Saturday, January 11, 2014

KAU? DIA - BAB 13


“Yang ini okey tak?” Adni Farha mengacukan sepasang baju gaun lengan panjang warna hijau ke badan.

“Lain…” Zana menggelengkan kepala.

Adni Farha mencampakkan gaun hijau itu ke atas katil yang dah sedia penuh dengan pelbagai baju. Dia berpaling ke almari baju semula. Satu persatu baju yang tergantung di selak.

“Hmmm…haaa…yang ini?” Sepasang kebaya lace hitam berbulu di keluarkan dan di acukan ke badan. Adni Farha berpusing-pusing depan cermin.

That’s too much.” Sekali lagi Zana geleng kepala.

At least masih sopan.” Adni Farha mempertahankan pilihan dia.

“Adni Farha!!! Kau bukan nak pergi fashion show ke, charity dinner ke. You are going out with a damn cool Ayman Fareeq.”

“Tahulah…tak payah ar nak jerit-jerit. Kau ni pun sama dengan si hati beku tu. Sikit-sikit nak jerit.” Adni Farha dah muncungkan bibir.

Look, dear…aku tak ada niat nak marah kau. Please be rationale. This is only a date. Janganlah over sangat. Aku tak nak bff aku ni nampak macam badut.” Zana cuba memujuk Adni Farha.

“Teruk sangat ke kalau aku pakai baju ni?” Adni Farha mendekatkan sedikit baju kebaya hitam itu ke kamera komputer riba. Zana angguk laju.

“Kau pernah pakai masa malam pra-graduan kita dulu kan. Ingat tak? Korset merah?”

That bad, huh?” Adni Farha mencebik. Baju kebaya hitam itu terus dicampakkan ke atas katil. Menerima nasib yang sama seperti baju-baju yang lain. Dia kemudian duduk menghadap Zana. Kedudukan komputer riba dibetulkan. Sudah lebih sejam mereka berhubung melalui Skyppe.

“Macamana ni, Zana? Serabut aku dibuatnya.” Adni Farha tayang muka sedih pada sahabat baik dia itu.

“Okey…sekarang cuba kau tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan. Tarik nafas lagi, lepaskan. Tarik nafas lagi dan lepaskan dengan kuat.” Adni Farha mengikut saja apa yang diarahkan Zana pada dia.

“Apa kau rasa?” soal Zana yang tekun memerhati Adni Farha membuat aksi seperti apa yang dia suruh.

“Lega, tenang, boleh berfikir dengan baik.” Adni Farha tersenyum memandang Zana.

“Kalau macam tu, kau pusing ke belakang. Tengok betul-betul semua baju-baju kau tu. Pejamkan mata. Dengar kata hati. Kau tahu apa yang kau perlukan,” nasihat Zana. Dia faham sangat dengan sikap cepat gelabah Adni Farha ini.

Adni Farha turuti apa yang dikatakan oleh Zana. Dia berpaling ke belakang. Matanya memerhati semua baju-baju yang elok tergantung dalam almari pakaian. Mata dipejamkan. Lama. Dia kemudian tersenyum. Mata dibuka semula. Dia bangkit dari duduknya. Sepasang Kebaya putih ditaburi sedikit manik di hujung lengan diambil.

That’s it! It suit you.” Zana menjerit.

Thanks, Zana. Kalau kau tak ada, tak tahulah apa akan jadi pada aku.” Adni Farha tersenyum lebar sambil mengacukan kebaya putih ke badannya di depan cermin.

“Kau kan bff aku. Takkanlah aku nak biarkan kau sorang-sorang. Lagi pun kawan aku ni nak pergi date dengan bos hati beku dia,” usik Zana.

Stop it, Zana. Do not tease me.” Adni Farha tersipu-sipu malu.

“Eee…tak payah nak shy-shy cat sangatlah. Mengada. Lain kali jangan suka cakap besar. Tengok apa jadi sekarang? Dia dah curi hati kau.” Zana masih tak mahu berhenti mengusik.

“Alah…aku bukan cakap besar tapi dia memang hati beku. Mulut longkang lagi. Cuma bila dia panggil aku love, itu yang tak menahan…,” Adni Farha mengerdip-ngerdipkan matanya.

“Huh! Buat muka gatal tu? Mengada. Kan aku dah cakap, siapa aje yang tak terpikat dengan kawan aku ni. Muka ala-ala retis gitu. Tinggi plak macam model. Hati beku pun cair. Mulut longkang dah jadi manis. Very the sweet.”

“Alah…bukan kau tak pernah rasa macam yang aku rasa sekarang ni. Kau lagi gatal. Baru kenal sebulan terus nak kahwin. Sekurang-kurangnya aku ni masih berpijak di bumi yang nyata tau,” templak Adni Farha.

“Berpijak di bumi yang nyatalah sangat. Baru panggil love dah cair, apa kes?” Zana mengejek.

“Kau pun tahukan. Papa aku je yang selalu panggil aku love. Bila ada lelaki lain yang panggil aku love, mahu tak cair aku. Menggigil lagi.”

Blahlah. Eh! Kau dinner kat mana nanti?”

“Biasalah. Favourite hotel dia, Thistle.”

“Kalau dinner memang kena makan kat hotel eh?”

“Dia yang nak makan kat situ. Aku tak kisah sebenarnya.”

“Ya ke kau tak kisah? Macam tak percaya pula.”

“Zana…trust me. Aku cuba nak berubah ni. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak pakai baju sopan yang amat ni.” Adni Farha menjuihkan bibir ke arah kebaya putih yang tergantung di pintu almari.

Did he make this to you?” Berkerut dahi Zana memandang Adni Farha.

He played a little part. Selebihnya memang datang dari hati aku.” Adni Farha memegang dadanya.

“Alhamdulillah. Memang sepatutnya kau berubah. Jangan risau, aku sentiasa ada untuk kau.”

Thanks, Zana. I know you will be there for me.” Adni Farha tersenyum. Tangan kanan dia letakkan pada skrin komputer. Begitu juga dengan Zana.

So, pukul berapa dia ambik kau?”

“Aku pergi sendiri.”

“Ek eleh…tak gentle langsung.”

“Kau janganlah marah dia.”

“Whoaaa…back-up baik nampak.”

“Bukan nak back-up dia tapi aku yang tak nak dia ambik aku kat rumah.”

“Kenapa?”

“Dia tak tahu aku ni siapa.”

“Kau tak takut ke?”

“Nak takut apa pula?”

“Kalau satu hari dia tahu siapa kau? Kau tak rasa ke dia akan rasa tertipu?”

“In shaa Allah…aku akan beritahu dia bila aku dah bersedia.”

Don’t take too long, Adni. Aku takut kau yang akan terluka nanti.” Zana memang tak bersetuju dengan tindakan Adni Farha yang nampak agak kebudak-budakan.

“Jangan risaulah. Hmmm…Farish mana?” Adni Farha cuba mengalih topik perbualan dia dan Zana. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa berkaitan identitinya buat masa ini.

“Belum balik lagi. Dia ada site visit.”

“Aku kena bersiap sekarang. Dah enam setengah ni. Kau tahulah kan aku ni kalau bersiap memang makan berjam-jam. Kita borak lagi lain kali. Assalammualaikum.” Adni Farha melambai-lambaikan tangan.

“Tahu sangat. Waalaikummussalam. Bye.” Zana turut melakukan perkara yang sama. Talian diputuskan.

Komputer riba ditutup. Adni Farha pantas mencapai tuala dan bergerak menuju ke bilik air.

“Aduhhh…apasal banyak pula kereta malam ni? Takkanlah semua orang nak makan malam kat sini. Kalau aku tahu lah baik aku ajak Adni makan kat Berjaya Waterfront.” Ayman Fareeq merungut. Dia dah berpusing banyak kali mencari parkir kosong tapi masih belum berjumpa.

Akhir sekali dia mengambil keputusan untuk menunggu sahaja dalam kereta. Malas nak berebut lagi. Manalah tahu ada insan yang baik hati nak keluar time-time macam ni. Jam di dashboard dikerling. Pukul lapan. Ayman Fareeq dah mula risau. Takut Adni Farha menunggu dia lama di atas. Jari-jemarari dia mengetuk-ngetuk stereng kereta.

Nasib Ayman Fareeq baik, bila dia terperasankan satu keluarga menuju ke kereta mereka yang diparkir tak berapa jauh dari tempat dia menunggu. Pantas dia menghidupkan signal. Takut orang lain yang masuk. Memang banyak kereta yang berselisih dengan dia mencari parkir kosong.

Sebaik punat kunci ditekan, Ayman Fareeq megatur langkah menaiki tangga untuk menuju ke lobi hotel. Dia tersenyum-senyum. Teringat kembali kejadian Adni Farha jatuh tangga. Memang macam nangka busuk. Harap-harap malam ini, tiada kejadian yang tak elok berlaku.

Semasa melalui tingkat pertama, dia terperasan ada satu majlis makan malam yang sedang berlangsung di salah satu dewan. Terdengar sorakan dan muzik yang kuat dari dewan yang dimaksudkan. Ayman Fareeq geleng kepala. Memang patut dia susah nak dapat parkir kosong.

Ayman Fareeq memilih untuk menunggu Adni Farha di depan kaunter pertanyaan. Dia melabuhkann punggung di sofa yang disediakan. Matanya tak lepas memandang pintu masuk hotel. Takut Adni Farha tak perasankan dia di situ.

“Ayman Fareeq,” sapa seorang gadis yang berdiri betul-betul di depan Ayman Fareeq. Teruja dia bersua dengan Ayman Fareeq di sini.

Ayman Fareeq mendongak bila mendengar nama dia dipanggil. Sedikit terkejut bila melihat gerangan yang menegur dia. Sempat dia mengerling ke pintu masuk utama. Takut juga Adni Farha muncul saat ini dan membuat andaian yang bukan-bukan. Hati si rambut karat sangat rapuh. Mudah merajuk.

“Qash,” Ayman Fareeq menyahut panggilan si gadis. Dia terus berdiri. Matanya memandang Qashrina atas bawah. Gaun labuh warna ungu yang sedikit sendat di pakai si gadis yang berhijab agak keterlaluan pada pandangan Ayman Fareeq.

You buat apa dekat sini?” tanya Qashrina malu-malu bila dia terperasankan Ayman Fareeq yang memandang dia atas bawah. Cantik sangat agaknya dia hari ini sampai jejaka hot di depan dia ini memandang tak berkelip.

I ada janji dengan kawan.” Mata Ayman Fareeq sesekali melirik pada pintu masuk utama hotel. Qashrina yang berdiri di depan dia langsung tidak menarik perhatiannya.

“Oh, ya ke? UEM buat annual dinner dekat bawah.” Qashrina memberitahu tujuan dia ke sini tanpa dipinta. Penampilan Ayman Fareeq malam ini sangat memukau mata. Knitted shirt warna putih dan dipadankan dengan seluar denim hitam makin menyerlahkan ketampanan jejaka  berlesung pipit ini.

“Ooo…” Ayman Fareeq hanya anggukkan kepala.

Adni Farha berasa lega bila melihat ada parkir kosong berdekatan pintu masuk utama hotel. Tak perlu dia nak panjat tangga bagai. Teringat peristiwa dia jatuh tangga di sini. Dia hanya tersenyum. Beg klac Hermes warna hitam yang diletakkan di atas kerusi sebelah penumpang di ambil. Sebelum melangkah keluar, Adni Farha memegang dadanya yang tiba-tiba rasa berdebar.

“Ya, Allah! Kenapa dengan aku ni?” Rasa gemuruh tiba-tiba menyerang. Adni Farha tarik nafas dalam-dalam. Dia cuba menstabilkan emosinya. Dengan lafaz bismillah, dia turun dari Mini Cooper Cabrio. Punat kunci di tekan. Dia berjalan dengan tenang menuju ke pintu masuk hotel.

Saat kaki Adni Farha ingin melangkah masuk, dia terpandang susuk tubuh yang amat dia kenali berdiri berdekatan kaunter penyambut tetamu. Langkah dia terhenti. Senyuman yang terukir di wajah si jejaka pada si gadis di depannya membuat Adni Farha rasa sebu. Hati dia bagai dicucuk-cucuk. Perit. Adni Farha berpaling.

“Errr…Qash, you tak masuk join kawan-kawan you ke?” Ayman Fareeq mengangkat kening. Dia sebenarnya risau. Adni Farha masih tak menampakkan muka lagi.

“Eh…aah… Kawan you dah sampai ke?” Kalau ikut hati Qashrina, dia malas nak kembali semula ke dewan tempat berlangsungnya majlis makan malam syarikat dia berkerja.

“Belum lagi. Maybe tak jumpa parking kosong.”

“Kalau macam tu, I pergi dululah. If kawan you tu tak datang, call or text me. I boleh temankan you.” Tanpa segan silu Qashrina menawarkan diri untuk menemani Ayman Fareeq. Manalah tahu peluang itu ada.

It’s okay. You better go now.”

I pergi dulu.” Ayman Fareeq hanya memandang Qashrina berlalu sehingga hilang dari pandangan mata.

Ayman Fareeq mengerling jam di tangan. Lapan setengah. Baru tersedar yang Adni Farha masih tak muncul lagi. Pantas telefon bimbit di kocek seluar dikeluarkan. Dia mendail nombor Adni Farha. Panggilan pertama yang dbuat tidak berjawab sehingga masuk peti simpanan. Ayman Fareeq mencuba lagi.

“Hello!” Adni Farha menjawab perlahan.

“Assalammualaikum,” balas Ayman Fareeq.

“Waalaikummussalam.” Adni Farha dah julingkan mata. Kalau dia tak nampak kejadian tadi mesti dia dah cair sangat dengan kesopanan Ayman Fareeq.

"Dah sampai?" Ayman Fareeq memerhati pintu masuk hotel.

"Dahhh..." Suara Adni Farha yang menjawab lemah membuatkan Ayman Fareeq tak senang hati. Mata dibuka seluas-luasnya mencari si rambut karat.

Tak mungkin Adni Farha nampak apa yang berlaku tadi. Ayman Fareeq mula berjalan mendekati pintu masuk hotel. Telefon bimbit masih melekap di telinga.

"Tak nampak pun?" Ayman Fareeq meninjau-ninjau ke luar.

"Macamana nak nampak? Khusyuk sangat dengar perempuan kat depan mata bercakap." Adni Farha menyindir.

Ayman Fareeq mengurut pelipis. Kenapalah hari ini juga UEM buat annual dinner dekat hotel yang sama dia buat temujanji dengan Adni Farha. Macam tak ada hotel lain dekat Johor Bahru ni.

"Adni...awak dekat mana? Beritahu saya cepat." Lembut suara Ayman Fareeq bertanya.

"Saya nak balik..." balas Adni Farha lemah. Merajuk.

"Love...cakap dekat saya awak kat mana?" pujuk Ayman Fareeq. Dia tak boleh berkeras. Peluang jarang datang dua kali. Malam ini semua perlu diselesaikan.

"Dekat tembok depan ni..." Adni Farha sebenarnya dah nampak kelibat Ayman Fareeq tapi dia sengaja menyorok di sebalik pokok bunga yang terdapat di tengah-tengah bulatan.

Ayman Fareeq terus berpaling ke tempat yang dimaksudkan. Senyuman terukir di bibir kala terpandang si rambut karat yang sedang menunduk memandang jalan. Talian dimatikan. Langkah diatur mendapatkan si rambut karat yang sedang merajuk. Hati si manja perlu dipujuk.

Ayman Fareeq melabuhkan punggung di sisi Adni Farha. Dia memandang Adni Farha yang masih menundukkan muka. Keluhan berat dilepaskan. Fikirannya cuba ditajamkan. Mengumpul idea untuk memujuk si manja di sebelah.

“Adni…” panggil Ayman Fareeq lembut.

Adni Farha tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia masih menunduk. Mata dia tepat memandang jalan. Kakinya menguis-nguis kasut yang telah ditanggalkan. Beg klac hitam diletakkan di atas riba.

Ayman Fareeq mengeluh lagi. Susahnya nak memujuk orang manja terlebih ni. Adik dia di kampung pun tak sebegini manja. Kalau ikut perkiraan Ayman Fareeq, adik dia lagi muda dari Adni Farha. Ayman Fareeq mengurut pelipis. Senyuman senget tersungging di bibir. Tangan dia menarik perlahan beg klac hitam Adni Farha.

“Apa ambik-ambik beg orang ni?” Adni Farha tersentak dengan tindakan Ayman Fareeq. Tangan dia pantas memegang kejap beg klac miliknya.

“Ada pun suara. Ingatkan dah bisu,” usik Ayman Fareeq.

Adni Farha menjeling.

“Ouchhh…menusuk ke jantung.” Ayman Fareeq memegang dada.

Adni Farha memukul lengan Ayman Fareeq dengan beg klac dia. Kuat. Berkali-kali. Ayman Fareeq menyeringai menahan sakit. Dia hanya membiarkan sahaja perlakuan Adni Farha. Akhirnya terletus ketawa dari mulut Ayman Fareeq. Adni Farha berhenti memukul.

“Apa yang kelakar?” soal Adni Farha dengan mata dibesarkan.

“Kenapa pukul?” soalan Adni Farha dibalas dengan soalan oleh Ayman Fareeq.

“Awak perli saya sebab tulah saya pukul.”

“Bukan marah?” usik Ayman Fareeq.

“Buat apa saya nak marah?” Adni Farha memandang tepat mata Ayman Fareeq.

“Kalau tak marah, hmmm…are you jealous?” Ayman Fareeq kenyitkan mata.

Jealous? Kenapa pula nak jealous?” Adni Farha dah julingkan mata.

“Qashrina.” Ayman Fareeq memandang Adni Farha.

“Qashrina? Oh! Your Qash tadi…patutlah mata tak berkelip.” Adni Farha menjawab sinis.

Seeyou are jealous.” Ayman Fareeq dah tersenyum senget.

I am not.” Adni Farha berkeras.

“Kalau tak jealous perlu ke sebut your Qash?” Ayman Fareeq menari-narikan kening.

“Habis tu takkanlah saya nak cakap my Qash?” Adni Farha masih cuba mempertahankan kata-kata dia.

“Adni…dia tegur saya. Takkanlah saya nak menyombong. Bukan saya tak kenal dia.” Ayman Fareeq cuba menjelaskan duduk perkara.

“Tapi tak perlulah bagi senyuman yang satu tu pada dia.” Adni Farha menjawab perlahan. Dia menunduk semula. Sedih sebab Ayman Fareeq macam tak faham perasaan dia ketika ini.

Ayman Fareeq tersenyum. Adni Farha nampak comel bila merajuk. Ayman Fareeq bangun. Dia bertinggung di depan Adni Farha. Kedua-dua tangan dia letakkan di tembok sebelah kiri dan kanan Adni Farha. Adni Farha terkepung.

Love…saya dengan dia tak ada apa-apa. Saya akui dia memang suka pada saya tapi tak bermakna saya pun suka pada dia. Saya kan hati beku. Cuma sekarang hati saya dah mula cair. Cair dengan gadis manja kat depan saya ni.”

Adni Farha mendongak. Mata dia bertembung dengan mata Ayman Fareeq. Lama. Terasa macam rama-rama berterbangan dalam perut dia. Adni Farha menahan debaran yang menggila di dada.

Ayman Fareeq kemudian tersenyum. Menyerlahkan pembunuh senyap milik dia. Tahu sangat si rambut karat cemburu lagi.

Please, trust me,” pinta Ayman Fareeq.

Adni Farha mengangguk. Semakin lebar senyuman Ayman Fareeq. Gembira.

“Lapar…” Adni Farha merengek. Tangannya menekan perut yang mula berbunyi.

“Kalau tak merajuk kan kita dah mula makan dah,” usik Ayman Fareeq.

“Kalau awak tak layan your Qash tadi tak adalah saya nak merajuk,” balas Adni Farha.

“Manalah saya tahu my Qash tu nak ada kat sini malam ni,” seloroh Ayman Fareeq lagi.

“Euwww…my Qash,” Adni Farha buat aksi nak muntah.

“Dah awak sibuk cakap your Qash.” Ayman Fareeq masih mahu mengusik.

“Eee…tak mahulah sebut pasal dia.”

“Kalau macam tu, jom masuk.” Ayman Fareeq bangun. Dia menanti Adni Farha memakai semula kasutnya.

Done. Encik Ayman…” Adni Farha pantas menekap mulut dengan tangan kanan.

“Adni Farha…” Ayman Fareeq buat muka serius.

“Hmmm…awak…”

Now, baru boleh cakap.”

“Kenapa mesti kat sini? Kan banyak tempat lain. Tak semestinya hotel.” Mereka berdua berjalan beriringan.

“Entah. Saya selesa dekat sini. No specific reason.” Ayman Fareeq tersenyum memandang Adni Farha.

Please, don’t smile.”

“Saya senyum kat orang lain, awak marah,” usik Ayman Fareeq.

“Eee…tak sukalah. Balik-balik saya juga yang kena.” Adni Farha dah memuncung.

“Jangan buat mulut macam tu.”

“Alah…dah biasa. Mama dengan papa tak cakap apa-apa pun.”

“Ada aje jawapan awak kan?” Sebelah kening Ayman Fareeq dah terjungkit.

“Awak yang buat saya jadi macam ni.” Adni Farha masih tak mahu mengalah.

Perbualan mereka terhenti sebaik sampai di meja makan yang telah ditempah Ayman Fareeq. AymanFareeq menarik kerusi untuk Adni Farha. Adni Farha terkedu.

“Terima kasih.”

“Sama-sama kasih.”

“Boleh tak jadi macam biasa?”

“Macam biasa?”

“Ayman Fareeq yang saya kenal?”

It’s the real me, Love.” Ayman Fareeq tertawa kecil.

Nope. Ayman Fareeq yang saya kenal tak macam ni.” Adni Farha geleng kepala laju.

“Kalau macam tu, let’s get to know each other better.”

“Kalau tak nak?”

You’ll be punished.”

“Hmmm…apa dia?”

Another date with me.”

“Bukan hari-hari kita selalu keluar dating ke?” polos Adni Farha bertanya.

“Itu sebab kerjalah, Love.” Ayman Fareeq tersenyum.

Sweet talker.”

“Saya tak tahu pula mulut saya manis. Dah pernah rasa ke?”

“Ayman Fareeq…!” Pipi Adni Farha dah membahang. Ayman Fareeq dah ketawa terbahak-bahak.

Mereka menikmati makan malam yang telah dipesan oleh Ayman Fareeq semasa membuat tempahan meja. Suasana santai ditemani dengan bunyian air yang mengalir tenang di kolam berdekatan dengan meja makan mereka, sedikit sebanyak membangkitkan mood romantik. Mereka berbual apa sahaja yang terlintas di fikiran masing-masing kecuali Qashrina. Gelak ketawa, usik mengusik menghiasi makan malam mereka.

“Adni…” panggil Ayman Fareeq yang tutut bersandar di kereta Adni Farha.

“Hmmm…” Adni Farha memandang Ayman Fareeq di sebelah dia.

“Terima kasih.”

“Saya yang patut ucap terima kasih bukan awak.”

“Terima kasih kerana percayakan saya.”

You deserve it.”

Really?”

“Saya tak pernah bercinta. Saya tak pandai berkasih. Saya harap awak jangan hilangkan kepercayaan saya pada awak.” Adni Farha menunduk malu sebaik melafazkan kata-kata itu.

Love…saya akan pastikan awak tak akan menyesal.”

“Sekarang, baru saya kenal sebahagian dari Ayman Fareeq. Cuma yang the rest tu bila saya dapat kenal?”

Well…I’m ready for you but it’s up to you to figure it out.”

“Mengenali Ayman Fareeq yang iceberg…aduhhh…memang mencabar betul.” Adni Farha dah gelengkan kepala. Ayman Fareeq ketawa.

Love…dah lewat ni.”

“Berbual dengan awak macam tak rasa dah malam.” Adni Farha membuka pintu kereta.

“Saya nak ambik kat rumah, awak tak bagi. Kan sendiri dah susah. Bukan saya tak kenal mama awak.”

“Lain kali, eh.” Adni Farha menghidupkan enjin kereta. Cermin tingkap diturunkan.

“Hati-hati.” Ayman Fareeq membongkok dan meletakkan kedua-dua belah tangan di tingkap kereta. Dia merenung lembut muka Adni Farha. Senyuman cari makan di pamerkan.

“In Shaa Allah.” Adni Farha membalas dengan senyuman. Hati jangan cakap lah macam ditoreh-toreh kena panahan senyuman si hati beku.

“Lupa nak cakap tadi. Awak nampak cantik malam ni. Berbeza dengan Adni Farha yang saya kenal sebulan yang lalu. Diva,” usik Ayman Fareeq.

Cut it out.” Adni Farha dah tersipu-sipu malu.

“Memang tak boleh blah.”

“Awakkk…” Adni Farha dah merengek manja. Malu sebenarnya bila sikap diva dia diperkatakan Ayman Fareeq.

“Budak manja ni…tak boleh kena usik sikit. Drive safely. Call saya kalau dah sampai rumah nanti.” Ayman Fareeq berundur sedikit. Memberi laluan pada Adni Farha untuk bergerak.

“Assalammualaikum. Bye.” Adni Farha memberi ciuman terbang pada Ayman Fareeq.

“Waalaikummussalam.” Ayman Fareeq hanya tersenyum dan gelengkan kepala. Dia berjalan menuju ke basement hotel dengan hati yang berlagu riang.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua. Request Group di FB http://www.facebook.com/groups/460780710692490/

14 comments: