Amanda ketawa semahunya. Matanya tak lekang dari kaca televisyen. Langsung tidak memandang Akid yang baru masuk ke dalam bilik tidur mereka.
Akid jongket kening. Bibirnya mencebik setelah melihat rancangan yang sedang ditonton Amanda. Dia terus ke bilik air.
Amanda mengikut langkah Akid hanya dengan ekor mata.
5 minit berlalu, Akid keluar. Berdiri dekat dengan penyidai. Baju pagoda ditanggalkan. Matanya sesekali melirik pada Amanda yang tak berhenti-henti ketawa. Dia hanya menggeleng. Kain pelikat pula diganti dengan boxer.
Akid berjalan ke katil. Sengaja lalu di depan Amanda. Telinganya menangkap suara Amanda berdesis. Dia tersenyum. Saja mahu mengusik.
"Sayang." Akid mengucup kepala Amanda yang elok meniarap di sebelahnya. Bibirnya mula nakal.
"Eee...jangan kacaulah. Tadi tak bagi kita tengok tv." Amanda mengelak.
Akid terkebil-kebil dengan reaksi Amanda. Tak habis lagi rajuk pujaan hati dia ni rupa-rupanya. Berebut tengok siaran tv punya pasal.
"Cerita sayang nak tengok tu ada siaran ulangan. Bola tak ada, sayang." Akid memujuk. Sengaja kepalanya dibaringkan pada belakang Amanda.
"Beratlah." Amanda menggoyangkan badannya. Masih mahu protes.
Bukan selalu dia nak tonton tv. Baru hari ini berpeluang tetapi masa itulah Akid pun sama sibuk nak menonton perlawanan bola.
"Kalau abang berat, apa kata sayang baring atas dada abang?" Akid bsngkit.
Tubuh Amanda ditarik sama. Membawa kepala Amanda rehat didadanya sambil isterinya itu boleh menonton dengan selesa.
Amanda tidak membantah. Memang itu yang dia suka. Dipujuk dan dibelai. Akid memang tahu kelemahan dia.
"Running man, sayang?" Lengan Amanda digosok lembut. Kucupan kasih tak pernah lepas pada kepala Amanda. Akid suka begitu kalau mahu memujuk pujaan hati.
"Bolehlah. Layan merajuk."
"Bukan dapat apa pun. Kalau dengan abang dapat juga pahala tau." Akid ketawa.
"Jangan nak mengada." Paha Akid dicubit sedikit.
Akid terjerit kecil. Bukan susah untuk memujuk Amanda. Rajuk isterinya itu tidak ke mana.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
MERAJUK ORG DAH KAHWIN LAGI SWEET TAU...hihihi
ReplyDeletekannnnn....hehehehehe...
Delete