“Nadia, report tu nanti letak atas meja saya.
Saya pergi site. Prima Perdana.”
Ayman Fareeq sempat berpesan sebelum keluar dari pejabat. Nadia angguk.
“Korang…aku pergi dulu.” Adni Farha mempercepatkan langkah menuruti
Ayman Fareeq.
“Good luck!” jerit Nadia, Aqilah dan Zara serentak.
“Kita naik ni ke?” Jari
telunjuk Adni Farha menuding ke arah Toyota Hilux yang elok diparkir di depan
lobi pejabat. Tertera nama firma Perunding Klasik Sdn. Bhd. di pintu pemandu.
Siap dengan logo sekali.
“Ada masalah?” tanya
Ayman Fareeq sambil mengenakan Ray-ban
Aviator hitam. Kacak. Terserlah
karisma seorang jurutera.
“Errr…” lidah Adni
Farha kelu nak menjawab. Adusss…aku pakai skirt tu. Kalau cakap dari semalam
nak kena pergi site kan senang.
“Expecting Range Rover Evoque?” sindir Ayman Fareeq. Tangannya sudah
mencapai pemegang pintu. Nak cakap ke tak nak ni. Cakap jelah. Kang tak pasal-pasal kena marah pulak,
getus hati Adni Farha.
“Ada ke?” polos Adni
Farha bertanya. Ayman Fareeq jegilkan mata.
“Faham…tak ada kan…tapi
macam mana saya nak naik? Saya pakai skirt ni,” adu Adni Farha. Ayman Fareeq
mengangkat sedikit Ray-ban Aviator hitamnya
dan merenung Adni Farha. Sengaja dia menelek dari atas ke bawah. Adni Farha
malu-malu.
“Ada saya kisah? Dah
tahu kerja jurutera macam mana yang awak gatal sangat nak pakai skirt pendek
siapa suruh,” templak Ayman Fareeq. Hesy…ingatkan dia cakaplah lain kali kita
pergi atau paling tidak pun kita naik kereta lain. Ini tidak ikut sedap mulut
dia aje nak cakap apa. Hampeh punya
bos, bebel Adni Farha dalam hati.
“Kalau awak tak masuk
sekarang, panjat belakang,” jerit Ayman Fareeq melawan bunyi enjin Toyota Hilux
mematikan lamunan Adni Farha. Bila masa pulak dia ni masuk dalam kereta, bisik
Adni Farha. Nak tak nak terpaksa jugalah Adni Farha masuk ke dalam kereta pacuan
empat roda itu. Terkial-kial. Skirt yang dipakai agak sendat sedikit
menyukarkan pergerakannya. Taubat…esok-esok aku tak nak dah pakai skirt pergi
kerja, azam Adni Farha.
Ayman Fareeq menahan
senyuman. Memerhati Adni Farha di sebalik kacamata hitamnya. Elok sahaja
punggung Adni Farha mencecah tempat duduk sebelah pemandu, Ayman Fareeq menekan
pedal minyak. Terjerit Adni Farha. Kepalanya terhantuk sedikit pada cermin
depan. Tangan kirinya kelam kabut menutup pintu. Tali pinggang keledar
dipasang. Ada yang tercicir kat tengah jalan jugak nanti.
“Encik Ayman ni dah
kenapa? Tak boleh sabar ke?” Adni Farha menjeling Ayman Fareeq.
“Macam mana saya nak
bersabar. Sepuluh minit tunggu awak nak masuk. Naik kematu punggung saya.”
“Eee…tadi lagi saya dah
cakap. Saya ni pakai skirt. At least
tolak ansurlah sikit. Guna kereta biasa ke…” balas Adni Farha.
“Hoi! Cik adik…kita ni
nak pergi tapak pembinaan bukannya nak makan angin.”
“Tahulah... Patutnya
Encik Ayman bagitahu saya semalam lagi yang kita nak pergi site. Tak adalah saya nak pakai skirt ni.” Adni Farha menjawab. Dia
masih tidak mahu mengaku kalah.
“Awak dah lupa, eh?
Saya ni baru balik outstation
semalam. Kita jumpa pun masa first day
awak lapor diri. Tak sangka pulak Encik Rahman letak pekerja lembap bawah saya.
Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya reject.”
“Kalau saya lembap saya
tak jadi juruteralah.” Adni Farha bengang. Balik-balik kata aku lembap. Suka
hati mak bapak dia aje.
“Kalau betul jurutera
tak ada maknanya nak pakai skirt pendek bagai pergi kerja,” templak Ayman
Fareeq. Adni Farha tarik muka. Malas nak bertegang urat dengan bosnya. Dia
memandang ke luar tingkap. Ayman Fareeq tersenyum herot. Orang tak guna otak
memang macam tu, kutuk Ayman Fareeq dalam hati. Ayman Fareeq menguatkan suara radio. Tangannya
mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak muzik yang berkumandang. Adni
Farha menjeling. Pekak agaknya telinga bos aku ni.
Adni Farha sempat
membaca papan tanda yang terpacak di luar kawasan pembinaan sebaik sahaja Ayman
Fareeq membelok masuk ke kawasan tapak pembinaan. Projek Prima Perdana. Rumah berbandung
dua tingkat jenis A, B dan C. Matanya memerhati sekeliling. Kalau tidak silap
projek ni dah tiga puluh lima peratus siap. Nasib aku sempat baca fail projek
ni tadi. Adni Farha tersenyum sendiri. Bangga dengan maklumat yang seciput itu.
Ayman Fareeq di sebelah dikerling sekilas. Matanya beralih dan meluncur ke
kaki. Bulat mata Adni Farha. Dia menoleh Ayman Fareeq semula. Terasa seperti
diperhati Ayman Fareeq menoleh ke sebelah kirinya sekilas. Pedal brek dipijak.
Brek tangan di tarik.
“Yang bulat mata awak
pandang saya macam tu, kenapa?” soal Ayman Fareeq.
“Errr…Encik Ayman.
Saya…saya…” matilah aku. Sah-sah kena kutuk lagi ni nanti. Apasallah hari ini
aku terlebih bergaya bagai. Adni Farha menggaru-garu kepalanya.
“Saya apa?!” bentak
Ayman Fareeq. Dia memang tak suka orang yang bercakap tergagap-gagap. Kurang
keyakinan. Adni Farha menunjuk ke bawah. Pandangan Ayman Fareeq turut jatuh ke
arah yang ditunjuk. Ayman Fareeq hanya tersenyum. Enjin pacuan empat roda
dimatikan. Ayman Fareeq terus keluar.
“Encik Ayman! Encik
Ayman!,” panggil Adni Farha. Tali pinggang keledar di buka. Satu hal lagi nak
turun dari kereta tinggi ni memang menguji kesabaran Adni Farha. Elok saja
kakinya menjejak tanah, sepasang but kuning dicampak di hadapannya. But yang
macam Phua Chu Kang pakai tu.
Terkejut Adni Farha. But kuning itu ditenungnya.
“Jangan nak buat muka
pelik eh,” sindir Ayman Fareeq.
“Mahu tak pelik. Nak
buat apa but ni?” Adni Farha memandang Ayman Fareeq.
“Awak nak masuk site dengan high heels tu?” muncung Ayman Fareeq menghala ke kasut tumit tinggi
Adni Farha. Muka Adni Farha dah cemberut.
“Encik Ayman…takkanlah
tak ada kasut lain?” rayu Adni Farha.
“Awak ingat saya ni
orang suruhan awak ke? Lain kali baca dress
code yang company dah tetapkan.
Ini tidak buat macam company bapak
dia pulak.” Ayman Fareeq terus berlalu pergi bila ternampak Danial melambai ke
arahnya dari kabin yang digunakan sebagai pejabat. Adni Farha terpaku. But
kuning dipandangnya kemudian dia memandang Ayman Fareeq yang sedang rancak
berbual nun di hujung sana. Ayman Fareeq bercekak pinggang. Adni Farha
memandang semula but kuning itu.
“Bro, kau tak baiklah niaya orang macam tu. Bukan ke ada safety boot yang biasa tu.” Danial
memandang Adni Farha yang terkial-kial menyarung but kuning yang selalu dipakai
pekerja kontrak.
“A lesson to her. Dah tahu kerja engineer
macam mana still nak pakai kasut tumit
tinggi lima inci tu.” Ayman Fareeq tersenyum senget.
“Alahai…kesian pulak
aku tengok. Nasib aje budak tu cantik.” Danial sendiri sedikit terkejut bila
Ayman Fareeq datang dengan gadis tinggi lampai berskirt pendek. Mati-mati dia
ingat gadis tersebut seorang model rupa-rupanya pembantu baru Ayman Fareeq. Masih
ada lagi perempuan zaman sekarang yang dikategorikan beauty with brain.
“Kau jangan nak buat
hal pulak, bro.” Ayman Fareeq memberi
amaran. Bukan dia tidak tahu perangai buaya Muhammad Danial sama macam Akid
Rizq, GM Amiraz Holding Berhad
merangkap kawan baiknya jugak.
“Ala…buat geli-geli
aje. Ke kau dah terpikat?” usik Danial. Ayman Fareeq merengus.
“Terpikat? Sorry…dengan rambut berkarat, pakai baju
tak cukup kain, memang taklah.” Danial ketawa kuat. Dia kenal Ayman Fareeq.
Hati beku. Kaku. Datanglah perempuan seseksi Megan Fox sekali pun memang tak dilayannya. Perempuan yang macam
mana agaknya di cari dia pun tak pasti.
“Jangan cakap besar.
Silap-silap kau yang kejar dia.”
“Ehem…” Ayman Fareeq
berdehem bila Adni Farha menghampiri mereka. Hampir sahaja dia ketawa bila
melihatkan Adni Farha berbut kuning paras lutut dengan skirt pendek yang ketat.
Dah macam mat-mat indon yang kerja kontrak. Danial hanya tersenyum kecil. Dia
gelengkan kepala.
“Ayman!” Kening Danial
menari ronggeng.
“Adni, kenalkan Encik
Danial dari Amiraz Holding Berhad. Projek ni dia handle. So, apa-apa hal
lepas ni awak akan banyak berurusan dengan dia.” Ayman Fareeq memperkenalkan
Danial kepada Adni Farha. Danial hulur tangan. Adni Farha sambut.
“Danial.”
“Adni Farha.” Senyuman
diberikan. Lama tangan mereka bertaut.
“Cukup-cukuplah tu, bro…” tegur Ayman Fareeq. Danial
lepaskan genggamannya. Merah muka Adni Farha. Sebenarnya dia dah cuba menarik
tangannya tapi genggaman tangan Danial terlalu kejap. Nasiblah Ayman Fareeq
menegur.
“Cantik Cik Adni ni, bro. Lembut tangan dia,” usik Danial.
Adni Farha tersipu-sipu. Ayman Fareeq menjeling dengan hujung mata. Perempuan,
semuanya sama, kutuk Ayman Fareeq dalam hati.
“Huh…aku bagitahu Nina
nanti. Masak kau,” balas Ayman Fareeq. Danial menumbuk perlahan bahu Ayman
Fareeq.
“Ek eleh, bro…saja aje jatuhkan saham aku. So, boleh kita pergi sekarang?”
“Kau tu kalau tak
dicakap, lupa diri.” Ayman Fareeq terus berjalan menuju tapak pembinaan. Di
kepalanya sudah tersarung topi keselamatan.
“You jangan ambil hati sangat, Adni. Ayman memang macam tu. Beku.”
Danial menghulurkan topi keselamatan kepada Adni Farha.
“Dua jam berbual dengan
dia, saya dah boleh agak dia tu macam mana orangnya, Encik Danial.” Adni Farha
memakai topi keselamatan yang dihulurkan kepadanya tadi. Memang aku faham
sangat Ayman Fareeq tu macam mana. Kalau tak kutuk aku memang tak sah. Lagi
satu ada aje yang tak kena kat matanya. Suara, jangan cakaplah. Tak pernahnya
nak lemah lembut.
“Hesy…tak payahlah nak
berencik sangat dengan saya. Panggil Danial pun okay. Jom kita ke sana. Bos awak dah jeling-jeling tu.” Danial
berjalan beriringan dengan Adni Farha. Tak sampai hati nak meninggalkan Adni
Farha yang terkial-kial berjalan dengan but kuning paras lutut itu. Ayman
Fareeq dapat menangkap suara Adni Farha yang kadang kala tertawa bila Danial
berkata sesuatu. Mukanya tegang. Sorang buaya sorang lembap, memang sesuailah.
Hampir setengah jam
melawat kawasan tapak pembinaan, mereka berpatah balik ke kabin bila Ayman
Fareeq berpuas hati dengan penilaian yang dibuat. Sesekali dia melihat laporan
yang disediakan pihak Amiraz Holding Berhad. Adni Farha mencatatkan segala apa
yang dikatakan oleh Ayman Fareeq. Dia kagum dengan bosnya itu. Ayman Fareeq
begitu serius bila bekerja. Memang menampakkan dia seorang jurutera yang
berkaliber. Kena pada orangnya. Cuma bab bersosial Ayman Fareeq agak kureng sedikit. Muka tegang aje bila
berbual. Lagi satu yang Adni Farha bengang bila pekerja-pekerja indon yang
sedang berkerja tersenyum-senyum memandangnya. Senyuman mengejek. But kuning
paras lutut memang tak glam langsung
sama macam diaorang. Dia perasan
Ayman Fareeq pun seperti tersenyum mengejek kepadanya.
“Ouchhh…” Adni Farha terjerit kecil. Kaki kirinya tersangkut dalam
lubang. Itulah berangan aje kerjanya sampai lubang sebesar tapak kakinya pun
dia tak perasan. Dia cuba menarik keluar kaki kirinya tapi tak berjaya
memandangkan but yang dipakai agak besar. Ayman Fareeq dan Danial yang berjalan
mendahului Adni Farha berpaling. Danial terus mendapatkan Adni Farha dan cuba
membantu gadis itu melepaskan kakinya tapi tidak berjaya. Ayman Fareeq hanya
memerhati. Beberapa kali Danial mencuba, kaki Adni Farha masih tidak berjaya
dikeluarkan.
“Bro! do something. Jangan
tercegat aje dekat situ,” laung Danial. Dahinya dah mengeluarkan peluh. Kemeja
yang dipakai pun dah mula basah. Muka Adni Farha yang putih sudah berbahang.
Bibir diketap menahan sakit apabila Danial sekali lagi cuba menarik keluar
kakinya.
Ayman Fareeq senyum
mengejek. Dia menghampiri Danial dan Adni Farha. Pisau lipat dikeluarkan dari
kocek bajunya. Danial memandang saja perlakuan Ayman Fareeq. Adni Farha dah
cuak. Ahhh…sudah. Bos aku nak buat apa dengan pisau kecil tu. Zasss…but kuning dah terbelah dua dari
lutut hingga ke buku lali. Ayman Fareeq menarik keluar kaki Adni Farha kemudian
dia terus berjalan.
“Habis nak balik opis
macam mana?” Adni Farha tayang muka sedih.
“Kaki ayam.” Selamba
jawapan yang keluar dari mulut Ayman Fareeq. Danial jongketkan bahu. Adni Farha
bengang tapi dia tiada pilihan. But sebelah kanan turut dibukanya. Takkanlah
sebelah pakai sebelah tak kan. Dah macam orang mental pulak. Lagi kuatlah
ketawa mat-mat indon tu nanti. Danial yang kasihan melihat Adni Farha
terjengket-jengket berjalan sambil sebelah tangan memegang but dan sebelah lagi
memegang fail, menawarkan diri untuk membawa but kuning itu. Danial hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang teruk kau buli budak ni, Ayman.
Sampai di kabin, Danial
mengarahkan keraninya mengambil dua botol air mineral. Danial kemudian menghulurkan
sebotol kepada Adni Farha dan sebotol lagi kepada Ayman Fareeq. Adni Farha yang
memang kehausan ditambah dengan sakit di kaki terus menogak air mineral yang
diberi. Ayman Fareeq menjeling dengan ekor mata. Memang outlah budak lembap ni. Harap aje muka cantik tapi adab tak ada
langsung. Hampir setengah botol di minum Adni Farha berhenti. Pada masa yang
sama dia terperasankan sepasang safety
boot hitam di sudut kabin.
“Itu siapa punya?” soal
Adni Farha pada Danial. Muncungnya di tala ke sudut kabin. Danial memandang
arah yang dimaksudkan.
“Guest. Senang nak masuk site.”
Danial menjawab jujur. Ayman Fareeq dah telan liur. Adni Farha menjeling.
“Tadi saya tanya Encik
Ayman, encik cakap tak ada yang lain. Sampai hati encik.” Nada suara Adni Farha
rendah. Menahan rasa. Ayman Fareeq rasa bersalah. Belakang tengkuknya
digosok-gosok. Danial dah ketawa. Padan muka kau, Ayman.
“Sama aje kalau awak
pakai yang mana-mana pun. Apa beza hitam dengan kuning? Masuk lubang jugak
nanti.” Rasa bersalah yang bertandang tadi hanya sekejap sahaja. Rasa nak
perdajal Adni Farha melebihi segalanya. Adni Farha tarik muka. Dia terus
keluar.
“Kau ni, Ayman. Tak
baiklah dera budak tu macam tu. Sampai melecet kaki dia.”
“Ala…melecet aje pun.
Bukannya patah kaki pun.”
“Memanglah tak patah.
Buatnya dia mengadu dekat Encik Rahman baru padan dengan muka kau.”
“Eh…baguslah. Senang
sikit kerja aku. Tak payah susah-susah nak mengajar orang. Hmmm…aku chow dululah. Banyak lagi report nak kena review. Cik Azzalea pun asyik kejar aku tanya bila nak lepaskan report Amazon tu.” Ayman Fareeq sudah
berdiri di depan pintu.
“Biasalah tu. Akid dah
bising-bising. Panaslah minah tu. So,
yang aku punya ni macam mana?”
“Aku kena review dulu. So far apa yang kau laporkan tu dah okay. Nanti aku discuss
dengan Encik Rahman dulu then baru pass kat Dato’ Hussain. Apa-apa kau contact Adni.” Mereka bersalaman dan
Ayman Fareeq terus menuju ke Toyota Hilux. Adni Farha dilihat berdiri di tepi
pintu dengan wajah masam mencuka. Punat kunci ditekan. Adni Farha pantas masuk
ke dalam. Ayman Fareeq tersenyum.
“Kita singgah makan
dulu.” Ayman Fareeq memberi cadangan.
“Sukahati.” Adni Farha
tiada mood nak bertekak dengan bosnya. Sudahnya nanti dia jugak yang kena. Kasut
tumit tinggi sudah dipakainya. Enjin dihidupkan dan pacuan empat roda itu
berlalu keluar dari kawasan pembinaan. Ayman Fareeq menyusur perlahan setibanya
di satu kawasan kampong. Tempat apakah ini? Ada ke orang jual masakan yang sedap kat sini?
Ada kot kalau tengok deretan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, Adni
Farha bermonolog.
Ayman Fareeq turut sama
memarkir pacuan empat roda yang mereka naiki di tepi jalan. Ray-ban Aviator yang menjadi teman
setianya sedari tadi ditanggalkan. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.
Adni Farha jeling dengan ekor matanya.
“Kita makan sini ke
Encik Ayman?”
“Taklah. Kita nak
memancing.” Ayman Fareeq terus membuka pintu dan keluar berjalan menuju warong
yang terkenal dengan masakan asam pedasnya.
“Orang tanya baik-baik,
boleh pulak jawab macam tu. Eee…memang tak glam
betullah makan kat warong tepi jalan ni.” Adni Farha membebel sendiri sambil
turun dari Toyota Hilux.
“Tengok tu bukan nak
tunggu aku. Menonong aje,” omel Adni Farha lagi.
Adni Farha berjalan
dengan hati-hati. Maklumlah dia kan pakai kasut tinggi. Kalau terpelecok malu
pulak. Mata-mata nakal mula memerhatinya. Adni Farha tidak selesa. Dia
tercari-cari bosnya. Ramainya orang. Mana pulak bos aku ni. Ayman Fareeq yang
menyedari banyak mata yang memandang pekerjanya segera menghampiri Adni Farha
dan menarik lengan gadis itu. Berlapik. Maklumlah Ayman Fareeq ini boleh
dikategorikan sebagai imam muda.
“Encik Ayman…lepaskanlah.
Sakit.” Muka Adni Farha dah berkerut. Permintaan Adni Farha tidak dilayan. Sesampai
di meja yang diduduki Ayman Fareeq tadi baru dia melepaskan pegangan tangannya.
“Next time please no more skirt. Awak tahu tak awak ni dah macam
ikan.” Suara Ayman Fareeq sedikit tinggi.
“Huh…ikan?” Adni Farha blur.
“Dengan pakaian awak ni,
semua yang tengok tunggu nak terkam saja tahu tak.” Ayman Fareeq merenung Adni
Farha.
“Bukan seksi pun,”
balas Adni Farha. Skirt yang dipakai bukan atas lutut macam yang amoi-amoi
pakai. Masih paras lutut. Kemeja pun lengan panjang tapi warna putih.
“Memang tak seksi tapi
seksa.” Ayman Fareeq melambai pekerja warong untuk mengambil pesanan. Adni
Farha telan liur. Kepalanya menunduk. Baru dia terperasan. Biasan baju dalamnya
yang berwarna hitam jelas kelihatan. Esok-esok baju putih ni memang masuk
senarai tak boleh pakai pergi kerja jugalah gamaknya.
“Bagi saya asam pedas
ikan pari, sayur campur dengan nasi putih untuk dua orang makan. Air teh o
limau ais dua.” Pekerja itu menulis pesanan yang dipinta dan berlalu. Adni
Farha merungut. Ikut suka dia aje nak order
apa. Bukan nak tanya orang.
Adni Farha memerhati
sekeliling. Sambutan memang menggalakkan. Mesti sedap, fikirnya. Ayman Fareeq
langsung tak berbual. Dia leka membelek BlackBerry
10nya. Membuka email yang tak sempat dibaca semasa outstation baru-baru ini.
Lebih kurang sepuluh
minit menunggu, makanan yang dipesan tiba. Ayman Fareeq mencedok nasi putih ke
dalam pinggan dan diletakkan di depannya. Kemudian dia mencedokkan untuk Adni
Farha juga. Adni Farha tersenyum. Dalam garang-garang Ayman Fareeq, adabnya
masih ada. So sweet.
Ayman Fareeq menadah
tangan tapi dia tidak membaca doa sebaliknya keningnya terangkat-angkat tanda
menyuruh Adni Farha yang membaca. Eleh…ingat aku tak reti bacalah tu, gerutu
Adni Farha. Setakat doa makan easy as
abc, bro. Adni Farha membaca doa makan dengan lancar. Ayman Fareeq
tersenyum herot.
Masing-masing leka
mengadap makanan di depan mata. Ada kalanya tangan mereka berlaga berebut untuk
mengambil lauk asam pedas dan sayur campur. Acapkali Adni Farha yang akan
mengalah bila Ayman Fareeq dah jegilkan mata. Huh…memang tak gentleman langsung, rungut Adni Farha.
Usai makan Adni Farha bangun untuk membasuh tangan di sinki berhampiran. Sekembalinya
ke meja di dapati Ayman Fareeq sedang berbual dengan seorang gadis bertudung
hijau dan berbadan kecil yang hanya berdiri.
Adni Farha melemparkan
senyuman. Gadis tersebut membalas dengan senyuman paksa. Adni Farha perasan
gadis itu memerhatikannya dari atas ke bawah. Macam nak telan aje gayanya.
“Selalu I ajak lunch sama mesti you
tolak. Tak biasa keluar berdua konon,” sindir gadis itu.
“Ooo…lupa nak kenalkan.
Ini Adni Farha, assistant I yang baru
and Adni ini Balqis, engineer kat UEM Land. Kawan satu U dengan saya dulu.” Ayman Fareeq
memperkenalkan mereka. Adni Farha menghulurkan tangan. Salamnya disambut hujung
sahaja. Macam nak tak nak. Pandangan Balqis membuatkan Adni Farha mengagak yang
gadis ini ada hati dengan bosnya. Cemburulah tu.
“Okaylah, Balqis, I gerak dulu. Jom Adni.” Ayman Fareeq
terus bangun dan menuju ke kaunter. Malas hendak melayan sindiran gadis di
depannya itu. Adni Farha menurut langkah bosnya. Balqis memandang mereka sinis.
Masing-masing senyap semasa berjalan menuju ke kereta walau mereka jalan beriringan.
“Encik Ayman…” panggil
Adni Farha bila kedua-duanya berada di dalam kereta. Dia memang tak boleh tahan
kalau tak bertanya. Mulutnya memang tak reti diam.
“Hmm…” Ayman
menghidupkan enjin setelah mengenakan Ray-ban
Aviator. Pedal minyak ditekan. Dia fokus pada pemanduannya.
“Encik Ayman ada
apa-apa ke dengan Cik Balqis tu?”
“Kenapa?” suara Ayman
Fareeq mendatar.
“Dia macam tak suka aje
tengok saya tadi.”
“Awak tak payah nak
sibuk-sibuk hal orang. Buat kerja awak aje.” Adni Farha buat muka. Bengang.
Tanya aje pun. Tak luak mana. Adni Farha memandang ke luar. Ayman Fareeq membiarkan
sahaja. Dia tahu Balqis memang ada hati dengannya sejak dari zaman belajar lagi.
Cuma dia malas nak fikir pasal perempuan buat masa ini walau emaknya dikampung
kerap mendesak dia untuk berumah tangga.
P/S Saya masih baru. Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Maaf jika kadang-kadang impian tak menjadi realiti. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Terima kasih...coming soon...
ReplyDeleteDaebak! Memang terbaik la ur writing. Best! Nak baca lagi, boleh? Hahaha... btw, salam perkenalan. Saya penulis cikai yg tulis e-novel juga. Jemput la singgah my blog kalau ada kelapangan ye? http://violetsofia.blogspot.com ^_^
ReplyDeleteterima kasih dear....sis tulis biasa2 juga...in shaa Allah akan baca cerita awak....thanks again...
DeleteBagus cerita ni.. Kipidap
ReplyDeleteterima kasih
Delete