AZIM
tenang berjalan menyusur deretan kedai-kedai sebaris dengan kedai bukunya.
Selamba sahaja dia singgah di Lovely Bakery membelek kek-kek yang dijual.
Berbual seketika dengan pemilik kedai, Amanda. Dia suka dengan layanan mesra
Amanda dan semua pekerja Lovely Bakery. Mereka tidak sombong.
“Bro, lama lagi ke?” tanya Hadi di hujung talian.
“Sekejap. Aku singgah beli kek.” Azim ketawa-ketawa.
“Cepatlah. Aku asyik kena jelling aje ni.” Hadi
merungut.
“Ya.” Azim matikan talian.
Selepas membayar harga kek yang dibeli dia terus ke
kedainya. Mata Azim mengintai di sebalik cermin kedai. Dia boleh nampak kelibat
Cikgu Diana yang masih berdiri di depan kaunter menghadap Hadi.
Pintu kedai dikuak. Terdengar loceng berbunyi. Azim
sengaja meletakkan loceng aiskrim di atas pintu. Penanda untuk memberitahu
semua pekerja ada pengunjung. Dia pantas berjalan menuju ke biliknya.
Sebaik terpandang Azim yang baru masuk ke dalam
kedai terus lebar senyuman pada wajah gadis berbaju kebaya ungu yang
sememangnya menantikan kedatangan Azim.
"Dah ada buku-buku yang saya pesan tu?"
tanya Cikgu Diana.
"Sekejap." Azim dengan wajah serius terus
berlalu menuju ke bilik belakang.
"Sombongnya." Cikgu Diana menggumam sambil
mata mengikuti langkah Azim.
"Orang yang tak kenal dia memang macam tu,
cikgu." Hadi mempertahankan Azim.
"Macam mana orang nak kenal dia kalau perangai
dia macam tu." Cikgu Diana membebel.
Hadi jongket bahu. Bukan dia tidak pernah cakap pada
Azim pasal hal ini tapi Azim buat endah tak endah sahaja. Apa yang dia pelik
dengan si Amili tak ada pula si Azim berat mulut. Elok sahaja bersoal-jawab
dengan budak tak cukup umur tu. Dia tersengih.
"Saya ada dekat rak novel. Nanti panggil
eh." Cikgu Diana beredar.
Azim keluar semula dari biliknya dan mendekati Hadi.
Dia menunjukkan kertas di tangannya kepada Hadi.
“Aku dah susun dekat tepi rak tu. Kau ambikkan
sekejap,” arah Azim.
“Sekejap.” Hadi bergegas ke tempat yang dimaksudkan.
Dibawanya sekotak buku dan diletakkan di tepi kaunter.
Azim bertinggung. Dia meneliti isi di dalam kotak. Dibelek
satu persatu. Takut ada yang tertinggal. Dia tidak suka kalau pelanggan datang
semula ke kedainya dan merungut. Bukan dia mencari kesempurnaan tetapi dia tidak
suka membuat kesilapan.
“Dah ada ke semuanya?” Diana yang berdiri di sebelah
Azim memandang ke bawah.
Azim mendongak sekilas dan menunduk kembali. Tidak menjawab
langsung pertanyaan Cikgu Diana.
“Rasanya dah cukup semua ni, cikgu.” Hadi yang
datang dengan sebuah lagi kotak menjawab bagi pihak Azim.
Azim berdiri. Dihulurkan kepada Hadi kertas di
tangannya. Memberi isyarat kepada Hadi untuk menyemak isi di dalam satu lagi kotak.
“Cikgu pesan ini saja kan?” Azim memandang Cikgu
Diana meminta kepastian.
Cikgu Diana mengintai sedikit kertas di tangan Hadi
sebelum mengangguk.
“Kalau ini aje, insya-Allah saya rasa semuanya dah
ada. Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh check.”
Azim angkat kening. Wajahnya masih serius. Tiada riak senyum.
“Errr…awak dengan Hadi dah checkkan ni. Saya pasti semuanya dah ada.” Cikgu Diana tersenyum.
“Zain!” Azim menggamit salah seorang pekerjanya.
Seorang budak lelaki yang sedang leka menyusun
majalah menoleh dan berjalan mendekati Azim bila dipanggil.
“Bos.” Budak lelaki yang dipanggil Zain menyapa.
“Tolong angkatkan kotak-kotak ni. Cikgu letak kereta
dekat mana?” Azim berpaling kepada Cikgu Diana semula selepas memberi arahan
kepada Zain.
“Itu. MyVi putih.” Cikgu Diana menuding jari pada
keretanya yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai buku Azim. Dia turut
menekan punat pada kunci keretanya.
Zain hanya mengangguk. Dia mengangkat satu kotak.
Hadi membantu membukakan pintu.
Azim bergerak ke belakang kaunter.
“Berapa semuanya?” Cikgu Diana membuka beg duitnya.
“RM650.80. RM650 aje. Diskaun 80 sen.” Mata Azim
masih fokus pada monitor di depan matanya.
“Boleh guna kad debit?” Cikgu Diana memandang Azim.
Azim hanya mengangguk. Memandang Cikgu Diana yang
terkial-kial mengeluarkan kad debit yang dimaksudkan.
“Okey dah settle,
cikgu.” Hadi mencelah ketika Azim sibuk menguruskan pembayaran yang dibuat
Cikgu Diana.
“Terima kasih.” Cikgu Diana tersenyum manis kepada
Hadi.
“Tak ada hal. Lain kali jangan serik-serik beli buku
dekat sini.” Hadi berseloroh.
“Insya-Allah. Saya memang suka cari buku dekat sini.
Semuanya ada.” Cikgu Diana membalas tetapi matanya tunak memandang Azim.
Azim pura-pura tidak mendengar perbualan Cikgu Diana
dan Hadi. Malas mahu mencelah. Dia kurang gemar untuk berbual kosong dengan
orang yang baru dia kenali.
Dihulurkan resit dan pen untuk ditandatangani Cikgu
Diana.
“Nah.” Azim menyerahkan salinan resit dan kad debit kepada
Cikgu Diana. Hanya senyuman segaris terpamer di bibirnya.
“Thanks again.”
Cikgu Diana bergegas pergi setelah menyimpan resit dan kad debit ke dalam beg
duitnya.
Azim dan Hadi hanya memerhati Cikgu Diana yang
berjalan keluar dari Kedai Gedung Ilmu sebelum Hadi melangkah keluar dari
belakang kaunter.
"Cikgu Diana tu lembut aje orangnya kan."
Hadi memandang ke luar memerhati Cikgu Diana yang sedang membuka pintu kereta
MyVi.
Kening Azim terjongket. Memandang Hadi tak
berkerlip.
"Kau tak masuk jarum ke?" Hadi tersengih
memandang Azim.
"Kau ingat aku ni apa? Asal ada perempuan
datang sini semua nak suruh aku mengurat." Azim menggeleng.
"Kesian dekat kau. Sampai sekarang masih
membujang." Hadi kembali menyusun buku-buku yang bersepah di atas kaunter.
"Cakap tu pandang-pandang sikit. Kalau kau berkenan
kau ajelah yang tackle dia. Sendiri dah terlajak mengata orang." Azim
terus berlalu ke biliknya. Malas nak layan loyar buruk Hadi.
"Aku tackle
eh? Jangan cakap aku tak bagi amaran!" Hadi menjerit.
"Sukahati kaulah, bro." Azim menjerit dari
dalam bilik.
Hadi terangguk-angguk. Tersenyum sendiri. Dia
bergerak mendapatkan Zain. Turut sama membantu mengemas majalah-majalah dan
buku-buku yang baru sampai.
Setiap hujung bulan beginilah keadaan Kedai Gedung
Ilmu. Banyak buku-buku dan majalah-majalah baru yang dipesan sampai. Lagilah
sekarang ini banyak syarikat penerbitan yang tumbuh bagaikan cendawan lepas
hujan.
"Abang Hadi!" sergah Amili.
"Kus semangat. Dah tak tahu bagi salam
ke?" Besar bebola mata Hadi memandang Amili.
Tangannya laju mengurut dada. Terperanjat. Mana dia
perasan kedatangan Amili. Sibuk menyusun buku-buku yang masih bersepah di
lorong antara rak-rak buku.
"Assalammualaikum, Abang Hadi." Amili
tersengih.
"Waalaikumussalam." Hadi menjeling.
"Mama suruh cari majalah atau apa-apa buku
pasal bunga. Nak yang terbaru. Latest." Amili tersenyum.
"Sejak bila pula tak tahu dekat mana?"
Hadi menyindir.
"Mana Mili pernah beli. Selalu tengok majalah
hiburan dengan novel aje." Amili muncungkan mulutnya.
"Majalah bunga tu ada dekat-dekat situ
juga," beritahu Hadi.
"Okey." Amili berpusing dan berjalan ke
rak majalah.
Azim yang baru keluar dari bilik belakang, jongket
kening bila terserempak dengan Amili.
Amili menjeling.
Azim tersengih. Entah kenapa kakinya turut sama
mengorak langkah menuruti Amili.
"Eee...apa sibuk-sibuk dekat sini?" Amili
merengus. Mata meliar mencari majalah berkaitan bunga seperti yang mamanya
perkatakan.
"Eee...aku nak susun majalah-majalah
nilah." Azim membalas. Tangannya laju membuka tali yang mengikat beberapa
set majalah.
"Dari tadi tak nak buat." Amili menjeling.
"Suka hati akulah." Azim tersengih. Rasa
seronok pula mengusik orang garang macam Amili. Thrill.
“Abang Hadi, tak ada pun!” Amili menjerit.
“Adalah!” Hadi membalas.
Azim hanya memerhati tingkah Amili. Dilihat jemari
gadis itu dileret pada sebaris majalah yang tersusun di depan mata. Mulut gadis
itu turut terkumat-kamit membebel sendirian.
“Cari apa?” Azim berlembut. Cuba untuk membantu
tetapi kalau Amili menolak, dia tidak boleh buat apa-apa.
Amili hanya menjeling dengan ekor mata.
“Lah…Abang Azim ada ni. Kenapa tak tanya dia?” Hadi
dah bercekak pinggang. Matanya membulat memandang Azim.
“Aku dah tanya eh. Dia tak nak aku tolong. Nak buat
macam mana.” Azim menjawab seolah-olah faham dengan maksud renungan Hadi.
“Mana ni, Abang Hadi? Naik juling mata Mili.” Amili
merungut.
“Tanya Abang Azim.” Hadi terus meninggalkan Amili
dan Azim.
“Hesy…” Amili dah gigit bibir.
Macam mana ni? Mama dahlah tak bagi pergi lama-lama.
Tadi orang tu tanya dia menyombong.
Amili dah garu kepala. Sekejap-sekejap dia memandang
Azim. Serba-salah nak bertanya.
Azim tayang muka selamba. Bukan dia tak perasan
gelagat Amili. Saja mahu menguji tahap kesopanan gadis itu meminta bantuan dari
dia.
“Majalah bunga dekat mana?” Akhirnya Amili bersuara
setelah penat mencari. Banyak sangat majalah. Mata dia langsung tidak dapat
menangkap majalah yang dia inginkan.
Azim angkat kening sebelum menunduk semula
meneruskan kerjanya.
Mulut Amili dah herot ke kiri ke kanan.
Hesy…mengada betullah lelaki ni. Sabar, Amili. Sabar.
“Abang Azim…” panggil Amili. Suaranya sengaja
dilembutkan tapi dia sendiri rasa nak muntah. Agak-agak kalau si Wan tahu ni
memang teruk dia kena gelak.
“Yes?” Azim angkat kening lagi. Kali ini bersama senyuman
cari makannya.
Amili terpana. Nafasnya seakan sesak. Ciptaan Tuhan
di depan mata dia ini nampak sungguh kacak bila tersenyum. Kenapa dia baru
perasan sekarang?
“Hei.” Azim campak satu majalah di depan Amili.
“Errr…ma…maj…huh, majalah pasal bunga dekat mana?”
Amili tersentak hingga tergagap. Hati berbisik mengutuk diri sendiri.
“Oh!” Azim berjalan mendekati Amili. Dekat. Rapat.
Sekali lagi Amili rasakan dadanya semakin sesak. Seolah-olah
oksigen tidak sampai ke otak. Jantungnya pula bagaikan berkerja keras mengepam
darah ke seluruh badan terutama di bahagian muka.
Azim terlalu rapat dengannya. Wajahnya hampir menyentuh
dagu lelaki ini. Silap haribulan boleh tersentuh kulit.
“Ini.” Azim capai majalah yang terletak betul-betul
di belakang Amili. Diserahkan kepada si gadis. Mata dikenyit dengan senyuman
nakal.
Amili bagaikan tersedar dari mimpi terus menghadiahkan
satu tamparan ke dada Azim dengan majalah tadi. Dia terus berlalu dari situ.
Azim hanya tersenyum. Dia tahu Amili dah tergoda. Boleh
nampak pada rona merah di wajah gadis itu.
“Abang Hadi, nak bayar!” Amili menjerit.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Hahaha.. malu2 plak kn.. kalo la dpt tokey kedai buku heaven ni amili hari2 dpt novel periii..
ReplyDeletekan...novel sendiri tak ada pun tak apa....janji dapat baca novel peri....
DeleteAzim ni suka wanita mencabar ni
ReplyDeletenampaknya macam tu lah Ezlin....hehehehehe...
DeleteOhh maiii..Amili dh start terpikat ke ni ? Wah3
ReplyDeleteBudak tak cukup umur memang cepat sangat tergoda syaza....hikhikhik
DeleteHihihihihi....amili jugak yg azim berkenan...kak sambung lg yer
ReplyDeleteMona....hahahahaha....sabar ya yunk...
Deletebukan stakat amili...saya pun hari2 p cuci mata
ReplyDeletehikhikhik...thanks hasliza sudi baca...
DeleteAzim n amili.. asal jumpa je bertengkar. Rajin betul si azim ni mengacau mili..
ReplyDeleteOrg yg suka melawan lg azim seronok
DeleteWaaaa best3..suka imagine diorang gaduh2 manja.next entry plisss
ReplyDeletetq zawani sudi baca...next n3 tak tahu r bila...
Delete