ALWANI IRIS.
Dia betulkan tag nama yang tergantung di leher. Leceh betul bila dah tua-tua ni
kena pakai juga benda ni. Dahlah tangan penuh dengan barang. Dia menoleh ke
belakang bila terasa bahunya dicuit.
“Sorry,
lambat. Heavy traffic,” sapa seorang
gadis.
“Lenguh tau tangan aku. Lambat sikit aje aku campak
fail kau dekat tepi dewan ni, Iza.” Iris serahkan fail di tangan kepada Iza.
“Alah, bukan aku yang buat jalan jadi sesak. Siapa
suruh semua orang rajin sangat nak memandu sendiri.” Iza cuba pertahankan
dirinya.
Mereka berdua berjalan ke luar. Mencari ruang yang
selesa. Meninjau ke dalam café tetapi tiada tempat duduk kosong. Akhirnya
mereka memilih untuk duduk di atas tembok berdekatan dengan longkang.
“Aku sanggup berkejar dari pejabat ke sini. Kau
boleh melenggang mak nenek.” Iris sambung bebelannya.
“Berkira.” Iza tumbuk lengan Iris.
“Belanja lunch
nanti.” Iris besarkan matanya.
“So, kelas
mana kita kena masuk ni?” Fail di tangan dibuka. Iza membelek isi kandungannya.
“Management.
Bilik Johor Bahru.” Tangan Iris berlari di atas sehelai kertas A4.
“Errr…Iris. Pegangkan sekejap. Aku nak pergi toilet.”
Tanpa sempat Iris mengiyakan atau menidakkan Iza letak fail dan beg tangannya di
atas paha Iris.
“Eee…” Iris hanya mampu menggeleng.
Dia kembali menunduk. Meneliti modul yang baru di
ambilnya tadi.
Iris mendongak bila mendengar suara orang berdeham.
“Hai. Saya Afi. Afi Isyraq.” Afi tersenyum sambil
menghulurkan tangannya. Mengorak senyuman cari makan seperti yang diperkatakan
rakan-rakannya.
Iris memandang pada tangan yang dihulurkan.
Gila ke apa mamat ni. Tahu hukum ke tidak? Rambut
dahlah macam burung belatuk. Ada hati nak berkawan dengan aku. Dia mencebik.
"Cuba bagi tahu kriteria macam mana baru boleh
berkawan dengan awak." Afi buat muka sedih.
Iris? Bo
layan. Baik pergi dari situ. Tak kuasa nak melayan lelaki tak cukup matang ni. Terkulat-kulat
Afi dibiarkan tanpa perasaan. Telinga dia dapat menangkap sorakan teman-teman
Afi.
“Mana pula si Iza ni. Memerut ke apa? Ingat aku ni
kuli ke dia ke?” Iris membebel.
Dia kembali ke café mencari tempat duduk. Nafas
dihela lega bila ternampak ada meja kosong di sudut café.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Fail-fail di
tangan diletakkan di atas meja. Beg tangan Iza diletakkan di atas kerusi kosong
di sebelahnya. Beg silang miliknya diriba sahaja. Iris keluarkan iPad.
"Susah nak jadi kawan awak rupanya."
Iris pandang mamat jambul belatuk yang tiba-tiba
muncul di sebelah. Kening diangkat.
“Kawan aje bukannya nak berkasih.” Afi pamer
senyuman menggoda. Selamba menarik kerusi bertentangan dengan Iris.
Kening Iris semakin terangkat tinggi.
“Tak salahkan?” Afi turut menaikkan keningnya.
"Alwani Iris!" laung satu suara.
Afi dan Iris menoleh.
Afi memandang Iris semula. Tersengih dia melihat Iris
yang mulutnya terkumat-kamit tanpa suara memandang pada gadis yang memanggil
namanya.
"Sedap nama. Alwani Iris. Saya nak panggil awak
apa? Al, Wani atau Iris?" Sengihan Afi makin panjang bila Iris menjeling
padanya.
“Penat aku cari kau merata. Berdating dekat sini
rupanya.” Iza kenyit mata sebelum keningnya menari-nari seolah-olah bertanyakan
siapa jejaka kacak yang duduk di depan Iris ini.
Dia ambil beg tangannya dan duduk di sisi Iris. Mata
tak lepas dari memaku pada wajah jejaka berwajah kacukan di depannya.
“Hai. Afi Isyraq Izhar.” Afi hulur tangan bersama
senyuman yang masih tidak lekang pada bibirnya.
“Iza Rashla.” Iza hanya menundukkan sedikit
kepalanya dan tersenyum.
Iris cubit paha temannya. Mata dibulatkan bila Iza
memandang. Tidak suka Iza beramah mesra dengan jejaka di depan mereka. Namun
dia tahu memang itulah sikap sebenar Iza. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
“Sedap nama. Kena dengan orangnya,” puji Iza tanpa
silu.
Semakin terbeliak mata Iris mendengar kata-kata
pujian yang dilemparkan Iza.
“Tahu.” Afi ketawa-ketawa. Mata tepat memandang
wajah Iris.
“Dah kenal kawan saya ni?” soal Iza yang faham
dengan renungan Afi pada Iris.
“Tak bersuara langsung dari tadi.” Afi mengeluh. Buat
muka sedih.
Iris rasa riak yang dipamerkan Afi seolah-olah muka minta
penampar saja rasanya. Tak faham bahasa ke apa. Kalau orang dah tak nak tu blahlah aje.
“Laaa…dari tadi tak kenal-kenal ke?” Iza bertanya
kembali.
Afi jongket bahu. Bibir sengaja dijuihkan pada Iris.
“Ini Alwani Iris Azman. Sekretari. Ambil course sama dengan saya. Business Administration.” Panjang lebar
Iza memberitahu.
“Iza!” Iris herotkan bibirnya kiri kanan.
“Ooo…samalah dengan saya tapi saya bukan sekretari. Taxi driver aje,” beritahu Afi.
Eh, sengalnya mamat ni. Iris menggumam sendiri.
“Hensem-hensem macam ni kerja taxi driver aje ke?” seloroh Iza. Mengerling Iris.
Iris tersenyum tetapi cepat-cepat mengulum senyum
bila Afi memandangnya tajam.
“Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya buat kerja
halal. Betul tak, Iris?” Afi masih tak lepas pandang pada Iris.
Iris menjeling. Cakap pada Iza aje tak boleh ke?
Sibuk nak ajak aku berbual pula.
“Dah semester berapa?” Iza cuba memecah suasana
hangat di antara mereka.
“Tiga.”
“Kami baru daftar. Yalah masing-masing sibuk. Dah
tua-tua ni baru nak sambung belajar.” Iza memberitahu.
"Nasib ada OUM kan." Afi mengangguk.
"Betul. Iris, kau kenapa?" Iza mencuit lengan Iris yang ralit dengan iPadnya.
"Tak ada mood." Iris menoleh sekilas.
"Maaf, kalau sebab saya buat awak hilang mood. Jujur saya hanya mahu berkawan." Afi menyampuk.
"Hmmm..." Itu sahaja jawapan Iris.
"So, bolehlah kita berkawan?" Afi mula cucuk jarum semula.
Aduh! Mamat ni memang tak kenal erti putus asa. Iris masih berkira-kira.
"Iris..." Iza mencuit lagi lengan Iris.
"Yalah, yalah." Iris mengalah.
"Terima kasih." Afi tersenyum sebelum bangkit dan berlalu dari situ.
Iris dan Iza memerhati tingkah Afi yang berjalan ke arah teman-temannya. Mereka nampak Afi membuat gaya 'yes' dan disambut dengan sorakan teman-temannya.
"Tengok apa yang kau dah paksa aku buat?" Suara Iris kasar. Tidak suka dengan apa yang dia nampak.
"Alah...orang cantik macam kau. Mestilah si Afi suka bila kau sudi berkenalan dengan dia," pujuk Iza.
Iris mendengus. Hatinya semakin panas bila Afi melambai padanya dari tempat duduk jejaka itu.
Nak jadi novel ke cerpen je Kak Syeena??
ReplyDeleteCerpen aje yang...
Deleteohsem! :-)
ReplyDeleteTq zalida...
DeleteSambung lagi
ReplyDeleteLambat sikit marsila...
DeleteBesx3 nk ikuti in3 seterusnya.........
ReplyDeleteTq puteri lavender...
DeleteBest2...x sabar nk tunggu yg seterusnya.
ReplyDeleteSabar ya anne...
Deletebeeeesssttt sgggttt33333xxxx...heheheheee...kak syeena...apa kata akak jdkn smua cerpen akak tu jd satu buku msti ramai yg nk...bleh lh kita org belai2, feluk2 smua cerpen akak tu..cdgn shj...kalau jd knytaan, sayalh org paling gumbira di alam maya ini...heehehehe
ReplyDeleteAda ke yang nak beli....tunggu k syeena kumpul duit byk2 ya yang...insya Allah semuanya boleh...
Deleteyela kak, idea yg bernas, akk buku kan jek sume cerpen2 akk..sume cte pn best n xbosan utk dibaca..
DeleteNnt i fikir2kan ya...
DeleteSambung lg....hihi
ReplyDeleteSabar ya...errr mona...k syeena terdelete komen awak...sorry...tp x ingat kat citer yg mn..
Deletepermulaan yang baik Syeena, mengapa Iris ni sombong sangat? nasib baik ada iza tu. Afi ni pulak baget lelaki misteri, taxi dreba konon, alahai...
ReplyDeleteTq mask d...
DeleteMmg best
ReplyDeleteSambung sambung cepat
tq LPH...dalam masa terdekat ni tak dapat nak bagi full bab...bz menggua sat...insya Allah bila semua dah selesai saya akan sambung balik cerita ini ya...
Deleteok kak syeena dah baca n dah recall .. hehe XD
ReplyDeleteCeittt Abby Sha...
Delete