Ayman
Fareeq menggeliat malas. Selepas solat subuh dia tidur semula. Itulah rutin
hujung minggunya kalau dia malas pergi berjogging.
Leka berkhayal merenung siling bilik, tiba-tiba perutnya berbunyi. Ayman Fareeq
memegang pertunya yang mula berkeroncong hebat. Comforter yang membalut
tubuhnya disebak dengan malas. Perlahan dia berjalan ke bilik air.
Ayman
Fareeq bersiap-siap. Dia hanya mengenakan baju t putih lengan panjang dengan
denim biru. Ringkas tetapi masih mampu menarik mata-mata nakal memandangnya.
Stok barang dapur perlu di beli. Kalau tak memang makan kat kedai ajelah
sepanjang minggu nanti.
Punat
kunci ditekan. Enjin dihidupkan. Biar panas sekejap setelah seharian tidak
digunakan. Ayman Fareeq keluar semula dari Toyota Vios hitam miliknya. Wiper diangkat. Dia membersihkan sedikit
cermin depan keretanya. Sempat dia melambai tangan pada pasangan cina yang
tinggal berjiran dengannya sejak dia mendiami rumah ini. Selesai semuanya,
Ayman Fareeq masuk kembali ke dalam kereta. Punat kunci pagar automatik
ditekan. Dia menunggu dengan sabar. Elok pagar terkuak luas, Toyota Vios hitam
dipandu laju keluar menuju ke destinasi.
“Mama…,”
panggil Adni Farha yang baru turun di tangga. Datin Hasnah yang baru menyarung
sandalnya menoleh.
“Adni
ikut boleh tak? Bosanlah asyik duduk kat rumah aje,” pinta Adni Farha. Dia dah
bersiap-siap dengan blouse putih
tanpa lengan dipadankan dengan denim hitam. Balutan di kakinya sudah sehari di
buka.
“Anak
mama demam ke ni?” Datin Hasnah memandang pelik anak daranya. Selalunya sampai
berbuih mulutnya mengajak Adni Farha pergi ke pasar. Haram nak mengikutnya.
Siap buat gaya geli geleman. Apa kelas pergi pasar katanya. Tak diva langsung.
“Orang
tak demamlah. Boleh eh, ma?” rayu Adni Farha lagi. Dia berjalan menghampiri
Datin Hasnah yang sudah bersiap untuk bertolak.
“Suka
hatilah, sayang. Jangan nak merengek geli ke apa ke nanti,” pesan Datin Hasnah.
“Promise! I won’t,” Adni Farha tersengih menayang giginya yang cantik.
Sebelah tangan diangkat ke paras dada.
“Jom.
Pak Mail dah tunggu tu.” Mereka berdua berjalan menuju ke kereta Mercedes CLK
perak yang sudah lama menunggu.
“Ke
mana datin?” tanya Pak Mail penuh sopan. Sudah tiga puluh tahun dia berkhidmat
dengan keluarga Dato’ Hussain. Malah isterinya kadang-kadang dipanggil untuk
membantu sekiranya Datin Hasnah mengadakan majlis makan-makan untuk keluarga
dan teman-temannya.
“Pasaraya
Kip Mart je, Mail. Nak pergi pasar takut anak dara ni tak betah. Faham-faham
ajelah.” Datin Hasnah sempat mengusik Adni Farha. Pak Mail hanya ketawa
mendengar gurauan Datin Hasnah pada Adni Farha. Dia membaca bismillah sebelum
memulakan pemanduan. Perlahan kereta itu keluar dari perkarangan banglo yang
terletak di Straits View, salah satu kawasan elit di Johor Bahru.
“Alaaa…mama
ni. Adni dah okeylah. Dah tak geli-geli macam dulu. Persediaan nak jadi isteri
orang. Hehehe…” balas Adni Farha.
“Laaa…ada
hati nak kahwin rupanya. Dah ada calon ke? Bila nak kenalkan kat mama?” usik
Datin Hasnah.
“Nama
pun persediaan, mama. Calon memang tak ada lah. Anak mama yang kalut ni memang
malanglah siapa yang jadi suami dia nanti,” jawab Adni Farha.
“Haishhh…anak
mama ni kalut-kalut manja. Ada tu yang berkenan. Allah kan ciptakan hambanya
berpasang-pasangan.”
“Memanglah,
ma. Entah bila agaknya orang yang diciptakan untuk Adni tu hadir dalam hidup
ni. Susah nak jumpa kot. Lepas ni dah sibuk dengan kerja. Manalah ada masa Adni
nak fikir tu semua.” Datin Hasnah meletakkan tangannya di riba Adni Farha.
Memujuk dengan kasih sayang.
“Adni
sayang…in shaa Allah…jodoh Adni tu akan sampai juga. Entah-entah ada depan mata
aje. Siapa tahu kan.”
“Depan
mata? Siapa? Kat pejabat tu semuanya tak boleh pakai.” Berkerut dahi Adni Farha
memikirkan lelaki-lelaki depan mata yang mamanya maksudkan.
“Ayman
Fareeq.” Bersahaja Datin Hasnah menjawab. Senyuman nipis tersungging di
bibirnya. Teringat kisah yang diceritakan suaminya setiap malam. Kalau Adni
Farha tahu masak mereka suami isteri.
“Huh?
Ayman Fareeq? Mulut longkang tu? Memang taklah.” Adni Farha mencebik. Boleh
pula mama terfikirkan si hati beku tu.
“Jangan
benci sangat. Nanti tersuka, mama tak tahu. Kan Mail kan.” Semakin galak Datin
Hasnah menyakat Adni Farha. Anak dara manja terlebih.
“Betul
tu, datin,” sokong Pak Mail.
“Hesy…tak
ada maknanya lah.” Muncung Adni Farha dan panjang. Bengang bila Pak Mail turut
bersekongkol dengan mamanya. Datin Hasnah dan Pak Mail hanya ketawa sahaja.
Destinasi
yang dituju telah tiba. Pak Mail membelok ke kiri. Perlahan dia menyusur masuk
ke kawasan Kip Mart Tampoi. Kereta diberhentikan berdekatan dengan pintu masuk
pasar basah.
“Datin
dengan Adni turun sini. Nanti kalau dah siap, telefon saya. Tunggu kat sini
aje, nanti saya datang,” beritahu Pak Mail.
“Aaah…ya
lah, Mail. Nanti kami telefon kalau dah siap semuanya.” Datin Hasnah dan Adni
Farha turun. Adni Farha mendapatkan troli. Dia berjalan mengikuti langkah
mamanya.
Troli
yang dibawa Ayman Fareeq sudah hampir penuh. Perlahan dia menyorong troli
ditangan. Matanya meliar memerhati satu persatu barang-barang yang dijual di
gerai-gerai yang terdapat di pasaraya Kip Mart. Terlampau leka sehingga dia
tidak sedar trolinya telah terlanggar troli orang lain.
“Opsss…maaf,
maaf,” Ayman Fareeq lekas-lekas mengalihkan trolinya. Si pemilik troli yang
dilanggar tadi mengangkat muka. Matanya terpaku memandang jejaka di depan mata.
“Eh!
Adni Farha... What a surprise.” Ayman
Fareeq tersenyum herot memandang si rambut karat atas bawah.
“Errr…Encik
Ayman.” Adni Farha ketap bibir. Dalam banyak-banyak tempat kenapalah kau datang
sini juga. Adni Farha sempat mengerling troli bosnya yang penuh dengan
barang-barang dapur. Hmmm…shopping
barang dapur. Very manly tapi
takkanlah dia pergi sorangkan.
“Nampaknya
kaki awak dah baik. Maklumlah cuti tiga hari kan,” sindir Ayman Fareeq. Matanya
memandang kasut but bertumit yang dipakai Adni Farha. Pergi pasar pun nak
bergaya macam pergi shopping complex.
Memang tak menahan betullah minah ni.
“Errr…Encik
Rahman approve cuti saya. Bukan saya
suka-suka cuti.” Adni Farha membela dirinya.
“Oh!
Encik Rahman…baguslah tu. Lepas ni apa-apa awak terus report dengan Encik Rahman. Saya ni kan supervisor awak je bukan bos besar pun,” sindir Ayman Fareeq.
“Bagus
juga. Saya pun dah tak tahan kerja bawah Encik Ayman. Jangan ingat saya diam
saya tak berani nak mengadu pada orang atasan,” templak Adni Farha. Bos aku ni
PMS agaknya. Benda kecil pun nak besar-besarkan.
“Ada
saya kisah,” jeling Ayman Fareeq. Orang ramai yang lalu lalang yang memandang
pada mereka berdua tidak dihiraukannya. Datin Hasnah yang sedang sibuk memilih
sayur-sayuran sesekali memandang anak daranya yang sedang berbual dengan
seorang jejaka. Kenalan Adni agaknya, fikir Datin Hasnah.
“Huh…baguslah
kalau Encik Ayman tak kisah. Senang saya nak cakap pada orang atas nanti.”
Perang mulut mereka berterusan hingga Datin Hasnah yang baru selesai membeli
sayur-sayuran datang menghampiri mereka.
“Adni.”
Datin Hasnah menepuk lembut bahu Adni Farha. Plastik di tangan diletak ke dalam
troli. Ayman Fareeq melemparkan senyuman bila dipandang Datin Hasnah. Datin
Hasnah tersenyum kembali.
“Errr…mama…
Dah habis? Jomlah.” Adni Farha mengajak Datin Hasnah untuk segera beredar dari
situ.
“Eh!
Tak nak kenalkan kat mama?” soal Datin Hasnah. Matanya melirik pada Ayman
Fareeq. Adni Farha garu kepala. Teruklah aku lepas ni.
“Errr…ini
Encik Ayman, Jurutera Perunding Klasik.”
“Ayman
Fareeq?” terperanjat Ayman Fareeq bila Datin Hasnah menyebut nama penuhnya.
Mesti si rambut karat bercerita yang bukan-bukan pasal dirinya. Adni Farha buat
isyarat supaya mamanya tidak bertanya yang bukan-bukan pada bosnya itu.
“Aunty.” Ayman Fareeq hulurkan tangan.
Datin Hasnah menyambutnya. Ayman Fareeq bersalam dan mencium tangan Datin
Hasnah dengan sopan. Adni Farha dah julingkan mata. Bajet bagus pula si hati
beku ni.
“Tak
ada lah teruk sangat,” bisik Datin Hasnah pada Adni Farha tapi dapat didengar
Ayman Fareeq. Memang sah si rambut karat bercerita mengenai dirinya. Kalau tak
takkanlah Datin Hasnah boleh cakap macam tu.
“Banyak
aunty belanja?” soal Ayman Fareeq
berbasa basi.
“Biasalah,
Ayman. Orang berkeluarga memang macam ni. Ayman pun apa kurangnya.”
“Saya
ni duduk bujang, aunty. Tapi saya
suka masak sendiri. Lagipun banyak barang dalam fridge dah habis. Itu yang keluar belanja hari ini.” Ayman Fareeq
mengerling Adni Farha yang diam sedari tadi. Datin Hasnah menyiku anak daranya.
Adni Farha buat muka. Ayman Fareeq tersenyum nipis.
“Sorang aje ke?” soal Datin Hasnah lagi.
“Sorang ajelah, aunty. Tiada siapa yang sudi nak teman.”
“Laaa…ya
ke? Orang hensem macam Ayman ni takkanlah tak ada yang berminat?” usik Datin
Hasnah. Adni Farha memandang muka Ayman Fareeq menanti jawapan yang bakal keluar
dari mulut bosnya. Bagus juga mama tanya. Aku pun tak tahu dia ni dah berpunya
ke belum.
“Hati
beku, kaku, mulut lagilah tak ada insuran memang susah orang nak lekat.” Adni
Farha tersedak mendengar jawapan Ayman Fareeq. Setepek kena kat muka aku. Dia
tahu ke yang aku dengan budak-budak kat pejabat gelar dia apa.
“Apasal
ni, Adni? Macam-macamlah,” cemas suara Datin Hasnah. Diusap-usap belakang badan
anak daranya. Ayman Fareeq tersenyum sinis. Terasalah tu. Baru kau tahu siapa
aku.
“Errr…tak
ada apa-apalah, ma. Jomlah. Mama kata nak masak. Adni pun dah lapar ni,” rayu
Adni Farha. Tangan Datin Hasnah ditariknya. Lagi lama dibiarkan mamanya berbual
dengan Ayman Fareeq lagi banyaklah rahsia yang terbongkar. Mama ni bukan boleh
percaya sangat. Ada kang macam-macam
soalan cepu emas ditanyanya nanti.
“Mama
rasa macam tak sempatlah, sayang. Kita makan kat sini ajelah. Tak pun kita
suruh Pak Mail singgah mana-mana nanti,” cadang Datin Hasnah. Adni Farha dah
muncung. Ayman Fareeq melihat dengan ekor mata.
Hesy…memang
anak manja betullah. Macam tak caya je minah rambut karat ni dah dua puluh lima
tahun. Aku tengok macam budak baru habis PMR aje gayanya, kutuk Ayman Fareeq
dalam hati.
Eleh…macamlah
aku tak tahu kau usyar aku kan. Jeling-jeling. Ingat aku takut ke. Budak-budak
bolehlah kau buat macam tu. Ini Adni Farha da Diva, okey.
“Kita
makan kat sini ajelah, sayang. Lagi pun papa cakap nak lunch dengan…” Datin Hasnah terpinga-pinga.
“Okey,
okey kita makan sini.” Cepat-cepat Adni Farha memotong percakapan mamanya. Dia
kemudian menonong laju meninggalkan Datin Hasnah dan Ayman Fareeq. Dengan troli
sekali ditinggalkan. Datin Hasnah geleng kepala.
“Manja
sangat, macam tu lah jadinya. Mari Ayman, kita makan sama-sama,” ajak Datin
Hasnah.
“Eh!
Tak apa lah, aunty. Menyusahkan aje.”
Ayman Fareeq menolak lembut ajakan Datin Hasnah. Dia pasti Adni Farha mesti
tidak suka jika dia turut serta.
“Tak
ada yang susahnya, Ayman. Boleh kita sembang-sembang nanti. Nak juga aunty tahu okey ke tak okey Adni kat
tempat kerja dia tu,” desak Datin Hasnah. Akhirnya Ayman Fareeq terima juga
perlawaan Datin Hasnah. Mereka menolak troli menuju ke food court. Adni Farha melambai mamanya sebaik melihat kelibat
Datin Hasnah. Mukanya yang ceria bertukar masam bila dilihat Ayman Fareeq
berada dibelakang mamanya.
“Adni
tak kisahkan kalau Ayman makan sama?” tanya Datin Hasnah. Dia mengambil tempat
disisi Adni Farha. Ayman Fareeq yang duduk bertentangan dengan Adni Farha buat
muka selamba.
“Dah
duduk pun. Takkanlah nak halau.” Adni Farha menjawab sinis. Mukanya dicebikkan.
Ayman Fareeq jungkitkan bahu.
“Adni
nak makan nasi campur. Mama nak makan apa?”
“Orderkan mama nasi ayam ajelah. Ayman?”
Adni Farha terus bangun tanpa menunggu jawapan Ayman Fareeq.
“Hesy…budak
bertuah ni. Suka betul buat perangai tak cukup umur dia tu.” Datin Hasnah
gelengkan kepalanya.
“It’s okay. Saya pun nak makan nasi
campur, aunty.” Ayman Fareeq turut
bangun.
Adni
Farha menoleh ke sebelah bila dirasakan ada seseorang yang berdiri rapat
dengannya untuk sama-sama memilih lauk pauk yang dijual. Dia menjeling bila
melihat yang empunya diri. Namun sempat dia berbisik sesuatu.
“Jangan
ingat mama saya suka kat Encik Ayman, Encik Ayman boleh buat sesuka suki Encik
Ayman.” Adni Farha memberi amaran.
“Buat
apanya, huh?” Terangkat sebelah keningnya memandang Adni Farha sebelum dia
tersenyum. Adni Farha terkesima. That
dimples…its killing me.
“Tak
ada apa-apalah.” Adni Farha lekas-lekas berlalu pergi ke kaunter bayaran. Dapat
dirasakan dadanya bergetar hebat. Nafasnya pun tidak teratur. Dia memegang
dadanya. Oh! Jantung kenapalah kau buat hal.
Ayman
Fareeq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia tahu Adni Farha pasti terpukau
dengan lesung pipitnya yang jarang-jarang dipertontonkan. Bukan Adni Farha
saja, perempuan lain pun akan tunjukkan reaksi yang sama. Akid dan Danial
pernah cakap pada dia, lesung pipit dia tu boleh cari makan. Tapi Ayman Fareeq
tidak pernah menyalahgunakan kelebihan yang dia ada. Setia pada yang satu.
Adni
Farha lebih banyak berdiam dari berbual. Dia hanya membiarkan sahaja mamanya
bertanya itu dan ini pada Ayman Fareeq. Hanya sesekali dia menyampuk. Mana
boleh biarkan Ayman Fareeq bercerita yang bukan-bukan pasal dirinya. Tapi yang
tak menahan tu mamanya gelak besar bila Ayman Fareeq ceritakan kisah kakinya
tersangkut kat lubang dan jatuh tangga.
Datin
Hasnah meminta diri sebentar untuk ke tandas. Sebenarnya dia sengaja bagi
peluang untuk teruna dan dara ini mengenali diri masing-masing. Itu adalah
antara agenda suaminya yang dah berkenan dengan Ayman Fareeq.
“Ma…jangan
lama sangat,” pesan Adni Farha.
“Hesy…kan
Ayman ada. Apa yang nak takut sangat ni? Bukannya Ayman ni makan orang.” Datin
Hasnah terus bangun. Ayman Fareeq hanya tersenyum. Dia memandang kelibat Datin
Hasnah sehingga hilang. Matanya beralih kembali pada Adni Farha. Adni Farha
sengaja menyibukkan diri dengan membelek telefon bimbitnya. Ais krim coklat
yang dipesannya tadi masih belum berusik.
“Ehem…ehem…”
Ayman Fareeq berdehem. Sampai bila nak tercongok macam orang bisu depan minah
ni pula kan. Adni Farha angkat muka. Kedua-dua keningnya terangkat.
“Yes?” soal Adni Farha.
“Errr…pasal
kaki awak tu…” Ayman Fareeq berjeda. Kenapalah mulut aku ni berat sangat nak
cakap.
“Kenapa
dengan kaki saya?”
“Saya
nak minta maaf. Kalau saya tak ajak awak lunch
dekat Thistle hari tu mesti awak tak jatuh kan.” Ayman Fareeq merenung lembut
Adni Farha. Hesy…apa tenung-tenung ni. Tak sukalah.
“Naaa…bukan
salah Encik Ayman pun. Saya yang cuai. Dah tahu pakai high heel, ada hati nak berlari kejar orang,” sanggah Adni Farha.
Dia tidak pernah menyalahkan Ayman Fareeq seratus peratus.
“Saya
jalan laju sangat ke?”
“Boleh
tahanlah. Malang betul siapa yang jadi makwe
Encik Ayman nanti.”
“Ohhh…eh?
Sebab tu agaknya sampai sekarang saya tak ada makwe.”
“Takkanlah
sebab tu…musykil juga saya. You have
something that would kill women’s heart.” Tanpa sedar Adni Farha memuji
Ayman Fareeq.
“Something? Apa dia?” duga Ayman Fareeq.
“Your sweet dimples. It could kill, you know,”
polos Adni Farha menjawab. Bila tersedar tangannya pantas menutup mulut yang
langsung tak beri kerjasama pada tuannya. Ayman Fareeq ketawa besar. Adni Farha
nampak comel. She’s really in something.
“Saya
tahu.”
“Encik
Ayman tahu? Tahu apa?” Adni Farha mencapai sudu. Ais krim coklat di dekatkan di
depannya.
“Jantung
awak.” Ayman Fareeq merenung tepat ke dalam mata Adni Farha. Sekali lagi Adni
Farha memegang dadanya.
“Apa
kena mengena dengan jantung saya?” Adni Farha menari-narikan keningnya. Cuba
menidakkan perasaan aneh yang muncul tanpa diduga.
“Terluka
dek lesung pipit saya kan,” usik Ayman Fareeq. Dia pula memainkan ke dua-dua
belah keningnya. Terjatuh sudu di tangan Adni Farha ke atas bajunya.
“Allah!”
jerit Adni Farha. Ayman Fareeq menghulurkan tisu. Adni Farha mengambilnya dan
membersihkan sisa ais krim yang terjatuh bersama sudu tadi.
“Awak
ni memang cuai kan?”
“Tak
jadi macam ni kalau Encik Ayman tak buat statement
tadi.”
“So, betullah?”
“Apa
yang betul?” Hari ini memang hari bermain Q
and A agaknya. Kalau tak dia yang bertanya, Ayman Fareeq yang akan bertanya
pula.
“My dimples could kill every women’s heart?”
“Perempuan
lain. Saya tak…” Adni Farha menafikannya.
“Ya
lah tu. Kalau tak macam mana ais krim tu boleh tumpah?”
“Errr…”
Pipi Adni Farha dah berbahang. Terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“Wahhh…rancaknya
berbual,” tegur Datin Hasnah yang baru tiba dengan beg plastik penuh di tangan.
Adni Farha menarik nafas lega. Mama, you
save my day. Adni Farha memandang ke depan semula. Ayman Fareeq tersenyum.
Bibirnya menuturkan kata I know.
Bertambah merah pipi Adni Farha. Dia bingkas bangun. “Keluar sekejap, ambil
angin.
“Eh!
Nak pergi mana?” tanya Datin Hasnah. Dia baru selesai memasukkan barangan yang
dibeli tadi ke dalam troli.
“Ambil
angin. Panas kat dalam ni.” Adni Farha terus keluar. Datin Hasnah memandang
anak daranya. Ayman Fareeq dah ketawa. Faham kenapa Adni Farha bertindak
begitu.
“Air-condkan, panas apanya? Sorrylah, Ayman. Anak aunty ni memang pelik.”
“Dah
biasa, aunty.” Ayman Fareeq
tersenyum.
Mereka
bersembang seketika sambil menikmati kopi panas. Datin Hasnah banyak bertanya
perihal keluarga Ayman Fareeq. Ayman Fareeq tanpa segan silu bercerita apabila
ditanya. Dia jarang mesra dengan orang luar tetapi dia dapat rasakan Datin
Hasnah ikhlas dengannya. Datin Hasnah menyenangi sikap Ayman Fareeq. Tak ada
lah teruk sangat seperti yang diceritakn Adni Farha. Bahasanya sangat dijaga.
Penuh sopan santun. Tertib kelakuannya. Memang lulus nak buat menantulah. Datin
Hasnah tersenyum sendiri. Tak sabar nak bercerita dengan suaminya nanti. Setengah
jam kemudian Adni Farha muncul semula.
“Ma…jomlah
balik. Dah dekat pukul dua ni. Nak solat lagi,” ajak Adni Farha. Saja dia
menunjukkan jam tangan di pergelangan tangannya.
“Seronok
sangat bersembang sampai tak sedar pula. Nanti jemputlah datang rumah, Ayman.
Boleh berbual panjang lagi,” lawa Datin Hasnah.
“In
shaa Allah, aunty. Kalau orang dah
ajak, saya tak keberatan.”
“Hesy…nak
buat apa ajak dia datang rumah, ma?” bisik Adni Farha di telinga Datin Hasnah.
Datin Hasnah memukul lengan anak daranya.
“Aunty betul-betul ni. Nanti kalau aunty nak buat makan-makan aunty beritahu. Adni boleh bagitahu kat
Ayman.”
“Anytime, aunty. Saya sentiasa free.”
Ayman Fareeq tersenyum lagi. Adni Farha dah julingkan mata. Sajalah tu nak
menggoda aku.
“Dah
call Pak Mail?” tanya Datin Hasnah.
“Dah.
Dia dah tunggu tu,” jawab Adni Farha. Adni Farha menolak troli dengan perlahan.
Sedikit pun dia tak memandang Ayman Fareeq.
“Adni!
Kejaplah,” panggil Datin Hasnah.
“Dia
dah penat tu agaknya, aunty,” tutur
Ayman Fareeq lembut.
“Sekali
lagi aunty minta maaflah pasal Adni
tu. Orang kalau tak ada adik beradik memang manja terlebih. Kena tegur sikit
dah merajuk. Aunty balik dululah,
Ayman.”
“It’s okay, aunty. Jalan baik-baik.” Ayman Fareeq bersalam dan mencium tangan
Datin Hasnah. Sikap Datin Hasnah yang peramah mengingatkan pada emaknya di
kampung.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Ayman Fareeq berdiri di sisi trolinya dengan sebelah tangan di dalam poket
seluar memerhati Datin Hasnah hingga hilang dari pandangan.
“Mama…cepatlah,”
bebel Adni Farha. Tangannya ligat membantu Pak Mail memasukkan barang ke dalam
bonet kereta.
“Dah
cepatlah ni. Kenapa pergi macam tu aje?” Datin Hasnah hanya berdiri memerhati
Adni Farha dan Pak Mail. Dia bukan tak mahu membantu tetapi awal-awal sudah
ditegah Adni Farha.
“Laaa…itu
pun jadi isu juga ke?” Mereka berdua masuk ke dalam kereta selepas selesai
memasukkan barang-barang yang dibeli tadi.
“Kurang
sopan, tahu tak.” Datin Hasnah masih tak berpuas hati dengan sikap yang
ditunjukkan Adni Farha di depan Ayman Fareeq.
“Alaaa…ma.
Esok kan Adni jumpa dia dekat pejabat. Hari-hari jumpa. Tak ada hal punyalah.”
“Hesy…anak
dara ni. Boleh pula dia cakap macam tu,” marah Datin Hasnah.
“Memang
betul apa? Tiap-tiap hari Adni memang kena mengadap muka hati beku tu.” Adni
Farha berkeras mempertahankan tindakannya.
“Tak
baik cakap dia macam tu. Mama tengok okey aje Ayman tu,” puji Datin Hasnah.
“Depan
mama, bolehlah.”
“Sukahati
Adnilah. Jangan benci sangat. Kang
terpikat. Sendiri yang susah.” Datin Hasnah cuba menyedarkan anak daranya. Adni
Farha mengeluh. Dia bersandar dan melentokkan kepalanya di pintu kereta. Kalaulah
mamanya tahu. Hari ini dia melihat sisi lain Ayman Fareeq. Sikap yang tidak
pernah ditunjukkan padanya selama dia berkerja di bawah seliaan Ayman Fareeq. Lesung
pipit, hmmm…itu adalah bonus. Adni Farha tersenyum.
Ayman
Fareeq masih belum keluar dari perkarangan tempat letak kereta pasaraya Kip
Mart. Dia bersandar di tempat duduk pemandu. Tempat duduknya diturunkan sedikit
untuk memudahkan dia melepaskan lelah seketika. Fikirannya masih terbayangkan
Adni Farha. Si rambut karat yang mempunyai sepasang mata yang cantik. Ayman
Fareeq mencapai telefon bimbitnya. Ikon aplikasi whatsapp ditekan.
Ayman Fareeq – Assalam.
Terima kasih sudi ajak saya makan bersama dengan your mum.
Adni Farha – Ws. Mama
yang ajak bukan saya.
Ayman Fareeq – Tapi
kalau awak tak bagi tadi saya pun segan nak join.
Adni Farha – Since when
Encik Ayman ni jadi pemalu?
Ayman Fareeq – Sejak
awak cakap my dimples could kill every women’s heart.
Adni Farha – OMG. Tak
habis lagi ke?
Ayman Fareeq – Takkan
habis kalau awak tak mengaku.
Adni Farha – Eh? Tetiba
pula saya nak kena mengaku. Mengaku apa?
Ayman Fareeq – Tak apa
lah. Abaikan.
Adni Farha – Pula…
Ayman Fareeq – Jumpa
esok.
Adni Farha –
Hmmm…sikitlah.
Ayman Fareeq – Apa yang
sikit?
Adni Farha – Hari ini
saya nampak sisi lain Encik Ayman. Lembut, ikhlas plusss….
Ayman Fareeq – I’m
waiting, Adni…
Adni Farha – You know
it.
Ayman Fareeq – I do?...
Adni Farha – Yup…
Ayman Fareeq –
Breakfast sama esok, boleh? Saya tak paksa…
Adni Farha – Tengok
mood esok macam mana…Assalam
Ayman Fareeq – Harap
mood tu okey. Ws…
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
NAK LAGI.
ReplyDeleteerkkkk....terkesima i....ngeeee....sabar ya....
DeleteAlahai....... En. Iceberg.....
ReplyDeletenak cair dah tu....
Deleteomai.....iceberg dah melted ke?.... so sweet.
ReplyDeleteHuhuhu....
Deletebestttttttt
ReplyDeletehikhikhik....maceh...
Delete