ABRAR
mengemas bilik kerjanya yang bersepah macam sarang tikus. Alasan kuno dia ialah
dia seorang ahli geologi. Kerjayanya yang menuntut dia berkorban banyak masa di
luar menyebabkan dia jarang terperuk dalam bilik ini. Apalagi hendak berkemas,
memang dia tidak punya masa untuk itu. Kalau sesekali masuk pejabat, memang
dicampak sahaja dokumen-dokumen yang dibawa balik.
“Gila
bersepah bilik kau, bro.” Terbeliak
mata Luqman memerhati sekeliling. Menggeleng dia sambil berjalan menuju ke meja
kerja Abrar.
“Itu
tandanya aku kuat berkerja.” Abrar ketawa sendiri dengan kata-katanya.
“Teori
siapa kau pakai?” Luqman mencebik.
Kerusi
di depan meja kerja Abrar ditarik. Dia duduk di situ. Kepalanya tidak duduk
diam. Menoleh ke kiri, menoleh ke kanan.
“Teori
Abrar Faris Akmal.” Meledak terus tawa Abrar.
Sebenarnya
dia tak tahu nak mula di mana. Susun kertas di atas meja, matanya terpandang
fail-fail di sudut bilik. Bila fail-fail itu mula disusun, dia ternampak pula
longgokan kertas bercetak di bawah mejanya. Akhirnya dia sendiri turut
bersandar pada kerusi empuknya.
“Kau
panggillah Mak Cik Milah. Suruh dia tolong.” Luqman memberi cadangan.
“Tahu
pula Mak Cik Milah mana yang aku nak guna lagi mana yang tak.” Abrar protes.
Tidak bersetuju dengan saranan Luqman. Banyak dokumen penting dalam biliknya
ini.
“Habis
tu kau nak buat macam mana? Biarkan aje bersepah?” Terjegil mata Luqman. Tidak
setuju dengan cara Abrar.
“Kalau
itu memudahkan aku. Why not.” Abrar
menari-narikan keningnya.
“Parah
betullah kau ni. Agaknya dekat rumah kau pun sama bersepah macam ni kut.”
Luqman meneka.
“Choi!
Kau ingat aku teruk sangat ke, Luq?” Besar biji mata Abrar memandang Luqman.
“Manalah
aku tahu.” Terhinggut-hinggut bahu Luqman menahan tawa.
“Aku
tak adalah sampai nak menyusahkan bakal isteri aku nanti. Rumah aku
kebersihannya tip top. Tak macam bilik ni.” Abrar tunjuk isyarat bagus pada
Luqman. Membuktikan kata-katanya itu benar.
“Cakap
pasal bakal isteri, lupa pula nak wish.
Selamat bertunang. Semoga ke jinjang pelamin. Cuma satu aje aku nak ingatkan
kat kau. Bertunang bukan lesen untuk kau berkelakuan macam suami isteri.”
Luqman sengaja mengusik. Abrar tak mungkin lepas laku. Abrar yang dia kenali
sangat menjaga batasannya sebagai seorang Muslim. Dia yakin tentang itu.
“Dulu
dengan Iqa yang tak ada apa-apa pun aku masih boleh jaga batas. Inikan pula
ikatan pertunangan dengan Asyikin.”
“Aku
cuma nak ingatkan aje. Iqa lain. Asyikin lain. Aku nampak kau lebih bahagia
bila dengan Asyikin.”
“Insya-Allah,
Luq. Aku takkan lupa diri. Aku masih ingat batas yang perlu dijaga.” Abrar
mengangguk penuh yakin. Sebenarnya dia sangat bersyukur mempunyai sahabat
sebaik Luqman. Tak pernah mengajak dia ke arah yang bertentangan dari ajaran
Islam.
“Baguslah
macam tu. Ni aku nak bagitahu, syarikat dapat projek baru. Ada 2.” Luqman
tegakkan badan. Bersedia untuk bangkit.
“Alhamdulillah.
Dekat mana?” Abrar angkat kening. Memandang Luqman yang sudah berdiri.
“Pengerang
dengan KL.”
“Jauhnya.
Syarikat apa?”
“Dua-dua
projek dari syarikat yang sama. Dato’ Azman.” Luqman sudah mula mengatur
langkah.
“Dato’
Azman?” Berkerut dahi Abrar. Cuba mengingati nama yang disebut Luqman. Terasa
macam dia biasa dengar nama itu. Cuma dia tidak ingat siapa dan di mana.
Luqman
tersenyum. Faham dengan kerutan di dahi Abrar.
“Daddy Iqa,” beritahu Luqman sambil
berjalan ke pintu.
“Patutlah
macam familiar nama tu.” Abrar
mengeluh.
“Kau
okey, kan?” Luqman berdiri seketika di ambang pintu.
Abrar
merenung temannya. Dia okey ke? Mendengar nama itu sahaja dia sudah cukup
benci. Empunya nama itulah yang membuatkan dia merana. Empunya nama itu yang
membuatkan dia benci pada orang yang berkedudukan. Dalam zaman millennium ini
masih lagi ada orang yang memandang pada wang dan darjat.
“Kau
suruh orang lainlah, Luq. Tak kuasa aku nak menghadap muka orang tua tu.” Abrar
bersandar lemah.
Luqman
menggeleng. Dia dah boleh agak yang Abrar akan menolak tapi semuanya telah
disusun oleh pihak pengurusan. Mahu atau tidak Abrar kena setuju.
“Be professional, Abrar. Syarikat memang
bercadang nak hantar kau. You’re our best
geologist.” Luqman memujuk. Dalam pada itu, dia masih menyembunyikan satu
perkara lagi. Tidak mahu Abrar menolak kerja yang memang dikhaskan untuk
temannya ini.
Sungguh
Abrar cuba untuk bersikap profesional tapi bila mengenangkan sejarah silam
antara dia dengan Dato’ Azman hilang terus sikap itu.
“Jangan
lupa minta tolong Mak Cik Milah. Rimas pula aku tengok bilik kau ni.” Sempat Luqman
berpesan sebelum pamit dari situ. Meninggalkan Abrar berfikir sendirian bila
Abrar seperti mengunci mulut untuk mengatakan ya.
“Mentang-mentanglah
kau anak bos. Kau gunakan kuasa kau tu, eh. Apa punya member.” Abrar merengus.
“Aku
dengar tu.” Kepala Luqman terjengul semula di balik pintu.
“Siot kau.” Abrar baling segumpal kertas
renyuk pada Luqman. Terperanjat disergah tanpa amaran. Sangkanya kata-kata dia
tadi tidak sampai ke telinga Luqman. Tersilap perkiraan rupa-rupanya.
“Jangan
lama sangat termenung. Laporan projek yang lepas jangan lupa bagi kat aku.” Luqman
berpesan dalam ketawa sebelum beredar dari situ.
“Panggilkan
Mak Cik Milah!” laung Abrar.
Akhirnya
dia bersetuju juga dengan cadangan Luqman. Memang tak dan dia nak berkemas
seorang diri. Banyak dokumen yang dia perlukan tetapi tidak dapat dicari di mana.
Khayalannya
terganggu bila telefon bimbit miliknya berbunyi nyaring. Dengan malas Abrar
mencapai telefon bimbit yang diletakkan di sebelah papan kekunci. Ada senyuman
di bibirnya saat membaca nama yang terpapar di skrin.
“Hello, assalammualaikum.” Abrar kembali
bersandar saat menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam.
You sibuk ke?” Si pemanggil bertanya.
“Not really. Why?” Abrar menyoal kembali.
“You
penat tak?” Si pemanggil masih sibuk bermain kuiz soal dan jawab.
“Ada
apa ni, cik tunang sayang? Hurmmm…” Suara Abrar sudah berubah nada. Romantis.
Tak pernah-pernah cik tunang bersoal-jawab begini dengan dia. Mimpi apa agaknya
si dia malam tadi.
“Nak
cari barang. Mak dah bising. Majlis kita kan lama lagi tapi itulah mak tak
faham.” Asyikin memberitahu manja.
“Bagus
juga tu kalau buat persediaan awal. I pun dah kerap sangat kena outstation. Alang-alang I ada dekat
sini, boleh juga kita beli apa yang patut.” Abrar bersetuju dengan kata-kata
bakal mak mentuanya. Lagipun dah lama sangat tak bersua muka dengan Asyikin.
“Tak
apa ke beli benda-benda tu semua awal-awal? Tak cepat sangat ke?” Suara Asyikin
seperti ragu-ragu.
“Kalau
tiba tarikhnya nanti you tak berkenan. Errr… maksud I kita tak berkenan, kita
beli baru ajelah. Apa yang susahnya?” Abrar cuba meyakinkan Asyikin yang sudah
mula risau.
“Kalau
macam tu nanti you ambil I, eh. I off
hari ni.” Suara Asyikin sudah berubah ceria.
“Lepas
asar I datang tempat you, boleh?”
“Okey.
Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Abrar
tersenyum lebar. Sekarang apa sahaja yang dia buat semuanya untuk Asyikin. Dia
bersungguh-sungguh mahu bahagiakan Asyikin.
Pintu
biliknya dikuak lebar. Abrar mendongak.
“Masuk,
Mak Cik Milah,” arah Abrar pada pembantu pejabat yang tersenyum memandang dia.
“Ya
Allah, Encik Abrar! Bersepahnya.” Mata Mak Cik Milah terkebil-kebil memerhati
sekeliling bilik.
Abrar
ketawa. Gelagat Mak Cik Milah menggelikan hatinya. Reaksi Mak Cik Milah sama
dengan Luqman tadi. Memang dia kena buat spring
cleaning. Takut lepas ni kalau bos besar yang masuk, harus terkena serangan
jantung orang tua itu bila tengok bilik dia.
“Saya
pun tak sangka nak jadi macam ni, mak cik.” Abrar sudah berdiri.
“Nak
mula dari mana ni?” Mak Cik Milah dah garu kepala.
“Mak
cik kumpulkan dulu semua fail-fail satu tempat. Kertas-kertas tu biar saya yang
susun. Takut ada yang saya masih nak guna,” beritahu Abrar.
Mak
Cik Milah hanya mengangguk. Dia bergerak ke sudut bilik. Jemarinya pantas
mengumpul fail-fail yang berterabur.
Moga cepat siap deh....
ReplyDeleteDah siap k ayu... dah hantar pun pada penerbit untuk penilaian... doakan berjaya je...
Deleteni mesti Iqa punya rancangan... nak dekat dgn Abrar... Abrar jaga hati sbb banyak sgt bongol kt depan tu... hihihi...
ReplyDeletehikhikhik...
Deletebest.
ReplyDeletetq
DeleteNama pun dh macho Abrar Faris , Syeena, lama dh meroyan dgn cerita ni, harap2 cptlah dpt baca . Nak naca sweetnya Abrar n Asyikin
ReplyDeletehikhikhik... kak azida tunggulah kalau ada rezeki tu ya...
DeleteYg ni nk terbit gak ke???!....or... habis di blog...cik syeena....
ReplyDeleteinsya-Allah akan diterbitkan juga
DeleteDah lama xbaca kisah diaorg berdua..
ReplyDeleteDah pandai Asyikin buat suara manja dgn encik tunang iye? 😃
Dia tak sedar tu dia boleh bersuara macam tu
Deletetak sabar nak peluk nvl ni lah..best suwettt sngt
DeleteTq dear...dah hantar untuk penilaian... tunggulah klu ada rezeki, kita peluk dia sama2...
Delete