....
Delete