HUJUNG bulan memang merupakan minggu yang paling sibuk
buat Dini dan staf di bahagian kewangan. Kejar deadline. Tarikh mesyuarat pengurusan semakin hampir. Banyak lagi
yang perlu mereka sediakan.
“Grace, batalkan semua janji temu saya
untuk seminggu ni.” Dini menjengukkan muka di balik pintu biliknya sebelum ditutup
kembali.
“Okey, Cik Dini.” Grace terkebil-kebil
memerhati pintu bilik yang sudah tertutup.
“Hai, Grace,” sapa Ajad yang tersengih
berdiri di sisi meja Grace.
“Encik Ajad.” Grace mengurut dadanya.
Terperanjat dengan kemunculan Ajad secara tiba-tiba.
“Dini?” Ajad berjalan mendekati pintu
dan tangan memulas tombol.
Grace hanya anggukkan kepala seolah-olah
faham maksud Ajad.
Dini mendongak bila dilihat pintu biliknya
dikuak seseorang.
Ajad masuk ke bilik Dini dengan senyuman
trademarknya. Senyum senget. Dia
terus menarik kerusi di depan meja kerja Dini. Tangannya sibuk menyelak
kertas-kertas yang berselerak di atas meja Dini.
Dini mengetuk tangan Ajad dengan pen ditangannya.
"Ouchhh!" Ajad menjerit kecil kemudian dia tersengih-sengih.
"Kau ni dah kenapa?
Tersengih-sengih macam kerang busuk. Tak nampak ke aku ada kerja ni?" Dini
menjeling sekilas.
"Macam dia sorang banyak kerja. Aku pun ada kerja jugalah," Ajad mencebik.
Dia bersandar malas.
"Dah tahu ada kerja. Buat apa
menyibuk dekat sini?" Dini mendengus geram.
Si Ajad a.k.a Abjad ni tahu tak sekarang
hujung bulan. Dia kena semak data-data yang telah di log masuk stafnya untuk
memudahkan dia menyiapkan laporan kewangan.
"Nak tuntut hutang." Ajad
tersenyum.
"Lunch aje."
"Tak nak."
"Breakfast esok pagi."
"Tak nak."
"Semua tak nak. Kau nak apa?"
"Teman aku pergi dinner reunion."
"Kau cari orang lain."
"Orang lain tak pernah berhutang
dengan aku. Kau aje. Esok lepas maghrib aku jemput." Ajad terus keluar
tanpa menunggu jawapan Dini.
“Arghhh!!!” Dini menjerit kuat.
“Kenapa dengan Cik Dini, Encik Ajad?”
soal Grace sewaktu Ajad baru menutup pintu bilik Dini.
“Sakit,” balas Ajad dengan muka tanpa
perasaan.
“Sakit? Sakit apa? Elok aje dia tadi.”
“Sakit hati.” Ajad terus berlalu.
Grace dah menggaru-garu kepalanya.
MALAM itu, Dini menyelongkar almari bajunya di rumah keluarganya.
Satu persatu baju-bajunya dikeluarkan. Semuanya tak menepati cita rasa. Bukan
tak ada yang cantik-cantik, ada tapi tak sesuai untuk dipakai bila keluar
bersama lelaki bernama Ajad a.k.a. Abjad.
“Ya Allah! Dini, kenapa berselerak ni?”
tanya Puan Sri Alia kala menjenguk anak daranya di bilik.
“Cari baju.” Dini masih membelek satu
persatu baju yang tergantung di dalam almari.
“Untuk apa?”
“Dinner.”
“Dress
ni?”
“Cantik sangat.”
“Nak keluar dengan siapa?”
“Abjad.”
“Abjad? Bukan Ajad ke nama dia?”
Berkerut dahi Puan Sri Alia. Rasanya budak lelaki yang Dini bawa datang ke
rumah namanya Ajad.
“Ya. Ajad.” Dini membalas endah tak
endah.
“Mama suka dia.”
“Dini tak suka.”
“Kalau tak suka kenapa keluar juga
dengan dia?” soal Puan Sri Alia hairan.
“Bayar hutang.”
“Bayar hutang?”
“Ma… jangan serabutkan kepala Dini boleh
tak?” Dini mendengus bila diasak dengan soalan yang dia sendiri tak tahu nak
jawab apa.
“Okey. Jubah merah ni simple.” Puan Sri Alia terus keluar.
Dini menoleh dan memandang pada jubah
yang dimaksudkan mamanya. Segera dicapainya dan digantung pada pintu almari
baju. Senyuman segaris terpamer dibibir.
“Done
for tonight. Can’t wait for tomorrow.”
Dini longgokkan semua baju-baju yang berselerak
tadi ke atas lantai. Direbahkan badannya di atas katil bersaiz king. Dia mengiring menghadap almari
bajunya dan tersenyum. Senyumannya beransur-ansur hilang bersama mata yang
mengecil dan terus terpejam.
“Hello!” Dini menjawab malas. Ikutkan
hati mahu saja dibiarkan telefon bimbitnya menjerit tapi kalau dibiarkan
pastinya ia akan menjerit lagi.
“Hoi, anak dara!” jerit Ajad di talian.
“Hmmm…” Dini menjawab tanpa perasaan.
“Dah pukul dua belas kau tak reti bangun
ke?” jerit Ajad lagi.
“Hari sabtu kan…” balas Dini acuh tak
acuh.
“Memanglah hari sabtu. Kau jangan
pura-pura lupa pula hutang kau tu,” ugut Ajad.
“Sibuklah kau ni.” Dini terus matikan
talian.
“Nak lepak lama-lama kat atas katil pun
tak senang.”
Selimut dicampak ke tepi. Dini
menggeliat. Matanya merenung jam di dinding.
“Dua belas?! What the…” Dini bingkas bangun. Tuala mandi dicapai dan kaki
dihayun laju ke bilik air.
Dia hanya ada masa enam jam sahaja
sebelum keluar dengan si Ajad a.k.a. Abjad sengal tu. Teringat janji temu selepas
zohor nanti. Tak pasal-pasal kakinya kena mencemar duli ke pusat rawatan
kecantikan. Itu pun sebab mama paksa. Mama pula yang risau terlebih sebab anak
dara dia tak pernah pergi dating
katanya.
Dini tiba di rumah keluarganya lebih
kurang jam enam petang. Gara-gara dia leka window
shopping di Johor Premium Outlet selepas selesai buat rawatan kecantikan. Solat
maghrib hari ini pun dia tunaikan macam kartun. Kelam kabut dia bersiap.
Tadi semasa di spa milik rakan karib
mamanya, Aunty Aida puas wanita itu
mengajar dia cara-cara bersolek yang betul. Berasap jugalah telinganya
mendengar tunjuk ajar Aunty Aida. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Sekarang di depan cermin hanya gincu
yang dioles ke bibir dan secalit celak di mata.
“Okeylah ni. Tak kuasa aku nak bersolek
bagai. Rimas.” Dini mengomel sendiri. Tangannya ligat menggayakan shawl berwarna merah samar di kepala.
Telefon bimbitnya menjerit. Tanpa
melihat siapa pemanggilnya, Dini merengus.
“Tak menyabar agaknya. Sekejaplah!”
Kerongsang disemat kemas pada kiri dan
kanan bahunya. Setelah berpuas hati, Dini terus capai clutch yang ada di atas katil. Dia memilih clutch warna senada dengan shawlnya.
Dia kemudian bergegas keluar dari bilik tidurnya.
“Mama, Dini pergi dulu.” Dini capai
tangan Puan Sri Alia disalam dan diciumnya.
“Hmmm… Jangan lama sangat keluar tu.
Awak tu anak dara bukan teruna,” pesan Puan Sri Alia.
“No
worries, mama.” Dini kenyit mata dan bergerak ke pintu.
Pintu utama di buka. Dini senyum sedikit
pada Ajad yang santai bersandar di pintu kereta BMWnya.
"Yang kau alim sangat ni
kenapa?" Ajad memandang Dini atas bawah.
"Alim apanya?" Dini mendengus.
"Berjubah bagai." Ajad membuka
pintu untuk Dini.
"Asal pakai jubah aje ingat alim.
Alim tu bukan di ukur dari pakaianlah." Dini dah julingkan mata.
Dia terus masuk ke dalam kereta. Pintu
ditutup kasar. Ajad a.k.a Abjad ni memang mangkuk betul. Fakta mana entah yang
dia pakai. Dini menggumam sendiri.
Ajad berlari ke tempat duduk pemandu. Enjin
kereta yang memang sengaja tidak dimatikan memudahkan dia bergerak pantas. Brek
tangan diturunkan dan dia memandu dengan tenang. Sesekali dia mengerling pada
Dini yang membuang pandang ke luar tingkap.
"Kau memang tak ada baju
lain?" Ajad bertanya lagi setelah separuh perjAlannan.
"Kau ni memang banyak songehlah.
Ini aje baju paling cantik ada kat rumah mama aku. Yang cantik-cantik semua ada
kat rumah aku. Sebab keluar dengan kau, kira bolehlah ni."
"Dah tahu ada kat rumah kau, apasal
tak balik aje rumah kau?" soal Ajad geram.
"Yang boleh datang kat rumah aku
hanya suami aku. Kau bukan suami aku kan?" Kening Dini terjongket.
"Hadap pula nak jadi suami
kau." Ajad mencebik.
Masing-masing mendiamkan diri. Melayan
hati yang tengah panas.
Sebaik sampai di depan Hotel Grand
Paragon, Ajad meletakkan keretanya di depan lobi. Dia terus keluar tanpa
menunggu Dini.
"Wei...tak boleh ke jalan
saing?" panggil Dini bila Ajad dah semeter berjalan di depannya.
"Lecehlah kau ni. Pakai lagi jubah
yang meleret tu," bebel Ajad. Dia menunggu Dini sampai ke tempatnya
berhenti.
Dini berdiri tegak. Geram. Dia berpatah
balik. Mulutnya dah mengomel sendiri.
"Aku nak bayar hutang cara lain.
Tak nak terima. Lepas tu ikut sedap mulut dia aje kutuk aku. Kau pergilah
sendiri layan kawan-kawan reunion kau
tu." Dini berjalan laju menuju ke hentian teksi.
"Dini! Dini! Sorry, sorry." Ajad
mengejar. Sentap pula budak dobi ni.
"Sorry naik lori lah." Dini terus duduk di atas bangku yang ada
di hentian teksi.
"Jomlah. Takkan aku nak pergi sorang-sorang. Aku dah canang kat kawan
aku yang aku nak bawa tunang aku," rayu Ajad.
"Bila masa pula aku jadi tunang
kau?" Dini mencebik.
"Bukan kau cakap dekat Aunty Rose kau tu lagi sebulan kita
bertunang? Dah sebulan kan. Kiranya kau ni secara tak rasmi tunang aku lah."
Ajad tersenyum senget. Dia bangun dan menghulurkan tangannya pada Dini.
“Ya ke dah sebulan? Bukan kau baru dua
minggu ke masuk kerja?” Dini memandang Ajad.
“Tak kisahlah. Kau kena ingat kau masih
ada hutang yang belum dilunaskan.” Ajad masih menghulurkan tangannya.
“Tunang bukan menghalalkan yang haram.”
Dini bangun dan berjalan menuju ke hotel.
Ajad tersenyum senget. Cuba mencerna
kata-kata yang dilemparkan Dini. Dia mengejar Dini yang menonong meninggalkannya
termangu-mangu. Dalam hatinya terdetik. sekeras-keras Dini, gadis dobi ini
mempunyai peribadi yang baik.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req. Group http://www.facebook.com/groups/460780710692490/
Rasa dup dap yg Dini rasa saat sebut nama Ajad, sama apa yg kita rasa setiap ada n3 baru.... Really enjoy dgn mereka berdua...
ReplyDeletetq eijan... pn writer ni pun ada rasa yang sama....
DeleteHahaha....dini juga rasa apa yg ajad rs....x sbr nya nk tggu ajad blk n ping dini....nk tau reaksi family diorg plak...hihihi....best lah kak citer ni....- jumay jue
ReplyDeleteTq jumay jue... kita tunggu n lihat yer...
DeleteDini..... Bertunang satu hari, esoknya nikah..... Okay per, terima je la.......... Kan........ Hi hi hi
ReplyDeleteDini dalam dilema....kikikiki
DeleteBest 3x.
ReplyDeletetq....
DeleteDini jgnlah menidakkan rasa akal tak selari dengan hati merana nanti...��
ReplyDeleteDini tengah cuba faham apa rahsia hati dia...
Deletehati rasa nak tapi malu heheheee...
ReplyDeletenamanya perempuan... mestilah malu nur aiman...
DeleteXsabar2 tggu n3 baru :$ romantiknya Ajad ..... Suke2 !!! ;)
ReplyDeleteTq husna... Sabar yer.....
Deleteoh my...kita rasa kita pnyew hati poen dh dup dap dup dap dh ngan si ajad ni...hahaha
ReplyDeletekikiki....itu awak punya hati...dini punya hati lagiiiiii dahsyat dup dap dia...
DeleteTp ksian kt dini....rasa bru nk.brrputik si abjad blik buat hal plak...oh jgn k.syeena buat drama sinetron sudah....x snggup nk nangis laa
ReplyDeletealah....mana ada sinetronnya yunkkk....ekekekeke...
Deletenext n3 plzzzzzzzzzzz......
ReplyDeletesabar yer yunkkkk....
Deletebest99x
ReplyDeletethanks cik baba...
Delete