Monday, January 11, 2016

BAKAL TERBIT - CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY

Alhamdulillah....


CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY
“Cubalah keluar berdua dengan dia...”
“If she doesn’t mind. Along boleh aje.”
“Babe, apa ni?”
Pertemuan tidak disengajakan di rumah keluarga Zulfan Adwan membuatkan Nada Qaireen terjebak dengan jejaka playboy tersebut. Adwan menyambut cabaran Amanda, adik bongsunya itu tanpa ragu. Namun, penolakan Qaireen mencabar ego lelakinya dan menjejaskan reputasi playboynya. Tidak pernah lagi ada gadis yang berani menolak permintaannya mentah-mentah. Qaireen itulah yang pertama.
Pelbagai cara dilakukan Adwan asalkan Qaireen bersetuju untuk keluar dengannya. Bagi Adwan, selagi Qaireen menolak, selagi itulah dia tidak berputus-asa.
“Merah dan renda. Seksi!”
“Oh, shut up!”
Qaireen mati akal. Selagi dia tidak bersetuju, selagi itulah jejaka playboy tersebut terus-menerus mengungkit kisah si merah yang berenda seksi itu. Ah, malu!
Tapi, satu masalahnya. Qaireen itu gadis yang cukup kain. Dari atas ke bawah, semua bertutup rapi. Tak ada peluang langsung nak jeling-jeling buat mencuci mata. Sedangkan dia, kalau boleh semakin kurang kain yang menutup di tubuh gadis-gadis yang dikenalinya, semakin jadi idamannya.
Dalam ramai-ramai gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan, siapakah yang mampu merebut cinta sejati seorang playboy ini? Atau selera si playboy telah bertukar dari gadis tak cukup kain kepada gadis yang terjaga rapi penampilannya? Mampukah playboy sejati bertukar menjadi imam dalam mengemudi diri dan keluarganya nanti? Andai Qaireen menerima tawaran Adwan, mampukah dia berhadapan dengan semua gadis-gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan?

Sm - RM24 + RM6 (pos laju)
SS - RM27 + RM10 (pos laju)
Pembayaran boleh dibuat ke account seperti di bawah:
Maybank - 562807536910 (Mohamad Amli bin Mohammad Nor)
atau;
Cimb - 8600319643 (Zainuriah bt Abd Rahman)
Selepas buat pembayaran boleh bagi details
Nama
Alamat
No tel
Bukti pembayaran
Ke email : orderonline.kaseharies@gmail.com
Atau
WhatsApp ke salah satu nombor kat bawah ni..
010-9333142 @ 013-3249884
Sebarang pertanyaan boleh pm kami ya! (Penerbitan Kaseh)

*Pelancaran pada 31hb Januari 2016
*Bakal berada di bookstore awal Februari 2016

No comments:

Post a Comment