Sunday, December 7, 2014

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 10


"Hmmm..." Akid menggeliat. Kakinya dikalihkan. Geli. Bagai ada benda yang menguis di situ.

Amanda yang sedang berias hanya tertawa kecil.

"Sayang...janganlah kacau." Akid menggumam.

Amanda hanya menggeleng. Puas dikejutnya Akid. Hujung minggu ni suka sangat bermalas-malasan di atas katil.

Selepas mereka berjemaah solat subuh Akid tidur semula. Katanya penat semalam tak hilang lagi. Ditambah pula kerja overtime malam tadi.

Tak menahan betul. Dia pula yang dipersalahkan. Padahal Akid yang goda dia. Penyudahnya terpaksalah dia guna taktik lain.

"Apa ni, sayang..." Suara Akid berbunyi lagi.

"Abang..." Amanda ketawa di meja solek.

Akid buka sebelah mata. Hairan bila suara Amanda jauh darinya tetapi kakinya masih lagi terasa geli.

"Ya Allah." Akid bingkas bangkit. Puterinya yang meniarap di hujung kakinya sambil menguis tapak kakinya diangkat.

"Ingat tadi nak suruh Azaim aje." Amanda mengusik.

"Teruklah mama baby ni. Tak kesian dekat papa. Semalam dahlah suruh papa kerja keras." Akid mengerling sekilas sebelum pipi puterinya dicium bertalu-talu. 

"Amboi...sedapnya mengata kita. Dia yang menggoda." Amanda jegilkan mata.

"Eh, eh. Kenapa papa tengok mama baby macam yummeh aje?" Akid ketawa-ketawa.

"Jangan nak mengada." Amanda berdiri. Bersedia untuk keluar dari bilik.

"No good morning kiss?" Suara garau Akid lembut bertanya.

"Abang busuk." Amanda jelir lidah.

"Baby okey aje." Akid tarikan keningnya. Kepala puterinya yang dibaringkan di atas badan diusap. 

"Dah wangi nanti panggil sayang. Nak buat breakfast." Amanda menggeleng. Kaki dihayun menuju ke pintu.

"A quick one, sayang." Akid memujuk lagi. Menggoda.

Amanda tersenyum. Ini yang dia lemah. Akid memang pandai memujuk. Dia mengalah. Berpaling semula menghadap Akid.

Akid tersenyum Didepangkan sebelah tangan. Semakin melimpah rasa kasih dan sayangnya kepada Amanda.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 9


Amanda ketawa semahunya. Matanya tak lekang dari kaca televisyen. Langsung tidak memandang Akid yang baru masuk ke dalam bilik tidur mereka. 

Akid jongket kening. Bibirnya mencebik setelah melihat rancangan yang sedang ditonton Amanda. Dia terus ke bilik air.

Amanda mengikut langkah Akid hanya dengan ekor mata.

5 minit berlalu, Akid keluar. Berdiri dekat dengan penyidai. Baju pagoda ditanggalkan. Matanya sesekali melirik pada Amanda yang tak berhenti-henti ketawa. Dia hanya menggeleng. Kain pelikat pula diganti dengan boxer.

Akid berjalan ke katil. Sengaja lalu di depan Amanda. Telinganya menangkap suara Amanda berdesis. Dia tersenyum. Saja mahu mengusik.

"Sayang." Akid mengucup kepala Amanda yang elok meniarap di sebelahnya. Bibirnya mula nakal.

"Eee...jangan kacaulah. Tadi tak bagi kita tengok tv." Amanda mengelak.

Akid terkebil-kebil dengan reaksi Amanda. Tak habis lagi rajuk pujaan hati dia ni rupa-rupanya. Berebut tengok siaran tv punya pasal.

"Cerita sayang nak tengok tu ada siaran ulangan. Bola tak ada, sayang." Akid memujuk. Sengaja kepalanya dibaringkan pada belakang Amanda.

"Beratlah." Amanda menggoyangkan badannya. Masih mahu protes. 

Bukan selalu dia nak tonton tv. Baru hari ini berpeluang tetapi masa itulah Akid pun sama sibuk nak menonton perlawanan bola.

"Kalau abang berat, apa kata sayang baring atas dada abang?" Akid bsngkit.

Tubuh Amanda ditarik sama. Membawa kepala Amanda rehat didadanya sambil isterinya itu boleh menonton dengan selesa.

Amanda tidak membantah. Memang itu yang dia suka. Dipujuk dan dibelai. Akid memang tahu kelemahan dia.

"Running man, sayang?" Lengan Amanda digosok lembut. Kucupan kasih tak pernah lepas pada kepala Amanda. Akid suka begitu kalau mahu memujuk pujaan hati.

"Bolehlah. Layan merajuk." 

"Bukan dapat apa pun. Kalau dengan abang dapat juga pahala tau." Akid ketawa.

"Jangan nak mengada." Paha Akid dicubit sedikit. 

Akid terjerit kecil. Bukan susah untuk memujuk Amanda. Rajuk isterinya itu tidak ke mana.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 8


Amanda kecilkan mata. Memerhati apa yang Akid buat di depan cermin. Keningnya terjongket bila Akid ketawa-ketawa.

"Abang..." panggil Amanda.

"Hurmmm..." Akid jawab acuh tak acuh. Mata masih membelek telefon bimbit di tangan.

"Buat apa?" Amanda bertanya tak puas hati bila Akid tak memandang.

"Ambil gambar." Akid sekali lagi halakan telefon bimbit pada cermin.

"Selfie?" 

"Yup."

"Nak bagi kat siapa?"

"Adalah." Akid ketawa-ketawa.

"Sayang tahu. Aurat lelaki pusat hingga lutut. Six pack tu nak bagi siapa tengok?" Geram pula Amanda mendengar tawa Akid. 

Sejak dia benarkan Akid buat modelling di masa lapang, obses berselfie Akid makin menjadi-jadi. Tiba-tiba matanya bergenang. Akid ada perempuan lain ke? 

Sendunya kedengaran. Dia bingkas rebahkan badan. Comforter ditarik menutup hingga ke kepala. Tidak mahu Akid tahu.

"Sayang?" Akid menoleh bila Amanda berhenti bersoal jawab dengannya.

"Lahhh...kenapa ni?" Akid mendekati katil. Tangisan Amanda sampai ke telinganya.

Amanda bungkam.

Akid bertindak baring sama. Comforter diturunkan. Badan Amanda dibawa ke dalam pelukan.

"Kenapa tiba-tiba menangis ni?" Rambut Amanda dilurut lembut.

Amanda masih membisu. Hanya tangisan yang kedengaran.

"Pasal gambar abang, ya?" tebak Akid.

Masih tiada jawapan.

Akid pantas mencapai telefon bimbit milik Amanda. 

"Semua gambar selfie abang tadi abang hantar pada sayang." Akid suakan telefon bimbit Amanda yang terpampang gambarnya kepada Amanda.

Tangisan Amanda terhenti. Matanya terkebil-kebil memandang yang ditunjuk. Malunya. Berprasangka yang bukan-bukan pada Akid.

"I'm yours, sayang. Totally yours." Akid cari bibir Amanda. Dipagut lembut.

Faham apa yang dirasa Amanda. Hati isterinya ini mudah sangat terusik sejak dia aktif modelling. Rasanya dia perlu berhenti. InsyaAllah selepas job hujung minggu ini, dia kibar bendera putih. Hati Amanda lebih penting. Minat dia boleh ditukar.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 7


Amanda gigit bibir. Menyampah melihat Akid. Shooting tu shooting ajelah. Perlu ke nak menggatal dengan model-model perempuan.

"Bosan?" Akid gosok kepala Amanda. Sempat angkat tangan pada model perempuan yang menegurnya.

"Meluat." Amanda jeling sambil membetulkan tudungnya.

Akid jongket kening. Wajah Amanda direnung.

"Macam inilah dunia modelling, sayang." Akid kenyit mata.

"Abang tak sentuh pun dia orang tu," sambung Akid lagi. Amanda ditarik rapat ke badannya.

"Malulah." Amanda cuba jarakkan kedudukan.

"Nak malu apa? Suami sayang, kan ni." Akid kunci badan Amanda.

"Lambat lagi ke?" Amanda mendongak memandang Akid.

"Satu aje lagi." Dahi Amanda dikucup.

"Abang..." Amanda tertunduk malu.

"Jeff! Dah okey?" Akid melaung pada jurugambar yang sibuk mencari sudut yang cantik.

Jeff tunjuk isyarat bagus.

"Jom." Akid berdiri. Lengan Amanda ditarik.

"Eh, nak buat apa?" Berkerut dahi Amanda. Masih duduk tak berganjak.

"Ambil gambar. Untuk majalah." Kedua-dua belah bahu Amanda dipegang. Akid paksa Amanda berdiri.

"Perlu ke?" Patutlah Akid pilihkan pakaian yang extra cantik untuk dipakai. Ada muslihat rupanya.

"Sayang tak nak abang ajak dia orang tu." Muncung Akid menghala pada model-model tadi yang sedang berehat.

"Jom, jom." Amanda terus tarik tangan Akid.

Akid tersenyum. Cemburu Amanda tanda isterinya sayang. Tak mungkin dia memandang perempuan lain. Amanda ibu untuk anak-anaknya. Amanda pujaan hati dia.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 6


Amanda menoleh ke tangga bila perasan Akid sudah turun. Akid ni macam anak dara kalau bersiap. Lama. Sarapan pun hampir sejuk.

"Wanginya." Akid menghampiri Amanda yang sedang menuang air kopi. Tangannya sudah menjalar di pinggang Amanda.

"Wangi? Sayang ke nasi lemak?" Amanda dah menggeliat. Bibir nakal Akid mula sibuk bermain di lehernya.

"Dua-dua yummeh." Akid berbisik. Masih melekap di belakang Amanda.

"Dah, dah. Duduk." Amanda cuba mengelak. Badan Akid ditolak perlahan.

"Tak ada appertiser ke, hurmmm?" Semakin kejap Akid memeluk.

"Eye bag abang nampak. Dah tak hensem." Amanda ketawa.

"Ya ke?" Pelukan dilepaskan. 

Kalut Akid berlari ke ruang tamu. Membelek wajahnya di cermin dinding.

Amanda hanya menggeleng. Akid macam itulah. Penampilan diri memang tip top. Macam mana orang nak percaya suami dia tu dah ada anak dua.

"Sayanglah ni! Suka suruh abang buat kerja overtime." Akid menjerit.

Nak saja Amanda membalas tapi nanti jadi lain pula. Itu semua taktik kotor Akid. Sabar sajalah.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 5


"Marah lagi?" Akid berbisik. Dekat dengan telinga Amanda.

Amanda diam. Tak terkesan dengan bisikan menggoda Akid. Selamba sahaja menyisip kopi panasnya.

"Lately ni asyik marah-marah aje. Ada apa-apa ke?" Tangan Akid sudah melingkar di pinggang Amanda.

Amanda pantas menoleh.

Akid kenyit mata. Tersenyum kacak.

"Jangan nak fikir yang bukan-bukan, Encik Akid." Besar mata Amanda. 

Walau usia perkahwinan mereka baru menjangkau tiga tahun. Bukan halangan untuk dia tidak memahami apa yang ada dalam kepala Akid.

"Sayang yang selalu buat abang fikir bukan-bukan." Akid mengusik. 

Pelukan di pinggang Amanda dikemaskan. Sebelah tangan mencapai cawan. Disisip air kopi yang masih berasap.

"Dia buat salah kita pula yang kena." Amanda menjeling.

"Kita tak cakap pun dia yang salah." Akid bersuara setelah meletakkan cawan kopinya. 

"Abang!" Mata Amanda terjegil. Tidak suka kata-katanya dipermainkan.

"Hurmmm..." Akid menyahut. Sempat menghadiahkan ciuman pada pipi Amanda.

"Eee..." Spontan dia membalas dengan satu cubitan. Pipi Amanda sudah merona merah. Malu. 

Akid tersengih. Cubitan Amanda langsung tak terkesan. Malah lengan Amanda digosok manja. "Tell me." 

"Apa?" Suara Amanda mendatar.

"Merajuk dari semalam tak hilang-hilang. Malam pun tak pedulikan abang. Ingat nak bagi pahala pada Puan Zulfa Amanda tapi..." Akid berjeda. Merenung anak mata Amanda. Dalam.

Amanda ketap bibir. Tahu dia bersalah. Bukan Akid tak memujuk. Entahlah perkara kecil pun dia mudah tersinggung.

"Abang maafkan sayang. Abang pun nak minta maaf. Mungkin silap abang tak cakap betul-betul. Lupa nak bagitahu kita tengok tournament tu dulu. Tak sangka pula sayang terus pakai baju mandi."

"Okay." Amanda kalih pandang. Tak sanggup membalas renungan redup Akid. Akid tidak pernah gagal buat hati dia berdebar-debar.

"We are good?"

Tiada respon. Lama sebelum Amanda mengangguk.

"Jom masuk bilik. Buat apa yang sepatutnya kita buat malam tadi."

Amanda angguk.

Akid ketawa. Jelas Amanda tak dengar kata-katanya tadi.

"Errr...abang cakap apa?"

"Jom."Akid berdiri. Tangan dihulur.

"Pergi mana?"

"Bilik."

"Buat apa?"

Akid kenyit mata.

"Eee...tak naklah." Amanda menggeleng laju setelah dapat mencerna apa yang berlaku.

"Upah sebab sayang tak pedulikan abang." Akid masih hulurkan tangannya.

Amanda tarik muka. Baru nak romantis-romantis bersarapan di tepi kolam renang.

"Sayang..." 

"Teruklah abang ni." Amanda bangkit juga.

"Macam manalah abang nak marah sayang ni." Akid tersenyum. Pinggang Amanda dipaut. Kepala Amanda dikucup.

Amanda hanya mampu tersenyum.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 4


Amanda terkebil-kebil. Pandang Akid kemudian memandang diri dia. Ada macam-macam rasa. Paling ketara rasa macam nak hempuk kepala orang.

"Sayang?" Akid yang sedang menyikat rambut menjongketkan kening.

"Lain kali boleh tak cakap betul-betul." Amanda menghentak-hentakkan kakinya sambil berjalan ke almari baju. Disebabkan rasa yang satu itu, habis semua baju yang cantik terlipat dicampak ke atas katil.

"Cakap apa?" Terhenti pergerakan Akid. Kali ini dia yang terkebil-kebil melihat Amanda.

"Ini." Keras suara Amanda. Jari dituding pada badannya atas bawah.

"Oh." Akid tersenyum.

"Jangan nak oh sangat ya, Encik Akid Ridz." Amanda besarkan mata.

"Janganlah marah, Puan Zulfa Amanda." Akid menapak mendekati Amanda. 

"Don't get too near. Sayang tak suka." Amanda angkat lima jari sebagai amaran.

"Tapi abang suka." Akid langsung tak gentar. Segera dipeluk tubuh langsing Amanda. Belakang Amanda digosok lembut.

"Tak sabar nak mandi dekat pantai ya." Akid berbisik.

"Habis tu kita pergi sini buat apa?" Suara Amanda keras. Membentak. Geram.

Nak buat apa pergi bercuti dekat tepi laut kalau bukan untuk mandi di tepi pantai. Sudahlah pasirnya bersih. Lautnya jernih. Menggamit dia untuk bermain air.

"Kita tengok pertandingan papan luncur dulu. Sayang sarung baju-t dekat luar. Nanti tinggal buka aje." Akid memujuk. Masih memeluk Amanda.

"Hmmm..." Lemah suara Amanda.

Pelukan dirungkaikan. Pipi Amanda diusap.

"Kalau malas abang boleh tolong tapi tak janji kalau jadi benda lain." Akid ketawa-ketawa. 

"Eee..." Satu cubitan halus dihadiahkan pada lengan Akid.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 3


"Abang nak pergi gents sekejap." Akid gosok jemari Amanda sebelum bangun.

Amanda mengangguk. Mata mengekori langkah Akid. 

"Assalammualaikum." Suara garau menegur di kanan Amanda.

"Waalaikumussalam." Amanda menjawab dan menoleh ke sisi.

Terkedu dia. Terkebil-kebil memandang lelaki yang berpakaian agak formal yang berdiri di sisi meja. Sut hitam dan bow di leher. Nampak sangat maskulin.

"Maaf kalau saya mengganggu." Lelaki itu bersuara lagi. Pakej dengan senyuman yang boleh menggoncang iman.

"Errr...ada apa ya?" Amanda tersenyum. Menghormati lelaki ini.

"Nama saya, Akram. Photographer." Akram menghulurkan kad namanya kepada Amanda.

Amanda berkira-kira. Mahu ambil atau tidak. Sempat dia mengintai ke belakang Akram. Mencari Akid.

"Kebetulan saya tengah cari model muslimah. Kalau cik berminat..."

"She's not interested," pintas Akid sebelum Akram menghabiskan kata-katanya. Kad nama di tangan Akram disambar kasar.

"Maaf." Akram menunduk sebelum beredar dari situ dengan wajah kecewa.

"Abang, tak baiklah buat macam tu." Lembut suara Amanda menegur perbuatan Akid yang dia rasakan kurang sopan. Malu pula dia pada Akram akan sikap Akid tadi.

Akid diam. Tidak bersuara. Wajahnya tegang. Hanya tangannya sahaja yang bergerak. Menyuap makanan masuk ke dalam mulut.

Amanda kelu. Dapat dirasakan ada aura negatif pada pandangan mata Akid. Pandangan mata yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Perlahan-lahan Amanda turut menyuap mulutnya dengan makanan yang terhidang. Mata langsung tidak lepas dari memandang wajah Akid.

"Suka?" Suara Akid mendatar bertanya setelah sepuluh minit masing-masing hanya berbalas renungan.

"Suka?" Dahi Amanda berkerut. Tidak faham maksud kata-kata Akid.

"Abang pergi tak sampai seminit." Sinis sahaja Akid bercakap.

"Apa abang ni? Sayang tak fahamlah." Sejujurnya memang Amanda tak faham. Kenapa suami dia ni nak marah-marah tak tentu pasal? 

"Abang bawa sayang ke sini sebab nak lari dari kesibukan harian tapi sayang boleh melayan lelaki lain." Akid mencerlung tajam sambil mengelap mulutnya.

"Laaa...pasal Akram ke?" Amanda tersenyum.

Si dia cemburulah. Rasa macam nak lompat bintang pula. Pertama kali Akid tunjuk rasa dalam hati dia.

"Akram..." Akid terangguk-angguk. 

Panas hatinya mendengar nama lelaki lain meniti di bibir Amanda. Matanya terus berkalih pada lelaki yang menegur Amanda tadi. Rasa macam dah lama sangat tak lepaskan penumbuk padu pada orang.

"Abang..." Amanda memanggil manja.

"Apa?" Kasar Akid membalas.

"You are jealous." Amanda tersenyum-senyum.

"No. I'm not."

"Yes, you are."

"Nope."

"Yes."

"Fine. Yes. Puas hati? Sukalah ada orang lelaki lain berminat dekat dia." Akid menjeling.

"Astaghfirullahaladzim. Tak terlintas sampai ke situ. Sayang tak sempat cakap apa-apa pun. Abang kan dah tolong jawabkan tadi." Tenang sahaja Amanda membalas.

"Betul?"

Amanda mengangguk.

"Sorry." Nada suara Akid kembali mengendur.

"It's okay. I love when you are jealous." Amanda kenyit mata.

"Hensem ke buruk?" Akid menari-narikan keningnya.

Amanda hanya jelirkan lidah. Akid Ridz memang cepat perasan.

"Hensemlah, kan." Akid kenyit mata.

Amanda hanya mampu tersenyum. Mr. drop dead gorgeous.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 2


"Hei, kenapa muka monyok aje ni?" Akid meramas jemari Amanda yang sedari tadi digenggamnya.

"Abanglah." Amanda membalas. Muncung makin panjang.

"Sayang...jangan buat duck face tu." Akid tersenyum-senyum. Cuba untuk memujuk isteri tersayang.

"Eee..." Lengan Akid dipukul. Amanda bengang. 

Suami dia ini memang pakar putar alam. Suka tukar topik. Suka jalan bengkang-bengkok.

"Laaa...betullah. Sayang tahu kan apa jadi kalau buat muka macam tu, hurmmm..." Wajah Amanda dipandang tanpa lepas.

"Kita marah dia, dia sibuk nak kenakan kita pula." Amanda menjeling.

"Kita mana tahu awak marah kita." Akid membalas. Mengusik. 

"Abang!" Amanda keraskan badan. Kaki dipasak tidak bergerak hingga memaksa Akid berhenti sama.

"Okey, okey. Sorry. Cuba sayang cakap kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut. Sayang nak marah-marah ni, hati abang tak tenang. Nanti nak main volleyball pun tak senang." Akid bercakap sambil mata merenung tajam anak mata Amanda.

"Boleh tak berjalan biasa-biasa aje. Jangan bergaya sangat. Jalan macam abang dah ada anak dua orang." Amanda membalas renungan Akid.

Akid ketawa. Pipi Amanda dicubit. Hidung Amanda ditarik.

"Allah dah kurniakan. Kenapa nak membazir?' Akid menarikan keningnya.

"Sayang nak balik." Amanda rentap tangannya. 

Sakit hati mendengar jawapan Akid. Dia berpaling. Baru selangkah menapak, dia terhenti.

"Tak takut tinggalkan abang dekat sini? Tak takut budak-budak U ni dekat dengan abang?" Akid menyakat.

Amanda berpaling. Bibir digigit sebelum meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Kali ini aje sayang bagi peluang. Lain kali pergi bersukan jangan pakai macam ni. Tak suka tau tengok mata-mata perempuan lain pandang abang macam nak terkam." 

"Dia orang tak berani punya. I'm yours, sayang. Totally yours. Come. Bising abang sayang tu nanti sebab kita lambat." Akid hulur tangan.

"Lain kali jangan pakai macam ni tau." Amanda sambut huluran tangan Akid.

Akid mengangguk.

"Janji?" Amanda menoleh ke sisi.

"Insya-Allah." Akid tersenyum.

"Macam ya tak ya aje?"

"Next time kita bawa Azaim dengan baby sekali. Bukti yang abang ni dah ada anak dua orang." 

"Yalah tu. Entah-entah abang saja nak tunjuk dekat perempuan-perempuan dekat sini. Hey, I'm still hot even though I'd two kids." Amanda mencebik.

Akid ketawa. Ditarik Amanda rapat ke sisinya. Bahu Amanda dipeluk erat. Spontan kepala Amanda dikucup penuh kasih. Tidak dipedulikan mata-mata yang melihat.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 1


Amanda tersenyum melihat pasangan pengantin yang sedang bersanding. Terlayar kembali saat dia dan Akid bersanding dahulu. Macam-macam perasaan yang ada. Semua mata tertumpu kepadanya, memang wajar dia berperasaan sedemikian.

"Sayang abang ni tersenyum-senyum kenapa?" Akid jongket kening.

Amanda menoleh. Keningnya turut terjongket. Mana anak mereka? Badan ditegakkan. Mencari kelibat si kecil.

"Sayang?" Kening Akid bertaut. Pelik melihat gelagat Amanda.

"Mana Azaim?" tanya Amanda.

"Ingatkan cari siapa. Risau abang. Dah tak cukup hensem ke abang ni sampai sayang tercari-cari orang lain." Akid tergelak.

"Yang hensem ni susah nak jaga. Tak adanya sayang nak cari lain." Amanda menggeleng. Boleh pula Akid terfikir sampai ke situ.

"Azaim dengan Rai. Penatlah nak jaga dia. Bagi chance dekat papa cuci-cuci mata. Dah lama tak lepak-lepak kat majlis kahwin." Akid tergelak. Sempat sebelah mata dikenyitkan.

Amanda cubit lengan Akid. Geram. Kalau dah pernah bergelar playboy tu memang tak boleh buang tabiat yang satu ni. 

"Sayanggg...aduh! Jatuh saham abang macam ni. Apa abang nak jawab kalau ada awek cun tanya?" Bekas cubitan digosok-gosok. Akid tersengih bila Amanda besarkan mata.

"Baju putih abang ni ada yang bertukar warna karang." Amanda dah pegang gelas berisi air bandung soda.

"Janganlah macam tu. Amanda abang ni sentiasa ada dalam hati. Tak pernah terlintas nak gantikan dengan nama lain melainkan Allah berkehendakkan begitu." Akid genggam jemari Amanda. Dibawa dekat ke mulutnya dan dikucup penuh kasih.

"Nasiblah sayang ni pandai jaga makan. Hampir-hampir nak kena diabetes dah ni." Amanda tersenyum.

"Diabetes? Abang dah kena cari calon mama baru untuk Azaim ni." Akid ketawa-ketawa.

Amanda ketap bibir. Mata merenung Akid tajam.

Akid tarik Amanda dekat dengannya. Nak peluk tak boleh sebab ramai orang. Cukuplah dengan tangan melingkar pada bahu Amanda. Bukti kasih dia pada Amanda tidak pernah berbelah bagi.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SYAWAL


“Sayang minta maaf kalau sepanjang perkahwinan kita layanan sayang ada terkurang dekat mana-mana. Maafkan sayang zahir dan batin.” Amanda tunduk. Tangan Akid dicium.

“Abang dah lama maafkan sayang. Kalau ada yang abang terlepas pandang, abang reda. Abang juga nak minta maaf kalau ada tersalah dan silap.” Dahi Amanda dikucup Akid sebaik Amanda mengangkat wajah.

“Semua salah abang dah lama sayang maafkan. Cuma bab-bab yang terperasan tu aje yang tak boleh nak terima.” Amanda kenyit mata.

“Bila masa abang terperasan?” Mata Akid terjegil. Tangan Amanda masih tak dilepaskan. Geram dengan perangai Amanda yang kuat mengusik.

“Adalah. Nak-nak bila ada perempuan yang memuji. Nasib baik sayang abang ni berjiwa kental.” Amanda ketawa.

“Kental? Siapa yang selalu merajuk-merajuk?” Kening Akid mula menari-nari.

“Mana ada merajuk. Itu cara sayang nak tenangkan diri aje.” Mulut Amanda dah herot ke kiri ke kanan.

Akid tersenyum.

“Sini.” Akid letak kedua-dua belah tangannya pada rahang Amanda. Wajahnya di dekatkan pada wajah Amanda.

“Sayang abang ni tak pernah buat mata abang pandang pada perempuan lain. Mama anak-anak abang ni tak pernah jemu untuk dipandang. Amanda satu-satunya. Amanda tiada ganti.” Akid benamkan bibirnya pada bibir Amanda.

“Hoi! Ruang tamu kut.” Satu kusyen kecil dibaling Adwan pada Akid dan Amanda.

Akid lepaskan tautan bibirnya dan bibir Amanda. Mata dikenyitkan pada Amanda yang tersipu-sipu. Sergahan Adwan langsung tidak dipedulikan tapi tendangan kaki si kecil yang sedang minum susu itu yang mengganggunya.

“Azaim ni langsung tak bagi chance dekat papalah.” Akid terus menggeletek si kecil Azaim.

Mengekek-ngekek si kecil Azaim ketawa.

“Bukan Azaim aje tak bagi chance. Ni Uncle Long dia pun meluat.” Adwan menyampuk.

“Azaim, cakap dekat Uncle Long. Tahun depan pun Uncle Long boleh buat macam mama dengan papa. Tahun ni belajar dari the experts.” Amanda jelir lidah.

“Akid, make sure tahun depan kau beraya rumah Aunty Min dulu. Tak habis-habis buat aksi menyakitkan mata aku aje.” Adwan besarkan matanya.

Amanda ingin menjawab tapi tidak jadi bila Akid melarang.

“Sayanggg…” Akid menggeleng. Dua beradik ni kalau tak ditegah makin menjadi-jadi.

Jealous, jealous, jealous.” Amanda terus bangkit. 

Punggung dilabuhkan disebelah Akid. Selamba dia rebahkan kepalanya pada bahu Akid. Tangan pula melingkar memeluk Akid erat.

“Macam manalah Azaim ni boleh ada mama sengal macam ni.” Adwan geleng kepala.

“Sengal-sengal pun adik Along juga.” Amanda mencebik.

“Dahlah tu, sayang.” Akid rangkul bahu Amanda.

“Along tu.” Nada suara Amanda seakan merajuk.

“Pergi minta maaf dekat along. Sayang belum bermaafan dengan along, kan?” Akid tenung wajah Amanda. Pipi Amanda dicium sekilas.

Muka Amanda semakin cemberut. Namun perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan ke arah Adwan.

Adwan tersenyum.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SHOPPING



"Cantiknya." Amanda larikan tangannya pada deretan selendang yang tergantung. Matanya bersinar-sinar. Corak dan warna selendang memukau mata yang memandang.

"Sayang!" 

Panggilan kuat Akid bukan sahaja membuatkan Amanda terkejut malah beberapa pengunjung butik yang lain turut menoleh.

"What's this?" Akid tunjuk sehelai selendang yang hujungnya sedikit beropol dan ada taburan manik.

Amanda ketap bibir. Kenapalah Akid tanya soalan kurang cerdik. Lupa ke si dia ada dekat mana. Malu juga bila ada yang tertawa mendengarnya.

"Shawl. Why?" Amanda angkat kening.

"Macam pelik aje." Akid letak semula di tempatnya. Dia menghampiri Amanda.

"Inovasi. Senang nak pakai. Tak payah nak bentuk-bentukkan." Amanda berjalan ke depan. Sehelai selendang warna biru turkois ditarik.

"Orang perempuan ni macam-macamlah." Akid membebel.

"Apa yang macam-macam ni, abang?" Amanda menoleh ke sisi. Pada masa yang sama menyarung selendang tadi ke kepalanya.

"Tak perlulah nak berfesyen bagai. Macam orang dulu-dulu. Sarung aje dekat kepala. Yang penting tutup aurat." Akid menggeleng. 

Mata tak lepas memandang Amanda yang terkial-kial membetulkan selendang di kepala. Dia turut membantu Amanda memperkemaskan letak duduk selendang itu.

"Untungnya ada abang hensem tolong." Terdengar suara berbisik di belakang Akid.

Akid tersenyum-senyum. Semakin galak tangannya membantu Amanda,

"Sayang tak jadilah nak beli selendang ni. Nak beli yang ekspres. Senang. Sarung aje." Amanda saja menguji. Faham sangat dengan Akid. Pantang ada yang memuji.

"Eh! Eh! Jangan nak mengada. Take your time. Our juniors dah bagi chance papa dengan mama bonding-bonding ni." Akid tarik pipi Amanda. Dia tersengih.

"Bukan tadi abang cakap pakai yang sarung aje lagi mudah? Yang penting tutup aurat kan." Sinis suara Amanda.

"Ada ke?" Akid angkat kening. Pura-pura tidak tahu apa-apa.

"Pantang kena puji." Amanda cubit lengan Akid.

Akid menyeringai. Lengannya digosok sedikit. Kepala didekatkan pada telinga Amanda. Dia berbisik.

"Untung tau ada abang hensem tolong." Bisikan Akid diiringi dengan tawanya.

"Hesy...kita kat dalam butiklah, abang." Amanda tolak badan Akid. Geram. Nak beromantik tak kira tempat.

Akid hanya tersenyum pada beberapa orang pengunjung yang memandang. Pandangannya jatuh kembali pada wajah Amanda yang sedikit kemerahan. Sayangnya semakin menebal melihat Amanda yang masih malu-malu. Indah sungguh ciptaan Allah yang satu ini.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI MH17


"Ya Allah!" Amanda tekup mulut.

"Sayang! Kenapa ni?" Akid menggosok matanya bila terdengar suara jeritan Amanda. Dia bingkas bangun. Mengengsot merapati Amanda.

"Malaysia diuji lagi." Amanda tunjuk ipad di tangan.

Mata Akid membaca apa yang tertera. MH 17 terhempas di Ukraine.

"Allah!" Akid paut bahu Amanda yang sudah teresak-esak. Ubun-ubun Amanda dikucup penuh kasih.

"Ssshhh...kita doakan untuk keluarga mangsa, ya sayang," pujuk Akid.

"Bulan Ramadan. Dah dekat nak raya pun, bang. Tak boleh nak dibayangkan perasaan keluarga muslim yang terlibat." Amanda tersedu. Airmata yang mengalir diseka.

"Insya Allah mereka kuat. Sekuat rakyat Palestine di Gaza." Akid gosok bahu Amanda.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI RAMADHAN



Akid menepuk pinggul isterinya yang leka meniarap di atas katil sambil menulis. Dia turut melabuhkan punggung di ruang kosong sebelah Amanda.

"Hesy..." Amanda menjeling sekilas. Tidak suka diganggu saat ini.

"Buat apa?" Kepala dijengukkan ke depan untuk melihat apa yang dibuat isterinya. Akid tersenyum.

"Senarai menu sihat Ramadhan." Mata Amanda meneliti apa yang telah ditulisnya.

"Bazar ramadhan?" Kening Akid bertaut.

"In case kalau tak sempat nak masak." Amanda tersengih.

"Macam hari-hari kena melawat kawasan aje ni." Akid menggosok kepala isterinya.

"Sayang akan masak berbuka hari-hari untuk kita berdua. Trust me." Rambut depannya yang sedikit kusut diperkemaskan.

"It's not that I don't trust you." Anak mata isterinya direnung redup.

Pandangan kedua-dua mereka yang bertaut terlerai bila pintu bilik terbuka. Muncul si kecik terkedek-kedek mendekati katil mereka.

"Pa...pa...ma...ma..." Si kecik cuba untuk memanjat katil.

Tidak sampai hati melihat anaknya terkial-kial, Akid mendukung si kecik naik ke atas katil. Diletakkan atas ribaannya.

"Kalau sayang tak sempat abang faham. Our juniors need more attention than me." Akid menggomol si kecik. Mengekek-ngekek Azaim ketawa.

"Kesian abang." Amanda mencebik. Namun aksi hero-heronya membuat dia tersenyum semula.

Akid panggung kepala. Senyuman Amanda dibalas. Azaim yang ingin pergi kepada isterinya dilepaskan. Dia kemudian membuka laci meja sisi. Sehelai kertas dikeluarkan.

"Cuba sayang baca ni." Kertas di tangan dihulurkan.

Amanda membaca satu persatu. Liur ditelan. Siapa sangka Akid boleh membuat senarai ini. Cukup untuk sebulan berpuasa.

"Itu kita boleh lakukan selama sebulan kecuali bila sayang cuti. Abang buat sorang ajelah."

"Sayang tak terfikir pasal merebut pahala dibulan Ramadhan. Alhamdulillah. InsyaAllah. Moga kita dapat habiskan tiga puluh juzuk ni." Amanda menitiskan airmata. 

Bersyukur dikurniakan lelaki yang betul-betul menjadi imamnya. Nakhoda yang mengemudi bahtera mengikut arah yang betul. Khalifah yang menjaga keluarga supaya tidak pincang.

"Mulakan dari malam ni. Pahala juga tu." Ubun-ubun Amanda dikucup. 

Azaim yang terkebil-kebil di atas ribaan Amanda diambil dan dibawa keluar.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI WORLD CUP


"Nightmare." Amanda tertawa.

"Apa yang nightmare, sayang?" Akid duduk di atas katil semula selepas selesai menunaikan solat subuh.

"Lepas satu satu lagi. Huishhh...mengerikan betul." Amanda turut naik semula ke katil. Dia berlunjur di sebelah suaminya.

"Explain, dear. Don't be so cheeky." Hidung si isteri ditarik lembut. Akid blur. Tak tahu maksud sebenar si isteri.

"Ni tengok ni. Cepat betul berita panas ni keluar." Amanda menunjukkan ipad di tangan pada suaminya.

"Sayang! It's hurt." Akid mencebik. Bahu si isteri dirangkul kemas. Dia turut membaca apa yang dipaparkan.

"5 - 1. Ouchhh...." Amanda tertawa lagi. Pasukan kegemaran suaminya tumbang. Teruk kena belasah.

"I'm a positive man. Baru satu game." Pipi Amanda digigit lembut.

Amanda ketawa kuat. Tahu suaminya tak boleh terima apa yang ditonton awal pagi tadi.

"Robin Van Persie...he's a man, man." Sengaja Amanda memuji kapten pasukan Belanda.

"Hey, you know what?" Akid dah angkat keningnya. Senyuman nakal nampak jelas pada bibirnya.

"What?" Amanda memang tidak suka dengan riak wajah suaminya sekarang. Nampak sesuatu yang akan buat dia tewas.

"Let me show you what this man can do." Pinggang Amanda menjadi sasaran Akid.

"Abang!!!" Jeritan Amanda bergema.

Selebihnya menambahkan keharmonian perhubungan mereka suami isteri.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sunday, November 2, 2014

UNTUKMU TIADA NOKTAH - BAB 7




ENJIN dimatikan. Pintu dibuka. Abrar keluar. Bersandar santai di depan pacuan empat rodanya. Telefon bimbit dikeluarkan. Jarinya pantas menari-nari di atas skrin. Selesai disimpan semula ke dalam kocek seluar.

Matanya memerhati ke laluan berbumbung. Mencari kelibat Asyikin. Petang tadi dia sudah mengingatkan gadis itu akan pertemuan mereka malam ini. Harapnya Asyikin tidak lupa kerana dia bersunguh-sungguh mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.

Senyuman dilorekkan bila matanya bertembung dengan pandangan mata-mata jururawat yang lalu lalang. Tidak terlintas apa-apa niat pun melainkan merasakan ianya satu sedekah. Agaknya disebabkan penampilan ringkas dia ini, berbaju-t putih lengan pendek dan seluar denim biru menarik mata-mata jururawat yang lalu lalang untuk memandang.

“Huh, main mata!” Asyikin menepuk kuat bonet depan hingga membuatkan Abrar terlompat.

“Astaghfirullahaladzim.” Abrar mengurut dada. Nafasnya menderu laju bagaikan peluru berpandu. Mukanya pula sudah merah. Terasa bagaikan seluruh darah yang ada dalam tubuhnya menyerbu ke bahagian itu. Malu. Bertambah malu apabila beberapa orang jururawat yang lalu-lalang berbisik-bisik dan tersenyum-senyum.

Asyikin mengekek ketawa. Tak sangka Abrar boleh terkejut sampai begitu sekali.

Imah yang berdiri di sebelah Asyikin turut mengulum senyum.

“Berapa umur you?” Muka Abrar serius memandang Asyikin.

“25. Why?” Asyikin pandang pelik.

Next time act as a 25 years old lady not 5 years old girl.” Suara Abrar sedikit keras. Dia bergerak ke pintu sebelah pemandu. Pintu dibuka. Dia terus masuk. Langsung tidak mempelawa Asyikin untuk masuk sama.

Asyikin tercegat macam tiang elektrik di luar. Tidak menurut langkah Abrar. Terpaku dengan teguran keras Abrar tadi.

Imah dah serba-salah. Tidak tahu nak bereaksi bagaimana. Nak ajak Asyikin naik kenderaan Abrar atau berpatah balik ke dalam asrama?

Abrar keluar semula.

“Kenapa you tak masuk?” Tajam matanya memandang Asyikin. Bengang dengan sikap keanak-anakan Asyikin. Boleh pula berdiri macam patung dekat luar ni. Kalau tidak mengenangkan yang mereka bukan mahram, mahu sahaja dia tarik tangan gadis ini.

Asyikin membalas renungan tajam Abrar. Dadanya sedikit berombak sebelum memuntahkan kata-kata.

“I tak rasa I boleh keluar dengan you. Sorry.” Ditariknya tangan Imah agar berlalu dari situ. Tawar hatinya mahu keluar makan dengan Abrar.

Abrar tepuk dahi. Baru tersedar khilafnya. Kenapa begitu mudah dia melenting?

“Asyikin! Asyikin!” Dikejarnya Asyikin yang sudah mula menjauh.

Asyikin langsung tidak berhenti malah langkah kakinya dilajukan. Imah turut diseret sama untuk mempercepatkan langkah.

Abrar memintas. Tangan didepakan. Menghalang Asyikin dari terus menapak.

Sorry, sorry. I tak sengaja.” Dia cuba memujuk. Ini kalau Luqman tahu kali pertama dating dia dah buat hal sampai ke anak cucu dia kena kutuk.

Asyikin diam.

Imah dah goyang-goyangkan tangan Asyikin.

“Asyikinnn… please. I’m sorry.” Kedua-dua tapak tangan dibawa ke dada tanda minta maaf. Abrar tahu dia tersilap. Benda kecil pun nak ambil serius. Sekarang dia ke Asyikin yang macam budak-budak?

Asyikin buat tak tahu. Langsung tak pandang muka Abrar. Lebih rela menekur jalan raya.

Abar melirik pada Imah seolah-olah meminta pertolongan.

Imah hanya mampu tersengih. Menggeleng tanda tidak mahu masuk campur.

Abrar mengeluh. Sedaya-upaya cuba mencari idea memujuk gadis di depan dia ini. Kesilapan tadi kalau boleh tidak mahu diulang. Peluang yang ada ini pula jangan dipersia-siakan.

“Perut I dah berdondang dendang ni. Lapar. I memang sengaja kosongkan sebab nak makan dengan you. You tak kesian dekat I ke?” Dia tayang muka sedih. Tangan kanan melekap di perut. Cuba meraih simpati Asyikin.

“Buat apa nak kesian dekat you? I dengan Imah dah kenyang. Excuse us.” Asyikin cuba untuk melangkah ke depan. Tetap dengan keputusannya tadi. Wajah sedih Abrar langsung tidak mencairkan hati kerasnya.

“I belanja. Steamboat. Restoran Bakar Bakar?” Kening Abrar menari-nari. Cuba memujuk lagi.

Asyikin merenung tajam.

Abrar serba-salah.

“Imah sekali?” Jari Asyikin menuding pada Imah.

“Ya. Kalau you nak ajak yang lain-lain pun I tak kisah.” Abrar tersenyum-senyum. Kalau Asyikin nak bawa kawan-kawannya yang lain pun dia tidak kisah. Asalkan gadis ini masih sudi mahu keluar makan dengan dia.

“Ikhlas ke tak ni?” Asyikin menjeling. Geram dia bila terasa dipermainkan.

“Ikhlas ke tidak tu tak berani I nak cakap. Kalau kata I ikhlas tapi Allah tak reda tak dapatlah pahala keikhlasan tu, kan.” Kali ini senyuman Abrar bukan lagi senyuman mengusik. Senyuman seikhlas hati dipamerkan.

“You bernasih baik tau sebab I pun lapar.” Asyikin jongket kening. Berpaling sambil menarik sama tangan Imah.

“Bukan tadi you cakap you dah kenyang ke?” usik Abrar dari belakang.

“I masuk balik.” Asyikin mengugut ingin berpatah balik masuk ke kawasan asrama.

“Okey, okey. I tak kacau.” Abrar kenyit mata.

“Nasib Abrar handsome pandai mengayat.” Asyikin tersenyum.

Abrar hanya menggeleng. Nampaknya umur dia akan kekal 30 selama-lamanya. Telatah Asyikin buat dia awet muda.
             
ABRAR berhentikan pacuan empat rodanya berdekatan dengan Restoran Bakar Bakar Steamboat & Grill House. Nasib mereka baik. Tidak ramai pengunjung di situ. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam restoran.

“Jom. Nanti kalau lambat nak kena berebut dengan orang lain pula.” Abrar sudah berdiri semula selepas pelayan menunjukkan meja mereka.

“I nak makan banyak-banyak.” Asyikin tersengih.

“Nanti tak muat uniform you macam yang Doktor Naim cakap,” usik Abrar.

“You dengar?” Asyikin jongket kening.

“I ada dekat situ.”

“Dia bergurau tu. Metabolisme I tinggi. Setakat makan tambah 2 pinggan tak ada hal punya.” Asyikin ketawa-ketawa. Diambil pinggan dan penyepit yang dihulurkan Imah.

“I tak rasa macam tu. Doktor Naim tu ambil berat pasal you.” Abrar cuba mencungkil rahsia. Kalau betul gadis ini sudah berpunya, dia tidak mahu kacau daun. Namun kalau gadis ini tiada siapa-siapa lagi, dengan rela hati dia ingin memilikinya.

“Tak payahlah cerita pasal dia. Serabut. Bila you sebut nama dia terus I teringatkan Doktor Marina.” Mata Asyikin ralit memerhati pelbagai makanan laut, ayam, daging dan sayur-sayuran di meja display.

Terhenti tangan Abrar. Wajah Asyikin dipandang. Dahinya berkerut. Tidak faham maksud kata-kata Asyikin.

“Doktor Marina?” tanyanya sebelum mengambil beberapa ekor udang dan diletakkan di atas pinggan Asyikin.

“Doktor yang perasan ingat I nak sangat dengan Doktor Naim. Hello! Bukan I yang terkejar-kejarkan Doktor Naim tu tau. I anggap Doktor Naim tu sama macam rakan sekerja yang lain. Tak kuasalah nak bersuamikan seorang doktor.” Asyikin ambil beberapa potong daging kambing pula.

“I ada peluanglah ni.” Abrar tersenyum.

“Peluang? Peluang apa?” Asyikin terkebil-kebil.

“I bukan doktor.” Senyuman Abrar makin lebar.  Nampak gayanya peluang untuk dia merebut hati Asyikin terbuka luas tanpa halangan. Hatinya mengungkap kata-kata syukur dengan jalan yang dibuka olehNya.

“Kalau you bukan doktor pun kenapa?” Asyikin masih tidak faham dengan kata-kata Abrar.

“Asyikin, Asyikin. You ni kadang-kadang nampak lebih advance dari I tapi kenapa hari ni nampak macam naif sangat.” Abrar menggeleng. Nak ketawa pun ada. Sisi lain Asyikin betul-betul mencuit hati dia.

"Cepatnya you dapat pengganti." Ada suara perempuan mencelah di sebalik gurau senda Abrar dan Asyikin.

Abrar dan Asyikin menoleh.

"Afiqah!" Terperanjat Abrar melihat Afiqah berdiri di sebelahnya. Gadis itu dilihat turut memegang penyepit dan pinggan. Bila masa gadis ini ada di sisi dia, memang dia tidak perasan.

Asyikin hanya tersenyum.

Imah menarik tangan Asyikin untuk bergerak jauh dari Abrar dan Afiqah.

"Kenapa? Aku belum ambil apa-apa lagilah." Asyikin merungut. Marah bila tangannya ditarik pergi.

"Asyikin, you pergi dekat meja dulu. Nanti I ambilkan." Abrar tersenyum pada Asyikin. Bersyukur sangat sebab Imah kawan Asyikin seolah-olah memahami kesulitan yang sedang dia hadapi ini.

“Wahhh… betul-betul you jaga hati dia.” Afiqah menyindir setelah Asyikin dan Imah jauh dari dia dan Abrar.

“Tak ada kena-mengena dengan you.” Abrar menjeling. Tangan bergerak laju mengambil ikan, ayam dan sotong.

Still dia tak dapat menandingi I.” Afiqah masih cuba nak menyakitit hati Abrar. Berbahang hatinya bila melihat kemesraan Abrar dan Asyikin sebentar tadi.

“Cukup untuk dia menyenangkan hati I.” Abrar berlalu. Puas dapat membalas kata-kata sinis Afiqah.

“Kawan you eh? Cantik.” Asyikin bertanya sebaik Abrar duduk menyertai dia dan Imah. Dipandang Afiqah yang turut memandang ke meja mereka bertiga.

“Dulu kawan sekarang tak.” Abrar menjawab acuh tak acuh. Disusun makanan mentah yang diambilnya tadi diatas tempat pembakar. Kalau boleh dia tak mahu bercerita siapa Afiqah dengan Asyikin. Cukuplah kalau Asyikin tahu Afiqah itu hanya kawannya.

“Kenapa?” Asyikin memandang Abrar. Dia turut membantu Abrar.

“Dia tak menyenangkan.” Selamba Abrar menjawab. Hesy… mulut cik jururawat ni. Macam bertih jagung.

“Tak menyenangkan macam mana?” Asyikin toleh sekilas ke sisi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Abrar.

Imah mencelah, menyiku Asyikin. Menunjuk isyarat ingin mengambil air minuman.

Asyikin angguk. Matanya kembali memaku wajah Abrar.

“Macam you. Sempoi, tak cerewet dan yang paling penting tak memilih.” Abrar tenung tepat pada anak mata Asyikin.

Asyikin terdiam. Renungan mata Abrar cuba dibalas. Hatinya berdebar tiba-tiba.

“Errr… you bukan bercakap pasal hati kan?” Keningnya mula menari ronggeng. Cuba menutup debar di dada.

“Kalau ya?” Abrar ingin menguji.

“Kalau ya I tak dapat bantu.” Asyikin tersenyum.

Giliran Abrar pula kaget. Terasa ada debaran di dadanya. Tidak senang mendengar jawapan Asyikin. Lagilah bila melihat senyuman cantik yang terukir di bibir gadis di sisi dia ini.

“Doktor Naim bukan pakwe you kan?” tanyanya inginkan kepastian. Janganlah Asyikin cakap dia dah bertunang. Tak sanggup dia dikecewakan untuk kali ke-2.

Nope.” Asyikin menggeleng. Senyuman masih terukir di bibirnya.

Abrar menghela nafas lega. Namun tidak lama. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Asyikin. Dia perlukan jawapan yang pasti.

Then?” Sebelah keningnya ternaik.

Aduh, mr. G ni. Ingatkan soalan tadi dah berjawab. Masih tak puas hati rupa-rupanya. Asyikin menggeleng lemah. Lambat-lambat dia membalas. Wajah dipanggung.

It’s too early, Abrar. I lebih senang berkawan dengan semua orang.” Dia sambung senyum.

“You nak tunggu sampai bila? Sampai dah tak ada orang nak dengan you?” Sinis Abrar membalas.

Eee… sabar ajelah dengan mr. G ni. Sedapnya menyindir. Sabar, Asyikin. Sabar. Jangan cepat melatah. Sila bertenang. Masil lagi tersenyum, kata-kata Abrar dibalas tenang.

“Sekarang ni ada ke orang nak dengan I? Sanggup ke nak hidup dengan I yang kerja tak tentu masa? Hidup I tak sama macam orang lain.”

“Kahwin dengan I. Masa tu baru I boleh tunjuk sampai ke mana I sanggup bersama dengan you.” Abrar tenung muka Asyikin. Yakin sekali melontarkan kata-kata walau sebenarnya jantung dia berdetak hebat. Takut pada penolakan.

“Betullah you gila.” Asyikin ketawa dihujung kata-katanya.

I mean it.” Muka Abrar serius.


Asyikin masih lagi ketawa.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.