“Penatnya...” Adni Farha mengeluh.
Kepala dilentokkan di bahu mamanya.
“Penat? Semalam okay aje.” Mama Adni Farha menoleh kepada anaknya.
“Semalam engineer hati beku tak ada.” Selamba Adni Farha mengata bosnya.
“Hesy…tak baik gelar orang macam tu.
Mama tak pernah ajar kan?” nasihat mama Adni Farha.
“Betul, ma. Dia memang hati beku. Bukan
hati saja yang beku, mulut pulak macam mulut longkang,” sambung Adni Farha
lagi.
“Anak dara ni…memang tak sayang mulut,
eh?” lengan Adni Farha dicubit manja.
“Ouchhh…mama!”
Adni Farha dah terjerit.
“Tahu pun sakit. Mengata orang tak
ingat.”
“Dia kata Adni lembap, ma. Sebab tulah
Adni kata dia mulut longkang,” ujar Adni Farha tidak mahu mengalah disertakan
sekali bukti.
“Mesti ada sebab dia cakap macam tu.”
“Itu Adni tak tahu tapi yang Adni
bengang boleh pulak dia suruh Adni semak fail-fail projek yang bertimbun tu. Dahlah
nak petang tu jugak. Bila Adni tanya apa yang Adni kena semak, dan dan dia
cakap Adni lembap.”
“Oi! Cik kak oi!!! Kalau mama pun sama
cakap awak lembap.”
“Apasal pulak?”
“Dah awak tu engineer takkanlah tak tahu langsung apa kerja awak. Nancy dengan
Zai kat butik tu pun tahu apa diaorang kena buat masa awal-awal masuk kerja
tau.” Mama Adni Farha menyokong kata-kata bos Adni Farha itu. Faham sangat
dengan perangai Adni Farha yang kelam kabut. Itu yang menampakkan dia lembap.
“Ma…Adni ni anak mama bukannya si hati
beku tu. Patutnya mama back up Adni. Tak
sukalah macam ni.” Adni Farha dah muncung. Mama Adni Farha ketawa.
“Bilalah kamu ni nak matang? Dah dua puluh
lima tahun Adni oiii…”
“Bukan tak matanglah, ma…manja.”
“Ya lah tu. Dah pergi mandi sana. Busuk
sangat kamu ni. Baju pun dah kotor mama tengok.” Mama Adni Farha mengusik.
“Ma…baju ni seksi sangat ke?” Adni Farha
bangun dan berpusing-pusing depan mamanya. Teringat kata-kata Ayman Fareeq
tengahari tadi bila mamanya bercakap pasal baju yang dipakainya.
“No
comment. Adni boleh fikir sendiri.” Mama Adni Farha tidak mahu memaksa
anaknya. Dia pasti anak daranya akan berubah juga suatu hari nanti. Dia tidak
mengaharp Adni Farha berhijab cukuplah pakaian yang dipakai lebih sopan. Dia
sendiri tidak pernah lupa mendoakan Adni Farha setiap kali selepas menunaikan
solat lima waktu.
“Tadi pergi site.” Adni Farha masih mahu bercerita pada mamanya. Kedengaran
seseorang membuka kasut di luar.
“Kamu pergi site dengan pakaian macam ni?” tiba-tiba suara garau papanya menyergah
dan menyampuk perbualan Adni dan mamanya. Adni Farha menganggukkan kepalanya.
Mama Adni Farha sudah gelengkan kepala.
“Encik Ayman tak bagitahu awal-awal. Manalah
Adni tahu.” Adni Farha menjawab membela diri.
“Ooo…Ayman nama dia. Sedap. Pandai-pandai
aje panggil hati beku mulut longkang bagai.” Mama Adni Farha mengusik lagi. Bertambah
panjang muncung Adni Farha.
“Love…patutnya
Adni tahu kan kalau kerja macam Adni ni pakaian apa yang sesuai. Adni dah dua
puluh lima tahun, dah boleh kahwin pun. Papa sendiri sakit mata tengok Adni
pakai macam ni. Apalagi lelaki lain.” Papa Adni Farha cuba menyedarkan anak
daranya yang manja.
“Seksi sangat ke? Encik Ayman pun cakap
macam tu.” Adni Farha mengeluh. Dia duduk semula di atas sofa.
“Betullah tu. So, macam mana first time
pergi site?” soal papa Adni Farha.
“So
so lah. Yang tak bestnya kena
pakai but Phua Chu Kang and worst to
worst kaki Adni terperosok dalam lubang,” adu Adni Farha. Papanya ketawa
berdekah-dekah. Muka Adni Farha dah cemberut.
“Ini mesti anak mama buat gaya diva dia
tu kan?”
“Mana ada tapi memang tak glam langsung. Dah macam mat-mat indon
yang kerja kontrak kat situ. Cuba mama dengan papa bayangkan, anak mama yang
cantik macam miss universe ni dipaksa
pakai but kuning tu. Ditekankan kat sini dipaksa. Geram tau.”
“Memang patut pun bos kamu buat macam
tu. Lain kali tak adalah kamu nak pakai serupa ini bila pergi site.”
“Papa ni sama macam mama. Sikit pun tak
nak sokong Adni. Adni nak naiklah.” Adni Farha berjalan sambil
menghentak-hentakkan kakinya. Protes.
“Bilalah anak dara awak tu nak matang
Hasnah oiii…” papa Adni Farha hanya tersenyum melihat tingkah anak daranya.
“Awak tu yang manjakan dia sangat abang
Hussain. Dari dulu lagi ikutkan sangat segala kehendak dia. Baru kerja seminggu
macam-macam hal dia buat,” Mama Adni Farha membebel. Dia menghulurkan segelas
air suam kepada suaminya. Papa Adni Farha menyambutnya dan minum sehingga
habis.
“In shaa Allah Adni akan berubah. Budak ‘tu’
boleh dipercayai. Saya percaya itu.” Papa Adni Farha tersenyum dengan rancangan
yang dia telah aturkan untuk anak daranya. Dia kemudian bangun dan berjalan
menuju ke biliknya untuk mandi dan berehat. Tinggallah mama Adni Farha seorang
diri dibawah untuk menyiapkan makan malam mereka sekeluarga.
Selesai mandi, Adni Farha duduk di atas
katil. Dia membelek kaki kirinya. Terdapat kesan lebam kecil berdekatan dengan
buku lalinya. Adni Farha mencari minyak urut di dalam laci di tepi katil. Perlahan-lahan
dia mengurut kakinya. Sesekali dia berdecit bila terasa sakit. Sebab itulah dia
malas hendak bekerja. Bila bekerja macam nilah jadinya tapi mama dengan papa
tak faham. Namun Adni Farha terfikir semula. Betul jugak cakap orang tuanya, sampai
bila dia nak harapkan duit elaun bulanan dari papa. Penat belajar setengah mati
semata-mata nak dapatkan segulung ijazah takkanlah nak goyang kaki kat
rumahkan. Dalam sibuk mengelamun dengan mengurut manja kakinya, Sony Xperia Znya berbunyi. Pantas tangannya
mencapai telefon bimbit yang diletakkan di hujung kaki. Serentak itu bunyi seperti
kaca pecah berderai di atas lantai. Adni Farha pandang ke bawah.
“Allah…” Adni Farha terjerit kecil. Dia
memandang semula nama yang tertera di telefon bimbit. Zana, kawan baiknya yang sekepala,
sebantal, segonjeng dan segala ‘se’lah menghantar pesanan ringkas. Tanpa membuang
masa komputer riba di buka. Ikon skype
ditekan. Tak sampai satu minit muka Zana muncul sambil tersengih-sengih
melambai padanya.
“Bengonglah
kau,” jerit Adni Farha.
“Assalammualaikum, sahabat sejatiku,”
balas Zana masih melambai-lambaikan tangan.
“Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh.”
Nak sangat kenakan aku kan, bisik Adni Farha. Dia mencebik.
“Chilllah,
babe. Kenapa marah-marah ni?”
“Nak baca text kau lah sampai pecah botol minyak urut ni tahu tak,” bentak Adni
Farha sambil mengangkat sedikit komputer ribanya dan menghalakan kamera pada
botol minyak urut yang pecah tadi.
“Manalah aku tahu tapi bukan salah aku,
kau tu yang kalut sangat.”
“Yalah…aku kan memang macam tu. Semua
yang buruk bagi kat aku,” perlahan Adni Farha menjawab seolah merajuk.
“Ek
eleh…nak sentap bagai. Wake up
Adni. You’re twenty five. Dah suku
abad. Be matured, girl.”
“Eee…aku maturedlah ni. Kau tu yang layan aku macam budak-budak but I like.” Adni Farha tersengih.
“Yalah…manja terlebih.” Usik Zana. Dia ketawa
terkekeh-kekeh.
“What’s
up? Kau kalau tak ada benda penting mana nak contact aku kan? Maklumlah orang tu dah dok ‘oberse’.”
“Tolong sikit eh…bukan aku ke yang
selalu call kau. Nak harapkan anak
manja Pak Hussain ni call. Memang taklah.”
Zana julingkan mata dan pandang ke atas.
“Ooo…eh?” Adni Farha senyum mengejek.
“Adni…ceritalah pasal kerja kau. Okay ke tak? Ada jumpa mamat yang yummeh-yummeh tak?”
“Kau ni Zana…memang tak ada benda lain
kan selain dari lelaki aje kat kepala otak kau tu.”
“Well…you know me.” Zana buat gaya divanya.
Meledak ketawa ke dua-duanya. Sengal.
“Kerja aku biasa-biasa aje. Tak adalah best sangat macam kau, kerja kat ‘oberse’. Aku ni kena mengadap bos hati
beku plus mulut longkang.” Adni Farha
mula membuka cerita.
“I
smell something here.” Zana dah mula joget-jogetkan kening.
“Kau jangan mengarut eh…”
“Muda ke tua? Hensem tak?” Zana dah mula meniarap.
“Muda ke? Bolehlah…but he is thirty. Muka dia macam model iklan Nescafe 3 in 1 tu. Tinggi. Kalau berdiri sebelah aku kira aku ni
paras telinga dialah. Kulit tak cerah tak gelap, so so. Renungan mata memang tajam. Boleh cair kalau pandang
lama-lama.” Zana tak berkelip-kelip mendengar butir bicara Adni Farha. Adni
Farha melambai-lambai.
“Hoi!!!” Adni Farha menjerit kuat.
“Sorry.
Sorry. Your description showing that he is so yummeh.” Zana buat aksi
menjilat bibir.
“Euwww…mulut
longkang tu kau kata yummeh?” Adni
Farha mencebik.
“Wait!
Wait! Wait!...apa yang menyebabkan kau panggil dia mulut longkang?” Zana
bulatkan mata.
“Dia cakap aku lembap.”
“Betullah tu.”
“Zana!!!”
“Okay,
okay, okay. Continue your story.”
Zana angkat kedua-dua tangannya.
“Aku kan baru mula kerja. Manalah aku
tahu kena buat apa. Dah seminggu baru mulut longkang tu muncul. Hah kau…dia
bagi aku fail menggunung suruh semak. Bila aku tanya kena semak apa, itu yang
dia cakap aku lembap. Aku jawab baliklah aku tak lembap then dia tanya balik kat aku masa apply kerja minta jawatan apa and
apa kerjanya. Bengang aku, siot.”
“Aku setuju dengan bos kau tu. Itulah
kau lama sangat tanam anggur. Habis semua kau lupa kan. Bukan kita tak pernah
buat praktikal dulu.”
“Aku saja je nak test dia. Tak sangka pulak mulut dia bau longkang.”
“Tak baik tau kau gelar dia macam tu.
Ada gambar dia tak? Meh arr tunjuk
kat aku.”
“Euwww…tak kuasa aku. Dia memang patut
dapat gelaran tu. Pagi tadi aje dah ajak aku pergi site dengan aku yang pakai skirt.
Naik four by four. Bagi aku pakai but
kuning paras lutut. Gila.”
“Adni! You’re an engineer. How come
kau boleh pakai skirt pergi kerja?”
Zana menjerit. Adni jauhkan sedikit mukanya dari kamera.
“Alah…satu hari je nak bergaya.” Adni
menyelak sedikit rambutnya ala-ala diva.
“Kau ni…diva je lebih. Look here, my friend! Kita ni kerja
banyak kena buat site visit. Dress code kenalah sesuai.”
“Yalah, yalah. Aku tak pakai skirt lagi lepas ni. Heels pun tak jugak. Tak pasal-pasal
kaki aku lebam hari ni.”
“Itu balasan Allah. Sekarang Allah bayar
cash aje. Sure kau asyik kutuk bos kau tu je kan?”
“Teruklah kau. Bukannya nak kesian kat
aku.”
“Kesian mak yan. Kau tu bukan boleh bagi
muka sangat.”
“Eh, Zana! Kau kat sana best tak?” Adni Farha mengalih topik perbualan.
Dia juga nak tahu perkembangan kawan baiknya ini di rantau orang. Zana yang
juga seorang engineer di Audtralia.
“Honey!!!”
terdengar suara seseorang memanggil Zana di sana. Zana memberi isyarat supaya
Adni Farha tunggu sebentar. Dia menoleh ke belakang.
“Ada apa dear?” tanya Zana.
“You
skype dengan siapa?” Muncul seorang jejaka di sebelah Zana.
“Hai, Farish!!!” Adni Farha melambai.
“My
beloved friend, Adni Farha,” jawab Zana. Farish membalas lambaian Adni
Farha. Tangannya sudah memeluk erat bahu Zana.
“Adni…I kena kidnapped kawan you sekejaplah. Perut I dah lapar. Okay tak, honey?” tanpa
segan silu Farish mencium pipi Zana.
“Euwww!!!”
Adni Farha menjerit. Zana dan Farish ketawa.
“Itulah orang suruh kahwin cepat tak
mahu. Ada orang nak, jual mahal. My advise
is kau tacklelah bos hati beku
mulut longkang kau tu. Aku dapat rasakan korang
ada kimia.”
“Betul Adni. You better settle down awal. Seronok.” Farish menambah dan
mengiyakan kata-kata isterinya.
“Blahlah
korang. Dah, dah pergi makan sana. Jangan
nak buat aksi lapan belas sx depan aku.”
“Okay, Adni. We’ll chat again later. Jangan lembap sangat tau. Kau tu bukannya
tak cantik. Macam model lagi adalah. I’m
sure bos kau tu saja tutup hati dia. Siapa aje yang tak terpikat tengok
kawan aku yang cantik, ni. Be good, girl.”
Zana kenyit mata.
“Baiklah sahabatku. Hope korang baik-baik aje kat sana. Make sure masa aku lawat korang nanti dah ada baby. Bye Zana, Farish.
Assalammualaikum.” Mereka melambai-lambai sebelum talian dimatikan.
Komputer riba ditutup. Adni Farha
lekas-lekas menuju ke bilik air bila teringatkan botol minyak urut yang pecah tadi
masih belum dibersihkan. Baru sahaja masuk ke dalam bilik air lagu Roar Katy Perry berkumandang kuat. Kelam
kabut Adni Farha mendapatkan Sony Xperia
Znya. Elok sahaja tangannya mencapai telefon bimbit dan butang hijau di slide, dia terjatuh.
“Aduh!!!” jerit Adni Farha kuat. Telefon
bimbit dipegang kejap. Nasib tak terlepas. Adni Farha cuba bangun tapi
punggungnya terasa sakit.
“Hello! Hello! Hello! Adni, are you there?!” suara pemanggil
kedengaran cemas. Adni Farha cuba mengecam suara yang memanggil namanya. Telefon
bimbit dilarikan dari cuping telinga. Tiada nama pemanggil yang tertera di
skrin telefon bimbitnya. Dilekapkan kembali ke telinganya.
“Hello…” Adni Farha menjawab
teragak-agak.
“Thank
you Allah. Kenapa dengan awak?” tanya si pemanggil. Bulat mata Adni Farha
bila mindanya dapat mencerna suara si pemanggil. Memang tak boleh
disebut-sebutlah orang ni. Macam tahu-tahu aje.
“Errr…Encik Ayman?” tanya Adni Farha
ragu-ragu.
“Sayalah. Awak ingat siapa? Hantu?”
balas Ayman Fareeq bengang.
“Hesy…mana ada saya cakap hantu. Kalau hantu
memang taklah saya nak jawab. Eh, hantu pandai ke telefon orang atau ni memang
hantu?” selamba Adni Farha mengenakan bosnya.
“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq menjerit
kuat. Adni Farha menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga.
“Tak payahlah jerit-jerit. Saya belum
pekak lagi.”
“Saya tahu awak tak pekak cuma lembap
aje kan.” Ayman Fareeq memulangkan paku buah keras.
“Encik Ayman call saya ni ada apa? Sesedap rasa aje kutuk orang. Mana dapat
nombor telefon saya?” balas Adni Farha dengan suara sedikit meninggi. Geram. Dia
yang sibuk-sibuk telefon kita. Lepas tu ikut suka hati dia aje nak kutuk-kutuk
orang.
“Ehem…ehem…” Ayman Fareeq berdehem untuk
meredakan keadaan.
“Kalau dah tahu sakit tekak tak payah
nak telefon saya bagai,” perli Adni Farha. Dia mencuba untuk bangun lagi tetapi
masih tak terdaya. Tanpa sedar terdengar suaranya mengaduh kecil.
“Awak kat mana ni?” polos Ayman Fareeq
bertanya. Prihatin.
“Kat rumahlah…” jawab Adni Farha acuh
tak acuh. Sewel agaknya bos aku ni. Mimpi apa agaknya call aku malam-malam buta ni. Tanya soalan pun soalan di luar alam.
“Saya tahulah kat rumah. Maksud saya
sekarang ni awak kat mana? Bilik? Duduk? Baring? Atau tengah ehem-ehem?” balas
Ayman Fareeq tidak mahu mengalah.
“Duduklah…kat atas lantai. Terjatuh tadi.”
“Patutlah tadi saya macam terdengar
bunyi nangka busuk jatuh. Hahaha…”
“Encik Ayman tak jawab lagi soalan saya
tadi. Ada hal apa call saya and mana dapat nombor saya?” Adni Farha
malas nak bertekak dengan bosnya. Tak ada mood.
“Awak kan berkerja di bawah seliaan saya
mestilah saya ada simpan nombor awak. Bukan nombor awak je malah semua staf
bawah saya.”
“Yalah tu…” Adni Farha dah julingkan
mata.
“Esok lepas meeting dengan Dato’
Hussain, awak ikut saya pergi site visit.
Dress properly,” beritahu Ayman
Fareeq lebih kepada arahan dari Ayman Fareeq.
“Aikkk…baru nak bagitahu? Kenapa tak
cakap kat pejabat tadi?”
“Awak ni kan…memang lembaplah. Kalau saya
tak beritahu, awak kata kenapa tak beritahu awal-awal. Ini bila saya dah
beritahu awak cakap macam ni pulak.”
“Bukan apa tadi kat pejabat kenapa tak cakap
terus.”
“Sukahati sayalah.”
“Kenapa saya? Kenapa tak ajak Nadia ke
Aqilah ke Zara ke Athirah ke atau Nabila ke?”
“Boleh tak jangan persoalkan siapa yang
saya nak bawak untuk site visit? They all tu dah biasa. Saya dah boleh
lepaskan untuk diaorang pergi
sendiri. Awak tu budak baru. Banyak benda kena belajar.”
“Tak boleh tukar orang lain eh, Encik
Ayman?” Adni Farha cuba tawar menawar dengan bosnya.
“Nope.”
“Alah…kaki saya belum baik lagi. Ni bertambah
dengan terhentak tadi,” Adni Farha cuba merayu lagi.
“Ada saya kisah?”
“Yalah, yalah.” Adni Farha terpaksa
bersetuju. Ayman Fareeq dah tersenyum herot.
“Jangan lupa to put on proper attire. Assalammualaikum.” Talian terus dimatikan
tanpa sempat Adni Farha membalas.
“Ek
eleh…mulut longkang betul.” Adni Farha mencampakkan telefon bimbitnya di atas
katil. Dia berpaut pada birai katil dan dengan sekuat tenaga dia cuba untuk
bangun. Setelah berhempas pulas lebih kurang sepuluh minit dengan muka
berkerut-kerut akhirnya Adni Farha berjaya naik ke katil. Dia duduk termenung
sekejap. Bila rasa sakit punggung dah hilang dia kembali berjalan ke bilik air
semula untuk membersihkan lantai.
Sambil
mengelap lantai mulut Adni Farha terkumat kamit menyumpah Zana dan Ayman
Fareeq. Mereka berdualah penyebab dia jatuh terduduk tadi. Kemudian Adni Farha
menutup mulutnya. Teringat kata-kata Zana pasal balasan serta merta dari Allah
andai kita mengutuk seseorang.
“Tak
apa esok jumpa mulut longkang tu aku mintak maaf.” Sekali lagi Adni Farha menutup
mulutnya kerana lancang mengutuk bosnya.
“Phuiii…”
Adni Farha meludah kecil. Tak sedar tangan yang digunakan untuk menutup
mulutnya masih memegang kain lap yang digunakan untuk mengelap minyak yang
tumpah. Betul kata Zana. Allah bayar cash.
Adni Farha geleng kepala.
Best.
ReplyDeleteterima kasih baby...
Deletekelakar la Adni ni...best...
ReplyDeleteDia lurus orangnya....
Delete