DINI berjalan perlahan-lahan. Pagi ini hatinya berasa sedikit
tenang. Betul kata mamanya. Mengadu pada sang Pencipta membantu merungkai
segala rasa yang memberat di dada.
“Morning,
Cik Dini,” tegur Ain.
“Assalammualaikum, Ain,” balas Dini
tersenyum dan terus masuk ke pejabat melepasi Ain yang terkelip-kelip memandang
dia.
Langkahnya disusun cantik melepasi
bahagian operasi. Sunyi. Mungkin dia awal sangat hari ini. Dia berjalan terus
menuju ke bahagian kewangan. Kali ini Dini berasa pelik bila tiada siapa-siapa juga
di situ melainkan Grace.
"Cik Dini! Nanti terus pergi bilik
mesyuarat tau," beritahu Grace mengekori Dini hingga ke bilik.
"Ada apa, Grace? Saya rasa minggu
ni tak ada apa-apa mesyuarat kan?" tanya Dini sambil meletakkan beg
tangannya ke dalam laci.
"Ada jamuan. Nanti datang tau.
Dato' pesan kat saya suruh cakap pada Cik Dini." Grace terus pergi.
"Jamuan apa? Ada kenaikan pangkat
ke? Atau ada sesiapa yang resign?"
Dini jongketkan bahu. Dia sempat mencapai telefon bimbitnya.
Dini menghayun langkah ke bilik
mesyuarat. Hatinya berdebar-debar. Terdengar suara bising dari dalam bilik
mesyuarat. Dia mengambil keputusan untuk masuk melalui pintu belakang.
"Eh! Cik Dini, kenapa lalu pintu
sini?" tegur Grace yang baru saja duduk dengan cawan di tangan kiri dan
sepiring mee di tangan kanan.
"Saja. Jamuan apa ni, Grace?"
soal Dini. Dia duduk di sebelah Grace.
"Cik Dini tak makan?" tanya
Grace tanpa menjawab soalan Dini.
"Saya puasa. Puasa ganti. Hari ni
kan hari Khamis." Dini tersenyum.
"Ooo... Sorry, saya makan eh." Grace tersipu-sipu.
"Saya bukan budak-budak, Grace. Makanlah."
Dini tersenyum.
"Encik Ajad dah balik."
"Huh?!" Dini menjerit kuat.
Terperanjat.
Kalau ikut perkiraannya lagi tiga hari
baru lelaki itu pulang ke Malaysia. Kenapa tiba-tiba? Baru semalam mereka
bercakap di telefon.
Suasana sepi seketika. Semua mata
tertumpu ke belakang.
Dini dah terrtunduk malu.
"Ardini! Kenapa duduk dekat
belakang? Come, join us here."
Dato' Salleh menggamit Dini.
Nak tak Dini bangun juga menyertai Dato'
Salleh dan yang lain-lain di depan. Hatinya berdebar-debar saat matanya tertangkap
kelibat Ajad yang sedang berbual dengan seorang gadis cantik. Dia perasan Ajad
langsung tak memandang padanya.
Dini mengambil tempat di sebelah Amar.
"Ardini tak makan?" tanya
Dato' Salleh.
"Saya puasa," jawab Dini
mendatar.
"Maaf saya tak tahu. Mesti tak ada
yang beritahu awak hari ni kita nak raikan kepulangan Ajad."
"It's okay, Dato'." Dini tersenyum.
Matanya tak lepas memandang Ajad yang
duduk di sebelah Dato' Salleh.
"Aimy!" panggil Dato' Salleh.
Gadis cantik berambut panjang yang
sedang berbual dengan Ajad menoleh.
Ajad turut sama memandang. Dia berlagak
seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Dini, kenalkan ini Aimy. Mulai
hari ini dia akan berkerja di bahagian kewangan bersama-sama awak."
Dini hanya angguk kepala dan senyum.
Aimy turut sama tersenyum. Gadis itu
berbisik sesuatu di telinga Ajad.
Ajad tersenyum senget.
Dini ketap bibir. Dia tidak betah untuk
melihat semua itu.
"Encik Amar, saya keluar dulu. Ada
hal sikit," bisik Dini pada Amar di sebelahnya.
"Eh! Sekejap lagi Dato' ada nak
sampaikan berita baik," Amar berbisik kembali pada Dini.
"Nanti Grace boleh beritahu saya.
Lagi pun semua orang nak makan-makan dulu, kan. So, there’s no point for me to wait here." Dini terus bangun.
Ajad mengerling dengan ekor mata. Dia
hanya memerhati tingkah Dini.
Dini berbisik sesuatu pada Grace sebelum
keluar dari bilik mesyuarat.
Sampai sahaja dibiliknya, Dini terus
ambil beg tangannya dan keluar.
"Ain, saya ambil emergency leave hari ni." Sempat
Dini berpesan sebelum menuju ke lif untuk turun ke basement.
"Okey, Cik Dini."
Dini termenung di dalam kereta. Cuba
mencerna apa yang berlaku tadi. Tangan diletakkan di dadanya. Rasa itu masih
ada tapi berbaloikah dia membiarkan saja rasa itu dalam hatinya.
Setitis air matanya menitik. Perlahan
Dini mengelapnya. “Aku kena kuat. Mungkin Allah nak menguji aku.”
Enjin kereta dihidupkan dan Dini memandu
keluar dari tempat letak kenderaan bangunan dua puluh satu tingkat itu.
Dini mengerling ke telefon bimbitnya
yang nyaring menjerit.
“Yup,
Grace.”
“Cik Dini pergi mana?” tanya Grace
risau.
“Saya EL.”
“EL?
Kenapa?” soal Grace lagi.
“Personal.
Kalau ada apa-apa kita cerita esok. Bye.”
“Encik Amar dengarkan?” Grace memandang
Amar yang berdiri di depan mejanya.
“Ajad ni memang sajalah. Saya pun tak
faham apa masalah dia. Kata nak tapi dia buat perangai pula. Tak habis-habis
dengan sikap playboy dia tu.” Amar
gelengkan kepala.
“Mungkin Cik Dini bukan taste dia tak, Encik Amar? Yalah Cik
Dini tu bertudung tak macam Cik Aimy yang bergaya, senang dibawa ke mana-mana.”
Grace cuba memberikan pendapatnya.
“Entahlah. Tunang saya tu bertudung juga
tapi pandai aje sesuaikan diri ikut majlis. Saya tak rasa Ardini kolot. Dia kan
terpelajar. Anak tokoh korporat lagi,’ bebel Amar.
Grace hanya tersenyum. Tak berani nak
masuk campur urusan ketuanya.
“Grace, awak tolong perhatikan sikit
Aimy tu. Tolong pastikan dia tak sakitkan hati Ardini dan pastikan juga Ajad
tak buat perkara tak senonoh dekat sini. Anything
just inform me.” Amar terus berlalu.
“Aiyooo… makin bertambah kerja aku. Nak
kena jaga mangkuk dua ekor tu juga. Kesian bos aku.” Grace hanya jongketkan
bahu.
DINI merenung kosong pemandangan di depan matanya.
Perkara yang memang tidak pernah dia buat seumur hidup dia.
“Dini? Buat apa dekat sini? Tak kerja?” Sara
yang baru mengangkat kain terkejut melihat Dini tercongok di depan kaunter.
“EL.”
“EL? Bukan Ajad dah balik ke?” Sara
memandang Dini hairan.
“Kak long tahu? Kenapa orang langsung
tak tahu? Yeah, I will always be the last
person to know,” keluh Dini.
“Hei! Kenapa ni? Mungkin Ajad nak surprisekan Dini tak?” Sara letak semula
kain-kain di tangan ke dalam bakul dan duduk disebelah Dini.
“Memang surprise pun. Sangattt…” Dini menunduk.
“Sepatutnya suka kalau orang surprisekan kita tapi Dini tak nampak macam
suka.” Sara cuba mengorek cerita.
“Orang rasa yang dia nak ajak nikah tu
main-main kut.” Dini memandang ke luar kedai. Mengelak matanya yang sudah
berkaca dari dikesan Sara.
“Takkanlah…” Sara gelengkan kepala.
“Ada budak baru dekat ofis. Cantik,
bergaya, free hair. Si abjad tu pun
bukan main menghimpit lagi. Cuba kak long tengok orang ni sebab tu sampai
sekarang tak laku,” luah Dini merendah diri.
“Look
here. Kenapa adik kak long ni suka sangat merendah diri? Cantik bukan
diukur pada wajah dan pakaian, sayang oi. Cantik tu subjektif. Pandangan setiap
orang berbeza.” Sara berjeda.
“Siapa kata Dini tak cantik? Tak
bergaya? Tinggi macam model, cantik, putih, tutup aurat. Hmmm… berpendidikan tu
bonus. Cuma satu aje yang kurang…” Sara tersengih.
“What?”
Dini buat muka menyampah. Air mata yang bergenang di kesat dengan hujung jari. Sara
memang tak pernah buat dia menangis.
“Keras kepala. Semua nak ikut kata dia
aje,” usik Sara.
“Alah… orang cakap yang betul,” muncung Dini
dah sedepa.
“Tapi itulah keistimewaan Dini.” Sara
menyeka sisa air mata Dini yang bergenang.
“Terima kasih, kak long.” Dini memeluk Sara.
“Dini kan adik kakak. Dah jangan
sedih-sedih. So, apa kata hati Dini
sekarang?” Sara memandang Dini bila pelukan mereka terungkai.
“Kata hati?” Dini buat muka blur.
“Rasa tu masih ada lagi ke tak?”
“Rasa… Rasa…,” spontan Dini meletakkan
tangannya ke dada.
“Kalau masih ada, fight for it,” tegas Sara.
“Kalau orang tu dah tak sudi takkanlah orang
nak paksa. Tak naklah.” Dini dah cemberut.
“Dini, dengar sini. Cinta, sayang tak
lahir dari bibir atau lidah atau akal tapi dari sini.” Sara memegang dada Dini.
Dini pandang Sara. Tangan menekap ke
dada semula.
Sara angguk. Perlahan-lahan dia bangun
meninggalkan Dini melayan perasaan seorang diri.
“Hati bagi aku peluang,” Dini
membisikkan kata-kata itu kepada dirinya sendiri.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
No comments:
Post a Comment