PINTU
bilik dikuak. Ainun tersenyum nipis memandang Dato’ Arif yang sedang bercakap
dengan seseorang di telefon bimbit. Punggung dilabuh pada kerusi bertentangan
dengan Dato’ Arif. Sabar menanti Dato’ Arif habis berbual.
“Tak
apa ke saya curi masa Ainun sekejap?” Dato’ Arif memulakan bicara. Telefon
bimbit diletakkan di atas meja.
“Tak
kisah.” Ainun tersenyum. Takkanlah dia nak cakap tak boleh. Siapa dia
berbanding Dato’ Arif.
“Ainun
minat marketing?” tanya Dato’ Arif.
Ainun
hanya mengangguk. Apa kes ni?
“Sebab
itu ke Ainun minta bertukar jabatan?” Dato’ Arif menyoal lagi.
“Ya,”
jawab Ainun yakin walau sebab sebenar bukan kerana minat. Lebih kepada
melarikan diri dari Alzam.
“Dah
lama kan Ainun berkerja di sini. Lima tahun?” Dato’ Arif angkat kening.
Ainun
mengangguk dalam debaran. Janganlah Dato’ Arif cakap nak tukarkan dia semula ke
bahagian pengurusan atau paling sadis nak berhentikan dia. Mana dia nak
dapatkan duit untuk sara hidup dia dan emaknya kalau itu yang terjadi.
“Bukan
apa, saya harap Ainun kekal di situ. Saya tak nak Alzam terganggu lagi.” Dato’
Arif tersenyum. Lembut bicaranya tapi sangat berbisa.
Tegak
terus badan Ainun. Apa maksud Dato’ Arif ni? Selama ini Alzam terganggu ke
dengan kehadiran dia? Kenapa Alzam tak pernah beritahu dia? Apa yang dia nampak
Alzam yang banyak mengganggu dia sepanjang lelaki itu mula menguruskan Hotel
Mutiara ini.
“Alzam
sekarang tengah dalam proses mengenali Syuhaida. Ainun kenalkan Syuhaida?
Syarifah Syuhaida?” Dato’ Arif memandang tepat pada wajah Ainun.
Ainun
hanya mengangguk. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Bukan dia pernah berbual
pun dengan Syuhaida. Tiada siapa yang sudi memperkenalkan dia dengan gadis
tinggi lampai itu. Dia kenal pun masa gadis tinggi lampai tu menegur Alzam
tempoh hari dan sekarang gadis tinggi lampai itu sentiasa di samping Alzam.
“Ainun
tahu sebagai seorang bapa saya sudah boleh tersenyum. Senang hati melihat
kegembiraan Alzam. Saya tahu Alzam dan Syuhaida sepadan. Mereka memang serasi.
Maklumlah dah bercampur sejak dari kecil lagi.” Dato’ Arif tersenyum-senyum.
Ainun
telan liur. Cuba untuk mencerna maksud kata-kata Dato’ Arif.
“Saya
cadang nak tunangkan mereka sebulan dari sekarang. Saya memang berharap sangat
Alzam berkahwin dengan Syuhaida. Syed Shahid ayah Syuhaida tu berjanji nak
melabur dalam Kumpulan Mutiara Berhad.” Tanpa dipinta Dato’ Arif menerangkan
maksud kata-katanya.
“Baguslah.
Mereka berdua memang sepadan.” Berat mulut Ainun melafazkan kata-kata yang
menyakitkan hatinya sendiri. Tidak sia-sia dia sentiasa mengingatkan dirinya
agar berpijak di bumi yang nyata.
Udara
di dalam bilik itu Ainun rasakan semakin kurang. Nafasnya bagaikan
tersekat-sekat. Mukanya semakin berbahang. Pedih hatinya mendengar kata-kata
Dato’ Arif.
“Saya
harap sangat Ainun jangan terlalu rapat dengan Alzam. Kalau tak berjumpa
langsung lagi bagus,” pesan Dato’ Arif.
“Insya-Allah,
dato’. Dato’ tak perlu bimbang pasal benda tu. Saya sendiri akan pastikan Alzam
tak akan berurusan dengan saya lagi.” Ainun berjeda seketika. Nafas dihela
dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya.
“Lagipun
dato’ yang beria-ia menyuruh saya jadi PA Encik Alzam dahulu. Sekarang dato’ juga
yang suruh saya jauhkan diri dari Encik Alzam. Saya ni mentimun. Menggolek kena
digolek pun tetap saya yang kena.” Suara Ainun sedikit tegas.
Bengang
bila diri dia dibuat seperti bola. Boleh disepak ke mana-mana sahaja.
Mentang-mentanglah dia orang susah. Senang-senang sahaja orang berkedudukan
seperti Dato’ Arif memperkotak-katikkan dirinya.
“Saya
tak bermaksud nak menyakiti hati Ainun tapi saya rasa mereka berdua sangat
sesuai dipadankan. Sama-sama kacak dan lawa, bergaya. Mempunyai kedudukan
kewangan yang kukuh. Sama taraf.” Dato’ Arif terus-terusan bercakap tanpa
memikirkan kesannya kepada Ainun.
“Saya
faham maksud dato’. Tak perlu dato’ terangkan panjang lebar lagi. Saya masih
berpijak di bumi yang nyata. Saya kena pergi sekarang. saya minta diri dulu,
dato’. Assalammualaikum.” Ainun bergegas keluar dari situ. Tidak sanggup lagi
menunggu lebih lama di dalam bilik itu dia segera meminta diri.
“Terima
kasih, Ainun.” Sempat lagi Dato’ Arif mengucapkan terima kasih sebelum Ainun
keluar dari bilik itu.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Eeee x sukanya ngn dato arif ni
ReplyDeletekannnnn Milla Anuar...
DeleteCam kejam jer dato arif nie...mencik la
ReplyDeletekejam eh....huhuhuhuhu....
DeleteKesiannyer Ainun...
ReplyDeletekannnn....tq JunAnuar sudi baca...
DeleteEleh kereknya datok ni..
ReplyDeletedia ingat duit banyak boleh beli segala-galanya....huhuhu...
Deletebaru terbaca kat sini prolog LANGIT BIRU YANG SAMA NI. ooooo ... bapa Alzam yg nak sabotaj hajat alzam ni. no wonder Alzam tak selesa dgn ayah dia, hanya atuk alzam yang faham. tapi kesian Ainun pulak yang jadi mangsa.
ReplyDeletehehehehehehe....
Deletesy bru bce prolog ni ... hishhh kejam la dato ni , mmg patot la alzam x rapat ngn ayah dia .. sian ainun diperlaku cmtu ..hishh stress ngn dato ni lahhh
ReplyDeletetq ummu sudi baca...dato tak sedar diri ni...hikhikhik
Delete