Thursday, August 29, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 12



“Aduh! Ingatkan nak duduk kat dapur je hari ni. Baru dua hari tak datang dah menimbun fail. Itu belum jenguk hotel lagi. Entah apa agaknya yang menunggu,” bebel Amanda.

“Reen. Reen.” Amanda tersenyum sendiri. Idea Reen yang mewujudkan page dalam Facebook telah mendapat sambutan hangat. Ada tu yang dah tempah untuk majlis hujung tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Setiap kesusahan Allah balas dengan kesenangan.

Amanda teringat mesej yang dibalas Cik Wani. Wanita itu berterima kasih atas nasihat yang diberikannya dan berjanji tidak akan bergaduh kerana lelaki dan juga berpesan kepadanya supaya berhati-hati kalau berjumpa dengan lelaki seperti Akid.

Ahhh… Akid. Terasa pening pula kepala Amanda bila teringatkan tuan empunya nama. Terlalu awal untuk dia menerima Akid. Biarlah Akid nak buat apa pun. Dia tak mahu perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Dia merenung bunga ros kuning yang diletakkan dalam pasu di atas meja kerjanya. Tersungging senyuman di bibir Amanda.

“Huh, beranganlah tu. Baru dapat bunga dah tak keruan. Belum tuan punya badan ada depan mata,” Reen mengusik.

“Kau memang tak ada kerja ke? Dari pagi sampai petang tak habis-habis nak usik aku.” Amanda berpura-pura mengemas meja. Malu tertangkap tengah berangan.

“Siapa kata aku tak ada kerja? Sekarang ni tengah kerjalah. Kerja perhatikan kau. Bukan apa takut kau terlanggar meja ke, terjatuh dari kerusi ke. Maklumlah hari ni kan hari bahagia sedunia.” Reen masih mahu mengusik.

“Itu bukan kerja. Itu kepochi namanya.” Amanda menjulingkan mata dan tangan diletak di bahu.

Whatever. Kau berkemas-kemas ni nak pergi mana? Baru pukul lima. Selalu tunggu sampai Maghrib?”

“Nak pergi main bola jaring. Nak ikut?” ajak Amanda.

What?! Kau kan belum betul-betul baik. Nanti sakit balik macam mana?”

“Kau ni sama macam Along aku lah. Bersukankan bagus untuk kesihatan. Barulah badan sihat dan cergas.”

“Sama? Hahaha…” Reen tertawa menutup rasa gugup. Dia memang pantang kalau Amanda petik nama Adwan tapi dia sedar siapa dirinya.

“Alamak! Matilah aku.” Amanda kelam kabut mencapai telefon bimbitnya.

“Apasal?” Reen memandang Amanda.

“Lupa nak bagitahu kat abang aku.” Amanda sibuk menekan-nekan butang menghantar mesej pada Adwan. Selesai semuanya, telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja.

“Dia tahukan kau kat sini?” Reen membuat muka hairan.

“Tahu. Konon-konon dia ambil alih tugas papa. Kena update status.”

“Macam-macamlah korang ni. Main kat mana?”

“Kompleks Mutiara. Jomlah. Kau pun dah lama tak jumpa Kak Wan kan.” Amanda cuba memujuk Reen.

“Memang dah lama sangat tak jumpa Kak Wan tu. Cuma aku ada hal sikit petang ni. Lain kali kalau kau cakap awal, aku ikut.” Reen tersengih.

“Hmmm… nak buat macam manakan. Lydia mana? Dia mesti seronok kalau dapat main bola jaring.”

“Nyonya tu pukul tiga lagi tadi dah keluar. Pergi jumpa pembekal lepas tu terus balik.”

“Pergi soranglah nampaknya. Jumpa kau esok.” Amanda mencapai beg plastik di tepi meja dan keluar dari bilik.

###

Amanda sampai di Kompleks Mutiara lebih kurang pukul lima setengah petang. Dia meletakkan keretanya agak jauh dari dewan. Kasut sukan Adidas warna biru terang disarung kemas. Dia mengenakan baju-t lengan panjang dan seluar sukan warna hitam berjalur pink juga dari jenama Adidas. Pendek kata dia memang kipas susah mati jenama Adidas.

“Assalammualaikum.” Amanda memberi salam sebaik menghampiri sekumpulan wanita yang sedang membuat senaman ringan. Dia perasan terdapat sekumpulan lelaki yang juga sedang membuat senaman ringan di gelanggang bola tampar.

“Waalaikummussalam,” jawab mereka hampir serentak.

“Amanda!” Kak Wan menjerit dan bangun memeluk Amanda.

“Kak Wan!” Amanda membalas pelukan kakak angkatnya.

“Wah, sejak-sejak dah jadi bos ni makin cantiklah adik kakak ni,” puji Kak Wan. Dia memerhati Amanda atas bawah. Persis model. Patutlah lelaki-lelaki kat sebelah sana tak berkelip memandang.

“Biasa-biasa ajelah kak,” balas Amanda tersipu-sipu.

“Betullah cantik. Dulu pakai baju tu kalau boleh sampai cecah lutut. Sekarang bukan main lagi, pasang badan. Ada apa-apa ke?” usik Kak Wan.

“Memandai aje Kak Wan ni. Akak kan dah lama tak jumpa saya. Nasib ada Facebook. Boleh roger-roger.”

“Aah kan dah lama juga kita tak jumpa. Reen dengan Lydia mana?”

Diaorang ada hal kak.”

“Ooo… Amanda, kenalkan diaorang ni semua kawan sepejabat akak. Ada tournament tak lama lagi ni. Kita orang tak ada GA. Tu yang teringatkan Amanda.”

Amanda angguk kepala dan bersalam dengan semua yang ada di situ.

“Saya ni dah lama tak main. Tak tahulah, Kak Wan. Rasanya dah tumpul ni.”

“Kalau dah tumpul, meh kita asah kasi tajam sikit.” Kak Wan menghulurkan bib yang tertera perkataan GA.

“Kak Wan bagi saya jadi GS dululah. Lepas set pertama nanti kalau okey saya tukar,” pinta Amanda. Dia masih ragu-ragu dengan tahap kesihatan dirinya.

“Gee, kau jadi GA dulu. Kita bagi cik adik manis ni jadi GS,” arah Kak Wan.

No problemo. Tapi harap sangat Amanda boleh main GA. Saya pun dah tak larat nak lari sana lari sini. Maklumlah dah masuk tiga puluhan ni rasa macam dah boyak,” jawapan selamba Gee disambut dengan gelak ketawa.

“Dah, dah. Jom.”

Botol minuman berisi air mineral di teguk. Nafas Amanda tercungap-cungap. Peluh di dahi dikesat. Mata dia dipejam celik pejam celik. Pemandangan disekelilingnya macam berpusing. Inilah padahnya kalau dah lama sangat tak bersukan.

“Penat?” soal Kak Wan bila dilihat Amanda macam nak pitam.

“Pancit kak. Baru lima belas minit. Macam dah lama gila.” Amanda mengeluh.

“Adik akak ni tak sihat ke? Kalau tak sihat tak apa. Duduk dulu. Set ketiga nanti baru masuk balik.”

It’s okay, Kak Wan. Lepas rehat ni boleh lagi. Gian pula.” Amanda tertawa kecil menyembunyikan rasa kurang selesa.

“Betul ni?” soal Kak Wan minta kepastian.

Amanda menunjukkan isyarat boleh.

“Kak Gee, kita tukar tempat. Dah gian nak berlari luar kotak D ni.” Amanda mencuit bahu Gee. Bib bertukar.

Masing-masing mengambil tempat yang telah ditetapkan. Sebaik wisel permulaan dibunyikan semua bergerak. Bola berpihak kepada pasukan Amanda. Suzana sebagai Centreatau C melambung bola kearah Amanda. Amanda pantas menangkap bola tersebut. Dia kemudian menghantar kepada Gee. Gee cuba menjaringkan gol tapi tak berjaya. Bola melantun balik dan berjaya disambar Amanda walaupun telah ditepis Syasya yang bertindak sebagai GK. Sekali cuba, Amanda berjaya. Mereka bertepuk tangan. .

Semua bersedia untuk balingan ke dua. Amanda bergerak ke hadapan. Dia melompat tinggi dan cuba mencapai bola yang dilambung pasukan lawan. Bola berjaya ditangkap tetapi Amanda silap percaturan sebaik kaki mencecah tanah. Kaki kanannya terseliuh.

“Aduh!” jerit Amanda.

Kak Wan berlari mendapatkan Amanda. Mereka yang lain turut sama mengerumuninya.

“Ya Allah! Amanda, okey tak ni?” soal Kak Wan risau.

“Sakitlah, Kak Wan,” Amanda mengadu bila cubaan dia untuk bangun tak berjaya. Dia membelek pergelangan kakinya. Terasa ngilu di bawah buku lali.

Hesy… sekejap, sekejap. Gee, you tolong papah sebelah. Kita bawa dia ketepi dulu. Yang lain teruskan. Rita ganti tempat Amanda,” arah Kak Wan.

Gee menurut. Amanda dipapah ke tepi gelanggang.

Kak Wan segera menanggalkan kasut sukan dan setokin Amanda.

“Gee, takpe you teruskan main. I jaga dia.” Kak Wan mencapai begnya. Minyak urut dikeluarkan. Dia menuangkan minyak ke atas kaki kanan Amanda.

“Tahan sikit Amanda. Kak Wan nak urut ni.” Dengan lafaz Bismillah Kak Wan mengurut perlahan kaki Amanda.

Amanda hanya menyeringai menahan sakit dan geli.

Selesai berurut, Kak Wan menyarungkan ankle guard di kaki Amanda untuk elakkan masuk angin.

“Maaflah, adik manis. Terseliuh pula kaki awak ni.”

“Apa maaf-maaf ni, Kak Wan? Salah saya sendiri. Melompat tak ingat dunia. Konon nak lepas gian sampai lupa diri.”

“Kesian adik kakak ni. Tak apalah, Amanda rehat dulu dua tiga hari. Dah susut bengkak tu baru praktis balik. Tapi kalau memang dah tak boleh tak apa. Kak Wan tak nak paksa. Takut melarat pula nanti.”

“In Shaa Allah, Kak Wan. Dua tiga hari ni nanti susutlah. Bukan tak biasa kena macam ni. Adat bersukan kan. Kalau tak boleh terkena sikit baik tak payah bersukan.”

“Nak balik macam mana ni? Boleh bawa kereta ke?” tanya Kak Wan.

“Nanti saya suruh Along saya ambil. Kak Wan pergilah sambung main tu. Saya duduk sini dulu.”

“Okey. Kalau macam tu nanti roger-roger tau.”

Don’t worry. I will.” Amanda mengangguk dan tersenyum. iPhone dicapai. Dia mendail nombor Adwan. Agak lama berdering tetapi tidak berjawab. Dia mencuba lagi.

“Hello.”

“Hello. Assalammualaikum, Along. Along kat mana? Sibuk tak?” tanya Amanda.

“Waalaikummussalam. Tengah mesyuarat. Kenapa?” jawab Adwan.

“Lama lagi tak?” Amanda bersuara lemah. Dia tahu Adwan kalau dah bermesyuarat memang ambil masa yang panjang.

“Baru lima belas minit mula ni. Kenapa sebenarnya?” soal Adwan risau.

“Hmmm… tak ada apa-apalah.”

“Okey. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Alah mesyuarat pula Along ni. Nak mintak tolong siapa ni. Rasanya kaki ni tak larat nak pijak pedal minyak. Ngilu pula tu. Amanda mengerling jam di tangan. Dah pukul enam suku. Dia cuba mendail nombor Reen. Tak berangkat. Kali kelima mencuba, dia mengalah. Nombor Lydia pula di cuba. Tak berjawab juga. Nak telefon Datin Afia takut mamanya bising. Orang tak bagi gerak ke mana-mana nak buat juga.

Siapa ek dia nak minta tolong ni. Telefon bimbit di pandang. Tertera nombor mr. ddg. Nak telefon ke tak, ke nak. Amanda serba salah. Dia tak mengharap Akid akan menolongnya. Takut mengganggu masa senggang Akid. Namun pesanan ringkas melalui whatsapp dihantar.

Amanda: Assalammualaikum. :-[

Tiada balasan. Mesti Akid sibuk. Tak apalah. Kalau lagi lima minit Akid tak jawab, dia akan telefon teksi.

Mr. ddg: Waalaikummussalam. Maaf tak perasan. In the middle of meeting. L

Memang hari ni hari mesyuarat sedunia agaknya. Amanda mengetuk kepala dengan iPhonenya.

Amanda: Opsss... mengganggu pulak. Takpelah tak nak kacau awak. Maaf ya. ;-)

Mr. ddg: It’s okay. Masih di kedai atau you dah balik?

Amanda: Kedai tak. Rumah pun tak.

Mr. ddg: Where? o_O

Amanda: Kompleks Mutiara.

Mr. ddg: Buat apa dekat situ? Bukan you baru baik sakit ke? =-O

Amanda: Training netball. helping my pet sis. :-P

Mr. ddg: Hmmm… =-O

Amanda: Nak mintak tolong boleh tak? Pick me up. Tak boleh drive. Sprained ankle.

Tiba-tiba lagu Mirror nyanyian Justin Timberlake bergema. Mr. ddg. Nak angkat ke tak ni. Amanda serba salah.

“Hello, Assalammualaikum.” Amanda menjawab lembut. Gementar sebenarnya. Pertama kali bercakap dengan Akid di telefon.

“Waalaikummussalam. Teruk sangat ke kaki you tu?” terjah Akid. Nada suaranya kedengaran sedikit cemas.

“Errr… awakkan tengah mesyuarat. Tak mengganggu ke?” jawab Amanda perlahan.

“I excuse sekejap. You kan tak sihat lagi? Tengok sampai sprained ankle bagai.” Kedengaran tegas suara Akid.

Amanda menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga. Membebel dah macam Along pula mamat romeo ni.

“Amanda! Amanda! You dengar tak apa I cakap ni? Kenapa diam?”

“Ya. Ya. Dengar.” Acuh tak acuh Amanda menjawab.

You stay there. Lagi lima belas minit I sampai.” Talian telefon terus dimatikan.

Amanda memandang telefon bimbitnya. Aikkk… marah tak tentu pasal pula mamat ni. Kalau tak boleh nak tolong takpelah. Tak payahlah nak meroyan. Amanda merengus.

Amanda mengemaskan barang-barangnya. Kasut sukan dibuka digantikan dengan selipar Adidas. Dia cuba bangun. Kakinya terasa berdenyut-denyut. 

“Kak Wan! Kak Wan!” laung Amanda.

Kak Wan menoleh. Dia beri isyarat tunggu sekejap. Wisel penamat ditiupkan.

Yes. What can I do for you, princess?

Hesy, mengadalah Kak Wan ni. Nak mintak tolong boleh tak?” Amanda buat muka kesian.

“Hmmm… ada upah?” usik Kak Wan.

“Upah? Seminggu minum petang percuma kat Lovely Bakery,” polos Amanda menjawab.

“Main-main ajelah. Apa dia?”

“Minta tolong papahkan saya ke luar dewan. Sekejap lagi kawan saya datang ambil.”

“Okay. Meh sini beg tu, akak pegangkan sekali.” Kak Wan membantu memapah Amanda berjalan ke luar dewan.

Sewaktu melintasi gelanggang bola tampar, kedengaran siulan nakal rakan-rakan sekerja Kak Wan.

Amanda hanya tersenyum.

Kak Wan dah jegilkan matanya.

Akid terus parkirkan keretanya di depan pintu dewan. Dia segera masuk ke dalam.

Tiba-tiba siulan nakal rakan-rakan Kak Wan hilang. Semua mata tertumpu ke pintu dewan. Terdengar keluhan mereka.

“Kalah kita siot.”

“Tu lah korang tak ukur baju di badan sendiri.”

“Cuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.” Kemudian mereka ketawa.

Amanda hanya tertunduk malu.

“Siapa tu Amanda? Pakwe baru ke?” bisik Kak Wan. Dia pun kagum dengan penampilan Akid. Kemas dan bergaya dengan baju pejabat plus hensem.

“Kawan ajelah, Kak Wan. Along tak dapat datang. Telefon Reen dengan Lydia, diaorang tak angkat.”

Hensem,” puji Kak Wan.

“Mahu tak hensem. Saya sendiri tak cukup oksigen,” Amanda berbisik.

Akid membuka pintu kereta.

Amanda memperkenalkan Kak Wan pada Akid.

Audi R8 hitam tu. Tak boleh blah,” bisik Kak Wan.

Amanda ketawa kecil. “Kak Wan, upah yang saya cakap tu on tau. Telefon dulu nanti senang. Ajaklah yang lain sekali,” kata Amanda sebelum masuk ke dalam kereta Akid.

“Terima kasih. Dah, awak tu banyakkan berehat. Jangan nak menjengket aje.” Kak Wan mengenyitkan matanya dan tertawa nakal.

Amanda hanya menggelengkan kepala.

“Kita pergi klinik dulu?” Akid bersuara sebaik kereta bergerak keluar dari Kompleks Mutiara.

No need. Just send me to Lovely Bakery.”

“Teruk sangat I tengok kaki you tu. Kita singgah klinik dulu eh,” pujuk Akid.

“Sikit aje ni. Saya letak minyak panas aje pun dah okey. Dua tiga hari baiklah ni.”

“Bengkak tu memanglah boleh susut. Rasa ngilu tu lambat hilang.”

“Ya lah. Ya lah.” Amanda mengalah. Akid disebelah yang tersenyum dikerlingnya. Oh, no! Tolong jangan senyum. Mama, oksigen ma. Oksigen. Sesak nafas ni.

“Hmmm… kenapa tak balik rumah terus?” soal Akid setelah membawa Amanda ke klinik.

“Ada kerja sikit,” balas Amanda pendek.

“Aikkk, you buat ot selalu ke? Bos yang suruh?” soal Akid bertalu-talu.

“Saja tolong bos. Kesian pula. Bertimbun dokumen belum difailkan.” Takkan nak cakap dia bos. Kerja bos memang tak pernah habis.

“Untunglah bos you. Eh! Tadi you pergi kompleks naik apa?”

“Alamak! Lupa pula kereta saya. Takpelah nanti saya minta Reen ambilkan.” Macam mana dia boleh lupa ni. Amanda menepuk dahi.

So, nak balik rumah macam mana?” soal Akid semula.

“Hmmm… nanti saya mintak tolong Reen. Tak nak menyusahkan awak. Awak dah tolong ambil dan bawa saya ke klinik pun dah kira baik.” Amanda dapat menangkap maksud pertanyaan Akid. Mesti Akid nak hantar dia ke rumah. Kantoi dengan Along nanti.

Akid mengeluh. Kenapalah Amanda masih nak berahsia sangat dengan dia. Mungkin Amanda ingat dia tak ikhlas nak berkawan. Yalah. Rekod dia kan buruk. Player. Playboy.

Akid menghantar Amanda sampai ke dalam kedai. Mulanya Amanda menolak tapi Akid berkeras.

Akhirnya Amanda membiarkan sahaja Akid memapahnya. Darurat. Terencut-encut Amanda berjalan. Amanda didudukkan di atas sofa. Selesa sikit.

Thanks. Awak tak nak minum dulu?” pelawa Amanda. Cuba mententeramkan aturan nafasnya yang sedikit lari dari rentak.

Apa yang Amanda tidak tahu, Akid turut merasai rasa yang sama. Kedudukan mereka yang sangat rapat tadi membuatkan jantung Akid sendiri macam nak terlompat keluar.

Thanks but no, thanks. I kena balik ofis semula. Mesyuarat sambung pukul lapan,” jawab Akid tersenyum. Menggoda.

Amanda mengalih seketika pandangannya. Hari-hari macam ni boleh sesak nafasnya.

Sorry again. Tak pasal-pasal kena tangguh mesyuarat,” kata Amanda serba salah.

It’s okay. Got to go. Don’t forget to take your pills. See you.”

Bye.” Amanda tersenyum. 

Wednesday, August 28, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 11


Huarghhh…. Amanda menggeliat. Cuba menghilangkan rasa sengal di badan. Jam di dinding dikerlingnya. Baru pukul lima empat puluh pagi. Dahi dipegang. Panas pun dah kurang. Bolehlah dia pergi ke kedai hari ni.

Sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang dari masjid berhampiran. Amanda segera mencapai tuala. Dia mahu menghadap Yang Maha Esa. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas dugaan yang diturunkanNya. Menghambakan diri kepadaNya. Menginsafi apa yang berlaku kepada diri dia kebelakangan ini.

Amanda keluar dari bilik setelah puas membelek dirinya di depan cermin. Sambil menuruni anak tangga, dia menyanyi kecil. Lagu Stronger nyanyian Kelly Clarkson menjadi pilihan. Entah kenapa lagu itu seolah memberi dia kekuatan. Nyanyian ceria Amanda terdengar hingga ke ruang makan.

Adwan yang sedang bersarapan memandang mamanya.

Datin Afia hanya tersenyum.

“Ini mesti ada sesuatu yang dia sorok dari kita ni, mama.”

“Alhamdulillah. Biarlah dia. Please, don’t start.” Datin Afia memberi amaran.

“Assalammualaikum, semua.”

“Waalaikummussalam.” Adwan dan Datin Afia menjawab serentak.

Pipi Datin Afia dikucup. Pelukan erat turut diberikan.

Adwan memandang Amanda atas bawah. Adiknya nampak cantik hari ni. Blaus putih lengan panjang, seluar hitam dan dipadankan dengan selendang biru cair serta diserikan dengan tali pinggang kecil persis model muslimah.

“Gembira nampak. Dah sihat ke?” soal Adwan.

“Alhamdulillah, dah kurang,” jawab Amanda sambil tangannya ligat menyapu jem strawberi di atas roti. Air kopi dituangnya. Semerbak harum aroma kopi memenuhi ruang makan rumah banglo tiga tingkat itu.

“Nak pergi mana dah bersiap cantik ni?” soal Datin Afia pula.

“Pergi kedailah, ma. Mana lagi.” Roti disumbat ke dalam mulut. Mata-mata yang memandang tak dihiraukan.

“Sayang, Amanda kan baru baik. Rehat dululah sehari dua. Qaireen dengan Lydia kan ada,” Datin Afia cuba memujuk Amanda.

“Ma, bosanlah asyik baring, tidur, makan je. I Need to refresh myself.”

“Betul-betul dah sihat ke atau ada benda lain?” soal Adwan curiga. Keningnya bertaut. Biasanya paling cepat adiknya baik dari sakit lebih kurang tiga hingga empat hari.

“Apasal pandang orang macam tu? Orang cantik sangat eh hari ni?” Amanda membelek dirinya. Okey aje semua yang dia pakai.

Nothing, justcurious.”

“Eeee… tak ada apa-apalah. Orang nak pergi kedai je. Ni kepala otak ni asyik teringat-ingat kat Lovely Bakery. Hidung ni kalau sehari tak bau roti memang tak keruan. Tangan ni lagilah gatal aje kalau tak main dengan tepung,” jawab Amanda sambil jari telunjuk kanan dituding ke kepala kemudian ke hidung dan tangansengaja digaru.

Adwan julingkan mata dan tangan letak di bahu.

Amanda memukul manja badan abangnya.

“Sakitlah. Tak padan demam.” Adwan menggosok badannya. Dia menyambung kembali suapannya yang terganggu dek pukulan Amanda.

“Mama…” rengek Amanda manja.

“Dah. Dah. Depan rezeki ni tak baik bergaduh.” Dipukulnya kedua-dua mereka. Ketawa Amanda dan Adwan bersatu.

“Along hantar nanti.”

“Orang boleh drive sendirilah.”

No. Along hantar. Lagipun dah lama juga tak datang Lovely Bakery tu.”

“Mama…” Amanda memandang Datin Afia. Minta tolong.

“Papa yang tak bagilah.”

“Amanda dah okeylah, Along. Pleasedon’t treat me like a little child.”

Okay but need to update your activity on hourly basis. Senang kalau papa tanya nanti.”

“Perlu ke?” Amanda dah menggaru tengkuk.

Dato’ Zayd’s order.”

“Huh! Along tu pun sama. Jaga sikit Hotel Amazon tu. Jangan nak merayau je. Mentang-mentanglah Dato’ Zayd tak ada.” Amanda mengusik abangnya.

“Eeeee… Along tengok Amanda ni kecik besar kecik besar je. Karang tak bagi keluar nanti, baru padan muka,” balas Adwan.

Amanda menjelirkan lidah dan bersalaman dengan Datin Afia. Sempat dia mencapai kasut sukan yang diletakkan di tepi tangga semasa dia turun untuk bersarapan.

“Nak buat apa dengan kasut tu?” soal Datin Afia.

“Dah janji dengan Kak Wan nak main bola jaring.”

“Eh! betullah, mama. Along tengok anak dara mama ni memang kecik besar kecik besar je. Degil. Badan belum sihat betul dah nak buat benda yang bukan-bukan.”

“Bersukan tu kan bagus untuk kesihatan. Dahlah, Amanda pergi dulu. Hari ni tak dapat nak tolong Along kat hotel. Bye lovely brother.” Ciuman terbang diberi pada Adwan. Mencicit Amanda berlari keluar.

Adwan membalas dengan menunjuk penumbuk angin.

BMW X6 di parkir betul-betul di hadapan Lovely Bakery. Enjin kereta dimatikan. Amanda memerhatikan kedainya dari dalam kereta. Dia tersenyum melihat pelbagai gelagat pengunjung yang keluar masuk.

Alhamdulillah sejak beroperasi tak sampai setahun, Lovely Bakery semakin mendapat perhatian. Amanda tak putus-putus besyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rezeki dariNya. Walaupun kedudukan kedainya di kawasan taman yang jauh dari bandar tetapi promosi mulut ke mulut oleh rakan-rakan sedikit sebanyak membantu menaikkan nama Lovely Bakery.

“Assalammualaikum.” Semua mata tertumpu kepada Amanda yang berdiri santai sambil menggalas beg sandang Prada berwarna hijau.

What?” Amanda menyoal pelik. Tadi kat rumah, sekarang kat kedai. Kenapalah semua orang pandang dia lain macam aje hari ni. Lantaklah. Dia terus menuju ke sofa. Akhbar NST di belek. Sunyi. Dia rasa tak sedap hati. Diletakkan kembali suratkhabar tersebut. Menoleh ke kaunter.

“Nak tanya, tanya. Korang tak payah buat muka seposen tu.”

“Errr… Kak Amanda dah sihat ke?” soal Hanim.

Iza turut menganggukkan kepala.

Korang rasa?” Amanda berteka-teki.

“Nampak macam dah sihat tapi...” balas Hanim ragu-ragu.

“Hahaha… I’m fine. Rindu dengan Lovely Bakery. Makin lama duduk rumah makin tak sihat jadinya.”

“Macamlah tak kenal dengan Kak Amanda korang ni. Workaholic. Seharian tak main tepung, bau roti, minum kopi semua memang tak sah.” Reen menyampuk dari pintu belakang kaunter.

Amanda hanya menjungkitkan bahu.

Reen berjalan menuju ke sudut bacaan. Melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan tempat duduk Amanda.

“Betullah, Kak Reen. Sepanjang saya kerja kat sini, boleh dikira dengan jari berapa hari je Kak Amanda ni cuti sakit.” Iza turut mengiyakan kata-kata Reen.

“Tapi kalau budak berdua ni memang selalu MC, Kak Reen,” usik Haikal pula.

“Betul, betul, betul,” sambut Haziq pula yang muncul entah dari mana. Kembar tak seiras ni memang tak boleh dipisah. Ada saja usikan dan gurauan mereka.

Iza dan Hanim dah tayang muka kelat. Tak pasal-pasal mereka yang kena. Bergema ruang café Lovely Bakery dengan tawa mereka semua.

Babe, kau dah sihat ke?” tanya Reen.

Amanda angguk.

“Betul-betul sihat?”

“Ya Allah! Dah sihatlah, Reen. Kalau tak aku tak ada kat sini. Baik aku tidur je kat rumah tu.”

“Bukan apa. Risau. Sampai mama kau telefon pesan kat aku suruh tengok-tengokkan kau. Jangan lasak sangat. Belum sihat betul katanya.”

“Aku dah tua, Reen. Tak payahlah kau nak risau sangat. Abaikan je pesanan Datin Afia tu.” selamba Amanda menjawab. Haikal digamit.

Seolah faham panggilan bosnya, Haikal segera menyediakan secawan cappuccino kurang manis dan diletakkan di depan Amanda. “Kak Reen? Biasa?” soal Haikal.

Takpe. Nanti Kak Reen ambil sendiri.” Mata Reen masih tak lepas memandang Amanda.

Amanda hanya mengerling ke arah Reen dan menyambung kembali bacaaannya.

Babe, are you hiding something from me?”

“Aku? Bukan kau ke?” soalan di balas dengan soalan. Amanda langsung tak berkalih dari menatap akhbar di tangan.

“Kau ada apa-apa nak bagitahu ke?” Amanda bertanya sinis.

“Tak ada. Tak ada.” Laju Reen menggeleng kepala. Dia bermain dengan jari jemarinya.

“Baguslah kalau tak ada.” Sepi seketika.

“Kenapa ramas jari tu? Berpeluh nanti gatal-gatal pula tangan kau.” Bukan Amanda tak tahu kelemahan Reen. Reen kalau gelabah dan yang sejenis dengannya memang macam tulah yang dibuat. Bermain dengan jari sampai berpeluh-peluh.

“Errr… aku… aku…” Reen tergagap-gagap. Kenapalah dia gelabah semacam.

Amanda hanya tersenyum dengan perlakuan Reen. Selepas menghabiskan cappuccinonya, dia bangun.

“Aku kat dapur satu hari ni. Kalau ada apa-apa panggil aku.”

Babe, kejaplah. Duduklah dulu.” Reen kelam kabut mencapai tangan Amanda.

Amanda terduduk semula. Kening diangkat.

“Maaf, memang aku yang bagi nombor kau kat Akid. But I did it for a good reason. Tak sampai hati tengok muka hensem dia,” terang Reen.

Amanda hanya tersenyum. Dia bangun semula dan terus berjalan ke ruang dapur.

“Dia ni marah ke tak? Senyum tu suka ke perli?” Reen mengetuk kepalanya.

He did text me.” Amanda menoleh ke arah Reen yang masih duduk di sofa kemudian dia melangkah laju.

“Eeee… kau ni memang tau. Tunggu aku. You owe me.” Reen mengejar.

Terdengar jeritan Amanda dan Reen di laluan tengah.

“Kak Zu, serbuk koko kat mana? Tak ada pun kat tempat biasa?” soal Amanda. Dia terasa nak buat kek coklat hari ni. Reen yang berdiri sambil bersilang tangan di depannya tidak dipedulikan.

“Dalam kotak lagi, Amanda. Semalam baru habis. Banyak sangat orang tempah kek coklat. Maklumlah musim orang kahwin sekarang ni. Eh! Reen tak bagitahu kat Amanda ke?” jawab Zurin yang diamanahkan sebagai pastry chef di Lovely Bakery.

“Okey.” Amanda segera mengambil serbuk koko yang masih tersimpan dalam kotak di dalam stor. Kembali ke meja. Serbuk koko ditimbang tiga aun. Disusun semua bahan yang telah disukat untuk memudahkan dia mengadun. Mentega, gula, telur, serbuk koko, susu, serbuk penaik, soda bikarbonat. Okey, dah cukup semuanya.

Esen vanilla. Mana pula benda ni. Amanda terbongkok-bongkok mencari di dalam laci. “Kak Zu… esen vanilla?”

“Ni. Ada je kat rak ni. Tak ke mana pun. Budak bertuah ni. Tak cari lagi dah terjerit-jerit. Cari guna mata bukan mulut yang oiii,” geleng Zurin.

“Maaf, Kak Zu. Sejak demam ni saya jadi pelupa pula.” Amanda tersenyum sendiri.

“Amanda!” bentak Reen keras.

Amanda tayang muka selamba.

Babe…” nada suara Reen bertukar lembut. Memujuk.

“Kau tak penat ke, Reen? Berdiri macam patung cendana kat depan aku ni,” soal Amanda. Tangan dia ligat memasukkan mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun.

“Kau ni saja je tau. Ceritalah. Hairan aku, macam mana kau cepat sangat baik ni? Selalunya ambil masa paling kurang tiga hari.” Reen melurut-lurut dagunya.

“Eeeee… makan ubatlah.”

No. Dulu pun makan ubat juga. Berpapan. Lambat je pun baiknya.” Reen curiga.

Amanda hanya tertawa dengan kenyataan Reen.

“Apa ubat yang Akid dah bagi kat kau?” desak Reen lagi. Tak puas hati dengan muka selamba Amanda.

“Cik Nada Qaireen, boleh tak jangan kepoh? Pergi buat kerja sana. Syuh… syuh… syuh…” halau Amanda.

“Tak kira. Nak tahu juga.” Reen menghentak-hentak kaki. Macam budak kecil tak dapat belon.

“Oit, makcik-makcik! Apa yang bising-bising ni?” soal Lydia di pintu dapur sambil memegang sejambak bunga ros kuning.

Amanda dan Reen berpaling ke arah Lydia.

“Amanda ni lah.” Reen menjuihkan bibirnya pada Amanda.

Amanda hanya tersengih.

“Wah! pagi-pagi Michael dah bagi bunga. Ros kuning?” Amanda bertanya pelik.

“Aaahlah… you kan dah lama berdua? Kuning ni untuk orang yang baru nak berkenalan.” Reen turut mengiyakan kata-kata Amanda.

“Ini untuk orang sakitlah bukan I punya.” Jambangan ros kuning disua kepada Amanda.

“Untuk I? For me? Siapa pula yang membazir duit ni?” kening Amanda bertaut. Disambut juga bunga tersebut. Dia baru nak membelek kad yang terselit di celah bunga ros itu tetapi sepantas kilat tangan Reen dah mencapainya.

Dear Amanda. Sorry I cannot make it today. Please… get well soon for me. Jangan skip makan ubat. Jangan buang bunga ni. Hope you like it. Akid.”

“Wahhh!!! So sweet.” Terjerit Reen dan Lydia. Bergema suara mereka. Lupa orang di sekeliling.

“Patutlah... Ada vitamin. Siap bagi supplement pula hari ni. Lima belas kuntum tu.” Kening Reen terangkat-angkat. Dia tersenyum nakal.

“Baik you cerita dari A sampai Z,” keras suara Lydia. Dia dah bercekak pinggang. Pura-pura marah.

It’s a long story. Lain kalilah,” balas Amanda mengelak.

“Tak apa. Kita ada banyak masa ni. Baru pukul sembilan. Cepat.” Reen dan Lydia menarik tangan Amanda menuju ke biliknya.

“Kak Zu! Jangan kemas. Nanti saya sambung. Susah bila ada makcik-makcik kepoh kat kedai ni,” laung Amanda.

Zurin hanya menggelengkan kepala dan tertawa kecil dengan telatah mereka bertiga yang dah dianggap macam adik dia sendiri. Kepala gila-gila.

Telefon bimbit di kocek Amanda bergetar.

“Sekejap.” Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Whatsapp dari mr. ddg.

Dah terima? o_O – mr. ddg

Assalammualaikum – Amanda

Opsss… Waalaikummussalam. So? – mr. ddg

Terima apa? :-X – Amanda

Bunga. :-[ - mr. ddg

Ooooo… dah. Thanks. Membazir. Banyak sangat. – Amanda

Itu baru sikit. Hehehe… maaf tak dapat nak jumpa you hari ni. I’ll make it up to you some other time. L - mr. ddg

Tak kisahlah. Tak payah susah-susah. Okeylah, kena berhenti. Ada makcik-makcik kepoh kat depan ni. Bye. ;-) – Amanda

Ok. Take Care. B-) – mr. ddg

Senyuman terukir di bibir Amanda.

“Wah, baru dapat bunga sekarang dapat mesej pulak. Ini tak boleh jadi ni, Lydia.”


“Betul. You better tell us now.” Tangan Amanda segera ditarik semula. Mereka ketawa.