ADWAN bersandar pada badan keretanya. Santai dan malas.
Kaki bersilang tetapi tangannya tak duduk diam, bekerja keras mengalahkan buruh
kasar. Menepis jemari cantik yang galak merayap di dadanya.
Sesekali matanya terpejam rapat. Cuba
menahan godaan syaitan yang berlumba-lumba cuba masuk ke dalam hatinya.
Mujurlah sekarang ini bukan di dalam kereta. Entah apalah yang akan terjadi
jika dia dan si seksi di depannya ini masih lagi belum keluar.
Norish sengaja melekapkan tangannya di
dada Adwan. Jemari runcingnya berlari-lari pada dada bidang Adwan. Ke atas, ke
bawah, ke kiri dan ke kanan. Misi dia hari ini mahu membawa Adwan ke ranjang.
Sudah lama dia impikan belaian tangan kekar Adwan. Malah tubuh tegap Adwan
menjadi igauannya saban malam.
“Teman I malam ni?” Lembut lidahnya
menutur kata. Agar kedengaran manja pada telinga Adwan.
Jemarinya tidak berhenti. Masih lagi
ralit menjalankan tugas. Sesekali tubuhnya juga dirapatkan pada Adwan. Itu saja
senjata yang dia ada. Lelaki ini memang susah betul hendak ditawan. Ada saja
alasan yang diberi.
“Dear…” Adwan menggumam tenang.
Mata yang terpejam rapat dibuka
seluasluasnya. Pandangannya jatuh pada wajah gadis kacukan di depannya. Beraksi
macam kucing parsi. Menggesel saja sedari tadi.
Hatinya terdetik sesuatu. Kenapalah
perempuan zaman sekarang begitu murah menjual maruah. Hanya kerana mahukan
kemewahan sanggup menggadai tubuh.
“Adwan, malam ni aje. Please…” rayu Norish lagi. Masih tidak
mahu mengalah.
Dia menggapai tangan Adwan yang menepis
jemarinya. Dibawa ke perut kempisnya. Perlahanlahan tangan kekar yang sudah
melekap pada badannya itu ditarik ke atas. Kali ini dia nekad.
Tindakan spontan Norish hampir sahaja
membuat Adwan tewas. Pantas dia menarik tangannya. Direhatkan pada kedua-dua
belah pinggang Norish. Mengucap panjang dia di dalam hati. Jelas sekali aksi
Norish tadi bagaikan memberi peringatan kepada dirinya.
“I’ve
got to go. You better go home now. Kalau tak…”
“Kalau tak, apa? You want to kiss me? It’s my
pleasure, darling…” Norish yang turut meletakkan ke dua-dua belah tangannya
pada pinggang Adwan semakin mendekatkan wajahnya pada wajah Adwan.
“Norish…” Meleret Adwan menyebut nama
Norish. Tubuhnya dijarakkan sedikit.
Aduh! Boleh sesak nafas dia dengan
godaan gadis kacukan ini. Rasanya kalau lelaki lain memang dah selamat gadis
ini dikendurikan. Mujur dalam dadanya masih tertanam iman biar pun senipis
kulit bawang. Kalau dia tak kuat menahan nafsu, memang esok pagi Papa dan Mama
boleh kena sakit jantung tengok dia dan Norish di atas katil.
“Okey, okey. I know. At least give me a good night kiss, then?” Norish kerdipkan
matanya berkali-kali. Tak dapat orangnya dapat ciuman pun sudah memadai.
Bolehlah buat bekalan peneman tidurnya malam ini.
Tak fikir panjang Adwan labuhkan
bibirnya pada kedua-dua belah pipi Norish. Langsung tiada silu yang menjengah
hatinya. Hanya memikirkan tidak mahu menghampakan permintaan si gadis setelah
pelawaan bermalam ditolaknya mentah-mentah.
“Go
now,” arahnya. Sempat dia menepuk pinggul Norish sebelum gadis itu beredar.
“Naughty
boy. Bye.” Norish menghadiahkan flying
kiss sebelum pergi.
Adwan tersenyum. Dia memerhati sehingga
Norish hilang di sebalik lif. Wajahnya diraup kasar. Rambut dikuak ke belakang.
Keluhan berat dilepaskan. Hampir saja dia tewas tadi.
Betul dia memang sosial. Setakat pegang
sana sini. Laga-laga pipi. Dia memang sudah biasa. Namun untuk bersama dengan
perempuan di atas katil, itu yang cuba dia elakkan. Nama baik Dato’ Zayd harus
dijaga. Reputasinya sendiri sebagai Pengurus Besar Amazon Berhad juga terpalit
sama andai dia berani melakukan onar itu.
Dalam melayan perasaan resah, telefon
bimbitnya berbunyi garang. Adwan berdecit. Meraba kocek seluar. Tangan menyeluk
ke dalamnya. Telefon bimbit di genggaman dipandang.
Amanda? Berkerut dahinya. Adik dia yang
seorang ini tidak pernah mengganggu dia di waktu malam melainkan… Lantas ikon
hijau ditekan.
“Hello!”
“Along dekat mana?”
“Assalammualaikum.” Adwan tersenyum
simpul. Dia pasti Amanda di hujung talian tak senang duduk. Kali ini dia
berjaya mengenakan Amanda. Acapkali hanya dia sahaja yang alpa.
“Hesy, wa’alaikumussalam.”
Ketawa Adwan meledak bila Amanda membalas
geram. Jarang sangat nak dengar si adik marah-marah.
“Kenapa?” Dia menyambung bicara yang
tergantung dek tawanya tadi.
“Baliklah cepat. Papa dengan Angah tu
rancak sangat ‘berbincang’.”
“Again?”
“Biasalah Papa tu. Entah apalah yang
Angah buat sampai dia tak puas hati.”
“On
my way, bye.”
Talian dimatikan. Tanpa berlengah Adwan
membuka pintu kereta. Dia segera meloloskan badannya. Telefon bimbit dicampak
ke tempat duduk sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak
ditekan. Mengaum kuat enjin Audi R8 memecah kesunyian malam.
Lebih kurang 15 minit, Adwan sudah
sampai di perkarangan rumah keluarganya. Laju dia mengatur langkah menuju ke
dalam rumah sebaik sahaja keluar dari keretanya. Tidak mahu berlengah. Takut
berlaku perkara tidak elok di dalam sana.
Semakin dia menghampiri pintu utama,
telinganya dapat menangkap suara-suara lelaki di dalam rumah. Kuat. Keras.
Kalau inilah dinamakan berbincang, agak janggal kalau orang luar dengar.
Ini namanya bertelingkah. Dia hanya
mampu menggeleng.
“Assalammualaikum.” Salam diberi.
Pintu utama itu dikuak lebih luas sambil
Adwan membuka kasutnya. Mata pula memaku pandang pada figura dua orang lelaki
yang turut memandang ke arahnya.
“Wa’alaikumussalam.” Serentak salamnya
dijawab.
Adwan meluru masuk ke dalam rumah.
Selamba menghenyakkan punggung di sofa bersebelahan dengan adiknya yang kedua
dan bertentangan dengan Papanya. Kunci keretanya dicampak sahaja di atas meja
kopi. Dia beraksi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum kehadiran dia
di sini.
“Apa lagi ni, Papa, Angah?” Wajah si
adik lelaki dan Papanya dipandang bersilih ganti.
Zuhayr Affan, si adik hanya menundukkan
muka. Bertindak mengunci mulut. Tidak seperti tadi. Ada sahaja balasan kata
pada setiap soalan yang dilontar Dato’ Zayd.
“Susah kalau ada anak tak dengar kata
ni.” Dato’ Zayd merungut. Memberi jawapan kepada pertanyaan Adwan.
“Papa, Alongkan ada,” pujuk Adwan.
Tidak sampai hati melihat riak tegang
pada wajah Papanya. Dalam usia begini, wajah itu berhak untuk ceria. Tidak
sepatutnya ada garis-garis resah yang singgah.
“Papa bukan apa, Along. Kalau boleh Papa
nak anak-anak Papa, tak kiralah lelaki atau perempuan. Semuanya bersama-sama
berganding bahu majukan syarikat kita tu.” Dato’ Zayd memandang Zuhayr Affan
sekilas sebelum jatuh pada wajah Adwan. Kata-katanya itu ditujukan kepada anak
keduanya.
Entahlah, dia tak tahu kenapa sukar
benar anaknya yang seorang ini mengikut suruhannya. Lebih suka berdikari. Tidak
mahu langsung bekerja dengan keluarga sendiri.
“Angahkan doktor. Penat dia belajar
bertahuntahun. Takkanlah dia nak lepaskan macam tu aje?” Tutur Adwan lembut.
Dia mengerling Zuhayr Affan dengan ekor matanya. Berharap sangat si adik turut
membela diri. tetapi Zuhayr Affan kekal begitu. Masih lagi membisu.
“Kenapa Along boleh aje kerja dengan
Papa? You’re an engineer after all.”
Dato’ Zayd tidak dapat menerima kata-kata Adwan.
Adwan menghela nafas berat. Takkanlah
dia nak cakap yang dia terpaksa sebab dia anak lelaki yang sulung. Takkanlah
dia nak pecahkan rahsia semuanya sebab pujukan Mama. Jika dia juga bertegas
dengan pilihan kerjayanya seperti Zuhayr Affan, pengakhirannya nanti dia juga
yang kena menggantikan Papa. Lagi pula kedua-dua adiknya memang mengharapkan
dia untuk meneruskan legasi Papa mereka.
“Along lain, Pa. Biarlah Along
berkorban. Lagipun tak semua orang ada minat dan kemahiran yang sama. Let him be, Pa.”
Dato’ Zayd mendengus. Memberi renungan
tajam pada anak-anaknya sebelum dia berdiri.
“Susah betul cakap dengan kamu berdua!”
Dato’ Zayd berlalu dari situ. Membawa diri ke bilik tidurnya bersama amarah
yang masih bersisa di dalam dadanya.
Adwan bersandar. Kepala direhatkan pada
belakang sofa. Merenung kosong siling rumah. Perhatiannya beralih pula pada
lampu chandelier yang menerangi ruang tamu rumah ini.
Zuhayr Affan turut sama bersandar.
Beraksi seperti Adwan. Cuma matanya menoleh ke sisi.
“Thanks,
bro.”
“Ini aje yang aku boleh tolong, Angah. I don’t know whether I can defend you in the
future.” Mata Adwan masih lagi memandang lampu. Hanya mulutnya yang
menggumam.
“I
owe you one, Along. Aku akan ingat tu.”
“So,
what’s next?” Adwan menukar pandang. Wajah Zuhayr Affan menjadi perhatian.
“Tunggu surat posting.” Zuhayr Affan jongket bahu. Hanya itu sahaja jawapan yang
dia ada. Buat masa ini memang dia hanya merengsa di rumah. Mungkin kerana itu
Papa mendesak dia bekerja di hotel.
“You
better be a good doctor. Kalau tak memang aku cincang kau.”
“Kau jangan risaulah, Along. I’ll be the best Orthopedic ever!”
“Perasan!” Adwan mencebik.
“I’ll
prove it to you!” Bersungguh Zuhayr Affan mengiakan kata-katanya. Itulah
impian dia. Akan dia buktikan kepada Papa dan seluruh keluarga ini.
Tiba-tiba Amanda yang entah datang dari
mana terus mencelah duduk di antara Adwan dan Zuhayr Affan. Dia menepuk paha
kedua-duanya. Tak sabar nak tahu apa yang berlaku tadi.
“Along, Angah kongsilah. Apa cer?” Wajah kedua-dua abangnya dipandang
bergilir. Menanti salah seorang daripada mereka bercerita.
“Sibuk aje, little sister ni. Tadi suara bukan main menggigil lagi.” Adwan
tidak menjawab pertanyaan Amanda. Sebaliknya dia bertindak menggosok kepala
Amanda. Mengusik adik kesayangan.
“Hey,
I’m already twenty six!” Mulut Amanda dah muncung. Jelas sekali tidak suka
dengan panggilan begitu. Abang-abangnya masih lagi menganggap dia adik kecil
mereka.
“But
still a little sister to us.” Zuhayr Affan menambah. Tumpang sekaki
mengusik Amanda.
“Diamlah, doktor. Kalau orang tak call Along tadi, selamatlah awak kena
masuk juga Amazon esok. Sibuk nak kenakan kita pula.” Amanda jelir lidah.
Pulang paku buah keras pada Zuhayr Affan.
Spontan Zuhayr Affan letak tangan
kanannya di dada. Dia menundukkan tubuhnya sedikit. Dengan senyuman mengusik
dia membalas kata.
“My
bad. Thanks to you, little sister.”
“Mengadalah,” tangan Amanda memukul dada
Zuhayr Affan yang sudah galak mentertawakan dia. Sibuk juga dia mengelak bila
tangan Zuhayr Affan mula nak menggosok kepalanya.
“Balik pukul berapa tadi?” Adwan
menyoal. Mencelah gurau senda adik-adiknya.
Aksi pukul memukul dan elak mengelak
antara Amanda dan Zuhayr Affan terhenti. Amanda berpaling kepada Adwan pula.
Dia tahu soalan itu ditujukan kepadanya.
“Kenapa?” Dahinya berkerut.
“Lambat ke? Bukan Along dah pesan suruh
balik awal?”
“Sebelum Asar orang dah ada dekat
rumahlah.”
“Lewatnya?” Adwan angkat kedua-dua belah
keningnya.
“Nama pun dating. So, what do you think about him, Along?” Amanda tarik sila.
Kini tubuhnya seratus peratus mengadap Adwan. Sengaja menukar topik isu dia balik
lambat. Lagi pun dia memang nak tahu sangat pendapat abangnya yang seorang ini.
“Bolehlah.” Adwan menjawab acuh tak
acuh. Menyesal pula mempersoalkan Amanda pulang lewat. Dia memang sudah lupa
hal tengah hari tadi.
“Whoa,
tak acilah. Kenapa tak ajak Angah? Kenapa selalu sangat Angah ketinggalan bila
kau orang ada cerita panas ni?” Zuhayr Affan bertindak menggosok kepala Amanda.
“Eee… apa ni, Angah asyik main kepala
orang. Papa bayar zakatlah.” Amanda menepis tangan Zuhayr Affan. Jemarinya
melurut-lurut rambutnya yang sudah kusut diusik
Zuhayr Affan. Zuhayr Affan hanya ketawa.
Tak hirau langsung dengan rungutan Amanda. Malah semakin ligat jemarinya
menyentuh kepala Amanda.
“Bolehlah?” Amanda kembali fokus pada
Adwan. Sudah malas mahu melayan kerenah nakal Zuhayr Affan.
“To
tell you the truth, I don’t like him.” Adwan berterus-terang. Tidak
bertapis. Tak kisahkan apa hati dan perasaan Amanda rasa.
Dia bukan lelaki yang akan bertutur
mengikut kehendak orang yang mahu mendengar. Dia ialah seorang lelaki yang akan
berbicara berdasarkan apa yang dia lihat. Dan mata lelakinya nampak Azri Imran
tak layak berdiri di sebelah Amanda.
“But,
I do like him. He’s such a nice guy. A perfect man to be called a husband.
Tak sabarnya nak hidup dengan dia!” Amanda kerdip-kerdipkan matanya.
“Why
do women likes to do that?” Berkerut dahi Adwan dengan tingkah Amanda. Ini
bukan kali pertama dia ditunjukkan aksi begini. Setiap perempuan yang
bergandingan dengan dia kerap juga buat macam ni.
“Sebab itu aje yang kami pandai.” Amanda
tersengih.
“Klise sangatlah kau, dik.” Zuhayr Affan
berbisik.
“Sibuklah doktor ni. Pergi main
jauh-jauh sana.” Amanda menyiku Zuhayr Affan yang menghimpit belakangnya.
Abangnya yang seorang ini memang kuat
mengusik. Tak dinafikan dia lebih rapat dengan Zuhayr Affan berbanding Adwan.
Mungkin kerana jarak umur mereka yang tidak jauh.
“Memang nak blah pun. Tak kuasa nak layan.” Zuhayr Affan sudah berdiri.
Mengekek dia ketawa bila Amanda bertindak membaling kusyen kecil kepadanya.
Adwan hanya tersenyum. Menggeleng
melihat perangai adik-adiknya yang kebudak-budakan. Tak nampak macam 26 dan 28
tahun.
“Siapa yang pernah buat macam tu kat
Along?” Amanda cuba mengorek rahsia.
Adwan hanya jongket bahu. Tak rasa nak
jawab soalan remeh Amanda.
“Alonggg…”
“Budak kecik mana boleh tahu.” Adwan
turut bangkit. Mahu segera ke bilik tidurnya. Nak basahkan badan. Keluar dari
pagi dan pulang lewat ke rumah buat tubuhnya melengas.
“Berlagak!” Amanda bersandar malas.
Tangan bersilang di dada. Dia tarik wajah masam. Protes. Namun perlahan-lahan
wajah mulus itu tersenyum bila tersedar yang dia hampir mampu mengorek rahsia
hati Alongnya itu.
“Along memang tak suka dia.” Sempat
Adwan tegaskan pendiriannya sebelum berlalu. Tersungging senyuman senget di
bibirnya bila menangkap riak wajah Amanda berubah masam semula.
Amanda menjeling Adwan dengan ekor mata.
Baguslah semua orang hilang. Apa Azri Imran tengah buat sekarang ni ya? Bunyi
notifikasi dari telefon bimbitnya tanda ada mesej masuk membuat bibirnya
mengukir senyuman lebar. Orang yang dia tengah rindukan macam tahutahu saja
namanya disebut.
Azri Imran:
Saya sayang
awak dan saya tahu awak sayang saya tapi saya tak kuat bila dihina.
Maafkan saya,
Amanda.
Setakat ini
saja perhubungan kita.
Semoga awak
berjumpa dengan seseorang yang sekufu dengan awak.
“What!”
Amanda menjerit kuat.
Laju jemarinya mendail nombor Azri
Imran. Tak puas hati berbalas mesej. Lebih senang bercakap sendiri. Puas
mendail namun panggilannya langsung tak berangkat.
Ini mesti kerja Along! Along, apa along
dah buat ni? Dia bingkas bangun. Berlari anak menuju ke tangga.
Hai syeena! Saya nak tanya cerita cinta sejati seorang playboy ni ada novel tak.sebab saya nak beli
ReplyDelete