TENGKU REDZA
kesat matanya yang berair. Mata mengerling jam di atas night stand. Pukul 10:00. Sudah sejam rupa-rupanya dia berteleku di
atas sejadah. Ahhh, dia selalu begini bila bertemu dengan ‘kekasih hati’. Cepat
lupa diri. Segala-galanya mahu berkongsi dengan DIA. Suka, duka. Hanya DIA
sahaja tempatnya mencurah rasa.
“Tak
nak bercerita dengan aku?”
Tengku
Redza menoleh. Menjeling pada insan yang sedang tersengih berdiri di depan
pintu bilik tidurnya.
“Like the old days?”
Tengku
Redza bangkit. Sejadah yang digunakan disidai di tempatnya. Mulutnya berdecit
bila ekor mata menangkap insan itu berjalan mendekati dia. Kenapalah dia tak
tutup pintu tadi. Habislah dia. Mesti kena bahan.
“Epik
gila Tengku Redza menangis. Once in a
blue moon.” Insan itu ketawa-ketawa.
“Abang
Long, kalau rasa nak duduk lama-lama dalam bilik aku. Tolong jaga sikit mulut kau
tu.” Sinis bicara Tengku Redza memberi amaran. Bertambah bengang bila insan
yang ditegur terus-terusan melambakkan tawanya.
“Chill, bro. Gurau sikit pun tak boleh.
Dahlah susah nak berjumpa.”
Tengku
Redza mendekati Tengku Riyadh yang kekal berdiri di tepi katilnya. Dia hulurkan
tangan. Berjabat dan berpelukan dengan satu-satunya abang yang dia ada.
“Dah
kau asyik on call aje.” Dia membalas
sebaik pelukan mereka terlerai. Meninggalkan si abang seketika.
“Kerja
aku membantu insan bernyawa. What to do.”
Tengku Riyadh labuhkan duduk di birai katil. Memandang dinding yang memisahkan
bilik tidur si adik dan ruang menyimpan pakaian.
“Dah
tu apa mimpi muncul dekat sini? Kak long ikut sekali ke?” jerit Tengku Redza.
Dia
berganti pakaian. Lebih selesa mengenakan seluar panjang kain kapas dan baju-t
nipis untuk tidur. Pakaian solatnya digantung sebelum dia menapak keluar dari situ.
“Mama
kata kau kacau isteri orang. Betul ke?”
Tengku
Redza terkedu. Langkahnya mati. Wajah si abang dipandang. Dia menyambung
langkah. Tidak menuju ke katil. Memilih untuk duduk di kerusi yang ada di
balkoni bilik tidurnya.
Tengku
Riyadh menggeleng. Langkah Tengku Redza dituruti. Dia turut melabuhkan punggung
pada salah satu kerusi. Jongket sebelah kening bila Tengku Redza memandang dia.
“Semua
orang tahu ke kisah ni?”
“Sort of.”
“Damn!” Tengku Redza raup wajah. Kalau
macam tu jawapan Tengku Riyadh. Bermakna Tengku Rayhana yang dekat Australia tu
pun tahu jugalah. Dia pandang Tengku Riyadh bila teringatkan insan istimewa
dalam hidupnya.
“Tok
Wan?”
Tengku
Riyadh angguk.
“Arghhh!”
Tengku Redza menjerit.
Dia
nak salahkan siapa sekarang ini. Mama yang sibuk bergendang atau papa yang
bocorkan rahsia? Atau menyalahkan diri sendiri yang gatal sangat mengejar Ainan
walau dah tahu wanita itu isteri orang?
“Itu
ujian kecil untuk kau.”
“Yeah. You’re right.” Tengku Redza
mengiakan.
Dia
tahu Ainan merupakan satu ujian dari Allah untuk dia. Nyata sebgai hamba-Nya
dia gagal dalam ujian ini. Biar pun ujian itu tidaklah sebesar mana.
“Macam
mana boleh tersuka dekat dia? Kau tahukan dia isteri orang?”
“Entahlah,
abang long. Tak tahu macam mana aku boleh ada perasaan macam tu dekat isteri
orang.” Tengku Redza mengeluh. Menyesal dengan khilafnya. Sungguh, dia tak
minta semua ini terjadi.
“Perasaan
tu masih ada lagi ke?”
“Gila
kalau aku masih simpan perasaan tu. Pedas betul kena sindir dengan suami orang
tu. Nasib dia tak belasah aku aje.” Tengku Redza menggeleng.
Dia
dah taubat nasuha. Takkan sesekali dia mengulangi perbuatan itu. Itulah yang
dia pinta dari Tuhan. Tetapkan iman dia. Kuatkan hati dia agar tidak lagi
menyimpan perasaan sedemikian pada Ainan atau pada mana-mana wanita yang sudah
menjadi milik orang.
“Baguslah
macam tu. So, what’s next?” soal
Tengku Riyadh.
Tengku
Redza memandang si abang. Mata mereka berlaga. Hanya satu jawapan yang muncul
dari pandangan itu.
“Blind date!” Kedua-duanya berkata
serentak.
Diam.
Sesaat kemudian tawa mereka terhambur. Masing-masing tergeleng-geleng.
“Mama never change.” Tengku Riyadh bersuara.
Masih lagi dalam sisa tawanya. Kalau dulu dia menjadi sasaran. Sekarang giliran
Tengku Redza pula. Masaklah adiknya kena hadap semua tu.
“Yup. She and her plans doesn’t change at all.
Macam mana aku nak escape dari semua
ni? Kau ada tip tak, abang long?”
“Just
follow her rules.”
“Nonsense. Bukan kau ada sejuta alasan ke
menolak semua calon-calon mama tu? Pandai pula nak nasihat aku suruh ikut aje
rancangan mama.” Tengku Redza hantar pandangan membunuh.
Dia
tahu si abang hanya mengusik. Takkan sewenang-wenangnya dia ikut telunjuk mama.
Dia yang akan sehidup semati dengan pasangan halalnya nanti. Jadi biar dialah
yang memilih siapa yang layak menjadi ratu dalam hatinya.
Tawa
Tengku Riyadh terhambur semula. Dia tahu tak mungkin Tengku Redza akan ikut
segala kemahuan mama mereka. Kalau si adik boleh berkeras nak merantau di
negara orang, masakan rancangan mama tak boleh ditepis.
“Mama
dah tunjuk ke calon pilihan dia?”
“Nope.” Tengku Redza menggeleng.
Setakat
hari ini memang tak ada apa-apa yang mencurigakan dari mama. Jadi kiranya dia
masih selamat. Cuma beberapa hari lepas ada juga mama utarakan hal calon
isteri. Tapi dia berkeras menolak segala usul mama.
“Jangan
ingat kau selamat, dik. Aku risau aje ni. Mama tu asyik berbisik aje dengan kak
long.”
“Huh?”
Dari bersandar santai, terus tegak badan Tengku Redza. Cuba mencerna kata-kata
si abang.
“Mesti
tengah cari calon-calon isteri kau.” Semakin galak Tengku Riyadh mengusik.
Kenyataannya
memang itulah yang berlaku dekat bawah sana. Selepas makan malam tadi,
isterinya digamit mama. Tiada suara yang kedengaran. Mama hanya berbisik dengan
isteri dia. Macam tengah berbincang hal rahsia. Dia dan papa hanya angkat
kening. Masing-masing tak tahu apa yang kedua-dua wanita itu bincangkan.
“Wei,
kau kena pesan kat kak long tu. Jangan pandai-pandai nak kenalkan mana-mana
perempuan dekat mama. Eh, tak boleh jadi ni.” Tengku Redza lantas berdiri. Dia
memandang Tengku Riyadh.
“Kau
dah makan ke, abang long?”
“Sampai
tadi terus makan. Kalau nak tunggu kau turun kebulur aku suami isteri.” Selamba
sahaja Tengku Riyadh menjawab. Dia juga turut berdiri. Mengerling seketika jam
di tangan.
“Jumpa
‘kekasih hati’. Mestilah kena berjam-jam.” Tengku Redza tersengih.
Mula
memacu langkah masuk ke dalam. Berhenti seketika di tepi night stand. Mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di situ.
Tengku
Riyadh turut sama bergerak. Dia pun mahu turun ke bawah. Lebih baik ajak si
isteri pulang sekarang. Esok nak kerja lagi. Singgah sini pun sebab mama bawa
berita panas. Kalau tidak entah bila dia nak bertandang ke sini.
“Turun
pun. Kalah anak dara sunti. Terperap aje dalam bilik.” Bising mulut Puan Rozi
sebaik nampak kelibat anak-anaknya yang sedang meniti anak tangga.
Tengku
Radzi yang mendengar omelan si isteri pantas mengangkat wajah. Memandang
kedua-dua anak lelakinya sekilas sebelum muka si isteri menjadi tatapan.
“Penatlah
tu. Sehari dua ni dia sibuk uruskan beberapa borang tender. Kalau tak buat
macam tu awak pun miss soru tau, Puan
Rozi.” Dia yang sedang membelek majalah menyampuk. Membela Tengku Redza.
“Orang
lain pun bekerja juga tapi tak adalah sampai tak bergaul dengan keluarga
sendiri.” Puan Rozi masih tak mengalah.
“Mama
ni macam ada agenda lain je. Selalunya tak kisah pun si Redza ni nak terperap
dalam bilik. Bukan selama ni pun dia jarang nak berbual dengan kita semua ke.
Selalu aje balik lambat.” Tengku Riyadh menyampuk sama. Melabuh duduk di sisi
isterinya. Laju saja melingkar tangannya pada bahu si isteri.
Tengku
Redza angkat ibu jari tanda bagus pada si abang. Pada kakak iparnya dia hanya
lemparkan senyuman. Dia memilih untuk duduk di sofa bertentangan dengan
mamanya.
“Amboi,
sukalah tu ada yang membela!” Puan Rozi jegilkan mata.
“Bukan
selalu dapat bermanja dengan abang tersayang. Ini pun nasib-nasiblah abang long
nak datang sini, ma.” Tengku Redza ketawa. Pakej kenyit mata sekali.
Saja
mengusik mamanya. Dia tahu mamanya tak akan senang duduk kalau dia dan Tengku
Riyadh berbual berdua sahaja. Mama selalu hantar pandangan mencurigakan pada
mereka kalau nampak dia dan abangnya tergelak-gelak bila berbual. Risau mereka
ada pakatan nak kenakan mamanya agaknya.
“Dik,
cantiklah bakal isteri.”
Kata-kata
si kakak ipar buat tawa Tengku Redza mati. Matanya mengecil merenung wajah si
kakak ipar dan si abang bersilih ganti. Pandangannya beralih pada papa yang
langsung tidak hirau apa yang sedang diperdebatkan. Akhir sekali perhatiannya
tumpah pada mamanya pula.
“Ma,
kan Redza cakap tak nak?”
“Alah,
Jaja tu main-main ajelah.” Puan Rozi menidakkan. Mulutnya berkata sesuatu
kepada si menantu tetapi tiada bunyi.
“You, betul ke?” Tengku Riyadh menyoal.
Bahu si isteri dicuit.
Tengok
dari perlakuan mama dia dapat merasakan apa yang diperkatakan si isteri adalah
benar. Takkanlah mama bisik-bisik kosong dengan isteri dia tadi.
Jaja
mengangguk. Buat isyarat dia tidak menipu.
“Maaa…”
“Ariani
okeylah. Redza cubalah kenal-kenal dengan dia dulu.”
Akhirnya
Puan Rozi mengaku. Dihulurkan telefon bimbitnya kepada si menantu untuk
ditunjuk pada Tengku Riyadh. Alang-alang dah buka cerita pasal calon isteri Tengku
Redza. Lebih baiklah dia mulakan sesi pujuk memujuk si anak.
“Ariani?
Which Ariani?” soal Tengku Redza tak
senang duduk.
Hati
seperti digeletek untuk bangkit dan melihat gambar yang sedang ditengok si
abang dan si kakak ipar. Namun kerana ego dia berdiam diri saja. Entah gadis
mana yang mama kutip nak dijadikan menantu agaknya tapi macam pernah dengar
nama tu.
Saat
itu Tengku Radzi turut sama memandang si isteri. Majalah yang dibacanya
ditutup. Dibiarkan saja di atas ribanya.
Puan
Rozi cepat-cepat beralih tempat. Melabuh duduk di sebelah suaminya. Dia
berbisik sesuatu pada telinga suaminya.
Tengku
Redza hanya memerhati. Tubuh dah rasa berbahang bila melihat terukir senyuman
nipis di bibir papanya. Apalah yang mama omokkan pada papa tu.
“Nak
tengok tak, Redza?” Jaja cuba memancing.
“Cun
gila, bro. Rugi tak setuju dengan
pilihan mama ni.” Tengku Riyadh menambah perisa. Keningnya ditari-tarikan bila
Tengku Redza tayang muka serius tika memandang dia.
“Kau
jangan melebihlah.” Tengku Redza menjeling.
Bukan
main lagi abang dia ni. Bukan ke tadi tak setuju dengan rancangan mama? Apasal
tiba-tiba berubah fikiran pula? Ahhh, malaslah layan benda merepek ni. Baik
pergi isi perut. Dapat makan biskut tawar cicah air cokelat pun dah okey.
“Eh,
nak ke mana pula tu?” Puan Rozi menegur bila melihat Tengku Redza dah angkat
punggung. Tak sempat lagi nak memujuk si anak dah nak pergi.
“Makan.”
Ringkas sahaja jawapan Tengku Redza. Tak peduli dengan semua orang yang
memandang dia.
Cepat-cepat
dia berlalu ke ruang dapur. Lagilah bila telinganya menangkap tawa si abang.
Tak boleh pakai punya abang. Nantilah bila abangnya minta pertolongan memang
dia tak layan.
Best bestnnak bab 4😊😊😊
ReplyDeleteTq... Sabaq naaa...
DeleteSyeena tukar kau aku ke abg long & redz boleh???
ReplyDeleteDorang sgt close... Dats y panggilan tu mcm tu
DeleteMakin layan ni... nak lgi..
ReplyDeleteBab 4 dah ada tu...
Deletekonon x nak layan... nanti dah jatuh hati org tu pulak x nak layau u...hihihi
ReplyDeleteKannnnn
DeleteTitanium Glasses by Wynn Interactive
ReplyDeleteShop for a premium Stainless Steel Titanium everquest titanium Glasses at Wynn titanium touring Interactive. titanium muzzle brake The glass works perfectly for Wynn Resorts, as well bet365 as the titanium easy flux 125 amp welder Las Vegas Strip, $28.50 · In stock