Friday, February 7, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 1


"Adik, dekat sini ada buat dry cleaning tak?" tanya si jejaka kacak.

Si gadis terdiam. Mata melurut dari kaki hingga ke muka si jejaka. Baju t-shirt nipis lengan pendek yang dipakai menampakkan susuk sasa si jejaka. Oh! six pack. Fuhhh!!! Otot tangan dia. Auwww... berjambang nipis. Seksi.

"Hello! Assalammualaikum!" Si jejaka menekan loceng berkali-kali.

"Errr... abang tanya apa tadi?" Si gadis termalu sendiri.

"Bila masa pula aku jadi abang kau," sindir si jejaka.

Okey. Muka boleh tahan tapi bahasa out.

"Encik tanya apa tadi?" si gadis bertanya semula dengan sopan habis. Dalam hati dah meluat dengan si jejaka.

"Ada buat dry cleaning tak?"

"Ada baca kat signboard luar tu?"

"Kena baca ke?"

"Orang buta huruf aje yang tak tahu baca."

"Aku nak cepatlah. Kau kerja kat sini kau ajelah yang bagitahu aku."

Ek eleh... kerek semacam pula mamat ni.

"Ada ke tak ada?" soal si jejaka lagi dengan geram.

"Ada untuk orang lain tapi untuk orang biadap macam encik ni tak ada," si gadis membalas. Dia memang tak suka dengan orang yang tidak ada bahasa.

"Fine. Panggil bos kau kejap."

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

6 comments: