H
|
ARI ini Asyikin
rasa lain. Rasa yang mungkin setiap perempuan rasa bila sudah disunting secara
rasmi. Gembira. Bahagia. Seronok. Berdebar.
Semalam majlis pertunangan antara dia
dan Abrar telah berlangsung. Malangnya Abrar tak dapat turut serta dalam majlis
semalam. Si dia perlu ke luar daerah. Sudah seminggu si dia kerja luar. Apa nak
buat. Sudah kerja Abrar memang begitu.
“Amboi! Senyum panjang nampak.” Imah
menyiku Asyikin yang tersengih sahaja dari tadi.
“Nak awet muda. Haruslah tersenyum.”
Kening Asyikin menari-nari. Bersenda.
“Jangan nak menipu. Aku tahulah kenapa
kau senyum-senyum.” Imah menggeleng. Disua pinggan berisi mi goreng kepada
Asyikin.
“Dah kenyang.” Asyikin menggeleng sambil
menepuk-nepuk perutnya.
“Belum apa-apa dah berdiet?” Imah
jongket kening.
“Kena biasakan. Takut nanti baju
pengantin tak muat.” Asyikin ketawa-ketawa.
Dia tak tipu. Sejak akhir-akhir ini
selera makannya semakin menjadi-jadi. Kalau diet itu tak dimulakan dari
sekarang, takut bila sampai tarikh menikah nanti semua baju tidak muat dipakai.
“Choiii! Lagi setahun kut.” Imah
menjuihkan bibirnya.
“Sebab lagi setahunlah aku kena mula
dari sekarang.” Asyikin kenyit mata dan menyambung ketawanya lagi.
“Errr... Doktor Naim kau datang ke
sinilah.” Imah muncungkan mulut pada susuk tubuh yang sedang mengatur langkah
ke tempat mereka berehat.
Asyikin menoleh sekilas. Wajah Imah
dipandang semula. Wajahnya sudah cuak.
“Again?
Macam mana ni, Imah.” Dahinya sudah berkerut.
“Buat biasa-biasa sudah tapi lebih baik
kau berterus-terang pasal status kau sekarang.” Imah cuba memberi buah fikiran.
Tujuannya murni. Untuk mengelakkan fitnah memandangkan Asyikin pun sudah
menjadi tunangan orang.
“Masalahnya dia ni jenis tak reti
bahasa.”
“Kalau Bahasa Malaysia dia tak pandai.
Kau hentamlah mandarin ke tamil ke arab ke.” Imah ketawa-ketawa.
“Tak membantu, okey.” Asyikin jegilkan
mata.
Imah menyinggul lengan Asyikin. Memberi
isyarat Doktor Naim sudah semakin mendekati mereka.
Asyikin angguk dan berpura-pura
tersenyum bila Doktor Naim sudah sampai di depan dia dan Imah.
"Nah." Doktor Naim hulurkan
pinggan berisi udang bakar.
"Errr..." Asyikin serba salah.
Muka Imah dipandang minta si teman membantunya tetapi Imah pura-pura tidak
nampak.
"You suka udang, kan?" Doktor
Naim tersenyum sambil tangan mengupas kulit udang.
"Doktor, please..." Asyikin mengeluh. Tidak senang dengan kebaikan yang
ditunjukkan Doktor Naim. Rimas.
"It's okay. I dengan rela hati buatkan untuk you." Doktor Naim
tersenyum. Langsung tidak diendahkan rayuan Asyikin.
Asyikin mencubit halus paha Imah.
"Ambik ajelah." Imah buat
isyarat muka.
Asyikin menggeleng. Tanda tidak mahu.
Takut Doktor Naim tersilap tafsir. Dia sebolehnya tidak mahu doktor kacak ini
tersalah anggap lagi. Perlu ke dia berterus-terang?
"Done." Pinggan berisi udang yang sudah siap dikopek dihulur
kepada Asyikin.
“Aku nak ambil air sekejap.” Imah sempat
berbisik pada Asyikin sebelum berlalu dari situ.
“Doktor, boleh tak you jangan terlalu
baik dengan I?” Asyikin cuba menyampaikan rasa kurang senangnya dengan sikap
yang ditunjukkan Doktor Naim.
“Why
can’t I?” Doktor Naim merenung wajah Asyikin.
Asyikin serba tidak kena. Namun dia
harus tamatkan semua ini. Lagipun tak lama lagi dia bakal berkahwin. Dia tidak
mahu apa yang dibuat Doktor Naim menjadi fitnah. Segala-galanya perlu
ditamatkan hari ini juga. Nafas dihela dalam-dalam. Setelah berasa tenang, diluahkan
apa yang sepatutnya dia cakap.
“I dah bertunang.”
“So?”
Kening Doktor Naim terjongket. Seolah-olah tidak faham maksud kata-kata
Asyikin.
Ya Allah, lelaki ni. Mental ke apa?
Faham ke tidak maksud perkataan bertunang? Bukan ke ada disebut dalam hadis
jangan dikacau gadis yang telah disunting lelaki lain. Aduh, lama-lama dia yang
mental bukan lelaki ini. Asyikin menggeleng kecil.
"Please, doktor. Tolonglah faham. Saya tak boleh.
T-A-K-B-O-L-E-H." Suara Asyikin sedikit bergetar. Memandang Doktor Naim
yang tunak memandangnya. Mengharapkan lelaki ini memahami situasi mereka.
"Tapi kenapa? Saya kenal awak
dahulu sebelum dia." Lontaran suara Doktor Naim sedikit keras. Rambutnya
dikuak ke belakang.
"Ya, saya akui tapi rasa dalam ni
tak boleh dipaksa." Asyikin menepuk dadanya berkali-kali. Sedikit tertekan
dengan apa yang terjadi sekarang.
“Rasa tu boleh dipupuk, Ikin.” Doktor
Naim masih tidak mahu mengalah. Merenung Asyikin tajam.
Asyikin tersenyum kelat. Memang betul
tak faham bahasa doktor kacak ni. Dia perlu juga membalas kata-kata Doktor Naim
ini.
“Apa yang doktor cakap tu memang betul.
I tak nafikan tapi kalau rasa itu dipaksa juga akan menyebabkan rasa lain yang
wujud. Benci, dendam dan amarah.” Dia memandang ke arah teman-temannya yang
sedang bergelak tawa di sudut lain.
“You memang sengaja tak nak bagi peluang
tu pada I, kan?” Doktor Naim mendesak lagi. Tidak senang dengan kata-kata yang
diungkapkan Asyikin.
“Dalam dunia ni bukan I seorang sahaja
perempuan, doktor. Ramai lagi perempuan bujang yang lain. You boleh pilih.
Doktor Marina tu, terang-terang sukakan you. Takkanlah you tak perasan.”
Asyikin cuba berlembut. Seboleh mungkin cuba mengawal situasi ini dalam keadaan
tenang.
“Kalau you dah tak sukakan I, jangan you
pandai-pandai nak pasangkan I dengan sesiapa pun.” Doktor Naim membalas keras.
Bengang. Wajahnya sudah dikalihkan ke tempat lain. Tidak mahu memandang gadis
yang berjaya mencuit hatinya.
"Asyikin." Satu suara garau
menyapa.
Asyikin dan Doktor Naim menoleh.
Asyikin menarik nafas lega sebaik
melihat susuk tubuh Abrar menghampiri dia dan Doktor Naim.
Abrar tersenyum pada Asyikin. Tangan
dihulur pada Doktor Naim sebelum melabuhkan punggung pada kerusi di sebelah
Asyikin.
"Are you okay?" tanya Abrar pada Asyikin.
Asyikin hanya mampu tersenyum.
“I pergi dulu.” Doktor Naim mencelah
pada pasangan yang saling berbalas senyum ini. Dia tidak betah untuk duduk
memandang pemandangan yang menyakitkan hatinya.
“Wait,
doktor!” tegah Asyikin sebelum Doktor Naim berlalu.
Langkah Doktor Naim mati.
Abrar angkat kening pada Asyikin.
“Ini tunang I, Abrar Faris.” Asyikin
memperkenalkan Abrar walau dia tahu Doktor Naim kenal Abrar.
Abrar hulur tangan.
Doktor Naim hanya memandang dan terus
berlalu.
Asyikin dan Abrar hanya mengangguk.
Menghantar Doktor Naim pergi dengan lirikan mata sahaja. Mereka berdua
berpandangan semula.
“Assalammualaikum, cik tunang.” Abrar
berseloroh.
Wajah ceria Asyikin dipandang tanpa
puas. Wajah yang kini sudah separuh berjaya dimilikinya. Tinggal separuh sahaja
lagi akan menjadi miliknya yang mutlak.
“Waalaikumussalam, encik tunang.”
Asyikin melayan.
“Patutlah hati I rasa lain aje. Sejak
dari semalam. Rupa-rupanya ada kumbang tak faham bahasa asyik mengacau cik
tunang.” Abrar jongket kening.
Tidak salah perkiraan dia untuk terus
datang mencari Asyikin. Penat memang penat tapi berbaloi rasanya bila dapat
memandang wajah bakal permaisuri hatinya ini. Sekurang-kurangnya dia dapat melindungi
cik tunangnya ini.
“Encik tunang jangan risau. Cik tunang
dah dirikan tembok kebal. Tinggi. Doktor tu tak dapat panjat pun hatta lelaki
lain juga.” Asyikin tersenyum.
Cuba mengelak dari berlaku sengketa.
Tidak mahu memanjangkan kisah dia dan Doktor Naim. Apa yang penting sekarang,
dia perlu merencana dengan baik apa yang bakal dia dan Abrar hadapi di masa
akan datang.
“I percayakan you.” Abrar tersenyum.
“Terima kasih.” Asyikin turut sama
tersenyum.
“So,
apa rasa sekarang?”
“Gementar.”
“Really?
Tak nampak macam gementar pun.” Abrar jongket kening. Wajah mulus Asyikin
direnung tanpa puas.
Rindunya pada wajah ini sukar untuk
diperkatakan. Bila emaknya memberitahu urusan meminang sudah selesai dan tarikh
ijab kabul juga telah ditetapkan. Dia bersyukur sangat-sangat. Segala-galanya
telah dipermudahkan-Nya.
“You dah balik rumah ke belum ni?” soal
Asyikin menyimpang dari jawapan yang Abrar mahukan.
“Sayang, you sengaja kan.” Suara Abrar
mengendur. Bunyi seperti merajuk.
“Janganlah macam tu. I betul-betul
gementar ni. Pertama kali kut jumpa you dengan status yang dah berubah ni.”
Asyikin memujuk.
“Cheeky.”
Abrar menggeleng sambil tersenyum.
“Tak sangka Mr. Geologist a.k.a. encik tunang ni dalam hati ada taman.” Asyikin
mula mengusik.
“Tolonglah sangka.” Abrar berbisik
perlahan.
“Huh! Apa bisik-bisik tu? No, no, no.” Tiba-tiba ada satu suara
yang mengganggu perbualan mesra pasangan tunang ini.
Kedua-duanya mengangkat wajah. Memerhati
insan yang menegur mereka.
Imah menari-narikan jari telunjuknya
kiri kanan.
Meletus tawa Asyikin dan Abrar.
Yeay, dh tunang, lambat lagi nk nikah, mesti ada dugaan , bekas gf Abrar tk muncul lagi ni huhu .
ReplyDeleteNak ke jumpa bekas gf abrar? hikhikhik... nantikan kemunculan dia... poyo je kannnn
DeleteAkhirnya bertunang juga... tapi lama tu 1 tahun... banyak dugaan tu... lebih-lebih lagi dgn langau-langau yg berkeliran dan x faham bahasa ... sakit jiwa...hihihi
ReplyDeleteHikhikhik
DeleteDh jadi tunang
ReplyDeleteNtah apalah agaknya dugaan yg bakal dtg
😃
kannnnn
DeleteHanya cik writer yg tahu.....hrp2 dugaan yg x memutuskan ksh abrarasyikin...😊😊
ReplyDeletetq puteri lavender sudi baca.... tunggu next chap or lebih senang versi cetak... miahahaha
DeleteMarathon semua citer yg trtinggal lama kt sini.. wuhuuu.. suka abrarasyikin ni.. dr naim tu syuhhh.. pi main jauh2.. buat semak jer..
ReplyDeletespeechless i... tq dear...
Delete