Tuesday, July 23, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 4


“Reen!” panggil Amanda kuat.

Yup,” sahut Reen acuh tak acuh. Mata dia masih tertancap di skrin komputer.

“Pastri untuk hotel dah hantar ke?” tanya Amanda.

On the way. Aku tengah buat senarai ni. Nak samakan dengan PO yang diaorang bagi. Nanti bising pula Lydia, nak buat invois bagai. Kalau tak lengkap, aku juga yang kena,” jawab Reen sambil memandang ke hadapan.

Aikkk… mana tuan punya suara ni? Dia tak cakap sorangkan tadi? Reen menggaru kepala.

“Ada kutu ke?” sergah Amanda.

“Kusss… semangat. Kau ni pagi-pagi dah buat jantung aku terloncat tau. Boleh pendek umur macam ni. Tak reti nak bagi salam ke, Cik Amanda oiii!” Reen mengurut dada. Terperanjat dek kelibat Amanda yang muncul tiba-tiba dengan tepung bertepek sana sini di muka. Mahu tak terkejut dia.

“Hello, Cik Nada Qaireen! Dah banyak kali aku bagi salam. Kau tu je yang tak dengar, khusyuk sangat,” balas Amanda. Dia menarik kerusi di hadapan meja kerja Reen.

“Ya ke? Kenapa aku tak dengar?” Reen tersengih ke arah Amanda.

“Salam yang aku bagi memang kau tak dengar. Tapi pasal order-order ni kau dengar pula kan. Telinga lintah. Maklumlah pekerja cemerlang,” giat Amanda.

“Eh! Kau baru tahu ke aku pekerja cemerlang? Kalau tak bagi komitmen kat syarikat nanti bos marah pula,” usik Reen pula. Meletus ketawa kedua-duanya. Hilang tekanan.

“Sekejap-sekejap, lintah ada telinga ke?” Reen buat muka tanda soal.

“Hoi makcik, Itu peribahasalah! Kata aje BM A campur. Jangan nak blur sangat eh pagi-pagi ni.” Amanda melemparkan pemadam pada Reen.

Reen mengelak dan ketawa halus.

“Kau ni. Aku baru nak buat muka suci tau,” Reen tersengih memandang Amanda.

“Iyalah. Kau kan memang cemerlang, terbilang, kerja semua tip top, suci hati lagi. Siapa lagilah yang aku nak harapkan. Kalau tak ada mulut becok ni tak majulah kedai ni,” balas Amanda saja buat-buat sedih, biar Reen terharu.

“Dah, dah. Jangan nak berdrama pula. Ni apasal tepung penuh kat muka?” soal Reen. Muka Amanda dibelek penuh minat.

“Aku kat dapur tadi. Tengok-tengok persiapan yang diaorang buat untuk majlis Cik Wani lusa nanti. Abang aku tiba-tiba telefon tanya pasal pastri. Tu yang aku kelam kabut cari kau. Sampai tak sempat nak cuci tangan tapi aku tetap cantikkan?” jawab Amanda panjang lebar sambil menari-narikan kening dia.

Hesy… sempat lagi nak puji diri sendiri,” Reen mencebikkan bibir.

Well, you do know me,” balas Amanda semula.

I do. Tapi kenapa abang kau telefon? Macam tak biasa pula. Kita tak pernah hantar lewatkan?” tanya Reen pelik.

“Kau tak semak planner kau ke? Hari ni kan dah mula Seminar Pelaburan Antarabangsa kat Hotel Amazon. Banyak delegasi dari luar negara. Abang aku tak nak ada lopong sana sini, terutama makanan.”

Kelam kabut Reen menyelak buku notanya. Kemudian dahi di tepuk berkali-kali.

Don’t tell me you didn’t write it?” soal Amanda.

My bad. Aku tulis tapi esok bukan hari ni. Ni semua pelanggan VIP kau punya pasallah. Sampai aku tersalah tulis tau,” jawab Reen selamba menyalahkan Cik Wani.

“Kuat juga penangan perempuan tu kan.” Amanda ketawa. Kesian Cik Wani. 

“Jangan seru-seru nama dia boleh tak? Buatnya dia muncul, seriau.” Reen menjungkitkan bahu sambil kepala digeleng laju.

Amanda hanya tertawa lucu.

Hesy… kau ni. Aku kena seru juga nama dia. Ada separuh lagi dia belum bayar,” jawab Amanda berungguh-sungguh.

“Bagus sangatlah tu. Nanti dia datang kau layan. Kau aje yang boleh layan perempuan tu,” balas Reen. Siapa nak cari bala layan perempuan cerewet macam tu. Tak kuasa.

“Huh! Ini pun satu hal lagi. Today, you have to entertain her. Aku kena pergi hotel. Abang aku suruh. Lagi pun dah lama sangat aku tak tunjuk muka. Papa aku pun dah bising. Boleh eh, Reen?” Amanda mengerdip-ngerdipkan matanya. Buat muka paling comel.

“Allah… kenapa aku? Lydia mana?” soal Reen semula.

“Lydia kena jumpa pembekal. Kes barang-barang yang tak cukup tu, kau ingatkan? Diaorang kata kita tak buat bayaran sebab itulah tak semua barang-barang yang kita pesan dihantar,” jelas Amanda.

“Setahu aku setiap hujung bulan, Lydia akan bagi cek pada pemandu van. Macam mana pula diaorang boleh cakap kita tak bayar? Pelik.” soal Reen semula.

“Kena songlap. Susah bila kita berurusan dengan orang yang tak jujur. Itu yang aku minta Lydia sendiri pergi ke sana bagi cek pada pembekal,” jawab Amanda.

“Cek tu cek berpalangkan? Boleh tunaikan jugak ke?” soal Reen semula.

“Orang kalau nak menipu, macam-macam cara dia boleh buat. Alamak! Aku dah lambat ni. Kang kena tazkirah percuma jek. Aku blah dululah. Kau layan elok-elok perempuan tu. Make sure she pays. Kalau tak aku potong gaji kau.” Terkocoh kacah Amanda bangun. Sempat lagi dia mengusik Reen. Kakinya laju melangkah ke bilik sebelah. Beg sandang Prada dan kunci kereta di atas meja segera dicapai.

You’re the boss!” jerit Reen. Eee… masa nilah korang berdua ada hal. Saja nak pedajal dialah tu. Ya Allah, ya Tuhanku! Kau lembutkanlah hati Cik Wani. Janganlah perempuan tu buat perangai diva. Amin ya rabbal alamin. Reen meraup mukanya.

“Amanda! Dah kat mana?” soal Adwan. Suaranya tinggi satu oktaf.

Amanda menjauhkan telinganya dari telefon bimbit. Eee… Along ni boleh pekak telinga dia.

“Assalammualaikum, Along,” sindir Amanda.

“Waalaikummussalam,” jawab Adwan mendatar. Sedar dia alpa. Main terjah aje. Dia tengah serabut. Banyak benda nak kena fikir bila menguruskan seminar besar macam ni.

“Orang baru keluar kedai ni,” jawab Amanda lembut.

What?” suara Adwan naik satu oktaf semula.

“Allah! Along ni kalau tak jerit-jerit tak boleh ke? Cair taik telinga tau,” usik Amanda saja nak kendurkan suasana. Dia tahu dia dah lambat. Sambil itu dia berlari anak mendapatkan kereta dia yang diparkir di hujung bangunan.

“Ouchhh… maaf.” Amanda tunduk mengutip kunci keretanya yang jatuh tanpa memandang orang yang dilanggar tadi. Dia terus berlari anak. Telefon bimbit masih melekap di telinga.

“Lain kali kalau nak telefon jangan sambil berlari!” jerit orang yang dilanggar tadi.

Amanda hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling ke arah pemilik suara itu.

Sesampai di kereta, Amanda terpandangkan kereta Audi R8 hitam yang diparkir sebelah keretanya. Macam kenal. Entah-entah yang dia langgar tadi… Akid. Dia meninjau ke kaki lima bangunan. Tak ada pun. Bukan kut. Dia menjungkitkan bahu. Enjin kereta dihidupkan.

“Along, kita sambung kat hotel nanti. Tadi pun Amanda dah terlanggar orang. Suara Along tu kuat sangatlah. Assalammualaikum.” Amanda terus mematikan talian tanpa sempat Adwan menjawab.

Adwan mendengus geram. Telefon bimbit di tangan rasa macam nak dibaling aje. Satu perangai Amanda yang dia tak boleh kompromi langsung, suka mengelak bila ada buat salah. Nasib badanlah dapat adik perangai tak semenggah ni. Adwan tersenyum kelat.

Sementara menunggu Amanda sampai, Adwan dengan ditemani Rina, pembantu peribadinya sempat meninjau keadaan dewan yang akan digunakan untuk seminar, susun atur ruang makan yang disediakan dan meneliti tentatif seminar tersebut agar semuanya berjalan lancar. Ada yang tidak kena dimatanya ditegur. Habis semua pekerja dikerahnya untuk berikan yang terbaik. Tak ada yang terkecuali.

Sedang Adwan leka memerhati semua pekerja bekerja, terasa ada sesuatu menjalar di tengkuk. Di tepis-tepis benda yang mengganggu tumpuannya. Semakin ditepis semakin menjadi-jadi pula benda tu menjalar.

Hesy…” gumam Adwan keras. Tiba-tiba telinga dia menangkap suara ketawa di belakang. Dia berpaling. Dilihat Amanda galak ketawa sambil menekan perut. Di tangan Amanda ada secarik bulu ayam.

“Zulfa Amanda! What are you trying to do? This is not funny, okay!” marah Adwan. Suaranya sedikit meninggi.

“Along ni, gurau sikit pun tak boleh,” lemah Amanda menjawab. Dia bermain dengan jari jemarinya. Gugup bila dengar suara Adwan naik satu oktaf.

Look here, young lady. Just bear in mind, we are working here not playing!”

Copy that.”

Well, what took you so long to get here?” soal Adwan.

“Ada hal sikit dekat kedai. Lagipun jalan pun sesak tadi. Maaf.”

“Lain kali jangan buat lagi. Time is money. Papa pun dah banyak kali cakap kat kita kan? Dahlah banyak kerja kat atas tu” nasihat Adwan tegas.

My bad. Sorry again. So, shoot.” Amanda tersenyum. Dia tahu Adwan kalau pasal kerja memang fokus. Guraulah macam mana pun, memang dia boo layan. Sama macam Reen. Bolehlah kenenkan diaorang ni.

Keep your smiles.” Amanda terkedu. Ketara sangat ke.

“Sekarang Along nak Amanda pergi dapur jumpa Chef Amir. Mr. Rama will accompany you. He is our F & B Manager. Rina, panggil Mr. Rama turun sekarang. Saya dah beritahu kat dia pagi tadi,” arah Adwan tegas.

Rina angguk dan beredar.

“Banyak benda yang Amanda boleh belajar dengan dia nanti. Macam mana nak pastikan standard perkhidmatan yang kita bagi bagus, nak kekalkan kualiti makanan yang disediakan dan persembahan makanan yang tinggi, macam mana nak tangani aduan pelanggan. Communication skill. He got a lot of experience” terang Adwan panjang lebar.

“Eee… orang tahulah. Ada belajar dulu. Along lupa ke? Lagi satu, sama aje kut dengan uruskan Lovely Bakery tu,” balas Amanda tak mahu kalah.

“Zulfa Amanda!”

Amanda kaget. Diam tak berkutik.

Terbuntang mata Adwan memandang adiknya. Panas hati dia bila Amanda terang-terangan memperlekehkan arahannya.

Please be serious! Itu teori. Mana nak sama dengan realiti. Jangan ingat apa yang kita belajar dulu sama dengan keadaan sebenar. Macam-macam benda boleh berlaku. Upside down. Semua tu tak di ajar masa kat u,” tegas Adwan.

Amanda hanya mengangguk-anggukkan kepala. Kagum dengan Adwan. Semua benda dia tahu. Memang patut abangnya dilantik sebagai Pengurus Besar Amazon Berhad.

Calm down, young man. That’s too much,” tepuk Mr. Rama di bahu Adwan. Cepat-cepat dia mencelah. Takut kemarahan Adwan berpanjangan. Dia pun segan sebenarnya dengan pujian yang Adwan berikan.

She deserves it mister,” balas Adwan. Bahu Mr. Rama pula ditepuk.

So, is this the beautiful young lady? Suite her,” tanya Mr. Rama sambil memandang ke arah Amanda. Cantik walaupun bertudung. Baju bercorak leopard dan kain kembang hitam dipadankan dengan kot hitam labuh bertali dan tudung juga bercorak leopard. Terserlah gaya seorang wanita korporat.

Amanda hanya tersenyum dan menundukkan kepala sedikit. Segan. Dia perasan Mr. Rama memerhatikan dia dari atas ke bawah.

Well Mr. Rama, please meet my one and only beautiful and beloved sister, Zulfa Amanda,” Adwan memperkenalkan mereka berdua.

Nice meeting you, Cik Zulfa.”

Just call me Amanda, Mr. Rama. Abang I banyak puji you. Harap-harap I tak menyusahkan you. Banyak benda I nak tanya nanti,” balas Amanda.

Anything for you, young lady. I akan cuba. I’m still learning. Kita belajar sama-sama,” jawab Mr. Rama merendah diri.

Don’t be so humble, Mr. Rama. I hope both of you can work together. Okay, Mr. Rama. She’s yours. Jangan segan-segan nak marah dia. I tak kisah. Biar dia belajar. After all, she will hold the responsibility one fine day.”

And you, little sister. Behave yourself. Gain as much knowledge as possible,” pesan Adwan kepada Amanda.

Oh please, Along! I’m not a child anymore. Dah shu, shu. Kata ada banyak kerja kat atas. Pergilah naik,” halau Amanda. Rimas bila dipanggil little sister.

You are still my little sister, Amanda. Okay, Mr. Rama. Got to go. Amanda, jangan buli Mr. Rama pula,” sempat Adwan menggosok kepala Amanda sebelum kaki dia laju menghala ke lif. Tersungging senyuman di bibir dia.

“Alonggg…!” jerit Amanda. Hesy, sempat lagi tu. Tangan dia ligat membetulkan tudung yang senget.

Shall we?” ajak Mr. Rama.

“Okey,” jawab Amanda pendek. Itupun setelah puas membelek rupanya di cermin yang terletak di ruang legar Hotel Amazon.

Amanda banyak bertanya dengan Mr. Rama berkaitan F & B. Dia setuju dengan kenyataan Adwan. Mr. Rama memang banyak pengalaman. Perbualan mereka semakin rancak bila Chef Amir pun turut serta.

Di suatu sudut, Dato’ Zayd hanya tersenyum memerhati. Lapang dadanya bila melihat anak gadisnya bersedia untuk belajar. Sekurang-kurangnya bila dia tak ada nanti, Adwan tak terbeban keseorangan.

“Dato,” panggil Pak Samad pemandu peribadinya bila pintu lif sudah terbuka.

Dato’ Zayd tersenyum dan melangkah masuk ke dalam lif.

4 comments: