SUNYI. SEPI. Tiada
bicara di antara mereka. Azza lebih selesa bersandar malas. Pandangannya pula
ditebarkan ke luar tingkap. Manakala Ariq tenang memandu. Hanya ekor mata yang
melirik memerhati Azza. Namun fokusnya terganggu bila wajah tenang Azza berubah
riak. Berkerut dahi seperti menahan sakit. Hatinya dipagut risau.
Jemari
Azza bergerak menyentuh pelipis. Memicit perlahan bila tiba-tiba terasa
kepalanya berdenyut-denyut. Usai hilang rasa itu, jemarinya singgah pada
pergelangan tangan yang berbirat. Mengurut lembut di situ pula. Keluhan halus
terluah spontan. Tanpa dia sedari gerak-gerinya itu telah menarik perhatian Ariq.
“Sakit
lagi ke?” Ariq mengerling sekilas. Semakin tidak senang bila bibir mungil Azza
mengeluarkan bunyi begitu. Membuat rasa risaunya semakin menjadi-jadi. Manalah
tahu bisa luka baru nak menular.
“Hmmm…”
Azza menjawab pendek.
Sejuk
hati bila Ariq seperti mengambil berat akan dirinya. Tak adalah lelaki ini ego
sangat. Layak dapat markah lebih di samping apa yang telah berlaku. Kak Sarimah
sempat bercerita padanya tadi. Kata Kak Sarimah wajah Ariq pucat semasa mencempung
tubuhnya masuk ke dalam klinik.
Sungguh,
dia tak sangka Ariq boleh bertindak begitu. Nasib dia pengsan. Rasa-rasanya
kalau dia dalam keadaan sedar, memang Ariq makan kaki dialah gamaknya kalau
lelaki itu berbuat demikian. Macam tadi, hampir pipi Ariq lebam. Sikit aje lagi
dia nak buka bunga silat.
Terimbas
kembali kejadian beberapa minit sebelum mereka bergerak pulang. Terperanjat dia
bila Ariq mendekatkan badan kepadanya semata-mata nak pakaikan tali pinggang
keledar. Terus dia menolak badan lelaki itu. Ingat dia kolot sangat ke sampai
tak reti nak pakai sendiri. Lagi pun wajah dia memang dah berbahang waktu tu. Dada
dia pula jangan cakaplah. Sangat berdebar-debar. Silap hari bulan boleh sesak
nafas.
“Lain kali naik kereta pakai seat belt terus. Tak adalah tercium dashboard lagi,” perli Ariq.
Azza
menjeling. Kalau dah budak bandar tu memang budak bandarlah juga. Ego tetap
ego. Kenapalah suka mengungkap kenyataan bodoh. Ariq ini lupa agaknya yang dialah
penyebab dahinya bertampal. Memang lelaki ini tidak boleh dicalonkan sebagai
pemandu berhemat.
“Kau
memang asal sini ke?”
Soalan
Ariq mematikan terus lamunan Azza. Dia menoleh sekilas.
“Hmmm…”
balasnya malas.
Sungguh,
dia memang tiada hati nak berbual sekarang ini. Bukan mahu bersikap kurang ajar.
Kalau setiap patah kata yang keluar dari mulut lelaki ini semuanya menyakitkan
hati, memang membazir liurnya sahaja. Lebih baik kunci mulut.
“Tak
bosan ke duduk kampung? Tak ada hiburan. Shopping
complex pun tak nampak bayang. Hanya pokok-pokok aje menjadi santapan mata
kau.” Ariq mengutarakan lagi soalan berbaur provokasi. Langsung tak terlintas
rasa bersalah.
Eh,
eh, mamat berlagak ni! Tepat sekali keputusan dia untuk tidak mahu bersembang
ala-ala kawan lama dengan lelaki ini. Menyakitkan hati betul.
“Hmmm…”
Sekali lagi Azza memberikan jawapan yang sama.
“Kau
pernah ke bandar?” Ariq memandang Azza sekilas.
“Hmmm…”
Reaksi Azza masih sama.
“Kalau
aku tahu mulut kau ada emas, memang aku korek-korek tadi. Boleh juga bayar upah
penat aku angkat kau yang berat tu. Hmmm, hmmm. Macam orang tak reti bercakap.”
Ariq mendengus.
Sakit
hati bila setiap soalannya dijawab Azza acuh tak acuh. Dia memang cukup tak
suka bila orang yang diajak berbual tidak menumpukan perhatian kepada perbualan
mereka.
“Aku
peninglah.” Azza membentak bila dibalas dengan sindiran.
Kalau
ikutkan perasaan, nak saja dia menjawab. Bukan setakat bandar dalam Malaysia
dia dah pergi. Bandar di negara-negara maju dalam dunia ni pun dia dah jejak. Malah
pernah bermastautin pun di sana. London, New York, Hong Kong, Paris, Milan. Just name it. Cumanya sekarang ini semua
itu dia tidak mahu kenangkan lagi. Malah kalau boleh biarlah terlipat kemas
sebagai sejarah manis dia bersama arwah daddy
dan mommy.
“Errr…kita
nak ke mana ni?” Suaranya sedikit cuak bila perasan kereta Ariq sudah melepasi
simpang jalan masuk ke kampung. Muka Ariq dipandang cemas.
“Singgah
tempat kerja aku sekejap. Ada hal sikit.” Mendatar sahaja suara Ariq. Malah
wajah tanpa riak ditayang. Walhal mulutya ringan mahu ketawa melihatkan Azza
yang menggelabah. Tahu pun takut.
“Eh,
baik kau hantar aku balik sekarang! Mati aku kena marah dengan pak long nanti!
Tolonglahhh…” rayu Azza bersungguh-sungguh. Mengharap sangat Ariq terus
menghantarnya pulang. Hilang sudah aksi konon-konon mahu tunjuk perasaan beku
pada lelaki ini tadi.
Dia
bukan apa. Cukuplah setiap hari dia diherdik dan ditengking atas kesalahan yang
dia tidak pernah lakukan. Telinga dia sudah tidak sanggup lagi mahu mendengar
bibir tua Pak Long Aziz memakinya. Mulut itu tak pernah kenal erti penat
mengeluarkan kata-kata nista.
Ariq
memandang pelik. Kenapa budak kampung ni takut sangat dengan pak cik dia tu?
Apa yang tak kena? Takkanlah kena dera macam kisah dongeng Cinderalla? Tengok
fizikal budak kampung ni, elok aje. Tak ada kesan-kesan penderaan pun.
“Kita
pergi sekejap aje. Nanti pandailah aku cakap dekat pak cik kau tu.” Akhirnya dia
membalas tenang. Cuba untuk menenangkan Azza.
“Kau
janji eh lepas ni terus hantar aku balik?” Ariq dipandang minta kepastian.
“Yalahhh…”
Azza
menarik nafas lega. Dia kembali memandang ke depan.
“Tapikan
kenapa kau takut sangat dengan orang tua tu?” Ariq mula mengorek rahsia.
Alang-alang suara masing-masing dah lembut. Bolehlah berbual-bual kosong.
“Mind your own business.” Azza menggumam.
Perlahan.
Hal
peribadi dia tak perlu orang lain tahu. Tak perlu orang lain nak kecoh-kecoh. Lagilah
orang luar seperti Ariq. Bukan orang kampung pak ciknya. Memang tidaklah dia
nak beramah mesra.
Terjongket
tinggi kening Ariq.
“Not bad.” Dia terangguk-angguk.
Terkejut
dia sebenarnya. Lancar sahaja mulut Azza menutur dalam bahasa inggeris. Tak
kekok. Membuat dia kagum walau ayat itu adalah ayat mudah. Sebagai gadis
kampung, itu sudah boleh dibanggakan. Nyata Azza bukan gadis kampung yang sembarangan.
Malah sedikit misteri. Seperti ada sesuatu yang cuba disorokkan gadis ini.
“What?” Azza membesarkan matanya
memandang Ariq.
Cuba
mencerna apa maksud Ariq dengan ‘not bad’.
Perkataan senang kut. Takkanlah Ariq tak faham. Jangan cakap budak bandar tidak
tahu berbahasa inggeris.
“Tiba-tiba
aku tak tahu kosa kata bahasa inggeris yang sesuai untuk dibalas bila dengar kau
bercakap ala-ala orang London.” Ariq tersenyum.
Azza
terpana. Senyuman itu. Argh, kenapa sangat menggoda! Pertama kali selepas
berjam-jam bersama Ariq, akhirnya lelaki ini melemparkan senyuman. Senyuman
yang sangat ikhlas. Menyerlah paras yang sudah kacak ini. Sepadan dengan kening
lebat yang hampir bertaut dan mata helang milik lelaki ini.
Eh,
Ariq cakap apa tadi? Kosa kata dalam bahasa inggeris? Dia terlepas ke tadi? Mati
dia. Macam mana dia boleh terlepas cakap dalam bahasa tu. Bukan ke dia sudah
berhati-hati semasa menuturkan kata-kata tadi? Jangan si Ariq ni tanya yang
bukan-bukan sudah. Bad. This is bad.
“You must be graduated from a university.
Kau ada kelulusan, kan? Kenapa tinggal kat ceruk kampung aje?” Ariq menebak.
Cuba untuk mengesahkan apa yang firasatnya rasa. Manalah tahu umpannya mengena.
Azza
serba tidak kena. Lantas disengetkan sedikit tubuhnya menghadap ke pintu.
Membelakangkan Ariq. Kepala dilentokkan pada pintu.
“Aku
nak lelap sekejap. Nanti dah selesai kerja kau. Tolong terus hantar aku balik.”
Usai berkata dia terus pejamkan matanya.
Tipu
memang dia tipu. Bukan dia mengantuk sangat pun. Hanya itu sahaja jalan yang
dia nampak. Jalan untuk mengelak dari dirinya menjadi topik perbualan Ariq.
Ariq
menoleh. Sebelah keningnya terjongket. Segaris senyuman menghiasi bibirnya. Mulutnya
menggumam.
“You are not an ordinary kampong girl.” Dia
tersengih kemudian tertawa kecil.
Bukan
dia tidak tahu Azza menipu. Pastinya mahu mengelak dari menjawab
soalan-soalannya. Taktik Azza tu dah lapuk. Dah basi. Dia sendiri pun kalau tidak
mahu menjawab soalan yang diutarakan pastinya akan mencari pelbagai alasan.
Azza
kekal pejamkan matanya. Tak berkutik. Tak ada rasa nak menyahut kata-kata Ariq.
Entah apa yang kelakar sangat agaknya pada lelaki ini sampai nak ketawa-ketawa.
Mental.
Senyuman
masih lagi bersisa pada wajah Ariq. Hatinya riang. Serasanya sudah lama dia
tidak menikmati rasa itu. Gembira seperti sekarang. Entah kenapa gelagat Azza berjaya
mencuit hatinya. Sedikit demi sedikit mampu merubah beku hatinya menjadi cair.
Suasana
kembali sepi. Mata Ariq kekal memaku pada jalan raya. Azza yang pada mulanya
hanya mahu mengelak dari Ariq, akhirnya terlena jua.
Destinasi
yang dituju telah tiba. Baru sahaja enjin kereta ingin dimatikan, teringat Ariq
pada orang di sebelahnya. Lalu dia menoleh ke kiri.
“Sedap
sangat kau tidur, eh. Tak apa. Aku bagi peluang.”
Dilaraskan
suhu pendingin hawa agar tidur Azza tidak terganggu. Kotnya yang tergantung
pada bahu kerusi di belakangnya dicapai. Diletakkan atas badan Azza. Selesai
semuanya, langsung dia keluar dari situ.
Azza
membetulkan duduknya. Entah kenapa dia rasa selesa. Ditarik kemas kain yang
membaluti tubuh. Serta-merta matanya terbuntang besar bila teringatkan sesuatu.
Lagilah apabila jemarinya menyentuh permukaan yang kasar. Benda yang
difikirkannya kain itu dipandang. Ini bukan kain tetapi kot.
“Siapa
punya ni?” Dia bertanya sendiri.
Ketukan
pada cermin yang bertalu-talu dari luar mengalih perhatiannya. Eh, Ariq?
Sekejap, sekarang dia dekat mana sebenarnya ni?
Dalam
keadaan dia masih mamai, tanpa sedar Ariq membuka pintu kereta.
“Masuk
ke dalam sekejap,” arah Ariq.
“Eh,
nak buat apa? Tak nak aku. Dah pukul berapa ni?” soal Azza semula.
“Masuk
ajelah. Bukan aku nak buat apa-apa pun. Haidar yang suruh. Lagi pun ada staf
perempuanlah kat dalam tu.” Ariq dah bercekak pinggang.
Ingatkan
selepas tidur lena Azza tak adalah nak berlawan cakap dengan dia. Rupa-rupanya dia
tersilap. Gadis kampung ini semakin galak pula.
“Kau
kata nak hantar aku balik kalau dah siap kerja, kan?” Azza masih tak mahu
mengalah. Sempat melirik jam pada papan pemuka.
Ariq
mendengus. Nafas dihela dalam-dalam. Cuba mengawal hati yang panas.
Perlahan-lahan dia membongkok. Wajahnya didekatkan dengan muka Azza.
“Boleh
tak untuk sekali ini aje kau dengar cakap aku. Just get out of the car or else…”
“Gila.”
Azza menolak kasar bahu Ariq hingga membuatkan lelaki itu hampir terdorong ke
belakang. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari kereta.
“Tak
padan dengan tangan sakit.” Bahu Ariq terhinggut-hinggut menahan tawa.
Azza
hanya mampu mengetap bibir menahan geram.
“Nak
aku dukung lagi ke?” Ariq menari-narikan keningnya bersama sengihan nakal.
Tak tunggu lama, Azza
terus meluru masuk ke dalam kontena yang dijadikan pejabat tapak. Telinganya dapat
menangkap suara Ariq ketawa besar. Stress.
nak lagi hehehehehe
ReplyDeletesemua nak lagi....pn writer fengsannnn.... miahahahaha
DeleteNak lagiiiiiiiiii... X puas la.. Jahat la ariq ni...
ReplyDeleteNape ye dgn azza... Berkobar2 nak tau kisah hidup azza ni...
klu rajin baru tulis lagi....hikhikhik
DeleteNak lagi.
ReplyDeleteerrr.....
DeleteNak lagi please?
ReplyDeletefitamssss....hehehehehe
DeleteNAK LAGI.
ReplyDeletesabar yer...
DeleteAwat pendek sangat ni yunk.....tambah lh sedepa dua lg....kihkihkih...lagi yunk...
ReplyDeleteHari ni memang nak fitamssss kak.... cukuplah ni....
DeleteOlololooo cian dia nk fitamsss..nk mintak Ariq picit x kpla tu....hehehe
Deletehaipppp....kikikiki
DeleteKenapa pendek sangat. X puas baca
ReplyDeletememang suka tulis pendek2...
DeleteYela kenapa pendek2 aje ni...bagi la yg panjang2
ReplyDeletebiar lambat sket abisnya...
DeleteKekasih munira bernama arip
ReplyDeleteyg bawak azza ke klinik pun bernama arip yer.
makin menarik penceritaannya....
Sambung lg mlm ni atau esok yer dik.
huhuhuhu
kak ayu yg dgn munira arip tp yg dok bawak azza p klinik ariq...
DeleteKedua2nya bernama arip lh yer
DeleteArip n Ariq kak.... hehehe... entah mcm mn boleh tersama pulak...
DeleteNakal si ariq ni... azza ni mcm somtin lah sis.
ReplyDeletejeng jeng jeng...
Delete(Y) stiap karya ada perbezaan baik olahan dan penjiwaan watak...
ReplyDeleteyupssss.... yg pertama masih belajar... yang kedua ada perubahan sikit....yg ketiga mcm da improve....yg keempat still bertatih.... tq nurr bayu....
Deletenoty ariq
ReplyDeletehehehe...
Delete