Wednesday, September 17, 2014

CINTAKU SETINGGI CITA-CITAMU - BAB 1

SUASANA Kedai Gedung Ilmu masih lengang walau sudah sejam lebih dibuka. Kelihatan seorang pemuda berbaju kotak-kotak duduk bersila di lorong antara rak-rak buku.
           
        “This is the time,” gumam Azim. Di susun buku-buku yang sudah beberapa hari dibiarkan berlonggok di tepi lorong sempit itu.

“Mili! Mili!” Satu suara garau memanggil dari rak sebelah.

“Apa?” sahut seorang gadis yang berdiri betul-betul di sebelah Azim acuh tak acuh.

Azim hanya memerhati. Dia memang tidak perasan akan kehadiran gadis bertudung kuning itu.

Si gadis leka menyelak helaian demi helaian majalah di tangan. Pandangan Azim padanya dibiarkan sahaja.

“Kau tak payahlah nak sentap sangat, nyah. Ada rezeki kau, cerita kau mesti keluar punya.” Suara garau yang memanggil tadi menjawab.

“Dah lama gila aku hantar, Wan. Entah cerita yang macam mana mereka nak agaknya,” keluh si gadis.

“Amili Rana! Berapa kali aku nak ingatkan kau? Call me Wani not Wan,” tekan si suara garau.

Azim yang mendengar dah ketawa mengekek.

“Wani! Kau memang saja kan. Tak payahlah nak sebut nama penuh aku. Kenapa tak sebut sekali nama papa aku?” bentak si gadis geram.

Si gadis menjeling Azim yang masih ketawa. Dahinya berkerut memandang Azim.

Azim menunjukkan buku di tangan seolah-olah mentertawakan isi kandungan yang di baca. Tahu yang dia bersalah kerana mencuri dengar perbualan si gadis dan teman ‘wanita’nya.

“Logik sikitlah, bro. Buku memasak tu,” tegur si gadis.

“Laaa… Mesti awak tak tahu. Buku memasak sekarang dah advance. Banyak selitkan unsur humor,” jawab Azim selamba.

“Sewel,” balas si gadis dan beralih ke rak lain.

Azim hanya gelengkan kepala. Betul kata gadis tu, dia memang sewel. Memang tak masuk akal buku resepi ada cerita lawak. Dia menunduk dan kembali menyambung kerjanya.

Si gadis bertudung kuning berjalan melenggang menuju ke kaunter. Tangannya penuh dengan beberapa buah buku dan majalah.

Teman si gadis bertudung kuning turut sama berjalan menuju ke kaunter.

"Abang Hadi, bilalah cerita Mili nak keluar majalah ni," keluh si gadis bertudung kuning sambil menopang dagu di kaunter.

"Bila Mili hantar?" tanya lelaki yang dipanggil Abang Hadi sambil tangannya pantas mengunci masuk majalah dan buku yang di beli si gadis dengan menggunakan pengimbas tangan.

"Dah lama, Abang Hadi," sampuk teman si gadis bertudung kuning.

"Aku tanya Mili lah bukan kau, Wan," balas Hadi.

"Wan, Wan. Wanilah." Lelaki bersuara garau menjeling geram.

Si gadis bertudung kuning tertawa kecil.

Azim memandang seketika insan-insan yang sedang berbual di kaunter pembayaran tika dia meletakkan beberapa kotak kosong tidak jauh dari situ.

Si gadis bertudung kuning melirik dengan ekor mata. Riak mukanya menunjukkan rasa menyampah pada Azim.

"Abang Hadi rasa masalah Mili tu boleh selesai." Hadi tersenyum bila melihat Azim yang tercegat berdiri memandang mereka.

"Betul ke? Bestnya. Macam mana?" Si gadis bertudung kuning bersorak keriangan.

Wan yang masam mencuka turut bersorak. Teruja.

"Bos Abang Hadi dulu pun rajin juga hantar karya dia kat majalah dengan suratkhabar," beritahu Hadi tersenyum-senyum.

Azim mendekati kaunter. Dia pura-pura tunduk mengambil barang di bawah kaunter. Sebenarnya dia nak tahu juga apa yang seronok sangat si Hadi ni melayan dua orang pelanggan mereka.

"Hebatnya bos Abang Hadi. Mesti dia bangga gilakan. Lelaki ke perempuan?” soal si gadis bertudung kuning teruja.

“Lelaki.”

“Lelaki? Kreatifnya dia. Kalau hensem bonus tu, Abang Hadi," puji si gadis bertudung kuning.

Elok sahaja si gadis bertudung kuning habis berkata-kata terdengar satu bunyi kuat dari bawah kaunter. Masing-masing mengerutkan dahi. Hairan.

"Aduh!" jerit Azim. Kepalanya terhantuk. Pujian melangit dari si gadis bertudung kuning sedikit mengganggu hatinya. Kembang setaman.

"Sibuk ajelah dia ni," rungut si gadis bertudung kuning. Dia menjeling Azim yang sudah berdiri tegak sambil menggosok kepalanya yang sakit.

"Mili, inilah...Aduh!" Hadi pula menjerit. Mukanya menyeringai menahan sakit kaki yang dipijak Azim.

Si gadis bertudung kuning dan temannya dah besarkan mata.

Azim tersengih.

“Hari ni memang hari aduh sedunia, eh?” si gadis bertudung kuning mencemikkan bibirnya.

“Lebih kuranglah,” seloroh Azim dengan senyuman lebar.

“Wah! Kawan Abang Hadi ni boleh tahanlah.” Tangan Wan mula merayap di lengan Azim yang kekar.

“Wan!!!” Suara si gadis bertudung kuning tinggi satu oktaf siap dengan pakej memukul. Boleh lebam tangan temannya dipukul dengan majalah yang digulung.

“Auwww…Mili!” Wan menggosok-gosok tangannya. Bibirnya dimuncungkan.

Si gadis bertudung kuning menjeling. Mulutnya terkumat-kamit. Geram dengan perlakuan Wan.

Azim menggosok perlahan tengkuknya. Dia memandang Hadi.

Hadi tersengih. Bahunya dijongketkan sedikit.

“Azim, ini Amili Rana. Yang itu Wan. Mili ni suka menulis. Katanya ada hantar cerita kat syarikat majalah dengan suratkhabar,” terang Hadi panjang lebar.

“Penulislah ni?” Azim jongketkan kening.

“Bolehlah,” jawab Amili dengan berlagaknya.

“Apa tajuk cerita yang dah publish? Penerbitan mana?” tanya Azim bertalu-talu.

“Kau nak tahu kenapa?” soalan Azim dibalas dengan soalan.

“Kalau dah tanya aku balik ni, Hadi. Satu habuk pun tak ada lah ni,” ejek Azim. Senyuman sinis tersungging di bibirnya.

Tanpa amaran Amili memukul badan Azim dengan majalah yang sama dia memukul Wan tadi. Berkali-kali.

“Eh? Eh? Dah kenapa ni?” Azim menepis-nepis pukulan Amili.

Hadi segera mengelak bila dilihatnya Amili meroyan semacam.

Wan hanya terkebil-kebil. Berdiri tegak macam miss universe.

“Itu untuk orang yang mulutnya tak ada insuran.” Amili terus capai bungkusan plastik yang berisi majalah dan buku serta novel yang dibelinya tadi. Dia berpaling dan terus berjalan menuju ke pintu keluar.

Amili berpaling semula menghadap tiga orang jejaka yang masih memandang kepadanya.

“Wan! Kau nak tidur sini ke?” jerit Amili.

Kelam kabut si Wan berlari anak mendapatkan Amili.

“Kami memang suka menderma. Nanti kalau dah habis baca benda-benda dalam beg plastik tu, jangan segan-segan pulangkan balik ke sini,” jerit Azim dengan sindiran pedas.

Hadi dah terkekeh-kekeh ketawa sambil memegang perutnya.

Amili mendengus. Dia mengeluarkan dua keping not lima puluh dari dalam beg duitnya. Kakinya dihayun laju ke kaunter.

“Nah. Ingat aku tak mampu ke?” Amili menghentak kuat tangannya di atas kaunter. Mukanya menyeringai.

“Ouchhh! Sakitnya,” usik Azim sambil tersengih.

Keep the change.” Amili terus berlalu pergi. Tak kuasa nak melayan loyar buruk Azim. Tapi telinganya dapat  menangkap kata-kata sinis Azim.

“Esok datang lagi. Banyak lebihnya ni. Manalah tahu esok cerita penulis perasan keluar dalam suratkhabar,” jerit Azim.

Amili menjelirkan lidah sebelum menguak pintu dan keluar.

Azim membalas dengan menjelir lidah juga. Persis budak-budak kecil yang bergaduh.

“Kau ni, Azim. Kesian budak tu.” Hadi gelengkan kepala. Tawanya masih bersisa.

“Dah dia perasan bagus. Aku memang tak boleh blah dengan orang yang berlagak,” beritahu Azim.

“Kau pun satu. Yang pergi tuang minyak buat apa?” Hadi geleng kepala lagi. Masak benar dengan perangai sengal kawannya.

“Nasib aku satu. Kalau aku ni ada dua, lagi teruk budak tu kena.” Azim tersengih dan berlalu dari kaunter.

“Itu nak pergi mana? Buku tak habis kemas lagi?” soal Hadi.

“Wah! Ini siapa bos siapa kuli ni?” Azim berdiri di pintu dengan kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar.

“Aku tahulah aku kuli. Sengallah kau. Suka nak kecikkan hati aku.” Hadi berganjak dan menuju ke rak-rak buku.

Bro, badan berketak-ketak macam kau ni, sangatlah tak machonya nak merajuk-rajuk. Aku nak pergi pulang balik duit si penulis perasan tu.” Muncung Azim menghala ke luar.

“Kau kenal dia ke, Azim?”

“Alah… penulis perasan tu kan kerja dekat kedai bunga seberang sana. Aku ciow dulu.” Azim terus keluar.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

20 comments:

  1. aduhhh... kak syeena next n3 pelisssss hehe harini hari terjah blog

    ReplyDelete
  2. Auwwww 2-2 pun Mcm kanak2 ribena...Senggal. Tp Wan aka Wani tu mesti lawak...

    ReplyDelete
  3. waaaa kli ni BFF heroin cik yg tidak cik ya syeena

    ReplyDelete
  4. Yang pastinya, kalau tulisan Syeena, mesti kita ikuti sampai jumpa berkataan TAMAT.

    ReplyDelete
  5. Hehe dah ingat, cepat smbung ye pn writer, kita tunggu..

    ReplyDelete
  6. Intro menarik..harus follow cite ni
    Best :-D

    ReplyDelete
  7. Oh huhu hurm..hahaha kelakarla yg bahagian wan err wani tu..emm i like :D

    ReplyDelete
  8. Nexttt n3 kak syenaaa...pelisssss....hihihi...bestttt la...

    ReplyDelete