Wednesday, July 30, 2014

KERANAMU AKU AKUR


Part 1

KUSUT. Itu yang boleh dibayangkan apa yang dia rasa. Dah banyak kali dia menolak tapi mama tak pernah berputus asa. Aisar rasa macam menyesal balik ke Malaysia.

"Okeylah tu, along. Nak yang macam mana lagi?" Auni tepuk bahu Aisar.

Aisar mendengus.

"Dia baik tau. Ucu pernah jumpa dia." Anis pula menyampuk.

Aisar lemparkan satu jelingan tajam.

"Kalau kau tak nak, pass kat angah aje, along." Anas ketawa.

"Tak boleh." Serentak Auni dan Anis membantah.

"Kenapa?" Anas besarkan matanya.

"Lupa ke angah tu dah bertunang? Uda cakap dengan Kak Mira baru padan muka angah." Auni mengugut.

"Buat geli-geli tak boleh ke?" Anas ketawa lagi.

"Banyaklah geli-geli, Angah." Anis pukul bahu Anas dengan majalah di tangan.

Mereka berbalas kata. Hingga satu tahap tak tahu siapa dengar kata siapa.

"Guys!" Kuat suara Aisar berbunyi. Merenung tajam ketiga-tiga orang adiknya.

Senyap. Anas, Auni dan Anis diam tidak berkutik. Memandang wajah Aisar.

"Korang tak membantu langsung, okey," sambung Aisar.

Berbunyi lagi mulut ketiga-tiganya. Aisar menggeleng. Konon nak berbincang. Sudahnya masing-masing tak mahu mengalah. Makin kusut fikirannya. Lebih baik dia pergi dari situ.

Perlahan-lahan Aisar menuruni anak tangga. Tidak mahu terserempak dengan mamanya. Dia ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka. Membongkok mencari apa yang boleh membasahkan tekaknya.

Aisar capai air kotak perisa oren. Elok sahaja dia menutup pintu peti sejuk dan berpusing, seorang gadis muncul dari bilik air.

"Mama!" Aisar menjerit.

"Mak!" Si gadis turut menjerit sama.

"Atiyah?" Puan Rozi menerpa ke dapur. Bimbang terjadi apa-apa pada anak teman baiknya.

Aisar dan gadis yang dipanggil Atiyah menoleh pada Puan Rozi.

"Aisar?" Puan Rozi jongket kening.

"Along tak buat apa-apa. I just get my drink." Aisar tunjuk air kotak di tangan.

Atiyah kaku. Berdiri bagaikan patung cendana di depan Aisar.

"Bila masa Along balik? Tak nampak pun kereta?" Puan Rozi menjeling. Anak sulung dia ni kerap sangat mengelak berjumpa dengan dia.

"Park kat belakang." Selamba Aisar menjawab. Dia duduk di kaunter pulau. Dicapai gelas di rak. Air kotak digoncang sebelum dituang.

"Tiya, nanti keluarkan cheese tart dalam oven tu. Bawak ke luar." Puan Rozi hulurkan piring. Dia ke depan semula.

Atiyah ambil piring. Oven di buka. Dikeluarkan cheese tart yang sudah siap dibakar.

Aisar memandang gerak geri Atiyah melalui ekor mata. Tadi macam nak tanya dengan mamanya siapa gadis ini tapi mulut macam terkunci pula.

Selesai meletakkan beberapa biji cheese tart di atas piring, Atiyah mengatur langkah untuk ke ruang tamu.

"Eh!" Aisar menegur. Tayang muka tak bersalah tidak memanggil Atiyah dengan nama Atiyah.

Atiyah menoleh dan angkat kening.

"Nak bawak pergi mana kuih tu?" soal Aisar. Soalan kurang cerdik. Bukan dia tak dengar apa yang mamanya cakapkan pada Atiyah tadi.

"Depan." Muncung Atiyah menghala ke ruang tamu.

"Bak sini sikit." Aisar gamit Atiyah. Kuih kegemaran dia tu.

"Dekat situ kan ada lagi." Atiyah tuding jari ke oven.

"Malas aku nak bangun." Aisar beralasan.

Atiyah julingkan mata. Pergi juga pada Aisar.

"Kau siapa?" soal Aisar. Mata tak beralih memandang Atiyah walau tangan mengambil dua biji cheese tart.

"Atiyah!" Puan Rozi menjerit dari depan.

"Lain kalilah, ya." Atiyah terus berlalu.

Aisar jongket bahu. Entah siapa-siapalah, mama ni. Semua orang dia nak buat baik. Dia bingkas bangun. Sempat diambil beberapa biji cheese tart sebelum keluar dari situ.



 Part 2

AISAR memandu perlahan-lahan kereta Kia Forte putih miliknya menyusur lorong belakang deretan rumah berkembar dua tingkat. Seperti biasa dia lebih rela meletakkan keretanya di situ walaupun sayang dengan 'buah hati'nya ini.

Mulutnya bersiul riang. Untuk sekian kalinya dia berjaya mengelak dari bertembung dengan mamanya. Baru beberapa langkah menapak, bahunya dicuit.

"Ucu!" bulat mata Aisar memandang Anis. Kalau acapkali terkejut mahu muda-muda dia dapat sakit jantung.

"Along masuk macam pencuri kenapa?" Anis tarikan keningnya.

"Mem mana?" Aisar bertanya balik. Berbisik.

"Ehem..."

Aisar berpaling. Tersengih sambil mengurut tengkuknya.

"Apa yang dibisikkan?" Puan Rozi tarik tangan Aisar agar mengikutnya.

"Errr..." Aisar tak tahu nak jawab apa. Memandang Anis yang menggumam perkataan good luck.

"Okey tak kerja dekat pejabat tu?" Puan Rozi memandang Aisar.

"Ma...dah tiga bulan kut." Aisar kecilkan matanya. Pelik dengan soalan mamanya.

"Tiga bulan eh? Mama lupa." Puan Rozi tersengih.

Aisar menggeleng.

"Along dah buat keputusan?" Puan Rozi mula jalankan agendanya.

"Ma..." Aisar mengeluh. Itu yang dia malas nak balik rumah cepat-cepat.

"Dah dua bulan bertunang. Takkanlah along tak nak jumpa orangnya." Puan Rozi memujuk.

"Bukan along tak nak jumpa." Aisar lurut rambutnya ke belakang. Tidak tahu bagaimana nak terangkan kepada mamanya.

"Kesian dekat tunang, along tu." Suara Puan Rozi dah bernada rendah.

"Ma...kalau along dah bersedia nanti, along beritahu mama. Sekarang along nak naik dulu. Nak mandi. Melekit." Aisar terus miniti anak tangga. Lagi lama berbual dengan mamanya lagi sesak nafas dia.

"Aisar!!!" Puan Rozi ketap bibir.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AISAR menjenguk ke ruang tamu di tingkat atas bila terdengar suara orang bergelak tawa. Dia hanya mengenakan baju-t putih dan seluar pendek hitam paras lutut.

"Along," Auni gamit Aisar.

Atiyah yang sedang membelek album mendongak bila mendengar panggilan Auni. Kaget melihat Aisar yang mengenakan baju-t menampakkan susuk sasa badannya. Mata dilarikan bila pandangan bertembung dengan Aisar.

"Kenalkan kawan uda, Atiyah." Auni senggol siku Atiyah.

"Pernah datang sini hari tu kan?" Aisar duduk di sofa bertentangan dengan Auni dan Atiyah.

Atiyah hanya mengangguk. Tersenyum. Manis. Dia menunduk bila dilihat Aisar merenungnya tanpa kerlipan.

Aisar berdeham.

"Kenapa, along?" Auni memandang Aisar.

"Tak ada apa-apa. Errr...semua orang dah makan ke?" soal Aisar. Mata terus pura-pura membelek telefon bimbit di tangan.

"Semua orang dah makan. Nak tunggu along turun memang kebulurlah." Auni mencebik.

"Along sorang jelah ni belum makan?" Aisar berdiri memandang Auni.

"Tiya belum makan kan?" Auni kenyit mata pada Atiyah.

"Eh?" Atiyah ketap bibir.

"Belum makan lagi? Baguslah. Ada juga aku teman." Aisar terus turun ke bawah.

"Auni...malulah." Atiyah menggeleng.

"Hesy...pergi ajelah. Inilah masanya kau nak kenal dia. Untung-untung dia tersangkut dekat kau." Auni tolak badan Atiyah.

"Are you coming?" Kepala Aisar terjengul di balik dinding.

"Along tunggulah Tiya ni. Dia segan." Auni mengusik.

"Aku tak makan oranglah." Aisar menggeleng. Masih berdiri di situ menanti Atiyah.

Lambat-lambat Atiyah bangun juga.

"After you." Aisar depakan tangan kanan bila Atiyah mendekat.

Tersipu-sipu Atiyah bila dilayan sebegitu. Dalam hati menyumpah-menyumpah Auni. Sempat dia tunjuk penumbuk pada teman baiknya.

Auni kenyit mata.

"Careful." Aisar tarik tangan Atiyah bila dilihat Atiyah terlepas satu anak tangga.

"Thanks." Berderau dada Atiyah. Memang dia tak perasan.

"Sebab tu mata kena pandang ke depan bukan belakang," perli Aisar. Tangan Atiyah dilepaskan.

Atiyah tersengih.



 Part 3

PUAN ROZI merenung Aisar yang ralit berbual dengan seorang gadis di hujung khemah.

"Ma, siapa yang berbual dengan along tu?" Auni mencuit bahu mamanya.

"Entah. Geram pula mama tengok. Suruh kenal dengan tunang sendiri tak mahu." Puan Rozi masih memandang Aisar.

"Kita kena buat sesuatu ni, mama." Auni turut memandang.

"Habis tu uda ingat majlis makan ni saja-sajalah." Melenting Puan Rozi.

"Uda tahu. Mana tunang along?" Auni mencari tunang Aisar dalam celah-celah tetamu yang hadir. Yang dia nampak papanya sedang berbual dengan bakal bapa mentua Aisar.

"Kak Tiya kita duduk situlah." Anis tunjuk meja kosong di tengah-tengah khemah.

Atiyah hanya mengangguk.

"Ucu!" Aisar panggil Anis. Tangan melambai Anis duduk disebelahnya.

Anis tarik tangan Atiyah sekali.

"Ingat lagi tak Kak Ann?" Aisar tunjuk gadis bertudung biru di depannya.

"Kak Ann?" Dahi Anis berkerut.

Gadis bertudung biru itu tersenyum-senyum.

"Laaaa...Kak Ann. Anis hampir-hampir tak kenal. Jiran kita kat Melaka dulu kan." Anis bersalaman dengan Ann.

"Ingat Anis lupa dengan Kak Ann." Lembut bicara Ann.

"Mana boleh lupa. Crush along kan," petah Anis membalas.

Atiyah di sebelah Anis hanya mendiamkan diri. Sikit pun tak diangkat mukanya.

Aisar merenung Atiyah. Pelik dengan sikap teman baik adiknya. Selalunya mulut gadis itu macam bertih jagung tapi sekarang macam ayam berak kapur. Diam sahaja.

"I nak baliklah, Aisar. Dah lama sangat ni." Ann pandang Aisar. Dia sudah berdiri.

"I hantar you ke kereta." Aisar turut bangun.

Ann bersalaman dengan Anis dan Atiyah. Dia berlalu ke keretanya ditemani Aisar.

"Sabar eh, Kak Tiya." Anis gosok lengan Atiyah.

"Hesy...apa Anis merepek ni?" Atiyah hanya menggeleng dan tersenyum.

Aisar berbual seketika dengan Ann sebelum gadis itu balik. Dia kembali ke khemah. Mencari Anis dan Atiyah. Tiada.

Aisar melangkah masuk ke dalam rumah sebab tak tahu nak berbual dengan siapa. Rata-rata tetamu adalah kenalan papa dan mamanya. Anas sibuk melayan Mira. Auni pula tengah bergelak tawa dengan rakan-rakannya.

Dia? Masa ini baru terfikir menyesal tak kenal tunang sendiri. Dia ke ruang dapur.

"Kak Tiya, Anis ke depan sekejap. Kawan Anis datang." Anis keluar ikut pintu belakang.

Atiyah mengangguk. Dia teruskan membasuh pinggan-pinggan kotor.

"Mana bibik? Kenapa kau pula yang basuh?" tegur Aisar. Ditutup kepala paip.

Hampir terlepas pinggan di tangan Atiyah. Terperanjat dengan kehadiran Aisar tiba-tiba.

"Teman aku makan." Aisar jongket kening.

Atiyah ketap bibir. Muka dia ni memang muka teman orang makan ke. Si Aisar ni memanglah.

"Berbual punya lama dengan kawan kau tadi kau tak makan sekali?" perli Atiyah.

"Tak feel makan dengan orang lain." Itu Aisar akui. Dia senang dengan Atiyah. Dia mula menyukai Atiyah. Tidak tahu kenapa ada satu rasa dalam dadanya.

"Aku dah makan." Atiyah buka kembali kepala paip. Dia sambung kembali membasuh pinggan.

"Tak kesian ke dekat aku. Lapar." Aisar merengek. Tangan mengusap perut.

"Mengada." Atiyah lap tangan dan melangkah keluar.

Aisar tersenyum. Suka bila permintaannya dilayan Atiyah.

"Nasi suku, ayam nak dada, sayur lebih." Sempat Aisar berpesan.

Atiyah menjeling.

Aisar tersengih.



 Part 4

AISAR termenung. Sesekali tangannya memainkan gelas di depannya. Mata merenung kosong ke hadapan.

"Hoi!" sergah Akid.

"Tak gunalah kau. Dekat rumah adik-adik aku. Dekat sini kau pula. Memang aku pendek umur lama-lama." Aisar menjeling.

"Dah kau termenung macam fikir masalah negara. Haruslah kena buat macam tu." Akid tertawa. Ditarik kerusi bertentangan dengan Aisar.

"Memang masalah negara pun." Aisar sisip gelas minumannya. Jus oren yang dipesan diminum hingga tinggal separuh.

"Apahal ni, bro? Besar sangat ke masalah kau? Baru balik Malaysia tiga bulan dah macam-macam masalah?" Akid angkat kening.

"Besar tak besarlah tapi melibatkan masa depan aku." Aisar mengeluh.

"Kau kena kahwin paksa ke?" tebak Akid.

"Macam mana kau boleh tahu?" soal Aisar pula.

"Selalu kalau libatkan masa depan memang pasal kahwin aje." Akid tertawa.

"Dulu masa Uncle Lan carikan jodoh, kau buat apa?" Aisar ingin juga tahu apa tindakan Akid ketika itu.

"At first memang aku melenting. Gila tak marah bila ada orang suka-suka nak corak masa depan aku. Masa tu rasa macam bodoh. Tak bertanya siapa yang orang tua aku pinangkan.” Akid menggeleng dan tersenyum. Mengingatkan kembali detik-detik noktah kisah cintanya.

“Kenapa?” Aisar seperti tidak sabar.

“Rupa-rupanya jodoh yang keluarga aku aturkan adalah pujaan hati aku sendiri. Dengan dia-dia sekali tak bertanya dengan mentua aku. Buat sesuatu tak reti nak berfikir.”

“Kau nak tahu sesuatu?” Aisar berjeda.

Akid tenang menanti kata-kata temannya.

“Cerita kita lebih kurang sama. Bezanya aku dah ditunangkan terus tanpa aku kenali tunang aku tu.” Aisar angguk.

“Apa tindakan kau? Marah macam aku? Atau kau terima semuanya? ” soal Akid bertubi-tubi.

“Tak. Aku tak berdaya nak menolak.” Aisar mengeluh.

“Siapa gadis yang bertuah tu? Hebat dapat tundukkan kawan aku ni.” Akid tertawa.

“Aku tak pernah ambil tahu siapa tunang aku.” Untuk sekian kalinya Aisar mengeluh lagi.

“Aku rasa ada baiknya kau tanya dengan parents kau siapa tunang kau. Aku takut kau akan menyesal nanti.”

“Itu nanti-nantilah. Aku ada masalah lain ni?” Aisar pandang Akid seolah-olah minta pertolongan.

“Masalah apa lagi pula. Kau ni memang betul baru tiga bulan balik Malaysia kan,” seloroh Akid. Keningnya menari ronggeng.

“Aku ada suka dengan seorang gadis ni tapi dia tak tahu aku suka dekat dia.”

“Kau jangan buat kerja gila, Aisar. Kau tu tunangan orang.” Akid memberi amaran.

“Gila tak gila memang aku dah suka.” Aisar langsung tidak peduli dengan nasihat Akid.

“Habis tu tunang kau?” Akid menyoal lagi.

Aisar hanya tersenyum.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AISAR mengheret lemah kakinya masuk ke dalam rumah. Fikirannya kembali kusut. Tidak tahu apa yang harus dibuat sekarang. Tunang atau gadis yang disukainya? Mana satu harus dia pilih?

“Along!” suara Puan Rozi kuat memanggil nama anaknya.

Aisaar menoleh. Dia mengeluh. Namun lambat-lambat dihampirinya Puan Rozi.

“Duduk,” arah Puan Rozi.

Bagaikan robot Aisar menurut.

“Siapa perempuan tu?” soal Puan Rozi tiba-tiba.

Dahi Aisar berkerut.

“Jangan pura-pura tak tahu.” Mata Puan Rozi dah terjegil.

“Apa mama merepek ni? Perempuan mana?” soal Aisar yang memang tidak faham dengan soalan Puan Rozi.

“Yang mesra berbual dengan along hari masa mama buat majlis hari tu,” beritahu Puan Rozi.

“Ooo…” Aisar tertawa.

Terus satu cubitan hinggap pada paha Aisar. Geram betul Puan Rozi dengan reaksi Aisar.

“Itu Ann lah, Ma,” beritahu Aisar selepas reda tawanya.

“Ann?” Puan Rozi memandang Aisar.

“Anak Uncle Azahar. Jiran kita dekat Melaka dulu,” sambung Aisar lagi.

“Laaaaa… Ann. Dia dah kahwin kan?” tanya Puan Rozi tiba-tiba.

“Dah tapi malam tu suami dia on call. Itu yang dia datang sorang-sorang.” Aisar tersenyum. Faham dengan reaksi Puan Rozi. Agaknya kalau dia beritahu dia ada sukakan seseorang bagaimanalah agaknya jadinya.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Serentak Puan Rozi dan Aisar menjawab. Kedua-duanya menoleh ke pagar utama.

Aisar tersenyum. Baru sebut-sebut si dia dah muncul.

“Tiya. Masuk, nak.” Puan Rozi melambai.

Atiyah berjalan penuh sopan menuju ke tempat Aisar dan Puan Rozi. Nampak begitu berhati-hati mengatur langkah. Mungkin segan dengan Aisar yang begitu asyik memandangnya.

“Sorry, aunty. Mengganggu aje. Mama suruh bagi ni. Dia kata aunty hantar dah lama.” Atiyah serahkan bungkusan plastik yang dibawanya itu.

“Tiya duduk dulu. Aunty ambil duit sekejap.”

“Errr… tak apa, aunty. Tiya nak cepat. Ada hal sikit.” Atiyah menolak.

Aisar yang tersenyum mendengar perbualan Atiyah dan Puan Rozi terus berubah masam bila mendengar kata-kata Atiyah.

“Tak apa. Sekejap aje.” Puan Rozi terus masuk ke dalam rumah.

Suasana sunyi. Masing-masing kelihatan canggung. Akhirnya terdengar Aisar berdeham.

“Tak nak duduk? Dah tak sudi nak berbual dengan aku?” Aisar memandang wajah Atiyah yang berjaya menggugat hatinya.

“Tak apalah. Segan. Takut ada yang marah.” Atiyah menolak lembut.

“Nak segan apanya. Bukan tak biasa. Lagipun siapa pula yang nak marah?” Aisar angkat keningnya.

“Memang tak ada yang marah kau tapi aku ni. Aku tunangan orang.” Sekali lagi Atiyah menolak.

Aisar rasa macam nak tercekik mendengar pernyataan Atiyah. Tunangan orang? Dia suka dengan hak orang? Adakah ini balasan Allah? Aisar beristighfar.

“Ini duitnya, Tiya.” Suara Puan Rozi menyentak lamunan Aisar.

“Terima kasih, aunty. Tiya balik dulu. Assalammualaikum.” Atiyah terus beredar. Ada segaris senyuman pada bibirnya.

“Waalaikumussalam.” Puan Rozi duduk kembali.

“Ma…” Aisar bersuara lemah.

“Hmmm…” Puan Rozi memandang pelik. Rasanya baru tadi nampak wajah ceria Aisar masa Atiyah datang. Ini dah berubah kelat apasal pula.

“Malam ni along nak jumpa tunang along.” Aisar berdiri dan terus masuk ke dalam rumah.

“Eh?...” Puan Rozi tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia tersenyum.



Part 5

AISAR melangkah lemah menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Telinganya menangkap jelas suara riuh di tingkat bawah. Tangannya sibuk membetulkan baju-t lengan panjang warna putih dan seluar denim biru yang dipakainya. Ada rasa debar di dada. Dia sendiri keliru bagaimana rasa itu hadir.

Atiyah melintasi dia saat kakinya jejak di tingkat bawah. Gadis itu tidak perasan kelibat Aisar di anak tangga.

“Tiya.” Aisar menggumam sendiri. Apa gadis itu buat di rumah keluarganya? Nak menambah sakit hatinya ke?

“Eh? Sorry.” Kali ini Atiyah sendiri hampir terlanggar Aisar. Di tangannya ada sepiring kuih cheese tart.

“Kau buat apa dekat sini?” Suara dan wajah Aisar serius.

“Dia tolong uda.” Auni yang muncul tiba-tiba terus menyampuk. Ditariknya tangan Atiyah menjauhi Aisar.

Aisar hanya memandang sebelum bahunya dijongketkan. Malas hendak memikirkan pasal Atiyah yang nyata telah melukakan hatinya walau si gadis tidak tahu menahu langsung.

“Ma, pa,” tegur Aisar.

“Along. Ni kenalkan bakal mentua kamu. Uncle Hazim, Aunty Laily.” Encik Azmi, papa Aisar memperkenalkan bakal besannya kepada Aisar.

Aisar bersalaman dengan kedua-duanya. Dia turut melabuhkan punggung di sofa di sebelah Encik Azmi.

“Dapat juga kita jumpa dengan bakal menantu, kan bang.” Puan Laily tersenyum-senyum.

“Hesy...awak ni. Kan Azmi cakap Aisar ni sibuk. Baru tiga bulan balik Malaysia dan kena uruskan syarikat.” Encik Hazim menggeleng.

Aisar rasa macam nak jerut diri sendiri mendengarkan kata-kata bakal bapa mentuanya. Dia pandang Encik Azmi dan Puan Rozi bersilih ganti. Betapa dia patut berterima kasih dengan papa dan mamanya. Mereka berdua langsung tidak memburukkan namanya.

Adakah itu maksudnya dia harus akur dengan jodoh yang dicarikan untuknya? Aisar termenung. Mungkin ini yang Allah rancangkan untuknya. Rancangan terbaik untuk dirinya. Umur pun sudah meningkat. Kalau tunggu lebih lama lagi takut tak laku pula.

“Apa lagi termenung tu, along? Dah jom makan.” Encik Azmi menepuk bahu Aisar.

Aisar tersedar. Baru dia perasan hanya dia seorang sahaja yang tinggal. Dia berjalan menuju ke ruang makan. Sekali lagi matanya tertancap pada Atiyah yang sibuk melayan bakal mentuanya. Dan sekali lagi hatinya tertanya-tanya apa Atiyah buat di sini. Tidak marahkah tunangnya nanti seperti yang si dia katakana siang tadi.

“Ya Allah, Along! Duduk situ.” Puan Rozi memuncungkan mulutnya pada kerusi di sebelah Encik Hazim.

Aisar tersenyum kelat. Segera kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan.

“Tiya tak makan sekali?” pelawa Encik Azmi.

“Tak apa, uncle. Tiya makan dengan Auni dan Anis dekat dapur.” Atiyah terus berlalu ke ruang dapur. Sempat mengerling pada Aisar yang tunak memandangnya.

Encik Azmi hanya mengangguk.

Suasana di meja makan berlalu dengan harmoni sekali. Sekali sekala terdengar juga tawa yang pecah. Ada saja kisah yang dibicarakan.

Selesai makan mereka semua kembali ke ruang tamu. Kali ini Aisar duduk di sebelah Puan Rozi. Sempat dia berbisik kepada mamanya.

“Sabarlah.” Puan Rozi tersenyum.

“Kenapa tu?” tanya Puan Laili.

“Dia tanya mana tunang dia,” beritahu Puan Rozi yang masih menguntum senyuman.

“Laaa…bukan ke Tiya selalu datang sini. Aisar tak jumpa Tiya ke?” Puan Laili buat muka pelik.

“Tiya?” Aisar tercengang. Dia pandang muka Puan Rozi.

“Aisar tak kenal tunang Aisar sendiri ke?” Sekali lagi soalan Puan Lali membuat Aisar terpempan.

“A…Atiyah tunang Aisar?” Aisar menuding jari pada dirinya sendiri. Dia bingkas bangun mencari Atiyah.

Puan Rozi hanya tersenyum. Mereka yang lain dah tertawa.

Aisar berlari ke tingkat atas bila orang yang dicari tiada di bawah. Lega bila melihat Atiyah, Auni dan Anis yang rancak berbual tanpa sedar kehadirannya di situ.

“Ehem…” Aisar berdeham.

Serentak itu, ketiga-tiga gadis menoleh ke belakang.

Aisar membuat isyarat muka pada adik-adiknya.

Kedua-duanya menggeleng. Tidak langsung mahu memberi dia ruang dan peluang.

Pleaseee…” Aisar merayu.

Atiyah dah tertunduk malu.

Okay but be good to her.” Auni tepuk bahu Aisar.

Don’t touch-touch tau. She’s my favourite after Kak Mira,” usik Anis pula.

Just go!” Aisar besarkan matanya.

“Berlagak.” Anis menjelirkan lidah sebelum mencicit turun ke bawah bersama-sama dengan Auni.

Aisar hanya menggeleng. Dia mendekati Atiyah. Punggung dilabuhkan pada kerusi bertentangan dengan sofa yang diduduki Atiyah. Mata merenung tepat pada Atiyah. Tiada suara. Hanya mata yang memandang.

Atiyah mendongak. Tidak gemar dengan dialog bisu. Keningnya dijongketkan.

“Assalammualaikum.” Aisar mula berbicara.

Atiyah tergelak. Punya lama Aisar diam, itu yang terluah dari bibir jejaka ini. Dia menggeleng.

What? Salah ke?” Aisar tunjuk wajah bengang. Cuba menyembunyikan rasa hati yang bergelojak hingga membuatkan dia tidak tahu mahu berbicara apa.

“Waalaikumussalam.” Atiyah membalas salam Aisar. Cuba memujuk hati jejaka ini yang tengah panas dek usikannya.

“Nasib baik…” Aisar tersenyum.

“Apa yang nasib baik?” Berkerut dahi Atiyah.

“Baru tunang belum halal lagi. So, tak payahlah tahu.” Aisar cuba untuk bergurau.

Atiyah menggeleng. This is her Aisar. Memang inilah Aisar yang dia kenal sejak bergelar tunangan jejaka ini tanpa jejaka ini sedari siapakah dia pada mata Aisar.

“Siapa tunang kau?” Atiyah cuba menguji. Tiga bulan menunggu jejaka ini menerima dia. Sakitnya bila kehadiran dia tidak dihargai.

“Tiya…” Aisar mengeluh. Betul. Silap dia kerana menidakkan gelaran tunang pada Atiyah.

“Aku faham. Kau dipaksa. Aku tak mampu nak menolak. Mereka ibubapa aku yang membesarkan aku. Mungkin cara ini saja dapat menggembirakan hati orang tua aku.” Petah sekali Atiyah berbicara. Kali ini bait-bait kata yang keluar dari mulutnya lebih sepuluh perkataan dari apa yang pernah dia bualkan dengan Aisar. Lebih serius.

“Tiya, aku tak kata aku menentang pertunangan kita. Aku cuma perlukan masa.” Aisar cuba menerangkan kedudukan sebenar.

“Kenapa? Sebab kau lelaki? Ego tercabar?” Atiyah sengaja menjentik ego Aisar.

“Ya dan tidak.” Pendek Aisar membalas.

Atiyah pandang wajah Aisar. Cuba mencari jawapan pada raut wajah yang sentiasa membuat tidur dia tidak lena.

“Tercabar sebab aku tak mampu mencari sendiri tetapi aku kembali kepada kuasa Allah. Kalau dia berkehendakkan begini jadinya maka jadilah begini.” Aisar cuba bermain kata.

“Aku tak kisah kalau kau mahu putuskan pertunangan kita.” Atiyah bersuara mendatar. Sedar sebab selama dia berada di rumah keluarga Aisar, Aisar bersikap dingin dengan dia. Hanya pada masa tertentu sahaja jejaka ini berbual mesra dengan dia.

“Kenapa kau cakap macam tu?” Aisar balas pandangan Atiyah.

“Kau ada pilihan sendiri kan? Aku tak mahu kau terpaksam menerima aku.” Atiyah kalih pandang. Tidak sanggup untuk berbalas renungan.

“Siapa?”

“Perempuan hari tu.”

Aisar cuba mengingatkan perempuan yang mana yang Atiyah maksudkan.

“Ann?” Dia tersenyum.

“Ann,” lemah Atiyah mengiakan.

She was my crush and her husband is also a friend of mine.” Aisar bersandar. Tersenyum-senyum.

Husband?” Atiyah terperanjat. Dia tersipu-sipu. Alamak! Senyuman perli tu.

Jealous?” Aisar tersengih nakal.

Atiyah tidak menjawab. Mukanya bertambah merah.

“Nanti aku cakap dengan mama dan papa suruh mereka cepatkan sikit tarikh pernikahan kita.” Aisar mengusik.

Semakin Atiyah tidak berani panggung wajah.

Terlepas juga tawa yang cuba ditahan-tahan Aisar. Reaksi Atiyah nampak manja tanpa gadis itu sedari.



Part 6

AISAR sabar menanti Atiyah di hadapan salah sebuah lot kedai yang terdapat dalam pasaraya itu sementara menanti tunangnya siap bersolat. Dia ralit membelek cermin mata yang dipamerkan.

"Aisar," tegur seseorang.

Aisar tegakkan badan dan berpusing.

"You buat apa dekat sini?" tanya orang itu lagi.

"I tunggu orang. You?" tanya Aisar.

"Window shopping. Bosan duduk rumah sotang-sorang."

"Fatah?" Aisar jongket kening.

"Doktor. Kerja memanjang. I selalu kena tinggal."

"Tak baik you cakap macam tu, Ann. Dia kan cari rezeki. Bukan suka-suka tinggalkan you." Aisar tidak gemar dengan apa yang keluar dari mulut perempuan di depannya ini. Memburukkan suami sendiri.

"Kenyataan, Aisar. Kadang-kadang I terfikir. Menyesal tinggalkan you dulu." Ann berterus-terang.

Aisar berdeham. Pura-pura tidak memahami apa yang diperkatakan Ann.

"You boleh temankan I tak, Aisar. Bosanlah jalan sorang-sorang ni." Suara Ann seakan merengek.

"Bukan I tak nak temankan you, Ann tapi I memang tak boleh. Lagipun kan tak manis. You isteri orang, Ann. You harus sedar hakikat tu." Aisar menolak lembut. Mata meliar memerhati ke arah surau. Mengharapkan Atiyah cepat memunculkan diri.

"Takkanlah berjalan-jalan dekat sini orang nak mengata. Bukan kita buat maksiat pun." Lemah Ann membalas. Nada suara seakan merajuk.

Aisar mengeluh. Sepuluh tahun dulu bolehlah dia layan rajuk Ann tapi sekarang semua dah berubah. Status masing-masing sudah bertukar.

"Sekejap pun jadilah, Aisar. I nak beli baju. Nak minta pendapat you." Ann berusaha memujuk.

Aisar tersenyum bila terpandangkan Atiyah yang baru keluar dari surau. Lega bila penyelamatnya sudah datang. Tidak tahu alasan apa lagilah yang nak diberi kepada Ann.

"Jadilah ni?" Ann turut tersenyum. Dia langsung tidak sedar kedatangan Atiyah kerana membelakangkan gadis itu. Sangkanya Aisar setuju.

"Lamanya?" Aisar bersuara manja bertanya pada tunang tersayang.

Ann menoleh. Terperanjat. Gadis yang berdiri di sebelahnya macam dia pernah jumpa. Dia menoleh pada Aisar. Pandangan mata Aisar sama seperti pandangan untuk dia sepuluh tahun dulu.

"Sorry. Ramai orang. Kena tunggu ruang kosong," balas Atiyah.

"Errr... Ann mesti you ingat Atiyah kan? Yang duduk sebelah Anis masa you datang majlis makan malam kat rumah my family?" Ceria Aisar memandang wajah Ann.

"Siapa ya?" Berkerut dahi Ann cuba mengingatkan. Wajah aatiyah dibelek.

"Atiyah ni tunang I. My parents yang carikan. Alhamdulillah, mereka carikan yang terbaik untuk I." Aisar kenyit mata pada Atiyah.

Atiyah menggeleng. Tangan dihulur pada Ann.

"Tunang? Ohhh..." Ann sambut huluran tangan Atiyah.

"Sorry kacau you, Aisar. Baru I teringat Fatah balik cepat hari ni. I pergi dulu. Nice knowing you, Atiyah. Assalammualaikum." Ann cepat-cepat beredar dari situ.

Sangkanya setelah sepuluh tahun kasih dan cinta Aisar tak berubah untuknya. Bolehlah dia menagih semula selepas perhubungan dia dan Fatah dingin. Rupa-rupanya dia silap.

"Dia masih cintakan kau." Atiyah memandang kelibat Ann yang hilang di celsh-celah pengunjung pasaraya.

"It was a long time ago. Puppy love." Aisar tenung wajah Atiyah. Kelembutan pada wajah Atiyah benar-benar memikat hatinya.

"Mana suami dia?" tanya Atiyah memandang Aisar.

"Don't know and don't want to know. Jom. Banyak lagi kita nak beli plus aku dah lapar sangat ni." Aisar mula bergerak. Hujung lengan baju Atiyah ditarik sama.

"Aisar, muka aku ni ada cop perkataan makanan ke?"

"Kenapa?"

"Asal nampak aku aje, kau asyik ajak makan."

"Nak makan kau tak boleh lagi." Aisar ketawa.

"Aisar!" Atiyah ketap bibir.

"Jom, jom. Aku dah lapar sangat ni. Lain pula jadinya nanti. Kalau dah menikah tak apa juga." Aisa masih mahu mengusik.

"Aisar!!!" Sempat dicubit bahu Aisar.

"Hesy...memang kena cakao dengan mama suruh cepatkan lagi tarikh tu." Aisar gosok lengannya.

Atiyah menjeling.



Part 7

Atiyah tak senang duduk. Sekejap-sekejap selendang di kepala dibetulkan. Debaran di dada semakin menggila.

"Apa yang nervous sangat ni? Along aku tak makan oranglah." Auni mengusik.

Atiyah pukul bahu Auni. Malu.

"Berdebar. Nanti bila sampai masa kau. Kau tahulah." Atiyah memandang wajahnya di cermin.

"Assalammualaikum." Aisar tersenyum berdiri di alang pintu. Dia nampak kacak dengan persalinan baju melayu warna putih gading.

Atiyah hanya menjawab dalam hati. Debaran yang dirasa tadi semakin menggila bila Aisar melabuhkan punggung di birai katil.

Aisar ambil seutas gelang emas yang dihulurkan Anas kepadanya. Dipakaikan pada tangan kanan Atiyah. Kemudian dihulurkan tangannya untuk disalam Atiyah.

Atiyah sambut. Dahinya berkerut. Ingin ditarik semula tangannya namun terasa digenggam Aisar kejap.

Aisar tersengih dan kenyit mata.

Atiyah ketap bibir. Mata dijegilkan.

Semua yang ada di situ berpandangan. Masing-masing tidak tahu apa yang terjadi di antara kedua-duanya.

Lambat-lambat Atiyah menunduk juga. Tangan Aisar dikucup.

Elok sahaja Atiyah mendongak, Aisar pegang dagu Atiyah dan didaratkan bibirnya di dahi Atiyah.

"Alhamdulillah." Puan Laili dan Puan Rozi berbalas pandang dan tersenyum.

Selesai semuanya, para tetamu diajak ke khemah untuk menjamu selera. Aisar dan Atiyah melayan tetamu mereka. Aisar langsung tak lepaskan genggaman tangannya. Atiyah ke bilik air pun diekorinya.

"Apa along buat dekat Tiya tadi?" Auni yang berdiri di depan pasangan pengantin itu memandang Aisar penuh curiga.

Belum sempat Atiyah jawab kata-katanya dipintas Aisar.

"Mama panggil uda tu." Aisar tuding jari ke khemah.

"Mana ada? Tak dengar pun." Auni kecilkan mata memandang ke khemah.

"Ada. Tu hah." Beria-ia Aisar tunjuk ke khemah.

Untuk kepastian Auni pergi ke khemah.

"Cheeky." Atiyah menggeleng.

"Geli tak?" Aisar tersengih nakal. Tadi dia sengaja menggaru tapak tangan Atiyah dengan jari telunjuknya semasa upacara membatalkan air sembahyang.

Atiyah cubit lengan Aisar. Geram.

Spontan Aisar kucup kepala Atiyah.

"Amboi Encik Aisar Azmi. Tak berenggang langsung," usik Puan Rozi. Suka dengan kemesraan Aisar dan Atiyah.

"Dah halal, ma." Selamba Aisar kucup jemari Atiyah.

Atiyah yang malu-malu terus sahaja menarik tangannya tetapi digenggam Aisar kejap.

"Bukan along tak nak ke?" perli Puan Rozi.

"Mama...please don't mention about it." Aisar tersengih.

"Dah, pergi ajak Tiya makan tu." Puan Rozi tunjuk ke khemah. Dia tinggalkan Aisar dan Atiyah bila Puan Laili melambainya.

"Lapar?" Aisar pandang wajah Atiyah.

"Abang?" Atiyah balas pandang.

"Tiba-tiba rasa kenyang pula." Aisar tersengih.

"Mengada." Atiyah menjeling.

"Kita dah halal ni, Tiya. Jangan sampai abang tarik masuk bilik." Aisar tertawa.

"Ya Allah! Gatalnya." Atiyah rentap tangan dan berlalu ke khemah.

Aisar ketawa. Dikejar Atiyah. Dipaut pinggang Atiyah.



Part 8

AISAR menongkat dagu. Memandang pengunjung-pengunjung restoran yang sedang asyik menjamu selera. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang baru masuk. Dia menggamit.

"Thanks, Aisar. Sorry sebab you terpaksa menunggu. Ada urgent call tadi." Ann duduk di kerusi berhadapan dengan Aisar.

"It's okay." Aisar tersenyum.

"You dah order?" Ann letak beg tangan di atas meja.

"I dah kenyang. Ini pun dah cukup." Aisar tunjuk gelas jus oren di depannya.

Ann lambai pelayan restoran.

Aisar sisip sedikit minumannya sambil menunggu Ann membuat pesanan.

"Fatah ada call you tak?" Pandangan Ann sayu.

Aisar menggeleng. Dia bersandar. Menanti Ann meneruskan kata-katanya.

"Dia dah lama tak balik rumah." Ann bermain dengan jemarinya.

"You all bergaduh ke?" Aisar angkat kening.

"I malu nak cerita dengan you." Ann memandang wajah Aisar. Bibir diketap.

"Kalau you rasa I boleh dipercayai, you boleh cerita dengan I. Insya-Allah, kalau you nak I cakap dengan Fatah I boleh cakapkan." Suara Aisar tenang berbicara.

"You tahu kan kami dah lama kahwin?"

Aisar mengangguk.

"Fatah bising. Bila I boleh bagi anak dekat dia." Ann berjeda.

"Kami bergaduh besar. Bukan Fatah tak tahu I tak bersedia lagi," sambung Ann.

"You merancang ke?" Aisar menyoal.

"Tak adalah so call merancang. I plan nak anak lagi dua tahun. At least selepas kewangan kami stabil." Ann mengeluh.

Aisar termangu. Kenapa perempuan buat sesuatu tak fikirkan perasaan lelaki? Bukan ke perkahwinan itu untuk menambah keturunan? Dia meraup kasar mukanya.

"You kena cakap dengan Fatah baik-baik. Maybe dia stress. I rasa ramai kawan-kawan kita yang kahwin saing dengan you dah ada anak. Agaknya sebab itu dia timbulkan isu anak." Aisar sedut jus orennya.

"I tahu tu tapi kami dah setuju hal anak ni." Ann berkeras.

"Nanti I nasihatkan Fatah." Aisar mengangguk.

"Thanks, Aisar. I tak tahu nak minta tolong siapa." Ann tersenyum.

"You berdua kan kawan I." Aisar membalas senyuman.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aisar letak kunci kereta di atas meja solek. Telefon bimbit diletakkan di sebelahnya. Penat betul hari ni. Letih. Dicapai tuala dan melangkah ke bilik air.

Atiyah masuk ke bilik. Tersenyum bila mendengar bunyi orang mandi. Telefon bimbit Aisar yang berbunyi diambil. Ada mesej masuk.

Atiyah gigit bibir. Dia tersenyum. Apa salahnya check telefon bimbit suami.

+ Aisar, tq sudi dgr masalah I. Really appreciate it.

"Ann?" Atiyah letak kembali telefon bimbit Aisar. Dia cuba bertenang. Ikut hati mahu sahaja dia buang mesej dari Ann tapi dibiarkan sahaja. Dia perlu fikirkan sesuatu.

"Tiya," tegur Aisar yang baru keluar dari bilik air. Kepala Atiyah dikucup.

"Lambat abang balik?" Atiyah berpusing. Aisar yang sedang mengelap rambutnya dipandang.

"Ada mesyuarat tadi." Aisar buka almari baju.

"Ooo..." Atiyah sangkut tuala yang dihulurkan Aisar kepadanya.

"Pening kepala abang. Macam-macam meeting sekarang ni. Banyak tender baru masuk." Bersungguh Aisar bercerita.

"Abang dah makan?" tanya Atiyah.

"Dah. Dengan budak-budak opis tadi." Aisar tersenyum serba-salah.

Atiyah ketap bibir. Yalah tu budak opis. Cakap ajelah dah makan dengan kekasih hati.

"Tiya buat apa dekat rumah?" Aisar tersenyum.

"Chatting dengan kawan-kawan dalam FB. Sempat kami bergosip." Atiyah tersenyum. Dia bersandar di meja solek.

"Gosip apa?" Aisar duduk di birai katil.

"Pasal rumahtangga."

"Apa dia?"

"Ada orang arif agama cakap. Lelaki kalau boleh jangan dengar masalah perempuan lain mengenai rumah tangga mereka. Mula-mula hanya dengar. Lama-lama kesian dan akhirnya terus jatuh cinta." Atiyah Tersenyum. Dia terus keluar.

Aisar kaku. Apa yang dikatakan Atiyah seolah-olah menyindirnya. Atiyah tahu ke?


  
Part 9

AISAR menekan-nekan butang lif yang sudah sedia merah. Rasa macam nak putus nafas bila diberitahu setiausahanya yang Atiyah datang ke pejabat. Dia berharap Atiyah menunggu dia di biliknya.

Pintu lif terbuka. Aisar mengatur langkah laju masuk ke pejabat. Tangan menyeluk kocek. Mencari telefon bimbit. Bimbang Atiyah ada menghubunginya tapi dia tidak dengar.

Alamak!” Aisar menepuk dahi. Pasti telefon bimbitnya tertinggal.

“Encik Aisar, Puan Atiyah ada dekat bilik Encik Azmi,” beritahu setiausahanya.

Aisar hanya mengangkat tangan. Pintu bilik dikuak. Dia melangkah masuk. Fail-fail yang bersepah di atas meja disusun.

“Assalammualaikum.” Atiyah kuak pintu bilik Aisar dengan senyuman manis terpamer di bibir. Dia berjalan mendekati Aisar. Tangan dihulur untuk bersalaman.

“Waalaikumussalam.” Aisar tersenyum. Tangan Atiyah disambut. Suka bila melihat Atiyah mencium tangannya. Perempuan bagaimana lagikah yang dia inginkan jika Atiyah punyai segala ciri-ciri yang dia cari.

“Banyak kerja?” soal Atiyah. Dilabuhkan punggungnya di atas sofa yang ada di sebelah kanan bilik kerja Aisar. Saja duduk jauh-jauh. Tidak mahu mengganggu Aisar. Hanya memerhati Aisar dari jauh. Aisar masih nampak segak walau sudah separuh hari di pejabat.

“Sikitlah. Tiya dari mana?” soal Aisar sambil melipat lengan baju hingga ke siku.

“Saja jalan-jalan. Jumpa kawan sekerja dekat opis lama. Alang-alang dekat dengan pejabat abang, itu yang Tiya singgah. Ingatkan nak ajak abang lunch sama tapi setiausaha abang cakap abang ada appointment dengan client.” Atiyah tersenyum.

“A…aahhh…memang ada lunch appointment tapi kalau Tiya cakap awal-awal abang boleh aje cancel.” Tenang Aisar membalas. Segala rasa cuak cuba disembunyikan.

“Hesy…tak perlulah cancel bagai. Kebetulan aje Tiya lalu kat sini. Konon-konon nak buat surprise dekat abang.” Tiya tertawa.

Surpriselah sangat kan.” Aisar menggeleng.

“Abang buatlah kerja abang. Nanti kalau dah siap, bolehlah abang teman Tiya makan, okey kan?” Atiyah memandang Aisar.

“Errr…” Aisar kaku. Lidahnya bagaikan digam untuk terus bercakap.

Pada masa yang sama pintu bilik dikuak dari luar. Ann muncul bersama telefon bimbit milik Aisar.

“You tertinggal ni dalam kereta I tadi.” Ann serahkan telefon bimbit itu ke tangan Aisar. Kehadiran Atiyah di situ memang dia tidak sedari.

“Ohhh…thanks.” Hanya perkataan itu yang terluah dari mulut Aisar. Kenapalah Ann muncul waktu ini. Dia tidak mahu Atiyah tersalah anggap.

“Tak ada hallah. Small matter. I kena pergi dulu. Lepas kita lunch sama tadi, ada client call. Jumpa you lagi esok, Aisar. My treat pula. Dah banyak kali you belanja I. In case kalau I terlupa you tahu kan mana nak cari I. Got to go.” Pintu bilik tertutup kembali selepas Ann berpamitan.

“Bos, sorry saya tak sempat…” Setiausaha Aisar menerpa ke pintu.

It’s okay.” Aisar mengangguk.

Aisar mengeluh. Pandangannya jatuh pada Atiyah yang berpura-pura membaca majalah. Dia berjalan ke arah pintu. Tombol pintu ditekan.

Nafasnya cuba diatur seboleh mungkin. Aisar berpaling. Lemah kakinya diheret menghala ke sofa. Punggung dilabuhkan rapat dengan Atiyah.

“Tiya…” Perlahan dan lembut Aisar memanggil nama Atiyah.

Yes.” Atiyah menjawab ceria. Majalah di tangan diturunkan. Tidak lagi menutup muka yang sedang menahan amarah.

“Nanti abang teman Tiya makan. Give me half an hour.” Aisar pandang muka Atiyah. Cuba mencari sesuatu. Namun riak tenang yang Atiyah pamerkan sukar untuk dia tebak apa yang Atiyah rasa sekarang.

You know what, abang? Tiya tersilap sebab datang ke sini. Sepatutnya Tiya sedar. Weekdays adalah hari berkerja abang. Abang kepunyaan Tiya di hujung minggu sahaja. Oh, silap-silap! Waktu malam juga. Itu pun kalau abang tak penat lepas berkerja seharian di pejabat.” Atiyah tersenyum. Perlahan-lahan dia berdiri. Beg tangan di atas meja kopi diambil dan disangkut ke bahu.

“Tiya…” Aisar pegang tangan Atiyah menghalang Atiyah keluar dari situ.

“Abang, abang ada kerja kan? Tiya tak nak kacau. Bila abang betul-betul dah free just come to me. Tiya akan layan abang. Cuma Tiya minta maaf kalau-kalau selama Tiya bergelar isteri abang layanan Tiya banyak cacat celanya. Kalau abang beritahu mana yang kurang, insya-Allah Tiya cuba perbetulkan.” Atiyah berbicara setenang yang mungkin.

Dia tidak mahu nampak lemah di mata Aisar. Dia perlu kuat. Mungkin amalan dia dan Aisar kurang hingga Allah menurunkan ujian ini kepada mereka berdua.

“Tiya, kita pergi makan sekarang? Abang tahu Tiya lapar,” pujuk Aisar. Dia turut berdiri. Kedua-dua lengan Atiyah dipegang.

“Jangan paksa diri abang kalau abang belum mampu terima Tiya. Assalammualaikum.” Atiyah terus keluar. Tidak menunggu balasan kata dari Aisar. Dia tidak boleh lama di situ. Takut amarahnya akan meledak bersama linangan airmata.

“Arghhh!!!” Aisar menjerit kuat. Dia terduduk. Siku ditongkatkan pada paha. Kedua-dua tapak tangan menutup muka. Perlahan-lahan tangannya naik ke rambut dan melurut rambutnya ke depan ke belakang.

Aisar bersandar lemah.

Kenapa dia boleh melayan Ann lagi? Masih ada lagikah sisa cintanya pada Ann? Dia termenung. Bukan, bukan cinta tapi lebih kepada simpati pada seorang kawan. Ann datang mengadu padanya perihal rumahtangganya yang tidak bahagia bersama Fatah. Dia hanya mampu mendengar. Lama kelamaan dia merasa seronok pula bila Ann melayannya seperti dulu-dulu.

Boleh dikatakan setiap hari mereka keluar makan tengahari bersama-sama. Dia gembira. Siang Ann melayannya, malam Atiyah pula. Bahagia bila ada dua orang perempuan yang memanjakannya. Perasaan bersalah langsung tidak timbul sehinggalah hari ini. Atiyah muncul di pejabatnya. Dia seperti tersedar dari mimpi. Baru dia tahu dia suami orang dan Ann isteri orang.

Teringat kembali kata-kata Atiyah sewaktu pertama kali dia keluar makan dengan Ann selepas memegang gelaran suami. Jangan dengar masalah rumahtangga orang lain. Mula-mula dengar kemudian kesian lama-kelamaan jatuh cinta. Sama seperti apa yang dia alami sekarang.

Ya Allah! Apa yang telah dia lakukan? Atiyah pasti terluka. Betapa dia telah membohongi hati isteri yang begitu setia melayan kerenahnya. Layanan Atiyah begitu tulus dan penuh kasih sayang tapi apa balasan yang dia beri. Menyakiti hati Atiyah.

Telefon bimbitnya bergetar. Aisar pandang. Ann. Panggilan terus dimatikan. Apa lagi perempuan ini mahu? Selalunya memang dia seronok melayan panggilan Ann. Mesra dan manja suara Ann di telefon. Sedap halwa telinga yang mendengar. Ah! Betapa dia lalai dengan godaan syaitan.

“Hello!” Aisar jawab juga bila sudah lebih lima kali Ann membuat panggilan.

“Tayar kereta I pancit. You boleh datang tolong tak? Depan mahkamah ni, please?” Ann merengek manja.

“Ann, you call Fatah.” Aisar membalas.

“I dah cuba call dia tapi dia tak angkat. You tahu kan our relationship macam mana? Tolonglah I, Aisar.” Ann merayu.

“Nanti I telefonkan mechanik,” pendek sahaja Aisar menjawab.

“Aisar! You ni kenapa? Kenapa serius sangat?” Ann mula marah.

“Ann, kita dah tersilap. Maksud I, I yang silap. Apa yang kita buat selama ini adalah satu kesilapan. Sorry, Ann. I’m a married man.” Aisar terus matikan talian.

Aisar bangkit. Dia berjalan ke meja kerjanya. Sambung menyusun fail-fail yang berterabur di atas meja. Suitcase di bawah meja diambil. Kot yang tergantung pada penyangkut baju turut dicapai.

Aisar berjalan menuju ke pintu. Tiada mood untuk sambung membuat kerja. Fikiran tidak tenteram. Hati pun risau. Lebih baik dia balik dan pujuk Atiyah.

“Bos?” Setiausaha Aisar angkat kening.

“Saya nak balik. Cancel all my appointments. Tolong beritahu Encik Azmi, saya rasa tak sedap badan. If there’s anything urgent just text me.” Aisar terus berlalu.

Harapannya cuma satu sekarang. hati Atiyah perlu dipujuk. Dia tidak mahu menyesal dikemudian hari. Aisar melangkah masuk sebaik pintu lif terbuka.



Part 10

AISAR terjenguk-jenguk ke ruang dapur. Tiada. Dia ke ruang tamu. Pun tiada. Dekat halaman rumah pula yang ada hanyalah mamanya yang sibuk menyiram pokok bunga. Kepalanya sakit. Otaknya tepu. Langsung tidak boleh berfikir.

“Along?” Puan Rozi memandang Aisar.

“Mama…ada apa?” Lemah Aisar bertanya.

“Tanya mama ada apa pula. Along tu dah kenapa?” Puan Rozi curiga. Dia berasakan ada sesuatu yang terjadi antara Aisar dan Atiyah tapi seboleh mungkin dia tidak mahu masuk campur. Biarlah anak dan menantunya uruskan sendiri rumahtangga mereka. Bimbang jika dia bertanya lain pula jadinya.

“Tak ada apa-apa. Mama ada nampak Tiya tak? Puas along cari dia.” Aisar tersengih memandang Puan Rozi.

“Isteri sendiri pun tak tahu pergi mana?” perli Puan Rozi.

“Along bangun-bangun aje, Tiya dah tak ada kat dalam bilik.” Aisar urut belakang tengkuknya. Malu.

“Buat lagi overtime,” usik Puan Rozi.

Aisar garu kepala. Nak overtime apa. Dah dua minggu kut Atiyah lancar perang dingin dengan dia.

“Dia ada dekat belakang. Nak mandikan arnab-arnab tu katanya.” Puan Rozi hanya menggeleng bila melihat Aisar berlari bagaikan tak cukup tanah dipijaknya.

Aisar hanya memerhati dari jauh. Suka melihat gelagat Atiyah. Alangkah seronoknya kalau dia yang menjadi arnab itu. Dibelai dan dimanja. Rindunya. Sudah dua minggu Atiyah tidak bercakap dengannya. Senyum jauh sekali apatah lagi nak dibelai dan dimanja. Betapa dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Sekarang siapa yang susah? Dia yang penasaran sendiri.

Perlahan-lahan Aisar mendekati Atiyah. Punggung dilabuhkan rapat dengan Atiyah. Sengaja dia menyinggul Atiyah. Mahu tahu apa reaksi Atiyah.

Atiyah mengerling dengan ekor mata. Langsung tak terkesan dengan kehadiran Aisar. Pandangan matanya tak lepas dari arnab yang dipegangnya.

“Untungnya arnab tu.” Aisar tertawa kecil.

Atiyah buat muka selamba. Sengaja dia peluk dan cium muka arnab yang dipegangnya.

Jealousnya.” Aisar bersuara lagi.

Atiyah buat tak tahu. Makin digomol-gomol arnab itu. Perlahan-lahan dilepaskan. Lobak merah dihulurkan. Dia tersenyum sendiri melihat arnab-arnab itu berebut-rebut memakannya.

How I miss that smile. Abang rindukan Tiya.” Ada getar pada suara Aisar. Sudah dua minggu Atiyah langsung tak benarkan badannya disentuh. Memang merana betul.

Atiyah tidak bereaksi. Kata-kata Aisar dibiarkan sepi. Terbang bersama angin pagi yang bertiup lembut.

“Abang minta maaf. Abang tahu abang silap.” Entah sudah berapa kali dia menyatakan kata-kata maaf pada Atiyah. Sejak dari hari Atiyah tahu pasal hubungan baik dia dengan Ann. Aisar tidak tahu cara apakah lagi yang membolehkan Atiyah memaafkan dirinya.

“Tiya, kami hanya kawan. Abang tak pernah berlebih-lebih dengan dia. Abang hanya ingin menolong kawan-kawan abang.” Aisar pandang ke depan.

“Tolong? Tolong sampai kau boleh tahu nak cari dia dekat mana? Huh…” tempelak Atiyah. Sinis memandang Aisar.

“Tiya! Kenapa kasar sangat bahasa ni?” Bulat mata Aisar bila Atiyah membahasakan kau pada dia.

“Layak ke nak berbahasa lembut dengan kau?” perli Atiyah.

“Tiya…dalam hati ni hanya ada Tiya. Memang abang pernah berkawan dengan dia tapi abang tak pernah letakkan nama dia dalam hati ini. Mungkin Allah gerakkan hati abang hanya untuk Tiya.” Aisar capai tangan Atiyah. Digosok lembut.

“Kau terpaksa ke terima aku selama ini?” Atiyah pandang muka Aisar dengan mata yang sudah berkaca. Bibir di gigit menahan dari airmatanya tumpah.

“Abang ikhlas, Tiya. Rasa itu datang sendiri. Sebelum abang tahu Tiya tunang abang lagi. Sampaikan abang nak cakap dengan mama suruh putuskan pertunangan kita dan masuk meminang Tiya. Hati abang luluh bila Tiya cakap Tiya tunangan orang. Rupa-rupanya Tiya dan tunang abang adalah orang yang sama. Allah itu maha adil.” Tangan Aisar naik ke pipi Atiyah. Diseka airmata Atiyah yang mula mengalir.

“Tapi kenapa kau cari dia?” Atiyah masih berkeras.

“Abang tak cari dia. Dia datang minta tolong dengan abang. Lagipun Fatah pun kawan abang juga,” terang Aisar.

“Sampai hari-hari kena berjumpa?” Atiyah senyum perli.

“Itu silap abang. Abang akui. Mungkin sebab tekanan kerja hinggakan abang tersilap pertimbangan. Abang bersumpah kami hanya pergi makan. Tak lebih dari itu.”

“Dia cantik, manja, berpelajaran tinggi, punya kerjaya yang bagus, pandai bercakap peguamlah katakan.” Atiyah mula membebel. Merendah diri.

Aisar berpusing dan menghadap Atiyah. Dagu Atiyah didongakkan memandang dia. Kedua-dua lengan Atiyah dipegang. Dia menghela nafas panjang.

“Abang tak pandang semua itu, Tiya. Itu semua hanyalah pinjaman sementara Allah untuk hambanya. Cukuplah dengan cinta dan kasih sayang Tiya untuk abang.” Aisar dekatkan dahinya dengan dahi Atiyah. Matanya mencari anak mata Atiyah.

“Lelaki memang mudah berkata-kata. Belum dapat semuanya kata okey. Bila dah dapat tengok apa yang jadi sekarang?” Atiyah larikan matanya. Tidak mahu memandang Aisar. Dia takut dia akan cepat cair. Duduk sebegini rapat pun sudah buat dadanya bergetar hebat. Apatah lagi memandang tepat pada anak mata Aisar.

“Tiya, tolong abang, Tiya. Jangan seksa abang lagi. Tidak cukupkah hukuman dua minggu yang Tiya beri dekat abang? Hurmmm…” Aisar kucup ubun-ubun Atiyah. Rambut Atiyah dibelai. Rindunya dia pada Atiyah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lega bila Atiyah tidak menolak dia.

“Masa abang buat pernah tak abang terfikir perasaan Tiya? Pernah tak abang terfikir pengorbanan Tiya? Pernah tak abang terfikir betapa Tiya sabar melayan abang walau abang dingin dengan Tiya? Pernah tak abang terfikir?” Atiyah jarakkan wajahnya. Dia memandang Aisar dengan linangan airmata.

“Tiya, maafkan abang, sayang? Abang akui memang abang tak terfikir itu semua. Tiya bantu abang, boleh kan? Tarik abang keluar dari dunia abang. Masukkan abang dalam dunia Tiya. Kita sama-sama corakkan masa depan kita.” Tangan kasar Aisar mengelus pipi Atiyah. Dia tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya panggilan Atiyah untuknya telah berubah semula.

“Tiya dah lama maafkan, abang. Tiya sengaja bagi abang masa dan ruang untuk abang berfikir. Tiya tak pernah lupakan abang dalam setiap doa Tiya pada Allah. Tiya mengharapkan satu keajaiban. Tiya tahu diri Tiya sendiri banyak kekurangan. Tiya alpa. Tiya lupa Allah tak pernah tidak menguji setiap hambanya.” Atiyah angguk. Senyuman dan airmata mengiringi kata-katanya.

“Atiyah…” Aisar tarik Atiyah ke dadanya. Dipeluk seerat-eratnya. Betapa luhur hati Atiyah untuknya.

“Tiya sayang abang. Tiya minta maaf kalau tindakan Tiya ini mengguris perasaan abang. Mak tak pernah ajar Tiya untuk bersikap macam ni pada suami. Maafkan Tiya, abang.” Atiyah raih tangan Aisar dan mengucupnya sebaik Aisar leraikan pelukan mereka.

“Tiya tak salah, sayang. Apa yang Tiya buat sudah cukup buat perasaan abang terhukum. Tiya dah buka mata hati abang. Abang yang leka. Leka dengan kenangan lama. Terima kasih, Tiya. Abang sayang Tiya.” Aisar rapatkan wajahnya dengan muka Atiyah. Perlahan-lahan bibirnya lembut menyentuh bibir Atiyah. Lama. Membawa Atiyah ke dunia yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

“Ehem…” Kedengaran suara orang berdeham di belakang Aisar dan Atiyah.

Lekas-lekas pautan bibir dilepaskan. Kedua-duanya menoleh ke belakang.

“Mama…” Aisar dah garu kepala.

Atiyah tertunduk malu. Mukanya sudah kebas. Darah laju menyerbu ke wajahnya.

“Apahal bercengkerama dekat belakang rumah? Dah tak reti nak masuk bilik?” Puan Rozi tersenyum-senyum. Dia pasti memang ada sesuatu terjadi antara Aisar dan Atiyah.

Aisar bangkit. Tangan dihulur pada Atiyah.

Atiyah sambut. Mukanya masih tunduk memandang tanah. Malu ditangkap ibu mentuanya dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

“Mama, nak pergi mana cantik-cantik ni?” Aisar putar cerita.

“Rumah mak Tiya. Ada makan-makan. Pergi bersiap sana,” arah Puan Rozi.

“Makan-makan?” Atiyah memandang Puan Rozi.

“Nak sambut bakal menantu tak lama lagi katanya.” Puan Rozi tersenyum.

“Abang Haikal?” Atiyah minta kepastian. Muka Puan Rozi ditenung.

“Siapa lagi.” Puan Rozi terus masuk ke dalam rumah.

“Abang Haikal nak kahwin? Macam tak percaya.” Atiyah merungut.

“Tiya…kisah Abang Haikal tu tolak tepi. Ni, suami Tiya ni. Dua minggu ketandusan kasih sayang.” Aisar tepuk dada. Matanya dikenyit bersama senyuman nakal di bibir.

“Ketandusan eh? Buat lagi perangai.” Atiyah gigit bibir.

“Taubat dah. Memang tak nak buat lagi. Dua minggu rasa macam orang bodoh dapat peluk bantal aje.” Aisar paut bahu Atiyah. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“Abang Haikal, bang.” Atiyah menggumam. Rasa tak percaya abang dia yang terlajak dah nak kahwin.

“Ssshhh…kesian dekat abang dulu. Tak payah fikir pasal orang lain.”

Atiyah pandang Aisar. Bibir dikemam. Orang lelaki macam inilah. Geramnya dia.

“Abang dah pernah bagi amaran kan. Jangan goda, abang.” Aisar terus mencempung Atiyah sebaik mereka masuk ke dalam rumah.

Atiyah menjerit. Dada Aisar dipukul-pukul.

“Ma…kami lambat sikit. Mama pergi dulu dengan papa.” Aisar kenyit mata bila Puan Rozi terkebil-kebil melihat dia dan Atiyah.

Atiyah dalam dukungan hanya mampu menutup muka. Malu. Berganda-ganda malu dengan ibu mentuanya.

“I miss you, sayang. Badly.” Aisar berbisik tika dia meniti tangga.

Atiyah pegun. Tak bergerak. Tangan yang menutup muka masih tak dikalihkan. Hati memanjatkan kesyukuran. Allah terima doanya. Harapan dia agar bahagia ini berkekalan hingga ke Jannah. Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar kepada dia dan Aisar.


TAMAT


P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.