Suasana Kedai Gedung
Ilmu masih lengang walau sudah sejam lebih dibuka. Kelihatan seorang pemuda
berbaju kotak duduk bersila di lorong antara rak-rak buku.
"This is the time,” gumam Azim. Di susun
buku-buku yang sudah beberapa hari dibiarkan berlonggok di tepi lorong sempit
itu.
“Mili! Mili!” Saru
suara garau memanggil dari rak sebelah.
“Apa?” sahut seorang
gadis yang berdiri betul-betul di sebelah Azim acuh tak acuh.
Azim hanya memerhati.
Dia memang tidak perasan akan kehadiran gadis bertudung kuning itu.
Si gadis leka menyelak
helaian demi helaian majalah di tangan. Pandangan Azim padanya dibiarkan
sahaja.
“Kau tak payahlah nak
sentap sangat, nyah. Ada rezeki kau, cerita kau mesti keluar punya.” Suara
garau yang memanggil tadi menjawab.
“Dah lama gila aku
hantar, Wan. Entah cerita yang macam mana mereka nak agaknya,” keluh si gadis.
“Amili Rana! Berapa
kali aku nak ingatkan kau? Call me Wani
not Wan,” tekan si suara garau.
Azim yang mendengar dah
ketawa mengekek.
“Wani! Kau memang saja
kan. Tak payahlah nak sebut nama penuh aku. Kenapa tak sebut sekali nama papa
aku?” bentak si gadis geram.
Si gadis menjeling Azim
yang masih ketawa. Dahinya berkerut memandang Azim.
Azim menunjukkan buku
di tangan seolah mentertawakan isi kandungan yang di baca. Tahu yang dia
bersalah kerana mencuri dengar perbualan si gadis.
“Logik sikitlah, bro. Buku memasak tu,” tegur si gadis.
“Laaa… Mesti awak tak
tahu. Buku memasak sekarang dah advance. Banyak selitkan unsur humor,” jawab
Azim selamba.
“Sewel,” balas si gadis
dan beralih ke rak lain.
Azim hanya gelengkan
kepala. Betul kata gadis tu, dia memang sewel. Memang tak masuk akal buku
resepi ada cerita lawak. Dia menunduk dan kembali menyambung kerjanya.
Si gadis bertudung
kuning berjalan melenggang menuju ke kaunter dengan tangan penuh dengan buku
dan majalah.
Lelaki bersuara garau
yang menegur si gadis bertudung kuning turut sama berjalan menuju ke kaunter.
"Abang Hadi,
bilalah cerita Mili nak keluar majalah ni..." keluh si gadis bertudung
kuning sambil menopang dagu di kaunter.
"Bila Mili
hantar?" tanya lelaki yang dipanggil Abang Hadi sambil tangannya pantas
mengunci masuk majalah dan buku yang di beli si gadis dengan menggunakan scanner.
"Dah lama, Abang
Hadi," sampuk lelaki lembut bersuara garau di sebelah si gadis bertudung
kuning.
"Aku tanya Mili
lah bukan kau, Wan," balas Hadi.
"Wan, Wan.
Wanilah." Lelaki bersuara garau menjeling geram.
Si gadis bertudung
kuning tertawa kecil.
Azim memandang seketika
insan-insan yang sedang berbual di kaunter pembayaran tika dia meletakkan
beberapa kotak kosong tidak jauh dari situ.
Si gadis bertudung
kuning melirik dengan ekor mata. Riak mukanya menunjukkan rasa menyampah pada Azim.
"Abang Hadi rasa
masalah Mili tu boleh selesai." Hadi tersenyum bila melihat Azim yang
tercegat berdiri memandang mereka.
"Betul ke? Bestnya. Macam mana?" Si gadis
bertudung kuning bersorak keriangan.
Lelaki bersuara garau
di sebelah yang masam mencuka turut bersorak. Teruja.
"Bos Abang Hadi
dulu pun rajin juga hantar karya dia kat majalah dengan suratkhabar," beritahu
Hadi tersenyum-senyum.
Azim mendekati kaunter.
Dia pura-pura tunduk mengambil barang di bawah kaunter. Sebenarnya dia nak tahu
juga apa yang seronok sangat si Hadi ni melayan dua orang pelanggan mereka.
"Hebatnya bos
Abang Hadi. Mesti dia bangga gilakan. Lelaki ke perempuan?” soal si gadis
bertudung kuning teruja.
“Lelaki.”
“Lelaki? Kreatifnya
dia. Kalau hensem bonus tu, Abang Hadi," puji si gadis bertudung kuning.
Elok sahaja si gadis
bertudung kuning habis berkata-kata terdengar satu bunyi kuat dari bawah
kaunter. Masing-masing mengerutkan dahi. Hairan.
"Aduh!" jerit
Azim. Kepalanya terhantuk. Pujian melangit dari si gadis bertudung kuning
sedikit mengganggu hatinya. Kembang setaman.
"Sibuk jelah dia
ni," rungut si gadis bertudung kuning. Dia menjeling Azim yang sudah
berdiri tegak sambil menggosok kepalanya yang sakit.
"Mili, inilah...
Aduh!" Hadi pula menjerit. Mukanya menyeringai menahan sakit kaki yang
dipijak Azim.
Si gadis bertudung
kuning dan temannya dah besarkan mata.
Azim tersengih.
“Hari ni memang hari
aduh sedunia, eh?” si gadis bertudung kuning mencemikkan bibirnya.
“Lebih kuranglah,” seloroh
Azim dengan senyuman lebar.
“Wah… Kawan Abang Hadi
ni boleh tahanlah.” Tangan lelaki bersuara garau mula merayap di lengan Azim yang
kekar.
“Wan!!!” Suara si gadis
bertudung kuning tinggi satu oktaf siap dengan pakej memukul. Boleh lebam tangan
temannya dipukul dengan majalah yang digulung.
“Auwww… Mili!” Lelaki
bersuara garau menggosok-gosok tangannya. Bibirnya dimuncungkan.
Si gadis bertudung
kuning menjeling. Mulutnya terkumat-kamit. Geram dengan perlakuan temannya.
Azim menggosok perlahan
tengkuknya. Dia memandang Hadi.
Hadi tersengih. Bahunya
dijongketkan sedikit.
“Azim, ini Amili Rana. Yang
itu Wan. Mili ni suka menulis. Katanya ada hantar cerita kat syarikat majalah
dengan suratkhabar,” terang Hadi panjang lebar.
“Penulislah ni?” Azim
jongketkan kening.
“Bolehlah,” jawab Amili
dengan berlagaknya.
“Apa tajuk cerita yang
dah publish? Penerbitan mana?” tanya
Azim bertalu-talu.
“Kau nak tahu kenapa?”
soalan Azim dibalas dengan soalan.
“Kalau dah tanya aku
balik ni, Hadi. Satu habuk pun tak ada lah ni,” ejek Azim. Senyuman sinis
tersungging di bibirnya.
Tanpa amaran Amili
memukul badan Azim dengan gulungan majalah yang masih di tangannya. Berkali-kali.
“Eh? Eh? Dah kenapa ni?”
Azim menepis-nepis pukulan Amili.
Hadi segera mengelak
bila dilihatnya Amili meroyan semacam.
Wan hanya
terkebil-kebil. Berdiri tegak macam miss
universe.
“Itu untuk orang yang
mulutnya tak ada insuran.” Amili terus capai bungkusan plastik yang berisi
majalah dan buku serta novel yang dibelinya tadi. Dia berpaling dan terus
berjalan menuju ke pintu keluar.
Amili berpaling semula
menghadap tiga orang jejaka yang masih memandang padanya.
“Wan! Kau nak tidur
sini ke?” jerit Amili.
Kelam kabut si Wan
berlari anak mendapatkan Amili.
“Kami memang suka
menderma. Nanti kalau dah habis baca benda-benda dalam beg plastik tu, jangan
segan-segan pulangkan balik ke sini,” jerit Azim dengan sindiran pedas.
Hadi dah terkekeh-kekeh
ketawa sambil memegang perutnya.
Amili mendengus. Dia
mengeluarkan dua keping not lima puluh dari dalam beg duitnya. Kakinya dihayun
laju ke kaunter.
“Nah. Ingat aku tak
mampu ke?” Amili menghentak kuat tangannya di atas kaunter. Mukanya
menyeringai.
“Ouchhh! Sakitnya,”
usik Azim sambil tersengih.
“Keep the change.” Amili terus berlalu pergi. Tak kuasa nak melayan
loyar buruk Azim. Tapi telinganyadapat menangkap kata-kata sinis Azim.
“Esok datang lagi.
Banyak lebihnya ni. Manalah tahu esok cerita penulis perasan keluar dalam
suratkhabar,” jerit Azim.
Amili menjelirkan lidah
sebelum menguak pintu dan keluar.
Azim membalas dengan
menjelir lidah juga. Persis budak-budak kecil yang bergaduh.
“Kau ni, Azim. Kesian
budak tu.” Hadi gelengkan kepala. Tawanya masih bersisa.
“Dah dia perasan bagus.
Aku memang tak boleh blah dengan
orang yang berlagak,” beritahu Azim.
“Kau pun satu. Yang pergi
tuang minyak buat apa?” Hadi geleng kepala lagi. Masak benar dengan perangai
sengal kawannya.
“Nasib aku satu. Kalau aku
ni ada dua, lagi teruk budak tu kena.” Azim tersengih dan berlalu dari kaunter.
“Itu nak pergi mana?
Buku tak habis kemas lagi?” soal Hadi.
“Wah! Ini siapa bos
siapa kuli ni?” Azim berdiri di pintu dengan kedua-dua tangannya di dalam kocek
seluar.
“Aku tahulah aku kuli.
Sengallah kau. Suka nak kecikkan hati aku.” Hadi berganjak dan menuju ke
rak-rak buku.
“Bro, badan berketak-ketak macam kau ni, sangatlah tak machonya nak merajuk-rajuk. Aku nak
pergi pulang balik duit si Mili tu.” Muncung Azim menghala ke luar.
“Kau kenal dia ke,
Azim?”
“Alah… penulis perasan
tu kan kerja dekat kedai bunga seberang sana. Aku ciow dulu.” Azim terus keluar.
besttttt.... nak lagi....
ReplyDeleteTq..... Sabar ye
DeleteThanks
ReplyDeleteBest La......
ReplyDeletetq ibu aura...
Deletenie mesti cite nie sampoi tp best
ReplyDeletehikhikhik.... cuba untuk lebih santai...xmo yg stress....tp citer biasa jer hanizah....
DeletePenulis Perasan Bagus........ Kah kah kah.... Best jer baca 1st part nie.
ReplyDeleteMemang perasan bagus....kikikiki....padahal satu citer pun belum publish kat mana-mana...
Deletebest sempoi ceritanya
ReplyDeleteterima kasih...
Delete