Sunday, May 12, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 1



Haish…. Kena lagi ke? Minggu ni je dah dua kali pinky buat hal, Amanda merengus sambil mengetuk kepala. Tangan cepat saja mencapai telefon dan menghubungi Alongnya.

Sementara menunggu, Amanda keluar dan membuka bonet depan pinkynya. Sekadar tengok sebab dia tak tahu nak buat apa. Dua hari lepas pinky dah berasap gara-gara dia tertuang air biasa ke dalam bateri kereta. Sehari semalamlah telinga dia panas mendengar bebelan Along.

Amanda bersandar dipintu sebelah pemandu sambil mengipas muka. Manik-manik kecil kelihatan di dahi. Dahlah panas, dia dah janji nak jumpa Cik Wani pukul tiga nanti. Kalau lambat mahu wanita itu mengamuk.

Lambat lagi ke Along ni? Tadi kata ada dekat area sini. Ni mesti sibuk melayan awek gedik tu. Dia pun tak faham apalah yang Along nampak pada si Lisa tu. Dah kena mandrem agaknya. Dah lah gedik, seksi maut pulak tu.

Eeeuwww… Amanda menggeleng kepala laju bila terbayangkan baju sendat dan skirt pendek terbelah Lisa yang menjolok mata. Dah tak cukup duit agaknya nak beli kain. Mungkin sebab itulah perempuan tu ikat Along. Semuanya kerana duit.

Dari kejauhan matanya menangkap sebuah Audi R8 hitam memberi signal ke kiri. Yeay! Along dah sampai! Amanda melompat keriangan, lupa diri sekejap. Pantas tangan diletakkan di kening menahan silau pantulan cahaya matahari.

Baru dia berkira-kira nak mendapatkan Alongnya tapi erkkk... Amanda terkedu. Bukan Along, tapi jejaka kacak yang dia tak kenal.

Sambil membetulkan letak duduk kaca mata hitam, si jejaka kacak tersebut melangkah penuh bergaya ke arahnya dengan senyuman di bibir.

Oksigen! Oksigen! Minta nyawa. Terasa sesak dada Amanda. Tak berkelip mata dia memandang. Mulut terus melopong.

Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Ini kalau Reen dan Lydia ada mesti sama je macam dia, melted. Tapi dia masih boleh kawal diri lagi. Tak macam minah dua ekor tu. Pantang nampak yang hot sikit mulalah menggedik.

Sekali tengok lelaki ni ada iras-iras pelakon telenovela. Tinggi dan sasa persis seorang model.  Mahkluk Allah yang serba sempurna ini wujud rupanya di muka bumi ini.

“Cik! Cik! Cik!” si jejaka kacak menggoyang-goyangkan tangan di depan mata Amanda.

“Opsss… Maaf.” Amanda tersipu-sipu menahan malu. Tangan mengipas-ngipas muka. Pipi sudah berona merah. Bahang. Macam manalah dia tak boleh kawal diri tadi.

“Ni kenapa? Rosak ke?” tanya si jejaka.

“Eh, taklah nak buat Auto Road Show,” jawab Amanda selamba sambil tersengih. Mestilah rosak, lagi mau tanya ke. Kalau tak rosak tak ada maknanya dia nak berjemur kat tengah panas ni.

Si jejaka kacak meninjau-ninjau ke dalam bonet kereta. Sentuh sana. Sentuh sini. Goyang-goyang wayar bateri. Buka penutup bateri. Pasang balik. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Macam mana? Apa yang rosak?” soal Amanda. Tengok gaya si jejaka ni macam pandai.

“Hmmm...” si jejaka menggaru-garu kepalanya.

“I rasa baik you panggil pomen ajelah,” kata si jejaka kacak sambil tersengih. Menampakkan gigi yang tersusun cantik.

Ek eleh. Gaya macam pro. Rupanya sama je macam dia. Nasib baik hensem.

“Laa… tak tahu jugak rupanya,” balas Amanda.

Tiba-tiba…

“Oh, Mak kau!” Amanda terlompat sambil melatah. Bunyi hon kereta yang kuat mengejutkan dia. Dada diurut sambil memandang si jejaki yang juga nampak terkejut.

Guys…” Sapa satu suara garau sebelum sempat Amanda menoleh. Serentak dia dan si jejaka berpaling mencari empunya suara.

Ceh, Along rupanya! Nanti kau, Along. Muka Amanda merah padam menahan marah. Geram. Dah la lambat. Boleh pula tayang muka tak bersalah. Satu lagi, Alonglah penyebab si jejaka kacak ni tahu kelemahan dia.

“Akid Rizq Tan Sri Razlan. What a surprise!” tegur Along sambil menghulurkan tangan pada si jejaka.

Ooo… Akid Rizq nama dia. Sedapnya nama, padan dengan orangnya. Tapi, dia tak mahu jejaka ni tahu dia adik Along. Macam mana nak cakap dengan Along ni?

Huluran tangan Along disambut lambat-lambat. Berkerut dahi si jejaka yang bernama Akid itu. Mungkin sedang cuba mengingati siapa gerangan pemuda yang menegurnya.

 “Kau? Zulfan Adwan Dato’ Zayd? Yeahwhat a coincidence.” Akid bersuara akhirnya. Baru dia ingat. Mana boleh dia lupa ‘musuhnya’. Ke mana saja dia pergi, ada saja muka tembok ni. Disebabkan Adwanlah, Lisa terlepas dari genggamannya.

Tapi, takkanlah dengan minah ni pun Adwan nak try? Bukankah citarasa Adwan yang hanya yang seksi dan manja? Minah ni bertudung, pakaian pun tak menarik. Biar betul? Akid bertanya hati sendiri.

“Kau lupa ke kat mana ada perempuan cantik, kat situlah ada aku,” jawab Adwan sambil mengenyitkan mata pada Amanda.

Akid mencebik.

Amanda menggelabah. Ah... sudah. Ni apa kes pula ni. Perempuan cantik bagai.

“Tapi yang ni istimewa sikit,” sambung Adwan. Saja menambah minyak. Bukan Adwan tak tahu Akid masih lagi marah pada dia gara-gara berebutkan Lisa. Tapi bukan salah dia. Lisa yang datang pada dia. Dia tahu Akid pun bukan calang-calang orang cuma dia lebih sikit aje. Lebih tinggi… Adwan ketawa dalam hati.

Tak boleh jadi ni. Lekas-lekas Amanda membuat isyarat tangan di leher sebelum sempat Alongnya memperkenalkan dirinya.

“Apa yang istimewanya?” soal Akid. Dia pelik bila Adwan mengangkat kening dan membuntangkan mata ke arah Amanda.

Amanda hanya tersengih bila Akid menoleh ke arahnya.

It’s okay, bro. I’ll take it from here,” balas Adwan.

Pantas Amanda menganggukkan kepala.

“Betul tu. Saya yang telefon Encik Adwan tadi,” kata Amanda tergagap-gagap.

“Kalau you dah cakap macam tu, nak buat macam mana kan,” balas Akid lemah sambil menjungkitkan bahu. Nampak jelas riak kecewa dimukanya.

By the way, what’s your name?” Sempat lagi Akid bertanya sambil menghulurkan tangan.

“Amanda,” jawab Amanda dengan hanya menundukkan kepala dan tersenyum manis. Gila apa nak bersalam. Along dah jeling semacam je..

Akid menarik tangannya kembali dan hanya tersenyum kelat.

Well, bro. You did it again.” Akid menepuk-nepuk bahu Adwan.

Adwan tertawa kecil.

Best man win,” giat Adwan lagi.

“Oh! Ya… ini kad I. Call me anytime.” Kad nama dihulurkan kepada Amanda.

“InsyaaAllah,” balas Amanda sambil menyambut kad tersebut.

Amanda dan Adwan melambaikan tangan pada Akid sebaik kereta lelaki itu bergerak meninggalkan mereka.

What was that?” soal Amanda sambil bercekak pinggang.

What? What?” soalan dibalas dengan soalan.

You owe me an explaination, Along,” balas Amanda.

“Errr…” Adwan menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.

“Perempuan cantik bagai…” bentak Amanda.

“Cerita orang lelakilah Amanda. Tak payah sibuk-sibuk, okey.” Adwan menggosok-gosok kepala si adik.

“Oit, sengetlah tudung orang. Dah tak cun tau,” rengek Amanda.

“Dahlah orang ada temu janji pukul tiga nanti. Huh, lagi satu apasal lambat?” marah Amanda semula.

Hesy… Amanda ni. Macam tak biasa pula. Tahu jelah bakal kakak ipar Amanda tu macam mana,” jawab Adwan.

Uwekkk… Amanda membuat aksi macam nak muntah. Tak suka bila Adwan menyebut bakal kakak ipar.

“Minta maaf, eh. Orang tak sudi nak jadi adik ipar dia. Simpang malaikat empat puluh empat,” balas Amanda.

“Jangan benci sangat. Nanti jadi betul-betul tak tahu. Don’t worry. Dia tu stok geli-geli jelah.”

“Dah tahu geli-geli apasal lambat juga? Habislah orang. Kesian budak-budak kat kedai tu. Nak kena layan pelanggan cerewet tahap petala tujuh,” sambung Amanda risau.

“Cik Amanda sayang oiii… kalau awak tak pakai kereta cabuk ni tak jadi macam ni tau tak? Ada kereta yang elok tak nak bawa. Penat tau Along pilih kereta tu kat kedai,” bebel Adwan.

“Hello, cabuk-cabuk pun Amanda beli pakai duit sendiri, okey!” balas Amanda. Pantang betul dia kalau orang pertikaikan pinky. Walaupun kereta MyVi tapi dia bangga mampu beli dengan hasil titik peluh dia sendiri.

“Along tu tukang pilih je eh, tapi papa yang bayar,” Amanda menjulingkan mata. Comel.

Whatever…” balas Adwan pendek. Malas nak bertekak dengan adik manja dia.

Amanda bukan tak nak bawak kereta hadiah dari papa tapi dia merasakan kereta BMW X6 tu terlalu mewah. Nanti apa kata kawan-kawan merangkap pekerja dia. Belum setahun buka kedai dah pakai kereta besar. Berlagak. Nak menunjuk-nunjuk. Tak naklah. Dia suka bersederhana keluarga dia orang berada.

“Hmmm… macam mana Along boleh kenal Akid tu?” tanya Amanda dengan manja. Saja tukar topik. Malas nak dengar Along membebel pasal pinky.

“Kawan satu u dulu,” jawab Adwan acuh tak acuh. Kemudian, dia pandang Amanda dengan pandangan pelik, seperti dapat mengesan sesuatu.

No! No! No! Don’t tell me you want to know him?” Adwan menggoyang-goyangkan jari telunjuk di muka si adi.

“Bolehlah… bolehlah…,” pujuk Amanda sambil mengerdipkan mata. Kedua-dua tangan digenggam dan digoyang-goyang bawa ke dada.

Ini yang Adwan lemah. Amanda memang pandai dalam bab memujuk kalau  nakkan sesuatu. Tapi Adwan kena berkeras sebab dia tahu siapa Akid. Dia tak mahu Amanda kecewa lagi. Akid dan dia tidak ada bezanya. Sama-sama suka berfoya dan bersaing tidak kira perempuan atau dalam perniagaan. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan.

“Tadi Along nak kenalkan, kenapa Amanda tak nak?” soal Adwan semula.

“Alah… tak naklah dia tahu yang Amanda ni adik Along. Along tengok ajelah Amanda ni macam mana. Sempoi sangat. Nanti Along malu. Kerat jarilah kalau dia percaya,” panjang lebar Amanda menjawab.

Adwan hanya tersenyum.