Wednesday, September 11, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 15


“Yeay! Hari ni dah boleh keluar rumah. It’s over,” jerit Amanda. Pejam celik pejam celik dah seminggu dia bertapa di rumah. Puas jugalah dengar ceramah dari papanya.

Tiba-tiba dia teringatkan Angahnya. Kalau Angah ada mesti Angahnya back-up dia. Di manakah Angah sekarang agaknya? Langsung tiada khabar berita. Dia berjeda. Tanpa sedar air matanya mengalir.  Lekas-lekas dia menyeka air mata yang mengalir kala kedengaran azan subuh dari masjid berdekatan. Pantas tuala dicapai dan dia melangkah ke bilik air.

Ameen, Ameen Ya Rabbal Alameen. Amanda meraup mukanya usai berdoa. Mensyukuri nikmatNya walau ditimpa pelbagai dugaan. Pasti Dia mengaturkan sesuatu yang indah buat dirinya sehingga diduga tanpa henti. Angin yang bertiup dari pintu balkoni yang sengaja dibuka menampar lembut pipinya. Alhamdulillah, dia masih bernafas lagi hari ini.

Lampu iPhone menyala. Amanda mengerling. Siapa pula yang terlebih rajin pagi-pagi ni? Mr. ddg. Teringat mesej dari Akid semalam. Dia terus bersiap untuk pergi kerja hari ini.

“Cantik,” kata Amanda sambil menyanyi kecil kala membelek penampilannya di cermin. Dia tersenyum sendiri. Ketukan di pintu mengganggu khayalannya.

“Masuk,” jerit Amanda. Mesti bodyguard tak bergaji ni.

Pintu bilik di kuak, kepala Adwan terjengul.

“Assalammualaikum, little sister.” Adwan dengan lembut memberi salam.

“Waalaikummussalam…” Amanda memberi jelingan tajam pada abangnya.

Ouchhh… sakitnya dada, tajam betul mata tu,” usik Adwan. Dia hanya berdiri di depan pintu bilik Amanda sambil mengemaskan butang lengan baju kemeja yang dipakainya.

“Itu baru mata yang lain tunggu masa aje ni. Nak apa pagi-pagi dah mengacau orang?” Amanda bertanya sambil tangannya membelek iPhone. Matanya terbuntang bila membaca pesanan ringkas yang diterima sebentar tadi. Pantas dia membalas.

Eleh… gurau sikit pun tak boleh.” Adwan memanjangkan lehernya mengintai dengan siapa Amanda berbalas mesej.

“Kepoh.” Amanda membawa iPhonenya rapat ke dada sambil tangan pantas menekan kekunci. Dia menjelirkan lidah setelah selesai membalas pesanan ringkas yang diterima tadi.

“Pergi hotel kan hari ni?” soal Adwan serius.

Belum sempat Amanda menjawab, lampu iPhonenya menyala lagi. Soalan Adwan dibiarkan tanpa jawapan.

“Sibuk sangat nampak. Siapa yang mesej pagi-pagi ni?” soal Adwan. Riak mukanya memang tak puashati bila Amanda langsung tak tumpukan perhatian pada dia.

“Biarlah rahsia.” Amanda buat muka selamba. Dia kemudian duduk di birai katil. Tangannya mencapai losyen yang diletak di meja sisi katil. Losyen di sapu di kaki dan tangannya. Bau wangi menerjah ruang bilik. Adwan di muka pintu tak dihiraukan.

“Tak apa. Rahsia tu nanti Along tahu juga. Kita pergi saing nanti. Kaki awak tu belum baik betul,” arah Adwan yang bengang dengan kelakuan adiknya.

“Alamak! Maaf, Along. Hari ni tak dapat nak pergi hotel. Rindu kat kedai.” Amanda sebenarnya tak sabar nak tengok bunga-bunga yang dihantar Akid. Maklumlah kawan-kawannya dah canang cerita yang Lovely Bakery dah macam kedai bunga. Tambahan lagi Akid dah mesej tadi yang dia akan datang bersarapan di Lovely Bakery. Itu yang buat dia gelabah semacam bila di tegur Adwan.

“Papa tahu?” Adwan mencebik.

Not yet. Nanti Amanda cakap. Along tolong hantar orang ke kedai?” Amanda mengerdipkan matanya dan buat muka paling comel.

“Tengok keadaan.” Adwan terus berlari turun ke bawah.

“Along!” jerit Amanda dan dengan pantas mencapai beg sandangnya serta ikut turun. Dia mesti paksa Adwan hantar dia ke Lovely Bakery kalau tak dia tak dapat keluar rumah. Untuk tempoh seminggu ini papanya tak benarkan dia memandu.

“Apa berlari ni? macam budak-budak. Kang sakit balik kaki tu baru tahu.” Datin Afia menggelengkan kepala bila Adwan dan Amanda berkejar ke meja makan.

Dato’ Zayd yang sedang membaca akhbar memandang anak-anaknya sekilas.

“Assalammualaikum papa, mama.” Adwan dan Amanda memberi salam hampir serentak.

“Waalaikummussalam. Kamu berdua ni bilalah nak matangnya. Kalau ada anak nanti tak tahulah macam mana.” Datin Afia dah mula bertazkirah.

Adwan dan Amanda hanya tersengih.

“Along ni, mama. Bukan ke papa dah cakap dia yang kena hantar Amanda kalau orang nak pergi mana-mana. Betul tak, papa?” Amanda sengaja menyebut nama papanya.

Adwan menjelirkan lidah.

“Hmmm…” Dato’ Zayd hanya berdehem.

“Konon nak mengadu. Papa tak ada cakap pun kena hantar kalau nak pergi Lovely Bakery.” Adwan membalas tak mahu mengalah. Sengaja dia menyebut Lovely Bakery.

Amanda membesarkan matanya.

Adwan membalas sama.

“Nak buat apa pergi kedai?” tanya Dato’ Zayd.

“Rindulah, pa…” lirih suara Amanda.

Dato’ Zayd menghela nafas berat.

“Abang bukan tak tahu anak dara abang ni. Konon nak main tepunglah, nak bau rotilah, nak bau kopilah. Macam tak keruan kalau tak buat semua tu,” Datin Afia menyampuk.

Amanda tersengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun cantik dan putih.

Adwan dah julingkan mata.

“Lagi dua minggu kita nak sign MOU. Bila lagi Amanda nak belajar uruskan hotel?” tanya Dato’ Zayd sambil mengunyah roti.

“Hari ni je, papa. Lepas ni seminggu orang datang hotel. Lagipun kan Along ada. Orang pun tak terlibat dengan MOU tu,.” jawab Amanda semula.

“Dengar sini, little sister. Terlibat ke tak dengan MOU tu, Amanda kena datang belajar. Tak kesiankan Along ke? Lainlah kalau Angah ada, senang sikit.”

Tak semena-mena suasana di meja makan macam dilanggar garuda. Adwan menggaru kepalanya. Kenapalah mulut ni gatal sangat, omelnya dalam hati.

Masing-masing diam menikmati sarapan di depan mata.

Amanda hanya minum secawan kopi.

“Tak makan?” tanya Datin Afia pada Amanda.

“Dah janji nak sarapan dengan kawan kat kedai,” jawab Amanda.

“Siapa? Qaireen? Lydia?” soal Datin Afia lagi.

Semua mata tertumpu pada Amanda.

“Errr… bukan diaorang. Kawanlah, ma.” Hesy… apasal semua orang nak jadi Kak Nam ni.

Adwan menaikkan keningnya berkali-kali.

Amanda dah cuak.

Do I know him?” jebak Adwan. Bibirnya herot ke tepi. Sengaja menduga Amanda. Dia tahu tak mungkin Qaireen dan Lydia. Amanda is seeing someone. Riak muka Amanda membayangkan dia sedang menuju fasa bahagia.

Him?!” serentak Dato’ Zayd dan Datin Afia menjerit.

Amanda tersedak. Kelam kabut dia mencapai botol air mineral dalam beg sandangnya. Rakus dia meneguk.

Adwan dah bantai gelak macam nak terburai isi perut.

I didn’t say him. Nope.” Amanda laju menggelengkan kepalanya.

“Tahu takut,” Adwan masih mahu mengusik.

“Along ni, kesian kat adik tu.” Datin Afia mencubit manja lengan anak bujangnya.

Adwan menyeringai menahan sakit.

If it is him, I don’t mind.” Dato’ Zayd berkata selamba.

“Betul ke, pa?” tanya Amanda teruja tanpa sengaja membuka rahsianya.

Gotcha…” Adwan dah tersenyum nakal.

Dato Zayd ketawa kecil.

Datin Afia turut tersenyum.

“Opsss…” Amanda menekap mulutnya. Red handed. Clean and clear.

“Jomlah, Along. Orang tunggu kat luar.” Selamba Amanda bangun meninggalkan ruang makan. Pipi dia dah berbahang menahan malu.

Blushing. Hahaha… no worry ma, pa. Nanti Along selidik lagi.” Dia turut bangun dan bersalam dengan Dato’ Zayd dan Datin Afia.

“Jangan diusik lagi. Biarlah dia.” Sempat Dato’ Zayd menasihatkan Adwan.

###

Adwan tenang memandu BMW 6 Series merah kepunyaannya. Dia mengerling Amanda di sebelah yang leka menyanyi lagu mirror Justin Timberlake yang diputarkan radio hitzfm sambil berbalas sms.

“Siapa?” Adwan bertanya tak puashati.

Tak habis lagi ke mr. bodyguard ni. Dia ingat dah tutup cerita tadi. Amanda berpaling pada Adwan. Keningnya bertaut tanda tak faham pertanyaan abangnya.

“Jangan nak buat muka, eh? Dengan Along pun nak berahsia bagai. Along duduk kat kedai hari ni,” ugut Adwan.

“Alah… nanti kalau orang cakap tak seronoklah.” Amanda berdalih.

“Along pernah jumpa tak?” desak Adwan lagi.

“Along! He’s just a friend. Read my lips f.r.i.e.n.d, friend,” Amanda menekan perkataan friend siap dieja sekali.

Emo pula,” usik Adwan.

“Along tu mengada-ngada.” Geram Amanda dengan perangai suka mengusik abangnya. Dia tahu Adwan sebenarnya takut dia dikecewakan lagi.

Adwan hanya ketawa mendengar kata-kata Amanda.

Trafik ke Taman Indah mulai perlahan. Adwan dan Amanda melayan lagu-lagu yang berkumandang. Mereka sama-sama menyanyi yang adakalanya sumbang mambang.

###

“Awal lagi,” gumam Akid bila melihat jam di tangan dan di dashboard menunjukkan pukul tujuh setengah. Dia memberhentikan keretanya di depan kedai Lovely Bakery. Pagi tadi dia menghantar sms pada Amanda mengingatkan janji untuk sarapan bersama. Cadangnya nak bersarapan di Restoran Alif sahaja tapi gadis itu tidak mahu. Akhirnya mereka sepakat untuk makan di Lovely Bakery sahaja.

Dari dalam kereta, Akid perhatikan semua pekerja Lovely Bakery sedang sibuk bersiap untuk membuka kedai. Ada yang menyusun kerusi, ada yang mengelap cermin, ada yang menyusun pastri dan tak boleh blah ada yang mengadap cermin dari tadi.  

Akid mematikan enjin kereta sebaik ternampak salah seorang pekerja telah memusingkan tanda ‘BUKA’ di pintu masuk kedai. Dia berjalan menghampiri pintu kedai dan berhenti seketika. Akid tersenyum sendiri bila mengingatkan yang dia pernah berjanji untuk tidak datang ke kedai ini lagi.

Gadis berbaju hitam yang sedang sibuk menyusun pastri di rak menoleh bila perasan pintu kedai dikuak dari luar. Gadis itu tersenyum bila melihat Akid masuk.

“Assalammualaikum. Encik Akid kan?” sapa gadis berbaju hitam itu.

“Waalaikummussalam.” Akid menjawab dan memberikan senyuman yang paling manis hingga membuat gadis itu terpana.

“Errr… Encik Akid duduk dulu. Kak Amanda belum sampai lagi. N…nak minum apa?” soal gadis itu tergagap.

“Bagi saya kopi pekat kurang manis.” Akid kemudian berlalu dan sempat mencapai suratkhabar yang masih terlipat di atas kaunter. Dia memilih tempat duduk di sudut berdekatan dengan dinding kaca.

Pelanggan yang rata-ratanya pekerja yang berkerja di bangunan kedai berdekatan mula memenuhi Lovely Bakery. Macam-macam kerenah dapat dilihat. Beberapa gadis yang sibuk memilih roti tertoleh-toleh ke arah Akid. Gadis-gadis itu berbisik sesama sendiri dan ketawa suka. Akid hanya tersenyum.

“Jemput minum, Encik Akid,” pelawa budak lelaki yang menghantar pesanan.

“Terima kasih. Aaa.. Haziq,” Akid memanggil nama Haziq bila terpandangkan nama budak lelaki itu di baju yang dipakainya.

“Selalunya pagi-pagi memang dah ramai orang ke?” tanya Akid kepada Haziq.

“Memang macam inilah. Diaorang ni semua kerja dekat-dekat sini juga.”

Akid angguk-anggukkan kepala.

“Encik Akid nak makan?” tanya Haziq semula.

“Eh! Tak payahlah nak berencik-encik dengan abang. Panggil Abang Akid pun okey.”

“Hmm… Abang Akid nak makan apa-apa tak?” tanya Haziq semula.

“Tak apa. Abang tunggu Kak Amanda. Haziq pergilah buat kerja. Tak perlu layan abang. Orang ramai tu, kesian kawan sorang tu.” Muncung Akid terarah ke kaunter.

Memang tak menang tangan mereka semua melayan pelanggan yang tiba-tiba ramai pagi ini. Mungkin agaknya penangan Akid yang datang ke Lovely Bakery. Macam boleh di agak siapa pemilik Audi R8 hitam terparkir elok di depan kedai.

Haziq meminta diri dan terus ke kaunter.

###

Kereta BMW merah yang berhenti di sebelah kereta Akid menarik perhatiannya. Matanya tajam memerhati. Senyuman tersungging bila ternampak kelibat yang ditunggu.

Siapa yang menghantar dia? Diperhatikan betul-betul jejaka di sebelah Amanda. Adwan? What the heck? Apa hubungan mereka? Akid bungkam. Duduknya tak setenang tadi.

Adwan memberhentikan keretanya betul-betul di sebelah Audi R8 hitam. Sebelum masuk petak parkir dia sempat perhatikan nombor plat kereta tersebut.

Amanda yang terperasan pandangan Adwan turut memandang ke sebelah. Alamak! Awalnya mamat ni sampai. Habislah dia, omel Amanda dalam hati.

“Macam kenal je kereta sebelah ni?” Adwan mengherotkan bibirnya lagilah bila terperasankan kelibat Akid yang sedang duduk memerhatikan dia dan Amanda.

“Kereta apa? Sama ajekan dengan kereta Along.” Amanda menjawab acuh tak acuh. Hati dah berdebar gila. Dia berpura-pura membetulkan tudungnya.

Adwan merenung Amanda dengan senyuman nakal.

Amanda menoleh ke sisi. “What?” Amanda bertanya hairan.

I know this guy, right?” Adwan bertanya memandang tepat ke muka Amanda.

Which guy? Tak ada maknanya lah.” Amanda masih cuba berdalih.

“Along nak sarapan kat sini jugalah.” Adwan mengugut. Dia mematikan enjin kereta.

Kelam kabut Amanda menarik tangan Adwan.

Adwan mengeraskan badannya. Bukan dia nak sangat bersarapan di sini. Pagi ini dia ada temujanji dengan wakil Amiraz Holding Berhad.

“Aduh Along ni, jangan mengada boleh tak? Okay, fine. Amanda ada janji dengan Akid,” keluh Amanda sebaik memberitahu perkara sebenar.

“Hahaha… kalau cakap dari tadi kan senang. Nak kena ugut bagai. Since when?”

Keluar dah soalan polis pencen dia. “Perlu ke nak tahu semua tu?” Amanda bertanya polos.

“Along keluar, eh?” ugut Adwan lagi.

“Yelah, yealah. Masa kaki terseliuh. He picked me up and brought me to the clinic.”

Okay…”Adwan menjawab pendek dan masih menanti Amanda bercerita.

“Seminggu orang kat rumah dia hantar bunga kat kedai. Along nampakkan kat ruang café tu banyak bunga. Reen cakap tiga kali sehari dia bagi bunga.”

“Huh! Player…” dengus Adwan sinis.

Now, he’s here wanna to have a breakfast with me.” Amanda merenung ke dalam kedai memandang Akid yang sedang leka membaca akhbar. 

Apa yang Amanda tidak tahu Akid perasan akan kedatangan dia dengan Adwan. Hati Akid dipagut rasa cemburu sebenarnya sebab itu jejaka itu berpura-pura membaca akhbar.

“Along tak kisah Amanda nak berkawan dengan sesiapa pun. Just be careful.” Pesan Adwan.

“Serius ke dengan dia?” Adwan bertanya lagi.

“Kawan ajelah Along. Ni pertama kali jumpa betul-betul.”

“Ye lah tu. Petang ni Along ambil.”

“Tak ada date ke?” Amanda bertanya pelik.

Single and available,” padat dan ringkas jawapan Adwan.

Wanna share?” pujuk Amanda.

“Pergilah. Nampak tak orang kat dalam tu dah masam je. Eh! Dia tahu tak pasal kita?”

Amanda menepuk dahinya. Dia memang terlupa pasal Akid.
Adwan menggelengkan kepala dengan perangai Amanda. Semuanya lupa dan kalut.

“Dia tak tahu lagi. Not right now. Petang nanti orang telefon. Takut ada hal lain.” Amanda mencapai tangan Adwan, di salam dan di ciumnya.

Adwan sengaja mencium dahi Amanda. Dia tahu Akid memerhatikan mereka.

“Along!” jerit Amanda. Matanya memandang ke dalam kedai. Risau Akid nampak.

“Hahaha… kalau muka dia masam maknanya dia cemburu. If jealous in the air, it means he likes you.” Adwan mengenyitkan mata.

“Tak ada maknanya.” Amanda julingkan mata dan bergegas turun dari kereta.

Amanda berpusing menghadap Lovely Bakery. Tudung dikepala dibetul-betulkan sedikit. Baju dan seluar yang dipakai diperkemaskan. Puashati, Amanda melangkah masuk dengan lafaz Bismillah.

6 comments:

  1. sambung lg lah u ndak tunggu novel lmbt. kalu blh tiap2 hari pun xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanizah.... ini bab terakhir dalam blog... in shaa Allah dalam masa terdekat ni akan terbit... tunggu pengumuman dari IKP...

      Delete