AMANDA meraba-raba orang di sebelahnya. Mata terbuka bila cinta hati tiada di tempat tidurnya. Dia duduk dengan mata terpisat-pisat.
“Abang!” Amanda memerhati sekeliling mencari Akid.
Tiada jawapan.
Tidak sedap hati, Amanda turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air.
“Ya, Allah!” Terperanjat Amanda bila melihat cinta hatinya terbaring di atas lantai bilik air.
“Abang.” Amanda menggoncang perlahan badan Akid.
“Hmmm…” Akid menjawab lemah. Badannya mengerekot. Sejuk.
“Kenapa tidur sini?” Amanda berteleku menghadap Akid.
“Tak larat nak jalan dah,” gumam Akid perlahan.
“Kesiannya cinta hati sayang ni. Jom, sayang tolong papah.”
Amanda paksa Akid untuk duduk dulu sebelum berdiri.
“Sayang…you don’t have to do this. Preggy mum mana boleh buat kerja-kerja berat.” Akid gagahkan diri untuk duduk.
Tak tahu kenapa sepanjang malam tadi dia kerap muntah-muntah. Kandungan Amanda baru mencecah lapan minggu. Bermakna ada lagi empat minggu untuk melepasi trimester pertama. Entah dia larat entahkan tidak. Namun Akid redha dengan ujian yang Allah turunkan padanya.
“Perut pun belum nampak lagilah, abang. Jangan manja-manjakan sangat sayang abang ni.” Amanda tersenyum manis.
“Awal-awal ni lah kena jaga, sayang. Abang tak nak abang-abang sayang salahkan abang kalau terjadi apa-apa dekat sayang.” Akid buat muka monyok.
“Such a sweet talker. Sini sayang bagi upah.” Amanda mendaratkan bibirnya lembut di kedua-dua belah pipi Akid.
“Mana cukup, sayang,” rengek Akid.
“Haippp…tadi kata preggy mum tak boleh buat kerja-kerja berat.”
Amanda berdiri. Tangan dihulurkan.
Akid sambut huluran tangan Amanda.
“Berat-berat tak boleh maknanya yang ringan-ringan bolehlah kan?” bisik Akid romantis di telinga Amanda.
“Kalau macam ni punya gaya, dah boleh pergi kerjalah hari ini?” Amanda cuba kalih topik.
“Suka tau tak menjawab soalan.”
Akid terus mencempung Amanda.
“Abang!!!” Kelam-kabut Amanda memaut leher Akid. Cinta hati dia ini memang suka buat sesuatu di luar dugaan. Tak padan dengan lemah-lemah badan.
“Sayangkan vitamin abang.” Akid cium ubun-ubun Amanda.
HARI yang dinantikan tiba jua. Seluruh keluarga Amanda akan bertolak ke Muar untuk majlis merisik dan hantar tanda pasangan Adwan dan Reen.
Yang kelakarnya Adwan tak bagi Reen tunggu dia di sana. Di suruhnya kekasih hati dia tidur di rumah keluarganya. Memang tak menahan betul.
Amanda hanya gelengkan kepala sahaja dengan perangai abangnya itu. Tiba di depan bilik tamu, dia mengetuk perlahan. Bila dengar tombol kunci di pulas dari dalam, terus dia masuk.
“Reen!” Mak Long kau tak kisah ke kau dari sini dengan kami?” Amanda duduk di birai katil.
“Mak Long aku okey aje. Dah ada adik-adik dengan jiran yang tolong dekat sana.” Reen membetulkan selendang yang di pakai.
“Baguskan. Semuanya sepakat. Eh! Jomlah. Dia orang semua dah tunggu. Sarapan dulu.” Amanda berdiri. Beg baju Reen di tepi katil diambilnya.
Reen hanya mengangguk. Mengikut sahaja langkah Amanda. Dalam hati bersyukur sangat kerana perhubungan dia dan Adwan melangkah ke satu tahap lagi.
Selesai bersarapan dan sedikit bacaan doa oleh Dato’ Zayd mereka semua menaiki kenderaan masing-masing. Kereta dipandu Adwan bergerak perlahan meninggalkan perkarangan banglo keluarganya.
“Pak long dengan mak long tahu kan keluarga saya nak datang?” Adwan menoleh sekilas Reen di sebelahnya.
“Tahu.” Reen membalas pendek.
“Cakap sekali tak berapa orang yang datang?” soal Adwan lagi.
“Dah.” Reen jawab acuh tak acuh.
“Dia orang tak kisah ke kami datang ramai-ramai ni?” tanya Adwan.
“Dia orang lagi suka. Meriah. Awak ni kenapa sebenarnya? Rasanya tadi dekat rumah lagi awak dah tanya soalan yang sama.” Reen pusing sedikit posisi duduknya. Dia bersandar pada pintu dan menghadap Adwan.
“Berdebar.” Adwan tersengih.
“Poyo,” sahut satu suara dari tempat duduk belakang.
Adwan menjeling Amanda yang elok berbaring di atas riba Akid melalui cermin pandang belakang.
“Sayang, jangan kacau orang baru nak berkasih sayang tu,” sakat Akid pula.
Kedua-dua pengantin baru itu terkekeh-kekeh ketawa.
Reen tunduk tersipu-sipu bila diusik Akid dan Amanda.
“Berlagak eh kau orang. Patutnya kau yang drive. Ini terbalik aku pula,” bebel Adwan.
“Eh, eh! Pasangan halal aje yang boleh duduk dekat belakang ni, kan bang.” Amanda pegang pipi Akid.
“Betul cakap sayang. Kau duduk belakang bukan boleh buat apa pun, Adwan.” Akid mengelus lembut pipi Amanda.
“Halal tu memang halal. Kau buat aksi 18SX, dua-dua aku tinggalkan kat tepi higway ni,” ugut Adwan.
Geram. Sejak seminggu kedua-duanya berkampung di rumah orang tua mereka, tak pernah sekalipun mereka berhenti mengusik dia. Makin di balas makin menjadi-jadi pula.
“Awak…” Reen hanya menggelengkan kepala. Dia pun tak kuasa nak melayan gurauan Amanda dan Akid.
“Eee…takutnya.” Serentak Akid dan Amanda membalas. Masing-masing tertawa kuat.
“Balik nanti kau orang naik kereta papa.” Adwan masih tak mahu mengalah.
“Ehem…ehem…Kita sekarang ni naik kereta siapa ya?” Amanda bangun dan menjengukkan mukanya di tengah-tengah antara Adwan dan Reen.
“Tahulah kita naik kereta dia.” Adwan gosok kepala Amanda.
“Tahu tak apa.” Amanda buat muka berlagak.
“Sayang, dah jangan kacau orang nak bercinta tu. Kata pening kepala tadi.” Akid tarik tangan Amanda supaya bersandar di dadanya.
Amanda tersengih pada cinta hati.
Adwan tunjuk isyarat bagus pada adiknya.
“Baring sini diam-diam. Kita buat hal kita aje.” Akid kenyit mata.
“Kita buat hal kita, eh? Alright.” Amanda segera merehatkan kepalanya di riba Akid.
“Jangan melebih pula. Ingat sikit aku dengan Reen ni masih teruna dan dara.” Adwan sempat menitipkan pesanan.
“Don’t worry, bro. Paling tidak pun kami laga hidung aje.” Akid ketawa besar.
Amanda turut sama tertawa.
Reen hanya menggelengkan kepala.
“Sengal.” Adwan berdecit. Dia terus fokus pada pemanduannya.
Mereka berhenti sekejap di Hentian Rehat dan Rawat Machap. Adwan dan Reen terlebih dahulu keluar dari kereta.
“Sayang nak pergi toilet dulu. Abang tunggu dekat tempat makan tau.” Kelam-kabut Amanda berjalan menuju ke tandas. Panggilan alam yang tidak boleh di tahan-tahan.
“Careful, sayang.” Akid membuka pintu.
“Mana Amanda?” tanya Zuhayr Affan pada Akid.
“Pergi tandas.” Akid menutup kembali pintu kereta. Dia hanya tersengih memandang Affan.
“Dia mabuk ke?” Balqis yang berdiri di belakang Zuhayr Affan bertanya.
Akid geleng kepala.
“Taklah. Panggilan alam.”
Mereka bertiga kemudian berjalan seiring menuju ke tempat makan.
“You nak makan apa?” Mata Zuhayr Affan memerhati menu pada papan tanda di atas kepalanya.
“Roti bakar ajelah. Tadi dekat rumah you dah makan berat. Perut I ni bukan boleh tahan sangat.” Balqis turut sama membaca apa yang dijual.
“Cukup ke? Kampung Reen tu jauh lagi.” Zuhayr Affan memandang Balqis meminta kepastian.
“Nanti I cari junk food sikit. Boleh kunyah-kunyah dalam kereta.” Balqis tersengih.
“Angah! Takkanlah tak tahu. Bakal pengantin kena jaga badan. Nanti baju nikah tak muat,” sergah Amanda mencelah berdiri di antara Zuhayr Affan dan Balqis.
“Mana ada. Pandai-pandai ajelah Amanda ni.” Balqis memukul perlahan lengan Amanda.
“Betul juga cakap adik I ni. You, junk food tu tak baguslah.” Zuhayr Affan besarkan mata memandang Balqis.
“Kak Balqis nak beli junk food? Junk food apa?” Wajah Amanda teruja bila mendengar Balqis ingin membeli makanan ringan.
“Hei, mom to be! Junk food is not good for you either,” bebel Zuhayr Affan.
“Sayang, sini ikut abang. Suka sangat kacau orang.” Akid menarik tangan Amanda.
“Sorrylah Zuhayr. Wifey aku ni sejak-sejak pregnant suka sangat mengusik orang.” Akid tersengih.
Amanda dah memuncung.
“Aku pun hairan. Kau bagi apa dekat adik aku ni sampai jadi macam ni?” Zuhayr Affan menari-narikan keningnya.
“Bagi apa yang sepatutnya aku bagilah, kan sayang.” Akid tarik muncung Amanda.
“Euwww…” Serentak Zuhayr Affan dan Balqis bersuara.
Amanda tersenyum manja.
“Jealouslah tu. Kita pergi sebelah sanalah, bang. Kacau daun aje dia orang ni.” Amanda menuding jari ke arah kedai lain.
“Siapa entah yang kacau dia. Dia yang menempel dekat kita, kan you?” Zuhayr Affan memandang Balqis.
Balqis hanya mengangguk.
“Tak apa, sayang. Dia orang bukan boleh lebih-lebih pun. Come.” Akid sengaja mencium jari jemari Amanda yang bersulaman dengan jari jemari dia.
“Ingat sikit. Ini tempat awam,” sindir Zuhayr Affan.
Akid dan Amanda hanya ketawa. Mereka berjalan meninggalkan pasangan yang baru bertunang itu.
AKID menggenggam erat jemari Amanda. Pasangan itu sibuk memerhati deretan kek yang di jual di kiosk yang terkenal itu. Mereka memilih dua potong kek dan karipap besar serta dua gelas air suam.
Selesai semuanya, pasangan itu berjalan menuju ke meja yang terletak di sudut. Agak terlindung dari pandangan orang.
Lima belas minit duduk di situ, Amanda masih tak berhenti makan lagi.
"Sayang! Sudah-sudahlah tu." Akid geleng kepala. Dia bersandar malas memerhati gelagat Amanda.
"Tak sampai hati kalau tak habiskan. Sayang suruh abang makan sekali abang tak nak." Amanda selamba menyuap kek pecan butterscotch ke dalam mulut.
Kalau macam ini punya gaya memang bulatlah isteri dia nanti genap sembilan bulan mengandung. Hari-hari nak telan kek. Mual tekak dia. Akid pamer senyuman kelat.
"Lepas ni singgah Starbuck tau. Kopi kat sini tak sama rasa dia." Amanda tersengih.
"Sayang ni memang nak cari sakit ke?" Akid bertanya lembut. Risau sebab doktor sudah memberi amaran pada mereka.
Amanda terus meletakkan garfu. Wajah berubah mendung. Dia menunduk. Jari bermain dengan hujung baju.
Ah...sudah. Merajuk pula. Inilah susahnya. Tegur sikit dah merajuk. Makin menjadi-jadi pula bila kandungan sudah masuk trimester ketiga. Kalau tak di cakap boleh memudaratkan kesihatan.
Akid beralih tempat. Dia duduk disebelah Amanda.
"Sayang, kafein tu tak bagus untuk ibu mengandung. Bukan abang suka-suka tak bagi." Bahu Amanda di peluk kemas.
Amanda masih menunduk. Mulutnya langsung tak berbunyi.
Akid mengeluh. Terpaksa mengalah lagilah nampaknya.
"Nanti kita singgah Starbuck."
Serta-merta Amanda menghadiahkan satu ciuman di pipi kiri Akid.
"Nakal isteri abang ni." Akid cuit hidung Amanda.
Amanda hanya tersengih manja.
Selesai semuanya, mereka keluar. Seperti biasa pautan jari-jemari Akid tak pernah lepas dari menggenggam tangan Amanda. Betapa Akid begitu memanjakan isterinya itu. Segala kemahuan dan keinginan isterinya tidak pernah tidak ditunaikannya.
Kali ini seperti yang Akid janjikan, perlahan mereka melangkah masuk ke kafe Starbuck.
"Ahhhhh....sedapnya!" Amanda pejam mata menikmati Latte Starbuck.
"Perlu ke macam tu, sayang?" Kening Akid berkerut.
"Pecinta tegar kopi." Amanda menarikan keningnya.
"Sangatlah kan. Esok kalau doktor cakap ada kencing manis ke jantung problem ke. Jangan salahkan abang." Akid membalas dengan menarikan keningnya pula.
"It's Doktor Balqis. Boleh kaw tim punya." Amanda ketawa.
Akid tarik hidung Amanda.
“Ada aje jawapan dia tau.”
“Mestilah. Nanti anak kita cepat bercakap.” Amanda dengan teorinya.
“Ya lah tu.” Akid geleng kepala.
AKID melangkah malas mendaki tangga. Hari ini dia sedikit penat. Banyak sangat projek yang memerlukan perhatiannya.
Pintu bilik di kuak perlahan. Mata mencari di mana si isteri berada. Beg bimbit diletakkan di atas sofa di hujung bilik. Kot di campak sahaja di atas katil.
Akid yang baru melonggarkan ikatan tali lehernya terperanjat bila tangannya ditarik Amanda.
"Sayang?" Dahi Akid berkerut tetapi kemahuan Amanda diturutkan juga.
"Duduk sini sekejap. Tak payah mandi dulu."
Amanda menolak Akid supaya duduk di atas katil. Dia kemudiannya duduk didepan suaminya dan badan disandarkan pada dada Akid.
"Sedapnya bau peluh abang." Amanda pejam mata menikmati aroma peluh suaminya.
Akid terkebil-kebil. Sesaat. Satu minit. Lima minit. Tiba-tiba Akid tertawa. Perangai orang mengandung ni macam-macamlah. Lupa pula rutin harian yang dia selalu buat bersama Amanda sejak akhir-akhir ini.
“Bau peluh abang wangi sangat ke, sayang?” Akid merehatkan dagunya pada bahu Amanda. Pipi si isteri di kucup lembut.
“Entah. Sayang pun tak tahu. Tapi bila dapat hidu bau peluh abang, rasa lega.”
“Macam-macamlah sayang ni. Kita nak kena duduk sampai bila ni?”
“Sekejaplah. Kedekut betul papa to be ni lah.”
“Bukan kedekut. Dah melekit sangat dah ni.”
“Five minutes, please?” Amanda siap tawar menawar lagi.
“For my dearie wife. Layankan ajelah.”
Amanda tepuk perlahan paha suaminya.
Akid tertawa.
PINTU bilik di kuak kasar. Akid jengulkan badannya sedikit
"Mummy!!!" jeritan Akid bergema satu rumah.
"Ya." Kelam kabut Puan Sri Aminah berlari naik ke atas.
Akid memegang bahu Amanda membantu isterinya bangun dari katil.
“Ada apa?” tanya Puan Sri Aminah.
“It’s about time, mummy,” beritahu Akid.
"Barang-barangnya dah siapkan?" Puan Sri Aminah mengambil alih menolong Amanda berjalan keluar dari bilik.
Amanda hanya anggukkan kepala.
"Mummy turun dulu. Sekejap lagi Akid turun." Akid menunggu Puan Sri Aminah dan Amanda keluar sebelum menutup kembali pintu bilik.
Puan Sri Aminah membawa Amanda turun ke bawah.
Lima belas minit menunggu di bawah, Akid masih tidak turun.
Dahi Amanda dah berkerut-kerut menahan sakit. Dia berjalan ke hulu ke hilir menghilangkan rasa sakit yang datang sekejap-sekejap.
Puan Sri Aminah dah naik risau melihat keadaan menantunya.
"Mana pula budak bertuah ni?"
Baru dia hendak menjerit memanggil anaknya, kelihatan Akid laju menuruni anak tangga.
"Sorry, mummy. Sakit perut. Nervous." Akid tersengih.
Amanda tergelak kecil. Hailaa cinta hati ni. Macam dia yang nak terberanak pula.
"Jom sayang. Sorry. First timekan." Akid cium pipi Amanda sebagai tanda minta maaf. Bahu si isteri dipaut.
Amanda tersenyum.
AKID tersenyum sebaik membuka pintu dari luar. Seperti biasa berg bimbit dan kot diletakkan di atas sofa. Kaki dihayun mendekati dua orang kesayangannya.
“Assalammualaikum, anak papa. Hari ni anak papa nakal tak? Ada kacau-kacau mama?” Akid mencempung si kecil Azaim ke ribanya. Pipi montel si kecil di cium bertalu-talu.
Si kecil Azaim yang seolah memahami tersenyum.
“Benci,” sampuk Amanda tiba-tiba. Bibir dimuncungkan.
Akid mengangkat wajahnya. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Perlahan si kecil di letakkan kembali di atas katil. Dia mengengsot sedikit merapati Amanda yang sedang bersandar.
“Baby baru sebulan. Baru nak manja-manja dengan papa dia. Mama dia kan dah selalu manja-manja dengan papa. Hurmmm…” Dagu Amanda dipegang. Pipi si isteri di cium penuh kasih.
“Selalu kiss sayang dulu baru kiss baby. Jealous.”
“He is our son, sayang. Dua-dua abang sayang. Tak lebih dan tak kurang.”
“I know. Saja nak usik-usik cinta hati sayang ni.” Amanda tersenyum.
“Jangan senyum banyak-banyak sayang. Abang tengah puasa ni. Tapi betul ke kena seratus hari. Tak boleh tahanlah.” Akid bersuara manja dan menggoda.
“Jangan nak mengada. Pergi mandi, solat sana.” Wajah Akid di tepuk perlahan.
“Betullah tu kena seratus hari.” Akid terus bangun. Saja tunjuk wajah sugul.
Amanda hanya tertawa. Nak buat macam mana. Itu syarat yang mama dengan mummy yang tetapkan. Ikutkan sajalah.
Selesai Akid meraup kedua-dua tangannya, Amanda menggamit suaminya.
Akid buat muka. Dia menjarakkan sedikit wajahnya. Perlahan-lahan pelekat lampin pakai buang anaknya di buka.
"Macam tak ikhlas aje?" usik Amanda.
"Busuk." Akid mencemik.
"Najis mana ada yang wangi, kan baby." Amanda mengusap perlahan kepala si kecil.
Mata si kecil terkebil-kebil mendengar suara mama dan papanya.
"Ada lah." Akid tersengih nakal memandang isterinya.
"Abang jangan macam-macam." Amanda jegilkan mata. Tahu sangat perangai
suka mengusik Akid. Lagilah sejak si kecil Azaim ini muncul.
"Nak cuba bau tak?" Akid suakan lampin pakai buang pada wajah Amanda.
"Abang!!! Pengotor." Amanda terjerit. Mukanya di tutup dengan kedua-dua tapak tangannya.
Akid ketawa terbahak-bahak sebelum bangun menuju ke bilik air.
SI KECIL sudah masuk dua bulan baru Reen berpeluang melawat Amanda. Itu pun selepas Adwan mengingatkannya. Bukan dia sengaja tapi terpaksa. Dia tak menang tangan menguruskan Lovely Bakery seorang diri.
"Eee...geramnya." Pipi si kecil Azaim yang montel dicium berkali-kali. Sampai naik merah dibuatnya. Putih gebu itu yang Reen geram.
"Qaireen, anak orang tu. Awak tak nampak mama dia dah jeling-jeling," usik Adwan.
"Biarkan dia nak jeling-jeling. Selalu sangatkan asyik kenakan kita aje. Biar sampai menangis budak kecil ni." Reen tersengih memandang Amanda yang merenungnya tanpa kelip.
Adwan tertawa. Dia turut sama mengagah anak saudaranya itu.
"Abang....tengoklah dia orang tu. Kesian baby kita," rengek Amanda. Sengaja melentokkan kepalanya pada bahu Akid.
"Biarlah, sayang. Susah-susah kita buat baby lain." Akid tersengih gatal.
"Eeeee..." Amanda mencubit lengan suaminya.
"Hoi! 18SX tu. Kau orang ni memang suka dera aku lah." Adwan besarkan mata.
"Itulah, along. Siapa suruh ikat sampai setahun. Kesian dekat Reen. Teruja nak baby," sakat Amanda.
"Babe..." Muka Reen dah berbahang dek usikan Amanda.
"Sayang, dahlah tu. Jangan kacau lovey dovey couple ni lagi. Kita suruh dia orang bawa baby jalan-jalan. Kita pi buat baby baru." Akid kenyit mata.
Amanda anguk kepala laju-laju.
Adwan baling kusyen pada adiknya dan Akid.
Terbahak-bahak mereka semua ketawa.
“Qaireen, kita cepatkan tarikh nikah nak tak?” Adwan menoleh pada tunangnya di sisi.
“Tercabar ke?” usik Amanda.
“Bukan tercabar tapi lebih baik along jalan dulu sebelum angah.” Adwan tersengih.
“Tercabarlah tu,” sakat Akid pula.
“Suka hati kau oranglah. Qaireen, boleh eh?” Adwan menarikan keningnya.
“Tanya mak long dengan pak long.” Reen ambil jalan pintas. Dia tak berani beri kata putus.
“Reen pun tak sabarlah tu,” seloroh Amanda.
“Jangan sampuk orang tua bercakap, boleh tak?” Adwan jegilkan mata.
“Dah tua rupanya.” Amanda jelirkan lidah.
“Hei budak ni ada karang yang makan kaki.” Adwan mengurut dadanya.
“Dahlah. Macam budak-budak pula awak ni.” Reen memukul sedikit lengan Adwan.
“Love you, Reen.” Amanda tersengih kemenangan.
Akid hanya gelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai isterinya yang suka mengusik.
PEJAM celik pejam celik sudah enam bulan usia si kecil Azaim. Hari ini Akid dan Amanda bertandang ke rumah keluarga Amanda. Melihat persiapan perkahwinan Adwan.
“Mama.” Akid bersalaman dengan ibu mertuanya.
“Angah mana, mama?” tanya Amanda selepas giliran dia bersalaman dengan Datin Afia.
“Keluar cari barang dengan Balqis.” Datin Afia ambil Azaim dari tangan Amanda.
Si kecil Azaim ketawa mengekek bila neneknya galak menggomol pipinya.
“Barang kahwin? Kalahkan orang yang nak kahwin.” Amanda mencebik.
“Sayang… Zuhayr kan nak kahwin dua bulan selepas along?” sampuk Akid.
“Lupa.” Amanda tersengih.
Akid geleng kepala.
Sementara itu, dalam kereta pasangan merpati sejoli.
"Dah check schedule you?" Zuhayr Affan menoleh sekilas pada tunangnya.
"Done. I terpaksa tukar dengan Sherry. You?" Balqis memandang Zuhay Affan.
"Malam sebelum kita nikah tu on call. Tak boleh nak elak." Zuhayr Affan tersengih.
"You ni...beria-ia aje suruh I arrange everything but then you juga yang tak boleh." Balqis dah memuncungkan bibirnya.
"I kena ikut schedule tu. Kalau tak, tak berhoneymoonlah kita." Zuhayr Affan melihat tunangnya dengan ekor mata.
Balqis tersenyum lebar. Senyumannya mati bila ternampak apa yang terbentang di depan mata.
"What's up?" Zuhayr Affan angkat kening.
Balqis hanya tudingkan jari ke depan.
"Habislah kita." Zuhayr Affan mengeluh.
Zuhayr Affan meletakkan keretanya bersebelahan BMW X6 merah.
Mereka berdua keluar dari kereta. Kaki dihayun lemah masuk ke dalam rumah.
"Balik pun. Lamanya berjalan. Pi cari barang ke buat barang?" tanya Amanda sebelum sempat bakal pengantin itu duduk.
"Banyak bendalah nak cari. Sibuk aje." Zuhayr Affan menjelirkan lidah.
"Eleh...ya lah tu cari barang." Amanda mengejek.
Balqis hanya mendiamkan diri. Kalau dia buka mulut memang teruk kena sakat dengan Amanda nanti.
Akid yang baru turun sambil mendukung si kecil Azaim bersalaman dengan abang iparnya.
"Isteri kau ni sejak dah ada anak makin sengal eh." Zuhayr Affan mengadu.
"Sayang abang buat apa lagi ni?" Akid mencium kepala isterinya. Si kecil Azaim diberikan pada Amanda. Dia memandang pada bakal pengantin.
"Tak buat apa pun." Laju Amanda geleng kepala.
"Sayang ni. Kesian dia orang tu. Tengok muka masing-masing dah penat. Janganlah nakal sangat."
"Bagi upah baru sayang tak nakal, kan baby." Amanda mengagah anaknya.
Akid selamba mencium dahi Amanda. Lama. Suara si kecil Azaim yang merengek sebab tersepit di antara mama dan papanya pun tak disedari.
"Hoi!!!" Zuhayr Affan menjerit.
Amanda berpaling. Lidah dijelirkan. Mengejek.
"Belum setahun, sangkut lagi seorang ni." Sakat Zuhayr Affan.
"We're on the right track, kan sayang." Akid kenyit mata.
Amanda menunjukkan isyarat bagus pada suaminya.
"Eeeuwww..." Serentak Zuhayr Affan dan Balqis menjerit kuat.
SELESAI bersarapan, Amanda mendekati Datin Afia.
"Mama..." meleret suara Amanda memanggil Datin Afia sambil tangan diletakkan pada bahu mamanya.
"Hmmm..." Datin Afia selamba menyumbat cebisan kecil roti bakar ke dalam mulut.
Adwan dan Zuhayr Affan yang turut makan di meja yang sama dah buat muka macam nak muntah.
Amanda jelirkan lidah.
"Nak minta tolong sikit, boleh tak?" Amanda duduk di kerusi sebelah Datin Afia.
"Yang berat-berat mama tak sanggup," usik Datin Afia.
"Tak berat mana, mama. Tolong jagakan baby untuk satu malam boleh tak?" Amanda kerdip-kerdipkan matanya.
"Nak pergi manalah tu?" Adwan menyampuk.
Amanda menjeling.
"Mama..." rengek Amanda lagi.
"Boleh aje. Cucu mama jugakkan. Awak berdua nak pergi mana?" Datin Afia berpusing memandang Amanda.
"Nak pergi buat anak. Eh, eh...alahhh..." Amanda tekup mulutnya.
"Sengal." Serentak Adwan dan Zuhayr Affan bersuara.
Akid yang baru turun dari tingkat atas terpinga-pinga mendengar jeritan ipar-iparnya.
"Menantu mama bagi anak mama makan apa ni. Sampai menggelitis semacam aje." Datin Afia sengaja berwajah serius memandang Akid.
"Sayang?" Akid membesarkan mata memandang Amanda.
"Sayang cuma cakap suruh jaga baby sebab kita nak pergi buat anak." Amanda tekup mulutnya sekali lagi.
Akid mengurut belakang tengkuknya. Hailaaa...pujaan hati dia ni. Memang tak menahan betul. Mana nak sorok muka ni.
Amanda pandang muka suaminya. Mulut menggumam perkataan sorry.
Datin Afia tersenyum. Kepalanya digelengkan.
"Semaklah korang berdua ni." Adwan mencebik.
MASA yang ditunggu-tunggu tiba jua. Adik beradik Dato’ Zayd dan Datin Afia berkumpul di rumahnya untuk meraikan perkahwinan Adwan dan Reen.
"Tersengih-sengih. Sukalah tu." Amanda duduk di birai katil. Memerhati abangnya yang sedang bersiap-siap.
“Sukalah Amanda oiii. Nak kahwin,” balas Mak Long yang turut bersengkongkol mengusik Adwan.
"Hei, little sister! Satu hari kalau tak kacau along memang tak boleh, eh?" Adwan jegilkan mata melalui biasan pada cermin.
Kain samping di sarung ke badan. Adwan mendepakan tangan bagi membolehkan mak long memperkemaskan ikatan samping di pinggangnya.
Amanda mencebik.
"Sayang!" laung Akid.
"Sini!" sahut Amanda.
"Itu pun mama. Mama ni selalu mengelat aje." Akid serahkan si kecil Azaim pada isterinya.
Amanda mengagah anaknya yang sedang merengek. Si kecil ni tak selesa agaknya. Dah waktu tidur tapi tak dibenarkan tidur.
"Dah ready, bro?" Akid menepuk bahu Adwan.
"Hundred percent." Adwan menjawab dengan yakin.
"Perghhh...confident level tinggi tu," sampuk Amanda.
Adwan menjelirkan lidah.
"Nak tips tak?" Akid menarikan keningnya.
"Tips yang mana abang nak bagi? First night tu eh?" polos Amanda bertanya.
"Aku tak nak dengar dan aku tak nak tahu. Baik kau orang keluar," halau Adwan.
Mak long hanya tertawa kecil dengan usikan Akid dan Amanda.
"Jom, baby. Jom, papa baby. Uncle Along sombong. Orang nak ajar cara-cara..."
"Keluar!!!" melengking tinggi suara Adwan memintas kata-kata Amanda.
"Sabar, bro. Sabar." Akid menepuk-nepuk bahu Adwan.
"Sayang abang ni makin nakallah." Akid merangkul pinggang Amanda. Dahi isterinya di cium penuh kasih.
Amanda tersengih memandang abangnya.
"Little sister, satu jam aje lagi. Nanti tengoklah apa along boleh buat."
"Tak heran pun, kan bang." Amanda mendongak sedikit memandang suaminya.
Dahi mereka bertemu. Hidung sengaja digeselkan antara satu sama lain. Menambah rasa marah pada Adwan.
"Mama!!! Budak dua orang ni tak payah ikut. Senget memanjang."
Akid dan Amanda tertawa riang. Segera keluar dari situ sebelum muka merah Adwan bertukar kepada warna hijau.
ELOK selesai majlis akad nikah, Amanda segera menemui sahabat baiknya itu.
"Welcome to the family." Amanda memeluk rapat sahabat baiknya yang kini sudah sah menjadi isteri abangnya.
Reen mengesat airmata yang mengalir. Siapa sangka dia akan sentiasa dekat dengan bff dia ini.
"Haish... Tak naklah nangis. Kau belum bergambar lagi."
"Teringat mak dengan ayah aku." Reen menggenggam erat tangan Amanda.
"Mama dengan papa kan ada. In fact sekarang along akan teman kau sampai akhir hayat dia." Amanda seka airmata yang mengalir di pipi Reen.
Reen angguk dan tersenyum.
"Mama, mama. Where are you?" Akid masuk ke bilik pengantin dengan si kecil Azaim.
Amanda tersenyum melihat hero-hero kesayangannya.
"Mama baby ni selalu mengelatlah. Tak kasi chance langsung papa baby nak cuci mata." Akid serahkan si kecil pada Amanda.
Sempat Amanda mencubit lengan suaminya.
Akid menyeringai.
"Ini bagi Qaireen pegang. Biar cepat sikit dapat anak."
"Pandai aje, abang ni."
Reen dah tertunduk malu.
"Ya. Makcik-makcik kat luar tu yang cakap." Bersungguh Akid pertahankan kata-katanya.
"Oiii, oiii. Ini apa kacau-kacau isteri orang." Adwan masuk. Selamba dia duduk di sebelah Reen dan memeluk kemas pinggang isterinya.
"Eleh...baru dapat pegang pinggang dah berlagak."
Dan-dan Adwan mencium pipi Reen.
Reen menepuk manja paha Adwan.
"Abang...nak kiss juga." Amanda mendongak memandang wajah suaminya.
"Lebih dari tu abang boleh bagi. Jom." Akid kenyit mata.
"Poyolah. Pergi keluar sana." Adwan mencebik.
Reen hanya mampu geleng kepala. Tak faham kenapa pasangan didepan dia ini semakin sengal dan romantik tak bertempat.
"Jom baby. Uncle along tu dengki. Mama dengan papa baby tak heran pun. Nah." Amanda serahkan kembali si kecil Azaim pada suaminya.
"Papa lagi? Nasib badan." Akid buat muka monyok.
"Tiap-tiap malam kan dah bagi upah." Amanda berdiri.
Akid memeluk kemas bahu isterinya. Sempat satu ciuman dilayangkan pada pipi Amanda.
Si kecil Azaim ketawa melihat perlakuan papa dan mamanya. Dah biasa kut dengan pemandangan begitu.
"Euwww...dah keluar. Tercemar otak suci murni aku ni," halau Adwan.
AKID menolak perlahan pintu bilik. Tersenyum melihat pemandangan setiap malam di depan matanya ini. Melihat bagaimana Amanda menidurkan anak mereka. Percaturan Allah itu sangat bagus. Dia tidak salah mempertahankan perhubungan mereka yang pernah di uji suatu ketika dulu.
"Baby dah tidur?" tegur Akid. Tangan di lingkarkan pada kedua-dua belah pinggang Amanda. Dagu direhatkan pada bahu isterinya.
Amanda angguk kepala. Tangan kanan pantas menyeka air mata yang mengalir.
"Hei! Kenapa ni, sayang?" Perlahan Akid memusingkan badan Amanda.
"Sedihlah. Takkanlah sayang tengah happy." Amanda dah muncungkan bibirnya.
"Alololo...manjanya dia. Come. Seat here." Akid duduk di birai katil. Tangannya
menarik Amanda supaya duduk di atas ribaannya.
Amanda tersenyum. Macam manalah dia tak gembira. Cinta hatinya ini terlalu memanjakan dia walau mereka sudah punya anak. Mulut pula sentiasa menuturkan kata-kata manis tahap diabetes.
"Sekarang cerita kat abang. Apa yang buat sayang abang ni menangis." Akid memegang erat pinggang Amanda.
"Reen dah nikah. Sayang dah hilang bff." Amanda memandang lembut muka Akid.
"Hilang bff tapi dia akan jadi kakak ipar terbaik sayang, kan?" pujuk Akid.
"Tak sama. Mesti dia kena dulu kan along." Amanda mencebik.
"Sayang...fitrah manusia Allah tetapkan untuk hidup berpasangan. Dah sampai masanya untuk Qaireen melayari bahtera perkahwinan. Macam sayang dengan abang? Pernah sayang tanya pada dia apa perasaan dia bila sayang berkahwin?"
"Dia gembira. Errr...I guessed," jawab Amanda ragu-ragu.
"Jadinya, sayang abang ni tak perlulah bersedih. Don't worry. She's in a good hand. Your overprotective brother," seloroh Akid.
Amanda tersenyum.
Akid menarik nafas lega. Senyuman isterinya di balas. Senyuman menggoda.
"Owhhh...This smile? I don't like it." Amanda geleng kepala. Dicubitnya kedua-dua belah pipi Akid.
AKID mengambil telefon bimbit yang baru sahaja diletakkan di atas meja. Dia tersenyum memandang skrin telefon bimbitnya.
Danial angkat kening.
"Amanda."
Danial angguk.
"Assalammualaikum. Abang baru keluar rumah sepuluh minit. Dah rindu ke, sayang?"
"Waalaikumussalam. Haishhh...tak kuasalah nak rindu-rindu," balas Amanda
manja.
"Amboi! Sombongnya." Akid tertawa.
"Sayang ada benda nak bagitahu ni. Cuma tak tahu nak cakap berita baik ke buruk." Suara Amanda mendatar.
"Suspense. Apa dia?" Dahi Akid berkerut.
Danial dari duduk bersantai bertukar ke posisi tegak bila melihat reaksi Akid.
"I'm pregnant."
"Pregnant? Oh...tahniahlah."
"Abang!" Amanda terjerit di hujung talian.
"You what?" Akid seperti tersedar dari mimpi.
"Ya..."
"Alhamdulillah. Lima minit lagi abang sampai rumah."
"Eee...tak apa. Layan bff abang tu. Sayang nak rehat. Otak tak boleh terima lagi ni. Assalammualaikum." Talian terus di matikan.
Akid terkebil-kebil memandang skrin telefon yang sudah gelap. Macam tu aje sayang aku ni. Tak lama. Tersungging senyuman lebar di bibirnya.
"Berlagaklah tu," sindir Danial.
"Banyak kali dah try. Jadi juga. Azaim bakal dapat adik. I'm a man, bro."
"Poyo." Danial mencebik.
“Poyo tak poyo. Kau bila lagi? Jangan tunggu lama-lama,” usik Akid.
“Insya-Allah aku dengan Azzalea cadang nak nikah hujung tahun ni. Malas nak tuang-tunang. Umur masing-masing bukan muda lagi.” Danial cerita panjang lebar.
“Bagus sangatlah tu. Ambil yang wajib. Itu lebih afdal.” Akid turut mengiyakan kata-kata Danial.
USAI meraup muka, Akid berpaling ke belakang. Tangan kanan di hulur.
Amanda mengucup tangan suaminya dengan penuh kelembutan. Badan ditegakkan kembali.
Akid mencium dahi Amanda. Lama sebelum menegakkan badannya semula.
Pautan tangan masih tidak dilepaskan. Mereka berbalas senyuman.
"Alhamdulillah. Syukur pada Allah sebab dengan keizinannya abang masih dapat tatap wajah sayang setiap kali bangun pagi." Akid tersenyum.
"Alhamdulillah. Syukur juga pada Allah sebab beri peluang pada sayang menjadi makmum pada seorang playboy." Amanda tersengih.
"Suka tau main-main." Akid tarik hidung isterinya.
Amanda membiarkan sahaja perlakuan suaminya.
"Bukan main-mainlah, cinta hati. First time yang abang jadi imam masa kita baru lepas lumba-lumba kereta tu. Sayang dah tetapkan dalam hati yang abang memang calon yang paling sesuai menjadi suami sayang." Amanda kerdipkan matanya. Pandangan penuh cinta dilemparkan.
"Thanks, sayang. Ini yang ada dalam perut ni, semoga akan menambahkan lagi kasih sayang yang tertanam dalam hati kita. Abang tak mengharapkan lebih dari sayang. Cukuplah untuk sayang percaya dan menyintai abang sepenuh hati sayang. Abang tahu pendirian yang abang pertahankan mendapat keredhaanNya. Cuma sayang kekasih, abang." Akid menarik Amanda ke dadanya.
Mereka berpelukan di pagi Subuh menyalurkan kasih sayang yang tidak berpenghujung. Menyemarakkan rasa cinta yang semakin bercambah. Menyatukan dua hati yang tidak pernah jemu menyayangi antara satu sama lain.
TAMAT
best.
ReplyDeletetq
DeleteSuwettttnye diorg ngn couple masing2.. ....hihihi.....
DeleteRASA MCM NAK LAGI..X PUAS BAC
ReplyDeleteHaipppp....dah panjang ni hasliza
Deletebesttt!! tpi dlm se CDK ni amanda dh kwen dpt ank, adwan belum kwen ngn reen tpi dlm CSSP adwan dh kwen , reen dh mngandung tpi amanda belum ade anak ... pening skit kt situ but apepon tetap best dan sweeeettt !!
ReplyDeletedalam CSSP amanda dah ada anak tapi sy tak beritahu dekat situ sebab cerita CSSP lebih tertumpu kepada Adwan n Reen...
Deleteouhhh ... betul jgk kn , tu la sbb xde sebut2 pon
DeleteHehehehehe...
Deletesweetnya.... nanti kena kencing manis ni...best.TQ.
ReplyDeletetq Miza...hehehehehehe...
Deleteindahnya berkasih sayang.. kan syeena?...
ReplyDeletebetul tu zjirha...
Deleteterbaiksssss..sya siap gelak lg dgn keletah Amanda dan Akid, knp kak Syeena tak jd kn ini nvl Cuma Dia Kekasihku 2 yer?lg best..
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca. Kalau ada rezeki bolehlah buat mini tapi bukan dalam masa yang terdekat ni.
DeleteSyuwett nyeeee😍😍😍
ReplyDeleteSyuwett nyeeee😍😍😍
ReplyDelete