“Yeay! Hari ni dah boleh keluar rumah. It’s over,” jerit Amanda. Pejam celik
pejam celik dah seminggu dia bertapa di rumah. Puas jugalah dengar ceramah dari
papanya.
Tiba-tiba dia teringatkan Angahnya. Kalau Angah ada
mesti Angahnya back-up dia. Di manakah
Angah sekarang agaknya? Langsung tiada khabar berita. Dia berjeda. Tanpa sedar
air matanya mengalir. Lekas-lekas dia
menyeka air mata yang mengalir kala kedengaran azan subuh dari masjid
berdekatan. Pantas tuala dicapai dan dia melangkah ke bilik air.
Ameen, Ameen Ya Rabbal Alameen. Amanda meraup mukanya
usai berdoa. Mensyukuri nikmatNya walau ditimpa pelbagai dugaan. Pasti Dia mengaturkan
sesuatu yang indah buat dirinya sehingga diduga tanpa henti. Angin yang bertiup
dari pintu balkoni yang sengaja dibuka menampar lembut pipinya. Alhamdulillah, dia
masih bernafas lagi hari ini.
Lampu iPhone menyala. Amanda mengerling. Siapa pula
yang terlebih rajin pagi-pagi ni? Mr. ddg.
Teringat mesej dari Akid semalam. Dia terus bersiap untuk pergi kerja hari ini.
“Cantik,” kata Amanda sambil menyanyi kecil kala
membelek penampilannya di cermin. Dia tersenyum sendiri. Ketukan di pintu mengganggu
khayalannya.
“Masuk,” jerit Amanda. Mesti bodyguard tak bergaji ni.
Pintu bilik di kuak, kepala Adwan terjengul.
“Assalammualaikum, little sister.” Adwan dengan lembut memberi salam.
“Waalaikummussalam…” Amanda memberi jelingan tajam
pada abangnya.
“Ouchhh… sakitnya
dada, tajam betul mata tu,” usik Adwan. Dia hanya berdiri di depan pintu bilik
Amanda sambil mengemaskan butang lengan baju kemeja yang dipakainya.
“Itu baru mata yang lain tunggu masa aje ni. Nak apa
pagi-pagi dah mengacau orang?” Amanda bertanya sambil tangannya membelek iPhone.
Matanya terbuntang bila membaca pesanan ringkas yang diterima sebentar tadi.
Pantas dia membalas.
“Eleh… gurau
sikit pun tak boleh.” Adwan memanjangkan lehernya mengintai dengan siapa Amanda
berbalas mesej.
“Kepoh.” Amanda membawa iPhonenya rapat ke dada
sambil tangan pantas menekan kekunci. Dia menjelirkan lidah setelah selesai
membalas pesanan ringkas yang diterima tadi.
“Pergi hotel kan hari ni?” soal Adwan serius.
Belum sempat Amanda menjawab, lampu iPhonenya menyala
lagi. Soalan Adwan dibiarkan tanpa jawapan.
“Sibuk sangat nampak. Siapa yang mesej pagi-pagi
ni?” soal Adwan. Riak mukanya memang tak puashati bila Amanda langsung tak
tumpukan perhatian pada dia.
“Biarlah rahsia.” Amanda buat muka selamba. Dia
kemudian duduk di birai katil. Tangannya mencapai losyen yang diletak di meja
sisi katil. Losyen di sapu di kaki dan tangannya. Bau wangi menerjah ruang
bilik. Adwan di muka pintu tak dihiraukan.
“Tak apa. Rahsia
tu nanti Along tahu juga. Kita pergi saing nanti. Kaki awak tu belum baik
betul,” arah Adwan yang bengang dengan kelakuan adiknya.
“Alamak! Maaf,
Along. Hari ni tak dapat nak pergi hotel. Rindu kat kedai.” Amanda
sebenarnya tak sabar nak tengok bunga-bunga yang dihantar Akid. Maklumlah kawan-kawannya
dah canang cerita yang Lovely Bakery
dah macam kedai bunga. Tambahan lagi Akid dah mesej tadi yang dia akan datang
bersarapan di Lovely Bakery. Itu yang
buat dia gelabah semacam bila di tegur Adwan.
“Papa tahu?” Adwan
mencebik.
“Not yet.
Nanti Amanda cakap. Along tolong hantar orang ke kedai?” Amanda mengerdipkan
matanya dan buat muka paling comel.
“Tengok keadaan.” Adwan terus berlari turun ke
bawah.
“Along!” jerit Amanda dan dengan pantas mencapai beg
sandangnya serta ikut turun. Dia mesti paksa Adwan hantar dia ke Lovely Bakery kalau tak dia tak dapat
keluar rumah. Untuk tempoh seminggu ini papanya tak benarkan dia memandu.
“Apa berlari ni? macam budak-budak. Kang sakit balik kaki tu baru tahu.” Datin
Afia menggelengkan kepala bila Adwan dan Amanda berkejar ke meja makan.
Dato’ Zayd yang sedang membaca akhbar memandang
anak-anaknya sekilas.
“Assalammualaikum papa, mama.” Adwan dan Amanda
memberi salam hampir serentak.
“Waalaikummussalam. Kamu berdua ni bilalah nak
matangnya. Kalau ada anak nanti tak tahulah macam mana.” Datin Afia dah mula bertazkirah.
Adwan dan Amanda hanya tersengih.
“Along ni, mama. Bukan ke papa dah cakap dia yang
kena hantar Amanda kalau orang nak pergi mana-mana. Betul tak, papa?” Amanda
sengaja menyebut nama papanya.
Adwan menjelirkan lidah.
“Hmmm…” Dato’ Zayd hanya berdehem.
“Konon nak mengadu. Papa tak ada cakap pun kena
hantar kalau nak pergi Lovely Bakery.”
Adwan membalas tak mahu mengalah. Sengaja dia menyebut Lovely Bakery.
Amanda membesarkan matanya.
Adwan membalas sama.
“Nak buat apa pergi kedai?” tanya Dato’ Zayd.
“Rindulah, pa…” lirih suara Amanda.
Dato’ Zayd menghela nafas berat.
“Abang bukan tak tahu anak dara abang ni. Konon nak
main tepunglah, nak bau rotilah, nak bau kopilah. Macam tak keruan kalau tak
buat semua tu,” Datin Afia menyampuk.
Amanda tersengih menunjukkan barisan giginya yang
tersusun cantik dan putih.
Adwan dah julingkan mata.
“Lagi dua minggu kita nak sign MOU. Bila lagi
Amanda nak belajar uruskan hotel?” tanya Dato’ Zayd sambil mengunyah roti.
“Hari ni je, papa. Lepas ni seminggu orang datang
hotel. Lagipun kan Along ada. Orang pun tak terlibat dengan MOU tu,.” jawab
Amanda semula.
“Dengar sini,
little sister. Terlibat ke tak dengan MOU tu, Amanda kena datang belajar.
Tak kesiankan Along ke? Lainlah kalau Angah ada, senang sikit.”
Tak semena-mena suasana di meja makan macam
dilanggar garuda. Adwan menggaru kepalanya. Kenapalah mulut ni gatal sangat,
omelnya dalam hati.
Masing-masing diam menikmati sarapan di depan mata.
Amanda hanya minum secawan kopi.
“Tak makan?” tanya Datin Afia pada Amanda.
“Dah janji nak sarapan dengan kawan kat kedai,”
jawab Amanda.
“Siapa? Qaireen? Lydia?” soal Datin Afia lagi.
Semua mata tertumpu pada Amanda.
“Errr… bukan diaorang.
Kawanlah, ma.” Hesy… apasal semua
orang nak jadi Kak Nam ni.
Adwan menaikkan keningnya berkali-kali.
Amanda dah cuak.
“Do I know him?”
jebak Adwan. Bibirnya herot ke tepi. Sengaja menduga Amanda. Dia tahu tak
mungkin Qaireen dan Lydia. Amanda is
seeing someone. Riak muka Amanda membayangkan dia sedang menuju fasa
bahagia.
“Him?!”
serentak Dato’ Zayd dan Datin Afia menjerit.
Amanda tersedak. Kelam kabut dia mencapai botol air
mineral dalam beg sandangnya. Rakus dia meneguk.
Adwan dah bantai gelak macam nak terburai isi perut.
“I didn’t say
him. Nope.” Amanda laju
menggelengkan kepalanya.
“Tahu takut,” Adwan masih mahu mengusik.
“Along ni, kesian kat adik tu.” Datin Afia mencubit
manja lengan anak bujangnya.
Adwan menyeringai menahan sakit.
“If it is him,
I don’t mind.” Dato’ Zayd berkata selamba.
“Betul ke, pa?” tanya Amanda teruja tanpa sengaja
membuka rahsianya.
“Gotcha…”
Adwan dah tersenyum nakal.
Dato Zayd ketawa kecil.
Datin Afia turut tersenyum.
“Opsss…”
Amanda menekap mulutnya. Red handed. Clean and clear.
“Jomlah, Along. Orang tunggu kat luar.” Selamba
Amanda bangun meninggalkan ruang makan. Pipi dia dah berbahang menahan malu.
“Blushing. Hahaha…
no worry ma, pa. Nanti Along selidik
lagi.” Dia turut bangun dan bersalam dengan Dato’ Zayd dan Datin Afia.
“Jangan diusik lagi. Biarlah dia.” Sempat Dato’ Zayd
menasihatkan Adwan.
###
Adwan tenang memandu BMW 6 Series merah kepunyaannya.
Dia mengerling Amanda di sebelah yang leka menyanyi lagu mirror Justin Timberlake yang diputarkan radio hitzfm sambil
berbalas sms.
“Siapa?” Adwan bertanya tak puashati.
Tak habis lagi ke mr. bodyguard ni. Dia ingat dah tutup cerita tadi. Amanda berpaling
pada Adwan. Keningnya bertaut tanda tak faham pertanyaan abangnya.
“Jangan nak buat muka, eh? Dengan Along pun nak
berahsia bagai. Along duduk kat kedai hari ni,” ugut Adwan.
“Alah… nanti kalau orang cakap tak seronoklah.”
Amanda berdalih.
“Along pernah jumpa tak?” desak Adwan lagi.
“Along! He’s
just a friend. Read my lips f.r.i.e.n.d,
friend,” Amanda menekan perkataan friend
siap dieja sekali.
“Emo pula,”
usik Adwan.
“Along tu mengada-ngada.” Geram Amanda dengan
perangai suka mengusik abangnya. Dia tahu Adwan sebenarnya takut dia
dikecewakan lagi.
Adwan hanya ketawa mendengar kata-kata Amanda.
Trafik ke Taman Indah mulai perlahan. Adwan dan
Amanda melayan lagu-lagu yang berkumandang. Mereka sama-sama menyanyi yang
adakalanya sumbang mambang.
###
“Awal lagi,” gumam Akid bila melihat jam di tangan
dan di dashboard menunjukkan pukul
tujuh setengah. Dia memberhentikan keretanya di depan kedai Lovely Bakery. Pagi tadi dia menghantar sms pada Amanda mengingatkan janji untuk sarapan bersama. Cadangnya
nak bersarapan di Restoran Alif sahaja tapi gadis itu tidak mahu. Akhirnya
mereka sepakat untuk makan di Lovely
Bakery sahaja.
Dari dalam kereta, Akid perhatikan semua pekerja Lovely Bakery sedang sibuk bersiap untuk
membuka kedai. Ada yang menyusun kerusi, ada yang mengelap cermin, ada yang
menyusun pastri dan tak boleh blah
ada yang mengadap cermin dari tadi.
Akid mematikan enjin kereta sebaik ternampak salah
seorang pekerja telah memusingkan tanda ‘BUKA’ di pintu masuk kedai. Dia
berjalan menghampiri pintu kedai dan berhenti seketika. Akid tersenyum sendiri
bila mengingatkan yang dia pernah berjanji untuk tidak datang ke kedai ini lagi.
Gadis berbaju hitam yang sedang sibuk menyusun pastri
di rak menoleh bila perasan pintu kedai dikuak dari luar. Gadis itu tersenyum
bila melihat Akid masuk.
“Assalammualaikum. Encik Akid kan?” sapa gadis
berbaju hitam itu.
“Waalaikummussalam.” Akid menjawab dan memberikan
senyuman yang paling manis hingga membuat gadis itu terpana.
“Errr… Encik Akid duduk dulu. Kak Amanda belum
sampai lagi. N…nak minum apa?” soal gadis itu tergagap.
“Bagi saya kopi pekat kurang manis.” Akid kemudian
berlalu dan sempat mencapai suratkhabar yang masih terlipat di atas kaunter.
Dia memilih tempat duduk di sudut berdekatan dengan dinding kaca.
Pelanggan yang rata-ratanya pekerja yang berkerja di
bangunan kedai berdekatan mula memenuhi Lovely
Bakery. Macam-macam kerenah dapat dilihat. Beberapa gadis yang sibuk
memilih roti tertoleh-toleh ke arah Akid. Gadis-gadis itu berbisik sesama
sendiri dan ketawa suka. Akid hanya tersenyum.
“Jemput minum, Encik Akid,” pelawa budak lelaki yang
menghantar pesanan.
“Terima kasih. Aaa.. Haziq,” Akid memanggil nama
Haziq bila terpandangkan nama budak lelaki itu di baju yang dipakainya.
“Selalunya pagi-pagi memang dah ramai orang ke?” tanya
Akid kepada Haziq.
“Memang macam inilah. Diaorang ni semua kerja dekat-dekat sini juga.”
Akid angguk-anggukkan kepala.
“Encik Akid nak makan?” tanya Haziq semula.
“Eh! Tak payahlah nak berencik-encik dengan abang.
Panggil Abang Akid pun okey.”
“Hmm… Abang Akid nak makan apa-apa tak?” tanya Haziq
semula.
“Tak apa. Abang tunggu Kak Amanda. Haziq pergilah
buat kerja. Tak perlu layan abang. Orang ramai tu, kesian kawan sorang tu.” Muncung Akid terarah ke
kaunter.
Memang tak menang tangan mereka semua melayan
pelanggan yang tiba-tiba ramai pagi ini. Mungkin agaknya penangan Akid yang datang
ke Lovely Bakery. Macam boleh di agak
siapa pemilik Audi R8 hitam terparkir elok di depan kedai.
Haziq meminta diri dan terus ke kaunter.
###
Kereta BMW merah yang berhenti di sebelah kereta
Akid menarik perhatiannya. Matanya tajam memerhati. Senyuman tersungging bila
ternampak kelibat yang ditunggu.
Siapa yang menghantar dia? Diperhatikan betul-betul
jejaka di sebelah Amanda. Adwan? What the
heck? Apa hubungan mereka? Akid bungkam. Duduknya tak setenang tadi.
Adwan memberhentikan keretanya betul-betul di
sebelah Audi R8 hitam. Sebelum masuk
petak parkir dia sempat perhatikan nombor plat kereta tersebut.
Amanda yang terperasan pandangan Adwan turut
memandang ke sebelah. Alamak! Awalnya mamat ni sampai. Habislah dia, omel Amanda
dalam hati.
“Macam kenal je kereta sebelah ni?” Adwan
mengherotkan bibirnya lagilah bila terperasankan kelibat Akid yang sedang duduk
memerhatikan dia dan Amanda.
“Kereta apa? Sama ajekan dengan kereta Along.” Amanda
menjawab acuh tak acuh. Hati dah berdebar gila. Dia berpura-pura membetulkan
tudungnya.
Adwan merenung Amanda dengan senyuman nakal.
Amanda menoleh ke sisi. “What?” Amanda bertanya hairan.
“I know this
guy, right?” Adwan bertanya memandang tepat ke muka Amanda.
“Which guy?
Tak ada maknanya lah.” Amanda masih cuba berdalih.
“Along nak sarapan kat sini jugalah.” Adwan
mengugut. Dia mematikan enjin kereta.
Kelam kabut Amanda menarik tangan Adwan.
Adwan mengeraskan badannya. Bukan dia nak sangat bersarapan
di sini. Pagi ini dia ada temujanji dengan wakil Amiraz Holding Berhad.
“Aduh Along ni, jangan mengada boleh tak? Okay, fine. Amanda ada janji dengan Akid,” keluh Amanda sebaik
memberitahu perkara sebenar.
“Hahaha… kalau cakap dari tadi kan senang. Nak kena
ugut bagai. Since when?”
Keluar dah soalan polis pencen dia. “Perlu ke nak
tahu semua tu?” Amanda bertanya polos.
“Along keluar,
eh?” ugut Adwan lagi.
“Yelah, yealah. Masa kaki terseliuh. He picked me up and brought me to the clinic.”
“Okay…”Adwan
menjawab pendek dan masih menanti Amanda bercerita.
“Seminggu orang kat rumah dia hantar bunga kat
kedai. Along nampakkan kat ruang café tu banyak bunga. Reen cakap tiga kali
sehari dia bagi bunga.”
“Huh! Player…”
dengus Adwan sinis.
“Now, he’s
here wanna to have a breakfast with me.” Amanda merenung ke dalam kedai
memandang Akid yang sedang leka membaca akhbar.
Apa yang Amanda tidak tahu Akid perasan akan
kedatangan dia dengan Adwan. Hati Akid dipagut rasa cemburu sebenarnya sebab
itu jejaka itu berpura-pura membaca akhbar.
“Along tak kisah Amanda nak berkawan dengan sesiapa
pun. Just be careful.” Pesan Adwan.
“Serius ke dengan dia?” Adwan bertanya lagi.
“Kawan ajelah Along. Ni pertama kali jumpa
betul-betul.”
“Ye lah tu. Petang ni Along ambil.”
“Tak ada date
ke?” Amanda bertanya pelik.
“Single and
available,” padat dan ringkas jawapan Adwan.
“Wanna share?”
pujuk Amanda.
“Pergilah. Nampak tak orang kat dalam tu dah masam
je. Eh! Dia tahu tak pasal kita?”
Amanda menepuk dahinya. Dia memang terlupa pasal
Akid.
Adwan menggelengkan kepala dengan perangai Amanda.
Semuanya lupa dan kalut.
“Dia tak tahu lagi. Not right now. Petang nanti orang telefon. Takut ada hal lain.”
Amanda mencapai tangan Adwan, di salam dan di ciumnya.
Adwan sengaja mencium dahi Amanda. Dia tahu Akid
memerhatikan mereka.
“Along!” jerit Amanda. Matanya memandang ke dalam
kedai. Risau Akid nampak.
“Hahaha… kalau muka dia masam maknanya dia cemburu. If jealous in the air, it means he likes you.”
Adwan mengenyitkan mata.
“Tak ada maknanya.” Amanda julingkan mata dan
bergegas turun dari kereta.
Amanda berpusing menghadap Lovely Bakery. Tudung dikepala dibetul-betulkan sedikit. Baju dan
seluar yang dipakai diperkemaskan. Puashati, Amanda melangkah masuk dengan
lafaz Bismillah.