Wednesday, February 26, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 6



DINI dan Ajad tercegat di depan pintu masuk dewan tempat berlangsungnya majlis makan malam bekas pelajar MRSM Muar. Bunyi muzik yang agak bingit sedikit sebanyak mengganggu perbualan mereka hingga masing-masing terpaksa menjerit ketika bercakap.

“Eh! Takkanlah nak masuk macam tu aje?’ Dini memandang Ajad.

“Kau ada masalah ke?” soal Ajad.

“Aku tak nak gantung diri sendiri,” balas Dini.

“Apa maksud kau?” Terjongket sebelah kening Ajad.

“Tak adalah. Kalau-kalau kawan-kawan kau tanya macam mana boleh kenal, tunang berapa tahun, bila nak langsung. So, aku nak jawab apa?” Giliran Dini pula menari-narikan keningnya.

“Boleh pakai juga otak kau ni kan,” Ajad mengangguk-anggukkan kepalanya.

See the leg, bro,” balas Dini selamba.

“Boleh pakai untuk malam ni aje.” Ajad mencebik.

Mulut Dini terkumat kamit mengajuk kata-kata Ajad.

“Kalau dia orang tanya cakap ajelah family arrangement. Bertunang baru sebulan dan langsungnya bila masing-masing dah stabil,” beritahu Ajad tenang.

“Okey.” Dini terus melangkah masuk ke dalam dewan.

Ajad terpinga-pinga. “Blah macam tu aje? Sengal.”

Ajad turut sama masuk ke dalam dewan walau bengang dengan tindakan Dini yang memang tidak dijangkanya. Saat itu semua mata tertumpu pada mereka berdua. Muzik yang sedari tadi bingit, senyap seketika.

Ajad buat muka selamba. Matanya meliar mencari rakan-rakan rapatnya. Bila terperasan mereka melambai padanya, dia terus bergerak menuju ke meja mereka. Baru dua langkah berjalan, dia berpaling.

“Kau ingat kau cantik sangat nak tercegat dekat situ macam patung lilin?” Ajad jegilkan mata.

“Kau tak boleh ke jadi gentleman sikit? Asyik nak meroyan tak tentu pasal,” bebel Dini berjalan mendekati Ajad.

“Kau jangan terkejut kalau aku jadi gentleman,” bisik Ajad di telinga Dini.

Dini hanya julingkan mata.

Dini tersenyum pada rakan-rakan Ajad sebaik sampai di meja mereka dan bersalam dengan rakan-rakan perempuan Ajad.

Ajad pula bersalam-salaman dengan rakan-rakan lelakinya. Dia turut memperkenalkan Dini sebagai tunangannya.

Ajad menarik kerusi untuk Dini.

“Hurmmm… I’m impressed,” bisik Dini selepas Ajad duduk di sebelahnya.

Ajad hanya tersenyum senget.

Usai sesi berucap dan para tetamu dipelawa untuk makan, Dini terus mencapai sudu dan garfu. Perut dia dah berkeroncong sedari tadi. Sempat dia membaca doa sebelum makan.

Ajad hanya gelengkan kepala dengan telatah kebudak-budakan Dini.

Masing-masing diam dan tekun menjamu selera.

Ajad berpaling bila terasa lengan kirinya dicuit

"Ada lada tak?" Dini menayang giginya pada Ajad.

Terpempan Ajad dengan pertanyaan Dini. Dia hanya menggeleng. Serius tak sangka Dini boleh tanpa silu bertanya soalan itu padanya. Sepanjang keluar dengan kawan perempuan yang lain mana ada mereka seberani Dini.

"Tak ada? Tapi kenapa semua kawan-kawan kau pandang aku macam tak makan setahun?" Dini berbisik di telinga Ajad.

Spontan Ajad memandang kawan-kawan yang duduk semeja dengan mereka. Dia menelan liur. Betul kata gadis dobi ini. Kawan-kawannya merenung tajam pada dia dan Dini.

"Kau dulu boys' school ke?" Dini selamba menyumbat mulutnya dengan sirloin steak yang baru dipotong.

"MRSM sekolah campurlah," balas Ajad perlahan.

"Dah tu suruh kawan-kawan kau tu makan. Aku ni tengah lapar. Ada karang yang makan sudu dengan garfu ni," arah Dini.

Ajad mendongak semula memandang kawan-kawannya. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran mereka semua itu. Gaya dia dan Dini mencurigakan mereka. Tak nampak macam pasangan bertunang.

"Bee, you nak tambah apa-apa lagi tak?" soal Ajad memandang Dini.

Dini dah mengangkat keningnya berkali-kali. Si Ajad a.k.a. Abjad ni aku suruh buat lain, dia buat lain pula.

"Bee... " panggil Ajad semula. Matanya dikenyit-kenyitkan.

Dini memandang kawan-kawan Ajad.

"Sorry, honey. Tak dengar apa you tanya tadi." Dini tersengih.

Kawan-kawan Ajad turut tersenyum.

“I tanya you ada nak tambah apa-apa lagi tak?”

Dini geleng.

"Kau jangan nak berlebih-lebih," Dini memberi amaran.

Ajad cuma tersenyum senget. Senyuman semanis gula dilemparkan kepada kawan-kawannya.

Mereka menyambung kembali makan malam yang terganggu tadi.

Pinggan di depan sudah kosong. Dini dah mula tak senang duduk. Matanya memerhati setiap penjuru dewan mencari signage tempat yang ingin dia tujui. Dia tersenyum kemudian mencuit Ajad yang rancak berbual dengan rakan-rakannya.

“Aku nak pergi ladies sekejap,” bisik Dini.

Ajad angguk dan meneruskan perbualannya.

Dini segera bangun dan berlari anak. Panggilan alam yang dia tak boleh nak tahan lagi.

Keluar dari bilik air, Dini perasan ada seorang gadis yang rambutnya di set tinggi dan menggerbang sedang mencuci tangan di sinki. Dia tersenyum pada perempuan itu.

"Bila bertunang?" tanya perempuan berbaju labuh warna ungu.

Dini toleh kiri dan kanan. Dia agak soalan itu mesti ditujukan kepadanya memandangkan tiada orang lain bersama mereka ketika ini.

"Baru sebulan." Dini menoleh ke sebelah sekilas kemudian pandang cermin di depannya semula.

Bahagian dada perempuan tu terdedah. Seksa dia tengok. Tentu lelaki-lelaki dekat luar sana kenyang termasuklah si Ajad a.k.a. Abjad tu.

"Dah lama kenal Ajad?" tanya perempuan itu lagi.

"Family arrangement," balas Dini sambil tersenyum.

"Really? Ajad setuju? Tak sangka..." perempuan itu menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?" Dini menyandarkan badannya pada sinki. Nak juga dia tahu cita rasa si Ajad a.k.a. Abjad ni macam mana.

"Selalu kalau dia balik bercuti, dia akan keluar dengan I." Perempuan itu tersenyum bangga sambil membetul-betulkan rambutnya.

"Tapi kenapa dia tak bertunang dengan you? Pelikkan..." Dini keluar dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.

“You!” perempuan itu menjerit geram.

Dini duduk semula di sebelah Ajad.

"Apasal kau senyum-senyum?" tanya Ajad hairan.

Dia perasan muka Nora masam dan kelat semasa gadis itu berjalan keluar dari tandas serentak dengan Dini.

"Perempuan tak cukup duit tu tanya aku macam-macam. Nasib kita sempat discuss tadi. Kalau tak memang padan dengan muka kau," balas Dini selamba.

"Nora tanya apa?" soal Ajad lagi.

"Nora? Oh! Hal perempuanlah. Kau tak payah risau." Dini menyedut air fresh orangenya hingga habis.

"Kenapa sampai masam muka dia?" soal Ajad masih tak puas hati.

Dini mendengus. Tak tenteram betul orang nak santai-santai.

"Kau pergilah tanya dia sendiri. Dia kata kau selalu keluar dengan dia. Aku pun pelik kenapa kau tak ajak dia aje pergi dinner ni?" Dini menoleh memandang Ajad.

"Dia tu untuk geli-geli bolehlah. Pakai baju pun tak cukup kain," kutuk Ajad.

"So, kira okeylah aku pakai jubahkan?" Dini menari-narikan keningnya.

"Bolehlah dari tak ada." Ajad tersenyum senget.

"So, Dini kerja apa?" tanya Azam yang duduk disebelah Ajad menyampuk perbualan pasangan tak sejoli ini.

Dini tersenyum. Nak nampak bodoh ke pandai depan kawan-kawan Ajad ni ya. Dia pandang Ajad yang sedang selamba menyedut minumannya.

“Kedai dobi.”

“Huh?!” Semua yang mendengar serentak menjerit terperanjat.

Ajad dah terbatuk-batuk. Air yang diminumnya tersembur keluar.

Dini tersenyum lebar.

“Itu kedai akak dia. Dini ni akauntan dekat syarikat abah aku,” beritahu Ajad sambil mengelap mulutnya. Dini di sebelah dijeling.

Bila mengetahui identiti sebenar Dini, rakan-rakan Ajad semakin rancak berbual dengannya.

"Bee... You kata nak balik tadi kan? Jomlah." Ajad mencuit lengan Dini.

"Alah, honey. I belum puas lagi berbual dengan kawan-kawan you." Dini mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Aahlah, Ajad. Aku baru nak tunjuk bekas-bekas makwe kau pada tunang kau ni," beritahu Azam.

"See... Your friends like me," Dini menarikan keningnya.

"Zak, itu cerita sepuluh tahun lepaslah." Ajad dah menggosok belakang tengkuknya.

"Wondering apa perempuan-perempuan tu nampak pada kau," bisik Dini menghangatkan suasana.

"Bee... You kan tahu I macam mana." Ajad sengaja menguatkan suaranya.

Kawan-kawan Ajad dah bersorak.

"Honey!" Dini ketap bibir. Geram. Pipinya merah. Malu. Rasa macam nak gigit tangan si Ajad a.k.a. Abjad tapi sempat jugalah dia hayunkan clutchnya pada lengan kekar Ajad.

Ajad hanya tersenyum senget. Bukan sakit pun.

You start the game. Let’s play it.” Ajad berbisik di telinga Dini.


Dini hanya mampu menjeling lagi dan lagi.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req group https://www.facebook.com/groups/460780710692490/

35 comments:

  1. yeah...haha..perang psikologi dah bermula..ngeeee

    ReplyDelete
  2. hahha... padan muka ajad.. kan dh ada saingan baru...

    ReplyDelete
  3. Eeeeiiii...geramnya dgn si abjad ni.....dini amik je tariq tu...tinggalkn si abjad tu....biar padan dgn muka dia........- jumay jue

    ReplyDelete
  4. hohoho..ajad..menjerut sangat ke?..hehe

    ReplyDelete
  5. Padan muka ko ajad ko ingat ko sorang jer player ......

    ReplyDelete
  6. what you do ..you got back..kan..ingat..Dini heran sgt kat ko..ke Ajad... perasan bagus.. ko ingat Dini tak ada org ke yg nak... cuma dia tak nak..je..nak bercouple bagai ni... So ..ko ingat ko nak kenakan Dini kaw kaw dengan kehadiran si Aimy gediks tu..so kirim salam lah sahaja kan... So Tariq comes to the rescue.. siap exchange note lagi pasal diri mereka kan...... just wonder what will happens next..

    ReplyDelete
  7. Fooh.. Bravo bravo...... Tariq Aali dah mai.... Eeerrr En. Abjad..... Jgn tukar nama lg..... Kang jd pucat pulak.... Tu la buat perangai lg.

    ReplyDelete
  8. Aimy bkn adik si abjad ni ke? Adoi!

    ReplyDelete
  9. Hahaha....Padan muka kau Ajad.....dah ada saingan....buat smpi Ajad jelezzzz tahap gaban....u deserved it man.......

    ReplyDelete
  10. Kak syeena... buat tariq jadi hero! He he he larikkkkkkk

    ReplyDelete
  11. Wah ....tariq....nama hensem tyuuu

    ReplyDelete
  12. Padan muke ajad...biar terjerut dgn tali leher...haaha...nape x masukkan wafiy je...tp tariq pun oklaa...

    ReplyDelete
  13. what u give......u get back......hahahaha....padan dgn muka si abjad nie, bg si abjad jeles kaw2 punya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kita tgk jeles ke tak jeles abjad ni yer.....huahuahua....

      Delete
  14. Padam muka abg ajad hahhaha (gelak jahat)

    ReplyDelete
  15. puas hati... ehhhh... tak puas hati lagi... tak habis lagi kan... hehehehehe... puas hati utk bab nie...

    ReplyDelete
  16. hohohoho...apa sudah jadi????? Perang psikologi ke? Yessssss.....mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss....nantikan bab seterusnya....hehehehehe...

      Delete